INSTITUT PENGAJIAN GURU
KAMPUS BAHASA MELAYU
KERTAS KERJA
CERAMAH PENGHAYATAN KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
TARIKH, HARI & MASA PELAKSANAAN:
15 OKTOBER 2021, JUMAAT & 11.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
KUALA LUMPUR
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ADIBAH NATASHA BINTI YUSERY
KERTAS KERJA
CERAMAH PENGHAYATAN KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
IPGKBM
TUJUAN
Kertas Kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan untuk pelaksanaan Ceramah
Penghayatan Keperibadian Rasulullah SAW peringkat IPGKBM tahun 2021 sebagaimana
yang telah dirancang dalam takwim tahunan IPGKBM 2021.
LATAR BELAKANG
Rasulullah SAW merupakan seorang individu yang mempunyai sifat keperibadian yang mulia
dan merupakan contoh terbaik bagi umat manusia. Allah SWT berfirman dalam surah al-
Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan
bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan
(kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah". Justeru, pelajar-pelajar
IPGKBM wajarlah menghayati susur galur kehidupan Rasulullah SWT ini agar kehidupan kita
sentiasa berada di landasan yang benar.
OBJEKTIF
1- Pelajar dapat mengetahui akhlak nabi Muhammad SAW apabila bersama dengan ahli
keluarga, sahabat dan orang ramai sewaktu zaman baginda dahulu
2- Mencontohi akhlak dan sunnah nabi dalam menjalani kehidupan seharian supaya
perbuatan mungkar dapat dihindari serta dapat menjadi suri teladan kepada
masyarakat.
ASAS PERTIMBANGAN
1- Ceramah Penghayatan Keperibadian Rasulullah SAW ini dianjurkan untuk menghayati
akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
2- Pengajaran daripada keperibadian Rasulullah SAW perlu dijadikan contoh teladan
dalam mengharungi kehidupan yang penuh rintangan agar disenangi oleh orang
sekeliling.
GOLONGAN SASARAN
• Semua warga PPIMSP IPGKBM seramai 230 orang.
TEMPAT
Program ini akan dilaksanakan di:
Google Meet (Link akan diberikan kemudian).
ATURCARA PROGRAM NAMA
Sila lihat lampiran 1 • Puan Hajah Nor Asilah binti Osman
JAWATANKUASA PROGRAM • Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
• Puan Aziah Binti Mohd Jesan
JAWATANKUASA • Muhamad Afif Muqri Bin Hasmat
Pengarah IPGKBM • Nurul Filzah Binti Mohd Salleh Amri
Timbalan Pengarah IPGKBM Panel 1: Muhamad Afif Muqri Bin Hasmat
Pensyarah Panel 2: Nurul Filzah Binti Mohd Salleh Amri
Ketua Penyelaras Program Panel 3: Nur Adibah Natasha Binti Yusery
Pengerusi Majlis 1. Muhamad Afif Muqri Bin Hasmat
Penceramah 2. Nur Adibah Natasha Binti Yusery
3. Nurul Filzah Binti Mohd Salleh Amri
Pengacaraan Forum 1. Muhamad Afif Muqri Bin Hasmat
2. Nurul Filzah Binti Mohd Salleh Amri
Penyediaan Teks Forum 3. Nur Adibah Natasha Binti Yusery
IMPLIKASI
• Program akan dijalankan dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari mengikut
masa dan tempat yang ditetapkan seperti di dalam jadual program.
• Tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan
SYOR
Dengan segala hormatnya mohon pertimbangan dan kelulusan ustazah terhadap cadangan
mengadakan program ini.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
Adibah ___________________________
(Puan Aziah Binti Mohd Jesan)
_____________________________ Pensyarah,
(Nur Adibah Natasha Binti Yusery) IPG Kampus Bahasa Melayu.
Penyelaras Program,
IPG Kampus Bahasa Melayu.
Disahkan oleh,
(Hajah Nor Asilah binti Osman B.C.K)
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu.
LAMPIRAN 1
ATURCARA CERAMAH PENGHAYATAN KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
TARIKH: 15 OKTOBER 2021
TEMPAT: GOOGLE MEET
MASA ATURCARA
10.45 pagi
Pendaftaran peserta
11.00 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
11.15 pagi Nyanyian Lagu Wilayah Persekutuan
12.00 Alunan Nasyid Asmaul Husna
tengah hari Bacaan Doa
Ucapan Pengacara majlis
Ceramah Keperibadian Rasulullah SAW
“ISLAM ITU INDAH”
Muhammad Afif Muqri Bin Hasmat
Nurul Filzah Binti Mohd Salleh Amri
Nur Adibah Natasha Binti Yusery
Ucapan Penangguhan – Pengacara Majlis
Majlis Tamat dan bersurai