The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 859-3-waheedah, 2022-03-26 11:09:33

Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu
Dan

Manifestasi Akal Budi

Nurul Waheedah Binti
Mohd Fuard

Apa itu
kesusasteraan Melayu?

Kesusasteraan ialah satu bent
uk ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu
edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada
perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau
buku indah.
Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan
dalam kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil
seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni
kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan
sastera yang berbentuk prosa dan puisi.

Takrifan Kesusasteraan
Melayu

Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal Kesusasteraan Melayu merujuk
daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud kepada hasil karya dan ciptaan
mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk, manakala -tra seni yang terdapat dalam
merujuk kepada alat. Jadi, sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan kalangan masyarakat Melayu.
su- pula bereti baik atau indah. imbuhan ke- dan -an membawa Perubahan ini telah
maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulis, yang bernilai menyebabkan sastera menjadi
seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, satu bidang kegiatan yang
petunjuk dan pengajaran khusus dan tersendiri.
Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya
asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan
kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen drama, sajak, prosa
tradisioanal atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani,
emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan
citra masyarakat.

Jenis & Bentuk
Kesusasteraan

Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai
ragam kerana masing-masing mempunyai unsur yang khas
untuk membentuk pola secara berbeza
Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat
dibahagikan kepada kesusasteraan Melayu Klasik dan
Kesusasteraan Melayu Moden

1 Prosa 2 Prosa
Tradisional Moden

3 Puisi 4 Puisi
Moden Tradisional

Prosa Tradisional Prosa Moden

1.Merupakan sejenis cerita rakyat yang berdasarkan -Karya sastera yang terhasil selepas tahun 1800
Masihi
kehidupan masyarakat. Sastera ini dianggap milik -Sangat mudah untuk difahami bentuk serta unsur
perbezaan dalam sastera Melayu
bersama masyarakat dan kelompok masyarakat yang

tertutup

2.Bertujuan menyatukan falsafah pencipta dan penerima

SASTERA RAKYAT SASTERA ISTANA

(lisan) (bertulis) Cerpen Drama Novel

Mitos,Cerita Rakyat, Sastera hikayat, undang-

Lagenda, undang,,agama, panji

Puisi Tradisional Puisi Moden

Genre sastera terawal di dunia PUISI - karangan yang berbentuk puisi
bagi melahirkan sesuatu
Digunakan oleh beberapa SAJAK - pengucapan perasaan yang
mengandungi fikiran dan tanggapan
sasterawan untuk menghasilkan MODEN - sajak yang tidak terikat pada
peraturan seperti rima,rangkap dan
karya dan bahan sastera baris

-pantun -seloka

-gurindam -syair

Ciri- Ciri
Kesusasteraan Melayu

KEINDAHAN CERMINAN PENGALAMAN

Menggunakan gaya dan lenggok bahasa yang pengalaman merujuk kepada tindak balas yang
indah supaya sesebuah hasil karya itu menyerlah utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan
Keindahan hasil sastera bergantung kepada secara realiti.
kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan utuh merujuk kepada fikiran, imaginasi dan
atau struktur karya. perasaan, manakala perkataan realiti pula merujuk
keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan kepada sesuatu yang dapat memberi kesedaran
penekanan perlu ada dalam sesebuah karya. kepada manusia.

KARYA SENI PENGALAMAN SENI

Karya seni terbahagi kepada dua kategori, Pembaca dapat memahami hasil karya melalui
-karya sastera peristiwa sastera yang dialami.
-karya bukan sastera. pembaca harus sedar bahawa memahami
terdapat tiga perkara yang dapat dan merasai fikiran tidak cukup. Malah,
membezakan antara karya sastera dan karya pembaca harus sedar akan nilai-nilai yang
bukan sastera, iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai terkandung dalam hasil sastera tersebut.
estetik dan gaya bahasa yang khusus.

HIBURAN Fungsi DAKWAH
Memberi hiburan dan & Menyampaikan dan
keseronokan kepada menyelitkan pesan
Tujuan suci Tuhan kepada
pembaca
manusia
PENDIDIKAN
Memberi nasihat, KRITIKAN SOSIAL

pesanan serta Sastera merupakan
pengajaran dalam sebuah rakaman
kehidupan yang
kehidupan
berkaitan kehidupan
manusia dalam pelbagai

bentuk

Manifestasi Akal Budi
Masyarakat Melayu Dalam

Karya Puisi Tradisional

Puisi tradisional adalah elemen yang penting dalam mengungkapkan
pemikiran dan akal budi orang Melayu ketika berkomunikasi
Puisi tradisional diibaratkan cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu
dan cara pemikiran orang Melayu dahulu ketika berbahasa
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan perbuatan manusia
Budi dapat dilihat berdasarkan pertuturan, perlakuan, kehalusan
berbahasa dan gaya hidup seseorang
Manifestasi akal budi dapat dilihat dalam pemikiran, pertuturan,
perlakuan dan gaya hidup

MANIFESTASI
AKAL BUDI


GURINDAM
PANTUN SELOKA

SYAIR

AKAL BUDI:
PANTUN

Pisang emas dibawa belayar, Frasa “hutang emas boleh dibayar” menunjukkan pemikiran orang Melayu
Masak sebijik di atas peti; menunjukkan kita perlu melangsaikan semua hutang-hutang jika kita
Hutang emas boleh dibayar, berhutang. Frasa “hutang emas” juga merujuk kepada material yang dimiliki
Hutang budi dibawa mati. seseorang di dunia ini. Sedangkan frasa “hutang budi dibawa mati” merujuk
kepada kebaikan yang kita hulurkan kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Orang Melayu sangat
menekankan perlakuan dan tingkah laku yang baik. Pantun ini bertujuan untuk
menasihati masyarakat yang suka berhutang dan melambat-lambatkan
pembayaran. Dalam bahagian pembayang pantun, pemantun memilih pisang
emas pisang untuk dibawa belayar kerana pisang boleh dijadikan makanan
yang membekalkan tenaga dengan cepat. Sifat pisang emas yang akan masak
sebiji demi sebiji menyebabkan pisang boleh disimpan untuk dimakan untuk
esoknya. Walaupun pisang ini diberi nama pisang emas tetapi pisang tidak perlu
disimpan di dalam peti seperti emas yang berharga.

AKAL BUDI:
SYAIR

Manusia turun kebumi untuk diuji,
Untuk menjadi manusia sejati,

Muliakan hati untuk mendapatkan derajat tertinggi,
Menjadi kekasih yang dikasihi dan diberkati



Syair ini adalah berkaitan dengan kehidupan seorang manusia di atas muka bumi. Penyair memberitahu kita
bahawa manusia dilahirkan ke bumi adalah sebagai satu ujian untuk membentuk menjadi seorang manusia.

Perkataan 'manusia sejati' di dalam syair membawa maksud manusia yang berguna. Seseorang itu perlu
mempunyai hati yang suci untuk mendapat yang paling tinggi di sisi Allah dan menjadi seseorang yang
dicintai Allah supaya hidupnya sentiasa diredai-Nya. Penyair ingin kita terus bersabar dalam menghadapi
segala dugaan dan liku hidup kerana orang yang bersabar akan mendapat ganjar yang besar. Syair ini juga
menasihati kita supaya sentiasa berbuat baik dan jangan angkuh agar dipandang tinggi oleh masyarakat

AKAL BUDI:
SELOKA

Wahai anak
Sembilan bulan kau dikandung,
Dikandung pula ke sana ke mari,
Tanpa mengenal erti jemu,
Cukup masa kau dilahirkan,
Diberi nama yang cukup indah,
Semasa kecil dijaga dengan baik,
Tanpa sebarang rungutan,
Diberi pula pelbagai didikan ilmu,
Walaupun tiada ayah membantu;
Namun malang tidak berbau,
Apabila besar kau menderhakai ibu,
Kau pergi membawa diri,
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
meninggalkan
ibu tunggalmu
Hidup sebatang kara.

AKAL BUDI:
SELOKA

Seloka ini berkisahkan tentang anak dan ibu. Seloka ini bertujuan untuk memberi nasihat melalui
penyindiran kepada anak yang tidak reti menhargai jasa orang tua mereka.
Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang dilihat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang
menderhakai ibu mereka. Seorang ibu sanggup membawa anaknya di dalam perut selama sembilan
bulan tanpa rasa erti penat lelah sehinggalah anak itu dilahirkan ke dunia. Ibu sanggup menaruhkan
nyawanya demi melahirkan anak. Kemudian, anak itu diberi nama dan dibesarkan dengan penuh
kasih sayang dan didikan tanpa ada erti jemu. Ada kalnya hanya ibu yang membesarkan anak tanpa
suami di sisi. Tetapi apabila anak itu sudah meningkat dewasa, dia lebih memilih isteri berbanding ibu.
Walhal syurganya terletak pada keredaan ibu. Anak yang sanggup meniggalkan ibunya yang tua
sebatang kara dan pergi tanpa memberi khabar.
Seloka ini menyindir kepada anak yang sanggup melepaskan tanggungjawabnya demi perempuan
yang dicintai. Sedangkan kasih ibu tiada tandingnya. Masyarakat Melayu sangat mementingkan
hubungan antara ibu bapa khususnya ibu kerana tanpa beliau , kita tidak akan lahir ke dunia. Seloka
ini menyuruh kita untuk mendahulukan ibu dari segalanya serta hargai segala jasa beliau kerana kita
tidak mampu untuk membalas jasanya walau sebesar zarah.

AKAL BUDI:
GURINDAM

Ketika muda malas sembahyang Akal budi ini pengarang memberitahu kepada pembaca bahawa jika
Masa tua bisa terguncang seseorang itu malas mendirikan solat, pasti waktu tuanya sangat
terumbang ambing dengan dosa yang dipikulnya. Rangkap kedua
Siapa tidak hormat orang tua puala pengarang memberitahu bahawa sesiapa yang menderhakai
Akan jauh dari bau syurga ibu bapanya pasti tidak akan masuk ke syurga. Pengarang sangat
menyuruh kita menghormati mereka kerana tanpa keredaan dari
Kalaulah engkau banyak tidur mereka, kita tidak akan berjaya.
Banyak rezeki jadi terkubur Seterusnya, pengarang menasihati supaya pembaca tidak
menghabiskan masa dengan tidur kerana masa ibarat emas. Jika
Jika suami berhati kufur seseorang itu asyik lena dibuai mimpi, banyak perkara yang
Keluarga idaman pasti terkubur berfaedah boleh dilakukan berlalui begitu sahaja. Akhir sekali,
pengarang menasihati pembaca supaya mencari suami yang teguh
agamanya kerana jika agamanya goyang, rumah tangga akan menjadi
goyah. Oleh itu, gurindam ini banyak menasihati pembaca dengan
memberi kesan yang buruk jika kita melakukan sesuatu yang salah,

SEKIAN,
TERIMA KASIH

SUMBER Abdullah. A., Abdul Mutalib, M.. Jamaldin, S., Lambri. A., &
RUJUKAN Zakaria, N. (2017). Akal Budi don Cerminan Jati Din Melayu
dalam Pontun. Jurnal Sultan Alouddin Sulaiman Shah. 4(2).

89-97.

Forish, A. (2020). Manifestasi Akol Budi Mosyarakat Melayu Dolor Karya
Syair. Scribd,

https://www .scribd.com/presentation/478146854/MANIFESTASI-
AKAL-BUDI-MASYARAKAT-MELAYU-DALAM-KARYA-SYAIR

Rogiel, A. (2012) . Jenis Dan Bentuk Kesusasteroon
Meloyu. Scribd.
https://www.scnibd.com/doc/80873309/Jenis-Dan-
Bentuk-Kesusasteroon-Melayu.

Rahmat, A., Zainuddin, N., Abu, B, S., Hassan, A, R. Awang, H.
(2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.


Click to View FlipBook Version