BMMB1104
Puisi Melayu
Tradisional
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
NUR ADIBAH NATASHA BINTI YUSERY
2021192310170
030120110616
KUMPULAN H7
22 MAC 2022
PENSYARAH: CIK SITI SALAMAH BINTI
MOHAMAD YUSOF
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulilah, bersyukur atas Ilahi
dengan limpah kurnia-Nya dan nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga
saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya mengucapkan jutaan
terima kasih yang tak terhingga kepada
pensyarah kesayangan saya iaitu Cik Siti
Salamah binti Mohamad Yusof kerana
banyak menghulurkan pertolongan
kepada saya dan rakan-rakan.
Seterusnya, terima kasih yang tak terhingga kep
ada kedua ibu bapa
saya kerana sentiasa memberi sokongan penuh sewaktu saya
menjalankan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka, saya mungkin
tidak dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya kerana sentiasa
membantu antara satu sama lain. Mereka sentiasa menjawab persoalan
yang saya tidak jelas dan sentiasa memberi peringatan terhadap info-info
yang saya telah lupa.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan
kerja kursus ini. Terima kasih.
SENARAI KANDUNGAN
Pengenalan 1
2
Konsep Pantun
2
Fungsi Pantun 3
Pemikiran Umum Pantun 4
5
Karya Pantun
6
Maksud Karya Pantun 6
7
Konsep Syair 8
Fungsi Syair 9
10
Pemikiran Umum Syair 10
11
Karya Syair
12
Maksud Karya Syair 13
14
Konsep Gurindam
Fungsi Gurindam
Pemikiran Umum Gurindam
Karya Gurindam
Makna Karya Gurindam
Rujukan
Puisi lama yang lahir dalam kalangan masyarakat
Melayu sejak zaman dahulu lagi yang dikenali
sebagai Puisi Melayu Tradisional. Puisi ini merupakan
puisi rakyat yang telah muncul pada zaman dahulu
lagi ketika mereka belum mengenal bentuk tulisan.
Puisi tradisional terus digunakan sehingga hari ini
walaupun pelbagai zaman telah dilalui. Setelah
berlakunya pertembungan dengan dunia luar
menerusi dunia pedagang di Selat Melaka dan Selat
Sunda puisi Melayu telah diperkaya sehingga
berjumlah 30 jenis puisi antaranya termasuklah
pantun, syair, gurindam, seloka, nazam dan berzanji.
Puisi Melayu tradisional telah tersebar melalui lisan
(Mohd Rosli Saludin, 2013). Harun Mat Piah (1989)
telah membuat kajian dan mendapati bawah banyak
puisi yang berselerakan dan beliau telah mencuba
mengelaskan puisi-puisi tersebut mengikut jenis serta
bentuk. Secara amnya, mengenali puisi tradisional
bermaksud mengenali hati budi masyarakat yang
memilikinya.
1
PANTUN
KONSEP PANTUN
Terdapat bentuk dan ciri-ciri yang tertentu bagi pantun.
Pantun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu,
bahagian pembayang dan bahagian maksud.
Kebiasaanya, unsur alam digunakan untuk bahagian
pembayang. Setiap baris mempunyai empat perkataan
serta jumlah suku adalah antara lapan hingga dua
belas. Seterusnya,skima rima hujung adalah sejajar iaitu
a,a untuk pantun dua kerat manakala pantun empat
kerat menggunakan rima a,b,a,b. Menurut Cho Min Sung
& Mat Zaid (2020), pantun diciptakankan khas untuk
setiap generasi.
FUNGSI PANTUN
Antara fungsi pantun adalah seperti berikut:
menyampaikan nasihat kepada masyarakat
sebagai alat mendidik tanpa mengira lapisan umur
menunjukkan penghargaan dan sebagai tanda ucapan
terima kasih (Tenas Effendy, 2007).
memartabatkan adat isitiadat dalam kalangan
masyarakat
meluahkan pelbagai jenis perasaan seperti marah,
sayang, cinta, suka dan duka (Cho Min Sung & Mat
Zaid, 2020)
sindir-menyindir kerana kesopanan yang wujud dalam
masyarakat Melayu telah membuatkan mereka malu
untuk beterus-terang (Fatimah Busu, 1992).
menyampaikan ajaran agama yang menerangkan
berkenaan pahala, dosa dan banyak lagi (Harun Mat
Piah, 1989). 2
PEMIKIRAN UMUM
PANTUN
Pantun merupakan salah satu puisi melayu tradisional yang
popular dalam kalangan masyarakat sehingga kini (Abd.
Rahim & Khairuddin Mohamad, 2017). Menurut Tuti Andriani
(2012), pantun merupakan identiti jati diri melayu. Pantun
merupakan hak milik asli orang Melayu yang masih kekal.
Pantun dicipta menggunakan unsur alam semula jadi sebagai
pembayang mahupun maksud (Cho Min Sung & Mat Zaid,
2020). Pantun dapat dikategorikan kepada dua bentuk. Bentuk
pertama adalah pantun dua kerat dan diikuti dengan pantun
empat kerat. Pantun menzahirkan cara berfikir serta serta nilai-
nilai masyarakat melayu. Luahan rasa hati, kasih sayang, sedih,
cinta, suka duka dan pelbagai jenis perasaan diluahkan melalui
pantun. Pantun sering digunakan dalam majlis keramaian
bertujuan menyatakan hajat mahupun sindir-menyindir (Akmal
Akmal, 2015). Sebagai contoh, pantun sentiasa menjadi
pembuka mahupun penutup bagi sesuatu majlis yang mana
mampu menyerikan lagi sesebuah majlis. Terdapat beberapa
lagu yang diselitkan pantun dalam liriknya seperti lagu Cindai
dan Kurik Kundi yang dinyanyikan oleh Dato' Siti NurHaliza.
3
KARYA PANTUN
TEMA BUDI
Burung merpati terbang merata,
Dibasahi hujan ketika di hutan,
Saling hormati sesama jelata,
Tali perpaduan jadi ikatan.
Sampan mudik jauh ke hulu,
Kawalan pendeta tuju ke jeti,
Budi yang baik dikenang selalu,
Hilang di mata dekat di hati.
Anak puspa terlihat lelayang,
Hinggap di dahan pohonan nyonya,
Tidaklah rupa dipandang orang,
Hati berkenan pada budinya.
Pegaga di desa tumbuh melata,
Ditepi telaga petik si teruna,
Berbudi bahasa budaya kita,
Enggan dijaga hidup merana.
Bersiul santun anak tempua,
Temannya kedidi menjamah pulasan,
Tetap bersantun budaya semua,
Maruah peribadi jadi hiasan.
-adibah yusery
4
MAKSUD KARYA PANTUN
Rangkap pertama menyeru masyarakat untuk saling
menghormati antara satu sama lain yang akan
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan
masyarakat.
Rangkap kedua menyatakan bahawa seseorang yang
berbudi bahasa akan selalu diingati tidak kira di mana-
mana sahaja mereka berada.
Rangkap ketiga menyatakan bahawa rupa seseorang itu
tidak dinilai namun budi bahasanya yang dinilai serta
mampu mengambil hati masyarakat.
Rangkap keempat menyatakan bahawa berbudi bahasa
merupakan budaya kita serta kehidupan masyarakat
akan menderita jika tidak berbudi kerana dipandang
hina oleh masyarakat.
Rangkap kelima menyeru untuk sentiasa bersopan-
santun kerana kesopanan itu mencerminkan maruah diri
setiap insan.
5
SYAIR
KONSEP SYAIR
Bentuk yang terdapat pada pantun dan syair adalah sama iaitu
mempunyai empat baris namun terdapat perbezaan pada rima
akhir iaitu rima akhir syair adalah a,a,a,a. Setiap baris dalam
sesebuah rangkap haruslah mempunyai tiga hingga empat kada
dar serta mempunyai 8 sehingga 12 anggaran suku kata. Selain
itu, dalam syair keempat-empat baris dalam serangkap
merupakan satu rangkuman idea. Oleh yang demikian, seseorang
itu haruslah membaca sesebuah syair itu sehingga tamat bagi
mendapatkan keseluruhan idea.
FUNGSI SYAIR
Antara fungsi syair adalah seperti berikut:
sebagai salah satu alat hiburan dan kegiatan kesenian yang
sering dilagukan dalam sesebuah majlis keramaian (Akmal
Akmal, 2015).
menyampaikan ajaran agama yang menekankan pengajaran
dan moral seperti Syair Perahu.
memuji dan menyanjungi tokoh-tokoh khususnya golongan
bangsawan seperti Syair Sultan Iskandar Bermain-main ke
Laut.
manceritakan sejarah yang mengandungi unsur lagenda dan
mitos seperti Syair Singapura Terbakar.
menyampaikan cerita-cerita golongan atas khususnya puteri-
putera seperti Syair Dandan Setia dan Syair Jauhar Manikam.
menyampaikan teka-teki yang memerlukan masyarakat untuk
berfikir jawapan.
digunakan untuk menyampaikan nasihat seperti Syair Nasihat
kepada Anak. 6
PEMIKIRAN UMUM
SYAIR
Perkataan syair berasal daripada perkataan Arab iaitu, syi'r
yang bererti puisi. Umumnya, syair telah wujud ketika zaman
pra-Islam lagi. Terdapat perbezaan antara syair Arab dan syair
di Tanah Melayu walaupun syair dibawa dari Tanah Arab.
Syair tiada pemilik ataupun punulis yang khusus kerana syair
dianggap hak milik asli masyarakat Melayu (Abd. Rahim &
Khairuddin Mohamad, 2017). Syair telah dicipta dan dilagukan
kepada masyarakat dengan pelbagai tujuan seperti bercerita,
memberi nasihat, meluahkan emosi dan dalam upacara seperti
upacara berinai. Selain itu, syair turut dibahagikan kepada dua
tema iaitu naratif dan bukan naratif. Antara contoh syair
naratif adalah syair agama yang menekankan perihal
keagamaan dan moral dalam kehidupan, syair nasihat yang
berfungsi untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran
kepada masyarakat. Oleh kerana syair mempunyai tujuan yang
berbeza, maka wujudlah pelbagai jenis syair seperti syair
sejarah, syair roman, syair agama, syair puji-pujian dan
sebagainya. Menurut Dewa Putu Wijana (2018) terdapat 13
buah irama yang boleh disuaikan dengan syair yang dicipta.
Antaranya ialah Irama Mayang, Irama Siti Zubaidah, Irama
Dodoi, Irama Batu Belah, Irama Kelumpang, Irama Perindu,
Irama Hiasan dan Irama Selendang Delima.
7
KARYA SYAIR
SYAIR NASIHAT KEHIDUPAN
Wahai anakanda muda bestari,
Dengarlah nasihat yang ingin kuberi,
Dugaan hidup sukar dilari,
Berbudilah agar tidak dibenci.
Hendaklah pandai memilih kawan,
Jika tidak menjadi lawan,
Mampu memakan dirimu tuan,
Hubungan renggang sesama insan.
Ibu bapa menjadi keutamaan,
Menolong mereka tanpa balasan,
Keinginan mereka jangan siakan,
Anakanda merupakan benih harapan.
Menjalani hidup janganlah malas,
Ringankan tulang dengan ikhlas,
Tanpa meminta untuk dibalas,
Dapat menjauhi gelaran culas.
Kehidupan bergantung pada dirimu,
Rajinkan jasad menuntut ilmu,
Jauhilah sifat mudah jemu,
Pasti cerah masa depanmu.
-adibah yusery
8
MAKSUD KARYA SYAIR
Rangkap pertama mengandungi nasihat supaya berbudi
bahasa dalam kehidupan. Dengan cara ini, kita tidak
akan dibenci masyarakat dan tiada tambahan masalah.
Sesungguhnya, masalah dalam kehidupan sukar dilalui.
Rangkap kedua mengandungi nasihat supaya pandai
memilih kawan. Hal ini bagi mengelakkan kawan
tersebut tidak menjadi musuh yang akhirnya mampu
memakan diri kita sendiri serta merenggangkan
hubungan silaturahim sesama manusia.
Rangkap ketiga mengandungi nasihat supaya
menjadikan ibu bapa sebagai satu keutamaan dalam
kehidupan dan sentiada menolong mereka tanpa
meminta untuk dibalas. Setiap keinginan mereka tidak
boleh disia-siakan kerana anak-anak adalah harapan
mereka.
Rangkap keempat mengandungi nasihat supaya tidak
bermalas-malasan dalam menjalani kehidupan serta
sentiasa ringan tulang dalam membantu masyarakat
secara ikhlas. Dengan cara in juga, gelaran culas dapat
dijauhi.
Rangkap kelima mengandungi nasihat supaya rajin dan
tidak jemu dalam menuntut ilmu kerana masa hadapan
kita sentiasa bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita
berbuat demikian maka pasti cerah masa hadapan.
9
GURINDAM
KONSEP GURINDAM
Gurindam mempunyai ciri-ciri yang tertentu bagi
membezakannya dengan puisi-puisi yang lain. Antara ciri-ciri
gurindam adalah gurindam tergolong sebagai puisi bebas iaitu
tidak terikat dengan rangkap. Dari segi isi kandungan gurindam,
perkara yang ingin disampaikan adalah perkara yang serius.
Gurindam terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan
berirama yang mengandungi ciri sebab dan akibat pada baris
pertama dan baris kedua (Akmal Akmal, 2015). Dua baris
tersebut memberikan idea yang lengkap pada rangkap atau
pasangannya.
FUNGSI GURINDAM
Antara fungsi-fungsi gurindam adalah seperti berikut:
memberikan pengajaran kepad pembaca dan pendengar
memberikan pimpinan kepada masyarakat untuk
membentuk peribadi yang baik seperti merendah diri,
berbudi, menghormati ibu bapa, menjaga agama
digunakan sebagai alat pendidikan
berfungsi sebagai alat hiburan
dokumentasi gambaran masyarakat yang intelektual dan
mementingkan estetika
sebagai media untuk berkomunikasi dengan masyarakat
10
PEMIKIRAN UMUM
GURINDAM
Gurindam merupakan puisi yang merentas zaman (Norashikin
Hamzah & Shaiful Bahri, 2021). Gurindam merupakan
sebahagian daripada puisi Melayu tradisional yang lahir di
antara garis sempadan sastera tradisional dan sastera moden.
Menurut Abd. Rahim & Khairuddin Mohamad (2017), Raja Ali
Haji mula menyampaikan puisi iaitu grindam dalam karya
beliau iaitu Gurindam Dua Belas (1846). Perkataan gurindam
ini berasal daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil
yang bermaksud rangkap yang telah menjadi bidalan (Za,ba
dalam rujukan Abd. Rahim & Khairuddin Mohamad, 2017).
Umumnya, gurindam ialah syair yang melarat dan tidak
mempunyai rangkap yang tetap. Gurindam disampaikan
melalui bahasa menyanyi. Umumnya, gurindam tidak
digunakan dalam kegiatan seni dan kebudayaan seperti
pantun, syair, mantera dan sebagainya. Hal ini kerana skop
penyebaran dan penggunaan gurindam adalah terhad.
11
KARYA GURINDAM
TEMA: PENDIDIKAN
ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
Hidup ini tiada kekangan,
Jika pendidikan jadi pegangan.
Menuntut ilmu tanpa jemu,
Pasti cerah masa hadapanmu.
Rakyat terdidik dalam kehidupan,
Mutu negara dapat ditingkatkan.
Andainya ilmu terus dipersia,
Mudah ditipu di segenap usia.
Rintang kehidupan sukar diharungi,
Jika pendidikan dibelakangi.
12 -adibah yusery
MAKSUD KARYA GURINDAM
Rangkap pertama menerangkan bahawa kehidupan akan
tiada batasan jika pendidikan dijadikan pegangan dalam
menjalani kehidupan.
Rangkap kedua menerangkan bahawa jika seseorang itu
menuntut ilmu tanpa jemu kelak masa hadapannya akan
cerah kerana ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan pada
masa hadapan.
Rangkap ketiga menerangkan bahawa jika rakyat dididik
dalam menjalani kehidupan maka mutu sesebuah negara
dapat ditingkatkan dari masa ke masa.
Rangkap keempat menerangkan jika ilmu terus disia-
siakan maka seseorang itu akan mudah ditipu di setiap
usianya kerana ilmu yang dahulunya ada tidak
digunakan.
Rangkap kelima menerangkan bahawa rintangan
kehidupan sukar untuk dilalui jika pendidikan
dibelakangkan.
13
RUJUKAN
Abd. Rahim Ismail & Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu.
Sasbadi Sdn. Bhd.
Akmal Akmal. (2015). Kebudayaan Melayu Riau (Pantun, Syair, Gurindam). Jurnal
Risalah, 26(4), 159-165. https://media.neliti.com/media/publications/128225-ID-
kebudayaan-melayu-riau-pantun-syair-guri.pdf
Awang Sariyan. (2007). Falsafah dan Logika Melayu. Synergymate Sdn. Bhd.
Cho Min Sung & Mat Zaid Hussein. (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional
Dilihat dari Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal
Puitika, 16(1), 1-28.
http://jurnalpuitika.fib.unand.ac.id/index.php/jurnalpuitika/article/download/106/91
Dewa Putu Wijana. (2018). Aneka Fungsi Bahasa Syair-syair Lagu Ismail Marzuki.
Jurnal Deskripsi Bahasa, 2(1), 81-90.
https://jurnal.ugm.ac.id/v3/DB/article/view/326/79
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Tradisional Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, 8,
1-13. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227
Norashikin Hamzah & Shaiful Bahri. (2021). Menyelusur Hayat Gurindam: Satu
Tinjauan Definisi Dari Kaca Mata Sarjana. International Social Science and
Humanities Journal, 4(1), 47-58. http://journal.al-
qiyam.net/index.php/my1/article/view/98/85
Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Dawama Sdn Bhd.
Tuti Andriani. (2012). Pantun Dalam Kehidupan Manusia (Pendekatan Historis dan
Antropologis). Jurnal Sosial Budaya, 9(2), 195-211.
https://media.neliti.com/media/publications/40463-ID-pantun-dalam-kehidupan-
melayu-pendekatan-historis-dan-antropologis.pdf
14
PENUTUP KALAM
Akhir kalam, jutaan terima kasih saya titipkan kepada
para pembaca. Semoga karya yang saya hasilkan dapat
memberi manfaat kepada semua. Yang baik datang
daripada Tuhan dan yang buruk datang daripada diri
saya sendiri
-adibah yusery