SIRl PENERBITAN
INIEGRASI ILMU NAOLI DAN AOLI
isBN 978-967-440-s73-1
, ll[ilffi] llllilffi lllll ttiillfiu
INTEGRASI ILMU NAOLI DAN AOLI
DALAM DISIPLIN
USVNADRAINAGH-UDNADNANG
Penyunting:
Adzidah Yaakob
Abidah Abdul Ghafar
Yasmin Hanani Mohd Safian
Penerbit USIM
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan
2018
CETAKAN PERTAMA2OlS
O Hak Cipta Universiti Sains Islam Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boreh diterbitkan
semula, disimpan dalam benhrk pengeluaran atau diffiarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alatjuapun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainy a tanpa kebenaran bertulis
daripada penulis dan penerbit terlebih dahulu.
Diterbitkan di Malaysia oleh
PENERBIT USIM
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel:06-798 8226 I 6081 Faks:06-798 6083
penerbit.usim.edu.my
info. p en erb it @u s i m. e du. my
Penerbit USIM adalah anggota
MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM)
Dicetak di Malaysia oleh
UKM CETAK
Aras Bawah
Bangunan Penerbit UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600, Bangi Selangor
Tel: 03-8921 307215371 Faks: 03-8925 45i5
ulcrn _c e tak@yahoo. com. my / ukmcetak. des igner@gmail. com
PerpustakaanNegaraMalaysia Datapengkatalogan-dalam-penerbitan
INTEGRASI ILMU NAQLI DANAQLI DALAM DISIPLIN SYARIAH
DAN LTNDANG-UNDANG. / Penyunring: Adzidah yaakob, Abidah
Abdul Ghafaq Yasmin Hanani Mohd Safian.
rsBN 978-967 -440-57 3 _l
l. Islamic law--Malaysia.
2. Jurisdiction (Islamic law)--Malaysia.
3. Judgment (Islamic 1aw)--Malaysia.
4. Government publications--Malaysia.
I. Adzidah Yaakob. II. Abidah Abdul Ghafar, Dr.
III. Yasmin Hanani Mohd. Safian, prof. Madya.
340.s909s95
IS I KAN DU NGAN
KATA PENGANTAR vrl
PRAI'{TA ix
Integrasi Naqli danAqli dalam Dakwah: Nfll.ertikan'Urf 11
dan Adat dalam Berinteraksi dengan Isu Khilafiah Fiqh
di Malaysia
Syed Salim Syed Shamsuddin & Mohd. Faisal Mohamed
Penulisan Saintifik dalam Pentafsiran al-Quran dan
Keperluannya dalam Mendepani Isu Semasa
Lulcrnan Abdul Mutalib, Asmawati Suhid & Fathiyah Mohd
Fakhruddin
Model Kemahiran Bahasa Arab Pelajar Pengajian Islam 65
di USIM: Agenda Pengukuhan Integrasi Ilmu Naqli dan
Aqli
Mualimin Mochammad Sahid
Takaful Diat: Satu Alternatif kepada Masalah Pampasan 81
Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
Lukman Abdul Mutalib, Muhammad Aunnuruochim Mas'ad
Saleh, Resali Muda, Zulkifli Hassan & Lultrnanul Hakim Hi
Hanafi
Ujrah: Konsep Ganjaran yang Dinamik dalam 106
Muamalat dan Aplikasinya dalam Institusi Kewangan
IsIam
Setiyawan Gunardi
3
o-Dlanaktlewagmirha.BsMieNreinraatqeilkiraadnkasnn'iUdfAgreqtlnliidgadananlaAlmsduat
Khilafiah Fiqh di MalaYsia
Syed Salim Syed Shamsuddin & Mohd' Faisal Mohamed
ili;;P;Istkpst;iad;dmldetmiedE;llede;eamatseb;akanar,aNnmun"nidkasesakga;';gaDyausta;tt"atdaahauamirdAGndsepknuarfaaanaiieaiHnldgthnutndmgkkunnanuaUaisaatglaermdibeabhsntdftLalru-lbmiuauasakelnbmlUaipaanenkilhanaeukaegbugibAtoanstnram"ruamaiaalkttNn,l*atai,nnmamtyp.ikubiaytyar*serausaeaaeaupk,iy.retlurrn.luueiulaisiyfJbs*fhngtrtat,auafeaiaya.attaumi,drennba"mkuo,tsuniragaa'kana:atswtTrnge'"uutkemnruaeganAstfhas-yirtpllaaiaaakrafkadse"nqlaltrhudadaiuitinftualaedpa-hle"sudtmstdnnnyauile'ynaiisiag*bteanlbaueaadsgalaea''anttd-ae*mrnuaamMsgPgdankspdeyadaatipeakasaplimalreasanpaapiaen'hredrugetmhnuairgmapbauminraraltaf'aallaemomjatbaadgdmaasnlmiemyseaauaalattmtaaaruihnniklanadalssnkkatausdautvhawsaagMhuwaamikaybinlvaaamawrddaaneabiranndsainbrrlaeatbkgaaak'iuserdhaalmaykhyNdr*atpwnadui'aaid"alrtAkeaannYuauaDmaunpmmfgnjbidpquatalosauaie1aenetkelmlibnhamer.hgnallmcsea'maheedhnaeabrr1.lnedaakisenuepagnykuyatmagalgaaalwaaiaittgali'taeadanmttunjaaamuuauunagignrhha'kf
Okkdaaoilpneenetdhasraresiahtepudmp,u'ebuabnaarykhbfaokdmnianasnpineamApuia"eAin""nguigO'i"haAau*t*'rw""a"adipkkhao"a'tnnkuaesn"speuegapck"daaiark'anuhmtrtfbiainlesadgbyafkearadrraasaapkdlaadaaumttcaModfnaaeitqslolaaPhhmye'upkHme-yduretmibamMmauusnaaarlg'nalaiiyakkhsiaaatiunaint
I lntegrasi llmu Naqli dan Aqli
da\am Disiplin Syariah dan Undang-Undang
khilafiah yang perlu diraikan oleh para ilmuwan dan pendakwah masa
kini. Pendedahan ringkas tentang kefahaman dan konsep dua aspek
utama ini diharap dapat memberikan satu anjakan paradigma dalam
menyatupadukan serta mendamaikan umat Islam dalam isu-isu fiqh
yang berkaitan dengan adat dan 'ur/tempatan.
KONSEP 'URF DAN ADAT DALAM ISLAM
Akal memainkan peranan penting dalam membina kekuatan diri
manusia. Islam menggalakkan penggunaan akal, namun bukan akal
secara mutlak dan bersendirian sebaliknya akal yang dipandu dengan
panduan agama dan syariat. Penggunaan akal tidak boleh dipisahkan
daripada agama bahkan akal perlu bergerak seiring dengan agama.
Mengikut Imam al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulum al-Din (t.th.: 85) �kal
merujuk kepada empat perkara antaranya ialah pengalaman h1dup
seseorang dan kekuatan dalam diri yang membolehkan seseorang
itu mengetahui akibat sesuatu itu baik atau buruk. Jika seseorang itu
lama hidupnya maka lebih banyak pengalamannya dan sepatutnya
lebih kuat daya akalnya. Manusia mampu untuk membuat penilaian
dan keputusan tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan
seharian berdasarkan akal.Apabila sesuatu itu berlaku secara berulang
ulang ia akan menatijahkan sesuatu keputusan akal tentangnya, di sini
timbul hukum yang dinamakan sebagai hukum adat yang didasarkan
kepada 'urf atau adat setempat.
a. Pengertian 'Ur/
Dalam bahasa Arab, perkataan al- 'urf (0..:,_.:JI) mempunyai banyak
maksud, antaranya ialah pengetahuan (U..,,._JI), akronim kepada
perkataan keburukan (al-nukr), sesuatu perkara yang baik (�J�I),
serta bersambung-sambung atau berturut-turut (al-Jauhan, 1979:
1401; Ibn Manzur, 1990: 239-240).
Ketika mentafsirkan ayat 199 daripada surah al-A'raf, Wahbah al
Zuhaily dalam Tafsir al-Munirnya (1991: 217) mentakrifkan perkataan
al- 'urfsebagai perbuatan-perbuatan yang baik (makrut) dan elok. Al
'urf adalah setiap perkara yang diperintahkan oleh syarak, manusia
mengenalinya sebagai suatu perkara yang baik dan orang-orang yang
berakal mengiranya sebagai perkara yang elok. Makruf merujuk
1'111111112
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
f. Autoriti dan Kehujahan'Urf dalarnPenentuan Hukum
Pada dasarnya semua fuqaha mazhab bersepakat dalam pengambilan
'urf sebagai dalil atau sumber hukum syarak secara umum, walaupun
mereka berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Sebenarnya,
perkara yang menjadi perbincangan ulama bukanlah penolakan
sepenuhnya terhadap autotiti 'urf,telap\ perbezaan pandangan cuma
terletak pada sejauh mana 'urf mempunyai kuasa dalam penentuan
hukum (al-Bugha, 1999: 250).
Antara empat mazhab muktabar, fuqaha Mazhab Hanafi dan Maliki
yang paling banyak menggunakan 'urf dalam pengambilan dan
penginstibatan hukum-hukum fiqh berbanding mazhab yang lain. Ibn
Abidin (t.th.: 114) mengatakan:
rl+ ri .<;t .rl, UJ c.,1!el aJ LA\ e i|l)
Maksudnya:
'Ud dalam syariat adalah diambil kira, oleh itu terkadang
'urf menjadi pertimbangan hukum.
Namun begitu, mazhab Hanafi dan Syafie tidak kurang juga banyak
menggunakan 'urf tetapi dengan beberapa syarat tertentu, seperti
dalam situasi ketiadaan nas. Antara fuqaha Syaf iyyahyangmenyebut
tentang perkara ini ialah Imam al-Suyuti, Imam al'Ghazali,Imam
al-Raf ie dan Sultan al:IJlama Imam 'lzztddin bin Abdul Salam
RH (al-Bugha, 7999 :251252; Muhammad,2009: 160-163). Imam
Ibn Hajar al-'Asqalani (t.th.: 406) menyebutkan, sebagaimana yang
dikatakan oleh al-Qadhi Hussain, "Merujuk kepada 'urf ita adalah
salah satu daripada lima kaedah yang menjadi asas pembinaan
hukum fiqh, seperti dalam masalah kadar mahar misil dan kufu dalam
pernikahan". Imam 'Izzuddin bin Abdul Salam (al-Sulami, 2014: ll)
pula menegaskan bahawa kemaslahatan dunia dan akhirat, sebab-
sebabnya dan mafsadahnya tidak boleh diketahui kecuali dengan
panduan syariat, sedangkan kemaslahatan dunia sahaja, sebab-
sebabnya dan mafsadahnya dapat dikenal pasti dengan pengalaman,
adat kebiasaan dan sangkaan yang muktabar.
Dalam pengambilan 'urf sebagai sumber hukum, para ulama
berpandukan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah, ijmak, qiyas dan
logik akal (al-Zuhaily, 1998: 836-839).
le$
I}NN$NN*\N i{ lntegrasi ilmu Naqti dan Aqti
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
l. Al-Quran
i. Antara dalil daripada al-euran ialah firman Allah SWT yang
berikut:
d;bqJl ,f *iit o.)\;\i *tt ,-
Maksudnya:
krimalah apq yang mudah engkau lakukan dan suruhlah
dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan
dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan
kejahilannya).
(Al-Quran. Surah Al-A' raf 7 : 199)
Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW
agar menyuruh umat Baginda mengerjakan yang makruf,
iaitu tradisi dan kebiasaan yang baik yang telah dikenali
masyarakat setempat. Walaupun sebenarnya al-,urf dalam
ayat ini membawa makna 'urf daripada segi bahasa, tetapi
diguna pakai oleh para fuqaha dalam menguatkan pemakaian
'urf dengan makna istilah. Pentafsiran ini juga sejajar dengan
pernyataan para ulama tafsir di dalam kitab-kitab mereka.
Imam al-Nasafi (t.th.: 390) di dalam tafsirnya berkata: ,,al_
'urf ialah setiap perbu atan atatperangai manusia yang diredai
akal dan diterima syarak".
ii. Allah SWT menyuruh manusia menentukan kadar nafkah
isteri dan perempuan yang diupah unfuk menyusukan anak
(radha'ah), mut'ah talak dan kafarah sumpah kepada ,urf,
sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 222,
228, 236 dan surah al-Maidah ayat 89.
2. Sunah
i. Ucapan Abdullah bin Mas,ud RA secara marfLt. kepada
Baginda Nabi SAW yang berbunyi:
4;*l*Jl J, US Lcr- a-Ul .r;e Hi l* g,"l*^Jl .! U
r,r* a.Ul Le J-p l:., -
Nszo
lntegrasi Naqli dan Aqll dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
Maksudnya:
sesuatu yang dinilai baik oleh kaum musrimin adarah baik di
sisi Allah, dan sesuqtu yang dinilai buruk oleh mereka adalah
buruk di sisi Allah.
(Hadis. RiwayatAhmad, Abu Daud al-Tayalisi dan al-Baihaqi)
Ungkapan Abdullah bin Mas'ud RA ini menunjukkan bahawa
kebiasaan yang baik yang ada dalam masyarakat Islam selari
dengan kehendak umum syarak, justeru dianggap baik di sisi
Allah dan perlu dijaga.
ii. Sabda Rasulullah SAW kepada Hindun binti .Utbah, iaitu
isteri Abu Sufian RA untuk mengambil hak nafkah diri dan
anak-anaknya darrpada simpanan suaminya secara rahsia
yang berbunyi:
itAL. 4$r 4jK" u <5s
Maksudnya:
Ambillah darinya apa yang mencukupkan na/kah kamu dan
anqk-analcrnu dengan cara yang makruf.
(Hadis. Riwayat al-J ama' ah kecuali al-Tirmizi)
Maksud "bi al-ma'ruf' di sini ialah kadar yang memenuhi makna
kecukupan daripada segi adat, iaitu kadar yang tidak melebihi
kebiasaan nafkah.
3. Ijmak
Fuqaha telah berijmak dalam mengambil kira ,urf yang ditunjukkan
oleh nas atau yang dibina atas nas, atalo yang dikembalikan kepada
kaedah yang sabit dengan dalil atau maslahah mursalah dan
sebagainya. Hal ini adalah berdasarkan ijmak merekabahawasyariat
Islam datang dengan meraikan maslahah manusia, justeru Islam wajib
mengambil kira adat-adat manusia kerana di situ terdapat perkara
yang merealisasikan maslahah mereka. Untuk memahami maslahah
sesuatu masyarakat perlu kepada kefahaman yang mendalam kepada
kebiasaan dan 'urf masyarakat tersebut bagi mengerakkan berlakunya
kemudaratan umum dan mafsadah. Selain it.t,paraimammazhab turut
: lnteqrasi llmu Naqli dan Aqli
i dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
mengambil kira ijmak 'amali (muamalah umum tanpa ada sebarang
pertikaian dan bangkangan)
sebagai dalil kehujahan 'urf sebagai
sumber hukum.
4. Qiyas dan logik akal dalil yang banyak seperti istiqra"
Para ulama mengemukakan
Apabila disusuri furuk-furuk syarak, didapati bahawa nas-nas syarak
mengiktiraf sesetengah 'urf dan adat yang diamalkan sebelum
kedatangan Islam seperti beberapa bentuk kontrakjual beli salam dan
mudharabah serta adat-adat dalam hal ehwal kekeluargaan.
Ringkasnya, dari awal lagi syariat Islam telah banyak mengambil
dan"mengakui adat atau tradisi masyarakat setempat selagi ia tidak
bertentangan dengan nas-nas qat'ie"rJrf meniadi kayu pengukur
kepada sJsuatu keadaan atau hukum yang disebut secara umum dan
tidak ada nas yang jelas, sebagaimana kata-kata seorang faqih Hanafi
al-Kamal bin al-Humam: "secara syaraknya 'urfitumengambil tempat
ijmak ketika ketiadaan nas" (al-Zuhaily, 1998: 839)' Kedatalgal
Islambukanmenghapuskansamasekalitradisiyangtelahmenyatu
dengan masyarakat, b-ahkan adayangdiakui dan disesuaikan dan ada
jrrgJyung dihapuskan. Dengan itu, ulama menyimpulkan bahawa
'urf
iu:, uAut yu"g baik secara sah dapat dijadikan landasan hukum apabila
mdaenmkeenudhuidsuytaarnat-,suyraf rdaat nyaandgatteslaehbadgitaeitappeknaenn' tNuahmuuknumbeignitiut'eartuatkolruitki
kepada syarat-syarat tertentu sebagai jaminan ia tidak digunakan
secara sewenang-wenangnya.
Selaras dengan ini, para ulama merumuskan beberapa kaedah fiqh yang
berkaitan dengan 'urf dan adatyangmenjadi asas kepada pembinaan
hukum, antatanyaseperti berikut (Syubair, 2007 : 229-268):
i . i^(.." a;Ul
Maksudnya:Adatkebiasaandiperakuisebagainilaihukum'
ii. 6)Ul aJ)a J; u.;Jl
Maksudnya: Uitcna yang hakiki ditinggalkan kerana ada petuniuk
adat.
*$Ntzz
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
iii. gt";Yl _.,-,+ pt(-)t ,# -& Y
Maksudnya: Tidak boleh disangkal berlaku perubahan hukum dengan
sebab perubahan zaman.
iv.G; -bql^Jrt \;S iy)\
Maksudnya Perkara yang diketahui secara 'urf seperti perkara yang
disyaratkan.
v.;rlrU Y pU-it ,=JlJ arJl
Maksudnyal Perkara yang diambil kira hanyalah 'urfyang diamalkan
s e c ar a m eny e luruh dan bukanny a y ang i ar an g di amal kan.
g. Syarat-syarat 'Urf sebagai Sumber Hukum
Sebelum sesuatu 'urf itu diterima pakai dalam penetapan sesuatu
hukum syarak, ia perlu diukur dengan beberapa syarat yang telah
ditetapkan oleh para fuqaha, afltaranya adalah seperti berikut (al-
Bugha, 1999: 280_281):
1. 'Urf ifit hendaklah diamalkan oleh masyarakat yang
mengamalkannya secara berterusan dan konsisten pada setiap
hal atau peristiwa, atau ia diamalkan pada kebanyakan atau
sebahagian besar peristiwa tersebut. Dengan perkata lain, 'ud
tersebut hendaklah diketahui umum dan diamalkan secara
meluas dan menyeluruh dalam masyarakat setempat.
2. 'Urf ittt hendaklah telah wujud ketika sesuatu tindakan itu
hendak dilaksanakan, yakni kejadian' urf itt telah mendahului
waktu tindakan dan berterusan hingga masa berlakunya
tindakan tersebut, sama ada 'urf itu berbentuk percakapan
atau perbuatan.
3. Tidak ada sebarang kenyataan yang bercanggah secarajelas
dengan 'urf yang terpakai daripada kedua-dua pihak yang
melakukan kontrak ketika sesuatu urusan transaksi itu hendak
dibuat.
4. Pengamalan'urftersebtfitidakbertentangan atau mengabaikan
hukum yang telah sabit dengan nassyarak atau sebarang dalil
q at' ie daripada dalil-dalil syarak.
23$
NNN$$N}NNN$NN.tN.i! lnteorasi ilmu Naqti dan Aoti
dalam Disiplin Syariah dan Undang_Undang
5. Pengamalan ,urf tersebut mestilah umum merangkumi
seluruh tegara. Syarat ini hanya khusus kepada ,urJ.yang
mengkhususkan
sesuatu yang umum dan mengikat sesuatu
yang mutlak.
6. 'urf in hendaklah bersifat mulzim, iaitu dimestikan beramal
dengannya pada pandangan orang ramai.
bkMhaeunnsg1uusrsa.u,td'auaTnlrautfamnrdaSanmunyezaanadanaanadtga(ahl2ana0hirOuspsgee:pdnlegigara7mtmi),bbaeitllaerrnidkdauahltpa:umaktubkmeeabde,"arrua7pnaatpeie,rrtaeadtnuatrutasnaepsyauabanitrgua
undang-undang syarak bersifat umum dan tidak memberikan
2. definisi khusus secara tepat dan putus.
Pertembungan antara amalan adat dengan undang_undang
syarak akan diselesaikan dengan memberikan keutamaan
3. kepada undang-undang syarak.
Dalam sistem perundangan Islam, adat secara mandiri tidak
diterima sebagai sumber rasmi. Ia lebih bersifat pelengkap
4. selagi tidak bertentangan dengan dasar syarak.
Peraturan-peraturan 'urf danadat diterirna oleh Islam selagi ia
bersifat 'urf danadat yang sahih.
h. 'Urf dan Adat dalamMasyarakat Melayu
mpdbSeeaeerrlanpmatjeumaarrdkatisinsuykeydeasabennpibaggeusraahtaeaahtunlraur.mashM.naddsiepyiynbaaauitnnrurahgcukiat)as.nMtugAdo(kdsahaaehdtnhjd,iuAniagagndamguaaabatrelmkmrRameenaanrmuksupselriuaujad(kt2kaKc0nata0urmr6hauy;unuakz_snutiegsDmms-ezuuwdsdruaala1nhnn,
kdkbhdisaleiiaadtwlinbsiulaaaaipkumshh.aasjeuanegndghiadNaainnat,ugldasTigsimataitemnilalrtapiahumharradkaaTeabdebpeapniaatregkbslraeaaaihnbain,gniddhmkiisnapaeigstolpaaiapesmruwrnttliiaayMlcaarlaehmdrdlaaaea,nyumrruairmmafnkNpegyauelkunasunaanmuasntrgaiitpsau;eakrranedndgsu;sgedukeululucankarAm.auraahaMinga-meunnrlnyearaurcm"uartauadr*asti
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
'Urf dan adat merupakan aspek terpenting dalam kebudayaan semua
bangsa. Ia bukanlah suatu perkara yaflg menyusahkan kehidupan,
malah berperanan dalam mengatur tatacara hidup bermasyarakat
dan juga kehidupan setiap anggota masyarakat. Pada umufilnya,
masyarakat Melayu di Malaysia masih berpegang kepada adat dan
tradisi mereka, terutama dalam hal-hal yang bersangkut paut dengan
kehidupan bermasyarakat. Namun, seiring dengan peredaran zamart,
adat resam yang tidak jelas tujuan dan maksudnya serta tidak seiring
dengan syarak akan ditinggalkan oleh masyarakat.
Secara umumnya, definisi adat dalam pemikiran orang Melayu boleh
disimpulkan dalam beberapa pengertian seperti berikut (Mohd Anuar
Ramli, 2006:256):
1. Amalan, perbuatan, kelakuan, tingkah laku yang menjadi
kebiasaan, seperti jual beli secara unjukkan (al-mu'atah) dan
harta sepencarian.
2. Norma hukum dan peraturan pemerintahan yang dilaksanakan
dalam masyarakat, contohnya Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.
3. rJpacara atat adat istiadat dalam kehidupan seperti
perkahwinan, kelahiran, kematian dan kepercayaan.
4. Susunan atau sistem masyarakat dan institusi kemasyarakatan
seperti sistem kekerabatan, kehartaan dan politik.
5. Prinsip alam semula jadi, seperti adatapimembakar danadat
air basah.
Semua pengertian tersebut berkait rapat dengan perbincangan
makalah ini yang melihat bagaimana hukum-hakam fiqh sering
melibatkan situasi-situasi tersebut, sama ada berkaitan dengan fiqh
ibadat, munakahat, muamalat atau jinayat. Pengamalan dan kebiasaan
masyarakat setempat tersebut perlu dilihat sama ada selari dengan
hukum syarak atau sebaliknya, dan sama ada ia berbentuk khilafiah
atau tidak.
N $ lntegrasi llmu ilaqli dan Aqli
W I dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
KONSEP PERCANGGAHAN PENDAPAT (IKHTILAF) DAN
IKI{TILAF'FIQHI
a. Pengertian Ikhtilaf
Daripada segi bahasa, ikhtilaf bermaksud perbezaan, percanggahan
dan tiada persepakatan (Ibn Manzur, 1 990: 91). Perkataan ikhtilafjuga
telah diguna pakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud perbezaan
faham (pendapat) berkenaan sesuatu perkara, manakala khilaf pula
bermaksud salah, keliru atau silap. Perkara-perkara khilafiah pula
ialah perkara-perkara yang menimbulkan pertikaian (yang tidak
mempunyai nas yang tepat tentang hukumannya) (Kamus Dewan,
2002: 480, 674).
Ikhtilaf daripada segi istilah bermaksud kepelbagaian pendapat dan
pandangan para mujtahid dan ahli fikir dalam masalah-masalah yang
tiada dalil putus (qat'ie) daripada umat Islam (al-Majlis al-A'la li al-
Syu'un al-Islamiyyah, t.th.: 90). Ikhtilaf juga bermaksud dua orang
atau lebih yang mengambil dua jalan (manhaj) yang berlawanan dalam
sesuatu urusan, sama ada urusan yang berkenaan dengan pendapat
atau pandangan akal, kata-kata, perbuatan ataupun pendirian, yang
berdasarkan prinsip dan asas tertentu yang dilihat sebagai benar oleh
seorang daripada mereka dan dilihat sebagai salah oleh yang lain
(Sano, 2000:45).
Secara dasarnya, ikhtilaf bermaksud tiada persepakatan dalam
mengeluarkan pandangan serta percanggahan pendirian terhadap
sesuatu pendapat yang melibatkan dua atau lebih individu, dengan
seorang daripada mereka tidak bersetuju dengan pandangan individu
yang lain.
b. Kategori Ikhtilaf dan Hukumnya
Menurut Taha Jabir al-'Ulwani (1995: 2629), ikhtilaf boleh
dikategorikan kepada tiga bahagian utama seperti berikut:
1. Ikhtilafyang dikeji oleh syarak
Ikhtilaf yang terkandung di bawah kategori ini adalah berpunca
daripada runtunan hawa nafsu diri manusia atau daripada akhlak
Nszo
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
yang keji, seperti rasa kagum (ujub) dengan diri dan pendapat
yang dikeluarkan, taksub kepada pendapat individu tertentu,
mazhab atau kumpulan, dan mudah menuduh orang lain yang
tidak sepend apat tanpa dalil yang j elas. Semua ini adalah berpunca
daripada menjaga kepentingan sendiri atau individu lain, atau
untuk menonjolkan kepandaian dan keilmuan sendiri. Ikhtilaf ini
adalah dikeji oleh syarak dan membawa kepada perpecahan umat
Islam.
2. Ikhtilaf yang dipuji oleh syarak
Ikhtilaf di sini bermaksud ikhtilaf yang berpunca datipada
kebenaran yang lahir daripada ilmu yang sahih, akal yang sihat
dan iman yang tulen. Adalah wajib bagi setiap individu Muslim
untuk berkhilafatau bercanggah pendapat dengan para pendukung
kebatilan, ahli syirik dan munafik seperti khilaf dengan golongan
Yahudi, Kristian dan Komunis dalam isu-isu akidah dan pokok
(usul). Percanggahan pendapat dalam hal ini adalah amat dipuji
oleh syarak demi menegakkan kebenaran Islam.
3. Ikhtilaf yang terletak antara ikhtilaf yang dipuji dan yang dikeji
oleh syarak
Kategori ini bermaksud ikhtilaf yang berlaku dalam isu-isu furuk
yang hukumnya ditentukan oleh situasi dan cara ia berlaku dan
yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu. Ikhtilaf ini dapat
dilihat dengan jelas daripada perbezaanpendapat dalam kalangan
ulama Islam dalam sesuatu isu furuk dalam bidang yang berbeza
seperti persoalan fiqh, persoalan akidah yang tidak menyentuh
masalah usul yang telah putus, ataupun dalam isu praktis yang
bersifat duniawi seperti pendirian politik. Namun, ikhtilaf yang
paling jelas ialah ikhtilaf para fuqaha dalam permasalahan fiqh
dan akidah yang tidak qat'ie, yang menyebabkan munculnya
pelbagai mazhab fiqh dan akidah. Pada hakikatiya, ikhtilaf
yang berlaku dalam kategori ini, seperti yang disifatkan oleh al-
'Ulwani, adalah bersifat "mazlaqat al-aqdam", yakni ikhtilaf
yang boleh menjurus kepada perpecahan umat Islam, terutama
dalam masalah ilmu kalam dan politik, dan boleh juga membawa
kepada kerahmatan dan kemumian kepada umat Islam sejagat
seperti perbezaan pendapat fuqaha dalam hal-ha1 furuk dan mas ail
al-ijtihad. Justeru, ikhtilaf ini perlu kepada adab dan prinsip serta
N:Nw tntegrasi ilmu Naqti dan Aqti
Ii dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
dhawabit khusus yang memantau perjalanan ikhtilaf, seperti yang
telah ditunjukkan dan diamalkan oleh Rasulullah SAW dan ulama
salafussoleh.
c. Definisi Tldttilaf Fiqhi
Pendefinisian ild,rtilaf fiqhi (ikhtilaf yang berlaku dalam masalah fiqh)
memerlukan pentakrifan dua unsur, iaitu ikhtilaf dan fiqh. Ikhtilaf,
seperti yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kepelbagaian
pendapat serta pandangan para mujtahid dan ahli fikir Islam dalam
permasalahan yang tiada padanya dalil yang putus (qat'ie) daripada
umat Islam. Para ulama tersebut tidak bersepakat dalam sesuatu
pandangan dan bercanggah pendirian terhadapnya; seorang daripada
mereka tidak bersetuju dengan pandangan yang dibawa oleh individu
lain.
Manakala fiqh pula bermaksud ilmu tentang hukum-hukum syarak
yang bersifat amali yang diperoleh daripada dalil-dalil yang terperinci
(al-Ghazali,1991: l5). Fiqh juga membawa maksud pengamatan dan
pengetahuan seseorang faqih terhadap hukum sesuatu perkara yang
berlaku, diambil daripada dalil-dalil yang terperinci yang juz'i yang
ditunjukkan oleh Allah SWT sebagai dalalah bagi hukum-hukum-
Nya daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW. Faqih
tersebut mungkin telah menepati hukumAllah dan mungkin juga tidak
menepatinya (al-'Ulwani, 1995: 104). Dengan itu, fiqh dalam makna
inijugabermaksud ijtihad kerana ia merupakan istinbat hukum-hukum
syarak daripada dalil-dalilnyayang terperinci dan khusus, sama ada
daripada nas itu sendiri atau daripada dalalah, yanghanya mampu
dilakukan oleh mujtahid (al-Durayni, 1994: 15). Dengan fahaman
ini, Imam al-Haramain mendefinisikan flqh sebagai pengetahuan
tentang hukum-hukum syarak yang diperoleh melalui jalan ijtihad (al-
Dimyati,2010: 3).
Berdasarkan pendefinisian tersebut, dapat disimpulkan bahawa ikhtilaf
fiqhi bermaksud kepelbagaian pengamatan, pendapat dan pandangan
para mujtahid dalam masalah furuk, atau dalam masalah-masalah fiqh
yang bersifat ijtihadiah atau khilafiah yang tidak terdapat dalil qat,ie
daripada nas-nas syarak. Ikhtilaf ini berlaku disebabkan keperbagaian
Nszs
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah: $
Meraikan 'Urf dan Adat $
sumber dan aliran dalam memahami nas-nas syarak dan mengistinbat
sesuatu perkara baharu yang timbul yang tidak terdapat padanya
nas syarak. Fenomena ini berlaku hasil daripada luasnya kefahaman
konsep ijtihad dalamfiqh dan kepelbagaian situasi,keadaan, suasana
dan kesesuaian masa, tempat dan individu. Hal ini adalah bersesuaian
dengan kesyrmulan Islam itu sendiri yang menyelesaikan setiap
masalah yang timbul dalam masyarakat Islam dan alam sejagat.
d. Kedudukan dan Hukumlthtilaf Fiqhi
Berasaskan kefahaman bahawa ikhtilaf atau percanggahan pendapat
adalah tabiat semula jadi manusia yang diciptakan oleh Allah SWT
dengan perb ezaanbahasa dan akal, tidak hairanlah wujudnya pendapat
dan tujahan pandangan yang berbeza-beza antara seorang mujtahid
dengan mujtahid yang lain. Allah SWT berfirman:
pEI"J9 otji ,4s
Maksudnya:
Dan di antctrct tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya
dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan
perbezaan bahasq kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi
o r an g- or ang y ang b erp en getahu an.
(Al-Quran. Surah Al-Rum 30: 22)
Selain itu, terdapat banyak sebab yang menyumbang kepada
berlakunya ikhtilaf dalam kalangan fuqaha yang telah berlaku sejak
zamar, Rasulullah SAW dan para sahabat lagi. Sebab-sebab tersebut
boleh dikategorikan kepada tiga kategori, iaitu pertama: sebab-
sebab yang berkaitan dengan diri mujtahid itu sendiri dan kebolehan
beliau daripada sudut berfikir dan penguasaan ilmu, seperti kekuatan
kefahaman dalam memahami nas syarak dan mengistinbat hukum
)serta kebolehan mencapai rahsia-rahsia pensyari atan (as r ar al - tasy r i
dan'illah sesuatu hukum. Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan
nas syarak itu sendiri, iaitu ikhtilaf tentang keadaan (ahwal) nas,
\N-\\NNN-\.\N $ lntesrasi llmu Naqli dan Aqli
-\^\\.\"\\N\\)NN\N dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
tentang pemahaman nas, dan ikhtilaf ketika ketiadaan nas. Ketiga:
sebab-sebab yang berpunca daripada keadaan sosial dan politik yang
sentiasa berubah mengikut adat, keadaan setempat dan zaman seperti
yang berlaku kepada Imam Syafle RA yang terkenal dengan qaul iadid
dan qaul qadimnya (Syed Salim, 2002: 42 75).
Para ulama terdahulu dan kontemporari bersepakat mengatakan
bahawa perselisihan dan percanggahan pendapat dalam kalangan
mereka yang ahli, iaitu para mujtahid, yang berlaku pada furuk
syariah adalah termasuk dalam ikhtilafyang dipuji serta dikira sebagai
satu daripada aspek-aspek ijtihad yang disyariatkan. Fuqaha telah
mempraktikkan aspek rk,htilaffiqhi ini bermula darizaman Rasulullah
SAW hingga kini berpandukan disiplin, adab dan manhaj yang diajar
oleh baginda SAW secara teori dan praktikal.
Dapatlah disimpulkan bahawa ikhtilaf yang berlaku dalam fiqh
adalah perkara yang tabii sifatnya, diterima, dibenarkan dan dipuji
oleh syarak; bukannya sebagai fenomena yang merosakkan dan
memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Namun, terdapat batas-
batas dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi agar ikhtilaf ini tidak
berubah hukumnya kepada ikhtilaf yang ditegah dan dikeji. Antara
prinsip tersebut ialah tidak melibatkan hal ehwal pokok (usul) dalam
syarak, tidak berlaku dalam perkara yang datang denganjalan qat'ie,
ikhtilaf itu adalah hasil daripada ijtihad yang dilakukan oleh individu
yang berkelayakanyangtelah mencapai peringkat mujtahid dan dalam
perkara yang syarak membenarkan untuk berijtihad.
MERAIKAN '[/RF'DAN ADAT DALAM BERINTERAKSI
DENGAN ISU KHILAFIAH FIQH DI MALAYSIA
Perkembangan Islam merupakan suatu proses evolusi yang merubah
kepercayaan dan pemikiran sesuatu bangsa daripada pelbagai ras dan
adat resam serta pelbagai bentuk pola budaya dan tradisi. Sebelum
Rasulullah SAW dilantik meniadi rasul, adat kebiasaan dan tradisi
sudah berlaku dalam masyarakat baik di dunia Arab mahupun yang
lain, termasuklah alam Melayu. Apabila Islam datang membawa ajaran
yang mengandungi nilai-nilai ketuhanan dan nilai-nilai kemanusiaan,
nilai-nilai adat kebiasaan dan tradisi dalam masyarakat perlu diukur
melalui panduan syarak. Ada antaranyayang sesuai dengan nilai-nilai
:N\NiSO
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
Islam meskipun aspek falsafahnya berbeza dan ada pula yang berbeza
secara keseluruhan, bahkan bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
Sejarah telah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW dan parasahabat,
serta ulama dan pendakwah Islam kemudiannya telah berjaya
membawa Islam ke serata ceruk rantau dunia. Kedatangan Islam ke
alam Melayu telah membawa seribu satu rahmat kepada penduduk
di rantau ini. Sebagai agama yang syumul dan elastik sifatnya, Islam
telah membawa perubahan yang menyeluruh terhadap pandangan
masyarakat Melayu dalam pelbagai sudut yang menyentuh aspek
kepercayaan dan pegangat agamq politik, sosial, budaya dan
gaya pemikiran. Faudzinaim (2012: 19) memetik pandangan Syed
Muhammad Naquib al-Attas yang menjelaskan bahawa kedatangan
Islam ke Kepulauan Melayu ini adalah satu peristiwayang penting
dalam sejarah Islam di rantau ini. Islam telah memainkan peranan
yang amat penting dalam perubahan'Jasad" dan'Jiwa" masyarakat
Melayu. Islam dilihat telah membawa bersamanya satu kekuatan yang
akhirnya memberi kemampuan kepada umat Melayu yang menerima
Islam untuk melakukan anjakan paradigma yang ketara dalam
kehidupan mereka daripada segi sosiopolitik, intelektual mahupun
adat dan tradisi. Dalam proses menyampaikan hukum Islam, sultan
dan alim ulama saling membahu dalam usaha dakwah serta pendidikan
ilmu dan nilai-nilai Islam kepada masyarakat di rantau ini. Tun Suzana
(2008: 185) menyatakan bahawa pemerintahan masyarakat Melayu
tradisional yang mula diperkenalkan padazaman Kesultanan Melayu
Melaka adalah berteraskan dua sendi, iaitu Hukum Adat dan Hukum
Syariat. Hukum Adat meliputi kanun (peraturan turun temurun oleh
pemerintah), resam (kelaziman), faham (common sense) dan adat
istiadat. Hukum Syariat pula meliputi segala ajaran agama Islam.
Para alim ulama terdahulu telah mengambil manhaj Rasulullah SAW
dalam mengajak masyarakat Melayu hampir kepada ajaran Islam dan
mengamalkan segala hukum-hakamnya. Mereka tetap berpegang
kepada prinsip menyebarkan Islam secara damai dan bijaksana.
Mereka tidak menyeru kepada rombakan besar-besaran amalan tradisi
masyarakat yang telah memeluk Islam atau memerintahkan supaya
dihapuskan segala adat resam serta tradisi mereka. Hakikatnya, Islam
tidak membatalkan terus segala kebudayaan dan tamadun lama, tetapi
31 $
NENNN i$ lntegrasi ilmu Naqtidan Aqti
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
kadangkala hanya meminda, mengganti atau mengadaptasi mana-
mana yang perlu supaya rohnya menjadi Islam atau diperluaskan
perlaksanaannya selagi tiada halangan syarak secara putus. Contohnya
dalam hukum menutup aurat, bangsa Melalu dengan baju Melayu dan
baju kurung serta tudungnya, manakala bangsa lain dengan pakaian
tradisi masing-masing. Oleh itu, didapati bahawa peradaban dan tradisi
bangsa Melayu banyak dicedok daripada nilai-nilai Islam seperti
amalan muafakat, gotong-royong, timbang rasa, berbudi luhur dan
bersopan santun. Semua ini menjadi falsafah serta amalan masyarakat
Melayu tradisi. Begitu kuatnya pegangan masyarakat pada nilai-nilai
Islam sehingga agama menjadi satu adat yang diadatkan yang mana
orang yang melampaui batasan agama dikecam sebagai orang yang
melanggar adat (Tun Suzana, 2008: 182-186).
Di samping itu, perlu ditekankan bahawa Islam tersebar di Nusantara
melalui para pendakwah dan ulama yang beraliran akidah ahli sunnah
wal jamaahAsyairah Maturidiah, bermazhab fiqh Syafie dan menjalani
perjalanan tarekat sufi. Kerana itu, tidak hairanlah apabilapendekatan
dakwah yang dibawa banyak mengajak masyarakat Melayu untuk
melakukan ritual dan pengamalan yang berunsur kesufian seperti
berzikir beramai-ramai melalui wirid selepas solat, bacaan tahlil dan
bacaan surah Yasin pada setiap malam Jumaat. Selain itu, sambutan
hari-hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Nisfu Syaaban,
Israk Mikraj, Hari Asyura dan seumpamanya turut dilakukan setiap
tahun. Amalan-amalan yang berteraskan fiqh Syafie yang meliputi
keempat-empat cabang fiqh (ibadat, munakahat, muamalat dan
jinayat) diadaptasi dan disesuaikan dengan budaya tempatan. Menurut
Tun Suzana (2008), ada juga beberapa adat Melayu yang turut
diambil daripada adatyang diamalkan semasa pemerintahan Khilafah
Uthmaniyyah. Di samping itu, ulama juga telah mengubah atau
mengadaptasi adat-adat setempat yang mempunyai unsur pengaruh
Hindu Buddha. Contoh yang ketara adalah dalam urusan peminangan
dan perkahwinan, kehamilan dan kelahiran, kematian dan pengebumian
serta perundangan dan kehakiman (Amran Kasimin, 1995). Dalam hal
ini, dilihat bahawa terdapat tiga cara yang dilakukan, iaitu pertama:
apabila menghadapi tradisi yang baik dan tidak bertentangan dengan
syarak, tradisi ini dilestarikan. Kedua: ketika tradisi itu baik namun
berlawanan dengan syarak, tradisi ini cuba untuk disesuaikan dengan
N$tz
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
syarak melalui beberapa pengubahsuaian tertentu. Ketiga: ketika
tradisinya haram secara mutlak, ia akan ditinggalkan dan dihapuskan.
Amalan-amalan tersebut terus diwarisi zaman-berzaman oleh
masyarakat Melayu dengan penuh takzim dan akur tanpa bantahan,
bahkan dianggap perkara yang menjadi syiar atau lambang dan
identiti Melayu Islam yang tidak dapat dipisahkan. Tun Suzana (2008:
185) mengatakan bahawa dengan kedatangan Islam, undang-undang
adat telah membuat penyesuaian dengan suasana persekitaran Islam
secara berperingkat sehingga adat Melayu dan aturan Islam menjadi
seperti saudara kembar, seperti perbilangan adat y ang berbunyi : "Adat
bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah, syarak menyata,
adat memakai, cermin yang tidak kabur, pelita yang tidak padam".
Melalui kombinasi adat dan syariat, Islam terus diamalkan di rantau
ini. Hakikatnya, hukum adat dan syariat menjadi undang-undang
tertinggi dalam masyarakat Melayu semenjak berkurun lama.
Antara contoh yang dapat dilihat adalah bagaimata berjayanya
pendekatan dakwah Wali Songo di Tanah Jawa suatu ketika dahulu
yang disebabkan oleh keikhlasan dalam menyampaikan dakwah Islam
serta konsep dan manhaj dakwah yang mampu disesuaikan dengan
budaya setempat. Menurut Abd Latif Juffri (2014: 194-197), Sunan
Kalijaga, salah seorang daripada Wali Songo yang masyhur di Tanah
Jawa, telah mengadaptasi beberapa adat istiadat Jawa seperti majlis
doa selamat dan bersaji. Antara adat istiadat yang diterapkan nilai
Islam ialah majlis doa selamat mitoni dan majlis doa selamat untuk
orang mati (biasanya disebut sebagai tahlil), yang secara dasarnya tidak
bertentangan dengan akidah Islam. Beliau juga membakar kemenyan
ketika perhimpunan yang dilakukan sempena kewafatan SunanAmpel
dengan alasan sebagai pewangi suasana kerana mengikut sunnah
Rasulullah SAW, walaupun asalnya membakar kemenyan ini ialah
adat orang Jawa untuk memanggil roh orang mati.
Sunan Kalijaga juga sering memakai pakaian yang sama seperti
pakaian rakyat biasa, iaitu seluar panjang berwarna hitam atau biru
dan baju berwarna sama serta ikatan kepala yang berupa serban atau
songkok agar beliau dapat bergaul rapat dengan masyarakat dan
mudah untuk menyampaikan ajaran Islam. Selain itu, beliau juga
I lntegrasi llmu Naqli dan Aqli
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
mengekalkan beberapa kesenian rakyat seperti lagu gamelan, tembang
(lagu-lagu dakwah) dan wayang kulit sebagai saluran dakwah. Para
Wali Songo sering bersidang untuk menetapkan sebarang keputusan
yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan agama Islam itu
sendiri. Dalam urusan menjaga kebersihan pula, perintah berkhatan
dititikberatkan bagi semua bakal pengantin sehingga menjadi suatu
budaya yang dianggap janggal dan aneh jika ditinggalkan.
Contoh lain, seperti yang diceritakan oleh Idrus Ramli (2013), terdapat
seorang ulama yang berdakwah di Pulau Jawa yang telah berjaya
mengislamkan penduduk-penduduk kampung di satu daerah di kaki
Gunung Merapi. Pendudukkampungtersebutmempunyai satu adatyang
diamalkan pada setiap tahun, iaitu upacara "menjamu gunung" dengan
mengorbankan seorang gadis perawan dan kepalanya dicampakkan ke
dalam gunung supaya Gunung Merapi "tidak mengamuk" dan dengan
ini menyelamatkan penduduk kampung daripada letusan gunung
berapi. Dengan penuh hikmah ulama tersebut telah mengubah tradisi
khurafat yang diamalkan itu dengan menggantikan kepala manusia
dengan kepala kerbau. Hasilnya, penduduk kampung tertarik dengan
kelembutan Islam dan semakin ramai yang menganut agama Islam.
Setelah itu, adalah menjadi tradisi penduduk kampung tersebut untuk
mengadakan kenduri doa selamat dengan menyembelih kerbau, dan
membuang kepalanya ke dalam gunung pada tanggal 1 Muharam setiap
tahun. Para alim ulama selepas itu tidak menghapuskan adat ini kerana
kepercayaan asal (jamu gunung) telah digantikan dengan kepercayaan
Islam. Mencampakkan kepala kerbau ke dalam gunung pula dianggap
sekadar adat kebiasaan orang tua-tua untuk mengelakkan lalat dan bau
yang kurang menyenangkan.
Selain itu, antara amalan yang dikekalkan oleh para ulama Nusantara
ialah amalan memasak bubur Asyura pada setiap 10 Muharam dengan
penghayatan kisah Nabi Nuh AS dan kaum baginda yang terselamat
daripada bencana taufan. Amalan ini juga bertujuan memberi makan
kepada kaum keluarga dan fakir miskin yang sangat memerlukan dan
menjamu orang yang berbuka puasa (jomfaham.blogspot.my, 2015).
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani telah menyebut perkara ini di
dalam kitabnya Jam 'u al-Fawaid wa Jawahir al-Qalaid (t.th.: 132):
I 34
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
Maksudnya:
(Dan) adalah demikian ini pertama-tama makanan yang
dimasakkan di atas muka bumi kemudian daripada taufan.
Maka mengambil segala manusia akan dia sunat pada hari
Asyura'dan adalah padanya itu pahala yang amat besar bagi
orang yang mengerjakan yang demikian itu dan memberi
makan segala fuqara dan masakin, maka dinamakan bubur
Asyura'. Dan jika bidaah sekalipun, (maka ia) bidaah hasanah
dengan qasad itu.
Tegasnya, di alam Melayu khasnya di Malaysia, terdapat kepelbagaian
amalan yang dijadikan 'urf dan tradisi yang telah sebati dengan
kehidupan masyarakat. Kebanyakan 'urf yang diamalkan adalah
dianggap baik dan diterima oleh masyarakat serta tidak bercanggah
dengan prinsip-prinsip syarak dan kaedah umum ('urf sahih) yang
boleh diambil kira sebagai sumber hukum. Kebanyakan 'urf dan adat
sahih tersebut adalah berbentuk khilafiah dan para ulama terdahulu
mengamalkannya bagi mendidik dan mengajak masyarakat supaya
hampir dengan amalan beragama.
Amalan mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat misalnya, telah
diamalkan secara tersusun dan teratur melalui bacaan ayat-ayat darr
zikir-zikir tertentu yang telah disusun oleh para ulama yang diambil
dan disesuaikan daripada nas-nas al-Quran, hadis dan amalan para
salafussoleh. Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, amalan
'urf ini perlu diteruskan kerana ia sangat berfaedah kepada orang-
orang Islam. Amalan ini antara lain adalah untuk mengajak orang
ramai secara kolektif membaca beberapa zikir yang disarankan oleh
Rasulullah SAW, berdoa serta menghadiahkanpahala kepada mereka
yang telah meninggal dunia. Di samping itu, amalan ini juga dapat
merapatkan ukhuwah dan silaturahim, memupuk amalan bersedekah
dan memuliakan tetamu, sesuai dengan tabiat masyarakat Melayu
yang suka bergotong-royong dan bekerja secara kolektif. Manakala
bagi golongan yar,g tidak mahir dalam berdoa dan berwirid, amalan
ini merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk berbuat demikian di
bawah bimbingan mereka yang mahir (Hazizan & Alias, 2016: ll5;
Syed Salim, 2002: 182-183).
iN ${ lnlegrasi llmu Naqli dan Aqti
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
CABARAN SEMASA BERKAITAN ISU KHILAFIAH DI
MALAYSIA
Kemunculan gerakan pemikiran moden (yang dikenali dengan
gerakan tabdi) yang cuba menyesatkan sesetengah amalan yang
telah menjadi adat kebiasaan dan 'urf masyarakat di rantau ini, atas
alasan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan generasi
salaf, menyebabkan berlakunya kekeliruan dan salah faham dalam
masyarakat. Mereka mengajakmasyarakat awamuntukkeluar daripada
kepompong taklid dan perlu beramal berdasarkan pemahaman nas
al-Quran dan hadis secara langsung tanpa merujuk kepada huraian
ulama mazhab. Golongan ini sering melabelkan segala kebiasaan
yang dilakukan dalam masyarakat Melayu sejak sekian lama sebagai
bidaah yang sesat dan pelakunya menjadi kafir, musyrik dan mengikut
ajaran Syiah. Fenomena sebegini secara tidak langsung seakan-akan
mengatakan bahawa para ulama silam adalah jahil dan sesat, serta
segala ijtihad, fatwa dan tindakan mereka adalah bertentangan dengan
ajaran Islam yang sebenar.
Menurut Saadan (2008), kecenderungan tabdi'ini telah muncul di
rantau ini sejak berlakunya polemik antara Kaum Tua dengan Kaum
Muda. Namun, kebijaksanaan para ulama tempatan ketika itu yang
terdidik daripada pengajian tradisional yang mantap dapat menangani
kelompok ini. Namun akhir-akhir ini, apabila kebanyakan ulama tua
telah tiada, masalah tabdi' kembali muncul dengan agak agresif. Antara
'urf masyarakat Melayu yang dikatakan sebagai bidaah yang sesat
ialah sambutan Maulidur Rasul, mengadakan kenduri tahlil selepas
kematian, mengerjakan solat terawih 20 rakaat dan menyelanginya
dengan selawat, menziarahi kubur pada hari raya, memasak bubur
Asyura pada 10 Muharam, menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan
membaca doa di awal dan akhir tahun hijrah. Realitinya, amalan dan
'urf yang dituduh sebagai keluar daripada landasan syarak ini adalah
tergolong dalam isu-isu khilafiah fiqh (Muhadir,2014).
Gerakan tabdi'mendakwa bahawa amalan-amalan tradisi dan 'urf
yang dipraktiskan ialah bidaah yang munkar, sesat dan menjurus ke
neraka. Namun, apabila diteliti huraian para ulama didapati bahawa
jumhur ulama mazhab telah berkhilaf dalam memahami maksud
dan konsep bidaah itu sendiri (Syed Salim, 2002:99-107; al:Arfaj,
N$so
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
2012: 81-100). Konsep bidaah mempunyai ruang lingkup yang luas,
antaranyabidaah hasanah, wajib dan mustahab. Alim ulama muktabar
Melayu terdahulu memberikan contoh adat yang baik seperti
menyambut Maulidur Rasul dan memeriahkan majlis keagamaan
seperti majlis tahlil, marhaban dan khatam al-Quran. Sementara
kebanyakan yang berkaitan dengan adat dan protokol serta tatacara
dalam majlis-majlis rasmi serta kenduri-kendara seperti adat merisik,
meminang, menyambut menantu, anak naik buai dan pertabalan raja
adalah bersifat bidaah mubah selagi ia tidak mengandungi unsur-
unsur haram seperti pembaziran, pergaulan antara lelaki dengan
perempuan yang bukan mahtam, hidangan arak, serta amalan-amalan
khurafat dan syirik. Memandangkan' urf masyarakat tempatan adalah
bermazhab Syafie, dengan kefahaman bahawa fuqaha mazhab Syafie
telah membahagikan bidaah itu kepada dua atau lima bahagian, maka
amalan-amalan 'urf tersebut dianggap benar dan boleh diamalkan
dalam masyarakat, sebagai pendekatan dan wadah untuk mendekatkan
masyarakat Melayu kepada mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara
konsisten dan istiqamah walaupun sedikit serta secara kolektif.
Oleh itu, untuk melabel secara melulu amalan adat Melayu sebagai
perkara bidaah sesat jelas menunjukkan kejahilan, bukan sahaja
tentang konsep bidaah yang dibincangkan oleh para ulama, bahkan
tentang takrif adat yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu dahulu
kala (Tun Suzana, 2008). Wahbah al-Zuihaily (1999:5) menegaskan,
"Bukanlah setiap perkara baharu itu yang tidak ada ketika zarnan
Nabi SAW ata:u zaman Khulafa' al-Rasyidin adalah bidaah yang kej i.
Sesungguhnya orang Muslim itu ada melakukan sesuatu amalanyang
seiring dengan usul syariah. dan ditunjukkan kepadanya ayat-ayat
atau taujihat nabawfuah secara isyarat yang difahami tanpa perlu
perjelasan, maka tidaklah perkara itu disifatkan sebagai bidaah yang
munkar, sesat atau dilaknat.
Jelasnya, apabila kebiasaan-kebiasaan seperti ini cuba dihapuskan
daripada masyarakat akan berlakulah beberapa kekeliruan, kecelaruan
dan kepincangan dalam sistem tradisi masyarakat di negara ini,
di samping lari daripada maksud syarak. Misalnya, berdasarkan
pemerhatian penulis di sesetengah kampung dalam bulan Ramadan
mutakhir ini, setelah selesai mengerjakan lapan rakaat solat sunat
37s
NNN I$ lntegrasi ltmu l,laqti dan Aqti
dalam Disiplin Syariah dan Undang_Undang
terawih, terdapat segelintir anak-anak muda yang keruar secara
beramai-ramai daripada jemaah masjid kerana tidak mahu meneruskan
solat terawih sehingga dua puruh rukaat. Mereka meninggalkan
golongan-golongan tua yang terus kekal di situ atas alasanLalan
itu tidak warid daripada Nabi SAW. Namun, apa yang diperhatikan
ialah mereka tidak pula melakukan ibadat-ibadat lain yang sepatutnya
dilakukan dalam bulan Ramadan, sebaliknya hanya berbual-bual
kosong di warung dan ada yang berlumba di jalanan.
MERAIKAN 'UftF DAN ADAT DALAM MASALAH
KI{ILAF'IAH T'IQH SEBAGAI MEDIUM PENGHARMONIAN
DAN PERDAMAIAN
Kesatuan dan perpaduan umat Islam yang kukuh merupakan asas
utama kepada keharmonian dan kekuatan umat Isram sejak zaman-
berzaman. Kesatuan dan perpaduan ini bertunjangkan kesepaduan
antara kekuatan rohani dengan pencipta, kekuatan jasmani dalam
melaksanakan 'ubudiyyah serta kekuatan akal dan intelek dalam
menimba ilmu pengetahuan.
Dalam membina kekuatan akar dan intelek umat Islam untuk
menangani kepelbagaian masalah yang berlaku dalam masyarakat,
satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah keperluan kepada
kewujudan perbezaan dan percanggahan pendapat (ikhtilaf) para
ulama dalam penentuan hukum-hukum furuk nqn. tstam sebagai
agama yang universal dan fleksibel amat meraikan hakikat ini bagi
menyesuaikan hukum-hakam fiqh dengan peredaran masa) zaman)
tempat, keadaan dan individu. Ikhtilaf dalam fiqh merupakan satu
daripada perbendaharaan fiqh rsram (tharwahfiqiiyyah) dan warisan
rslam (turath Islami) yang diwarisi sejak zamanturunnya wahyu dan
merupakan satu rahmat kepada umat Islam.
Dalam menangani perbezaanpendapat dalam isu-isu yang berbenfuk
khilafiah yang wujud dalam sesebuah masyarakat Islam, p-erkara yang
perlu diingati ialah Islam amat meraikan adat dan tradisi tempatan
dalam pengeluaran sesuatu fatwa dan pengistinbatan hukum. Dengan
menelusuri sirah Rasulullah SAW, didapati bahawa Baginda SAW
sendiri sangat bijak dalam menangani pelbagai permasarahan yang
berlaku dalam masyarakat Islam ketika itu yang antaranyaberkaitan
dengan 'urf dan adat.
NN ss
lntegrasl Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan ,Urf dan Adat
Manhaj yang dibawa oleh Rasululrah SAW ini diteruskan oleh
generasi-generasi ulama selepas Baginda daripada kalangan sahabat,
tabi' in, tabi' tabi' in dan imam-imam mujtahid serta pengif,rt-pengikut
mereka. Kitab-kitab fiqh empat mazhabmisalnya memiatkan banyak
contoh perbincangan dan perbahasan fuqaha dalam menyelesaikan
permasalahan semasa yang melibatkan urusan_urusan ibadat,
munakahat, muamalat dan jinayat yang didasarkan daripad
'urf dijadikan kayu ukur untuk a adat dan
'urf setempat. Misalnya,
penentuan
usia baligh, batas minimum, kebiasaan dan maksimum haid, nifas
dan su_ci, perbuatan yang membatalkan solat, kadar sedikit bagi najis
yang dimaafkan, ukuran lama atat sebentar dalam masalah muwatot
wituud,u'uk,rfsedrtaanpaendeant tmuaenmkpaudnayraniasfkiganhifdikaannmyaasnkgahtewrsine.nSdeirhiusbeubnaggaani
sumber dan instrumen hukum dalam sesebuah masyarakat. Imam
dkAaehnrmamnaaedn'gbuairnnfgmgHaaapsnnybyaaraalktmaidtneaynkainsgkugenaatiltkk.aapneitrsuboutaliadtatankstbnpea"lit*auuqhainb-il"iylauydkaauhlkauhJrtdrmreyamuai t
menjaga kebersamaan dan kerukunan dalam masyarakat setempat (Ibn
Muflih, 1996: 47)- Menyedari hakikat ini, 'urf danadat perlu iiambir
kira sebagai nilai tempatan yang menjadi asas kepada pembentukan
hukum Islam dan penyampaian -"r"j dakwah mengikui lunas-lunas
syarak yang telah ditetapkan.
KESIMPULAN
Dakwah Islam direalisasikan oleh para pendakwah dan para ilmuwan
serta cerdik pandai Islam silam dengan mengguruku, pelbagai
pendekatan dan kaedah. Satu daripada faktor utama yang menyebabkan
kejayaan mereka selain memiliki ilmu yang cukup yang rnencakupi
pelbagai cabang ilmu syariat dan ilmu alat, berakhlut *-rliu, berbudi
luhur dan bersabar ialah tidak menyentuh adat istiadat masyarakat
setempat. Mereka benar-benar memahami bahawa tradisi yang sudah
ada secara turun-temurun itu tidak mungkin dapat dihapuriur-d.rgu,
perdebatan atau ceramah apatah lagi dengan kekerasan. Dalam
menyampaikan
berhikmah dan mseessueajiIdsleanmga, nmesrueaksaanmaedmainlih,uprefnmdeaksayatarnakyaat.ng-^penuh
Berdasarkan huraian ringkas tentang konsep 'urf dan adat serta
ikhtilaf, dapat disimpurkan bahawu 'uiydunadat memainkan peranan
NNN ${ lntegtasi llmu Naqlidan Aqli
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
yang besar dalam penentuan hukum-hakam dalam masyarakat Melayu
di Malaysia. Antara 'urf dan adat tersebut adalah berbentuk khilafiah
yang mana para fuqaha berbeza pendapat dalam penentuan hukumnya.
Seseorang Muslim yang benar-benar faham tentang perkara-perkara
yang disepakati dan diperselisihkan oleh ulama tidak akan cepat
menuduh dan menghukum. Dia perlu membezakan secara ilmu dan
bukannya dengan hawa nafsu atau taklid buta kepada fahaman tefi entu.
Perkara-perk ara yang pasti haram adalah medan untuk diperbetulkan
dan dikatakan terkeluar daripada ajaran Islam. Namun, selagi ada qaul
yang disandarkan oleh para ulama dan perkara itu tidak ada hukum
pasti yang datang daripada nas-nas syarak, sama ada secara khusus
atau umum, adalah tidak wajar untuk dikatakan sesat dan terkeluar
daripada ajaran Rasulullah SAW (al-Qardhawi, 2001 : 2011).
Perkara yang ada asal syarak padanya sama ada dengan dalil khas
atau am tidak dikira sebagai sesuatu yang sesat di sisi syarak. Isu
khilafiah dalam furuk agama bukanlah sebagai tempat untuk tegahan
dengan mengatakan sesat atau haram, dan tidak layak untuk dikatakan
sebagai bidaah yang munkar. Ikhtilaf para ulama hendaklah diselidiki
dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum memberikan hukum halal
atau haram, sesat dan sebagainya. Para mufti dan agamawan perlu
meneliti segala perbincangan para ulama muktabar dalam kitab-
kitab mereka tanpa perlu tergesa-gesa untuk menjawab persoalan-
persoalan semasa yang diajukan oleh masyarakat awam. Meraikan
realiti individu, keadaan dan kebiasaan setempat dan suasana semasa
amat dititikberatkan oleh para fuqaha silam agar setiap hukum yang
dikeluarkan sesuai dengan 'urf dan realiti semasa dan masyarakat
tempatan. Meraikan maslahah ramai perlu didahulukan dalam isu-isu
yang berbentuk fleksibel.
Dalam pada itu, golongan tua disaran untuk mengetengahkan adat
Melayu yang sebenar bagi membetulkan persepsi golongan muda
generasi masa kini. Para mufti, agamawan dan cerdik pandai Islam
perlu memahami dan memainkan peranan dalam menerangkan kepada
masyarakat tentang konsep 'urf danikhtilaf kerana mereka merupakan
pakar rujuk dan pembentuk dasar yang berhubung kait dengan Islam
di negara ini. Mereka perlu memberi bimbingan supaya majlis-majlis
yang berbentuk adat istiadat kebudayaandan hiburan dapat dibataskan
N$+o
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan'Urf dan Adat
dengan kerangka, landasan dan konsep agama supaya termasuk dalam
adat yang benar atan 'urfyangsahih. Manhaj dakwah yang diwariskan
oleh ulama terdahulu haruslah dikekalkan dan dicontohi oleh para
ulama dan pendakwah masa kini agar kedamaian dan kesejahteraan
masyarakat terjaga dalam beragama.
BIBLIOGRAFI
Abd Latif Juffri @ al-Jufri. (2014). Pendekatan Dalauah Wali Songo.Iohor
Bahru: Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Abdul Karim Zaidan. (2004). Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah
al-Risalah Nasyirun.
Abdullah Mohammad Basmih. (1990). Tafsir Pimpinan al-Rahmqn kepada
Pengertian al-Quran 30 Juzuk. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam Jabatan Perdana Menteri.
Al-'Arfaj, 'Abd al-Ilah bin Husain. (2012). MaJhum al-Bid'ah wa Atharuhufi
Idhtirab al-Fatawa al-Mu'asirah, ed. ke-2. Beirut: Dar al-Fath.
Al-'Ulwani, Ruqayyah Toha Jabir. (2003). Athar al-'Urf Fi Fahm al-Nusus
(Qadaya al-Mar'ah Anmuzajan). Damsyik: Dar al-Fikr.
Al-'Ulwani, Taha Jabir Fayyadh. (1995). Adab al-Ikhtilaf Fi al-Islam, cet. 6.
Virginia: al-Ma had al-Alami Li al-Fikr al-Islamiyy.
Al-Bugha, Mustafa Dib. (1999). Athar al-Adillah al-Mukhtalaf Fiha Fi al-
Fiqh al-Islamw ed.ke-3. Damsyik: Dar al-Qalam.
Al-Dimyati, Ahmad bin Muhammad. (2010). Hasyiah al-Dimyati 'Alo Syarh
al-Waraqat. Fatani: Matba'ah Ben Halabi.
Al-Durayni, Muhammad Fathi. (1994). Buhuth Muqaranah Fi al-Fiqh al-
Islamiyy Wa Usulih,jil. 1. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1997). Al-Mustasfa
Min Ilm al-Usul,jil. l. Beirut: Dar Ihya'al-Turath al-'Arabi.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (t.th). Ihya' 'Ulum al-
Din, Jll. 1. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi.
Al-Jauhari, Ismail bin Ahmad. (1979). Al-Sihah. Tahkik: Ahmad Abdul
Ghaffirr 'Attar, ed. ke-2. Beirut: Dar al-'Ilm li al-Malayin.
Al-Jurjani, 'Ali bin Muhammad bin 'Ali. (2004). Mu'jam al-Ta'rifat. Tahkik:
Muhammad Siddiq al-Minsyawi. Al-Qahirah: Dar al-Fadhilah.
Al-Majlis al-A'la li al-Syu'un al-Islamiyyah. (t.th). Mausu'ah al-Fiqh al-
Islamiyy, jil. 4. Al-Qahirah: Dar al-Kitab al-Misriyy.
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. (1354). Kamus Idris al-Marbawi,
ed. ke-4. Kaherah: Mustafa al-Babiy al-Halabiy waAuladuh.
41 $
NNN i$ lntegrasi llmu Naqli dan Aqli
dalam Disiplin Syariah dan Undang-Undang
Al-Najjar, 'Abdul Majid 'Umar. (2003). Dawr al-tarbiyyah al-fikriyyah fi al-
wahdah al-mazhabiyyah li al-ummah. Wahdah al-Ummah l(l): l.
Al-Nasafi, Abdullah bin Ahmad. (t.th). Tafsir al-Nasafi al-Musamma bi
Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Ta'wil, Jil. 1. Tahkik: Sayyid Zakaria.
tt: Maktabah Nizar Mustafa al-Baz.
Al-Qardhawi, Yusuf. (2001). Kaifu Nata'amal Ma'a al-Turath wa al-
Tamadhhub wa al-Ikhtilaf. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Al-Sulami, 'lzzuddir. bin 'Abdul 'AzizbittAbdul Salam. (2014). Qmaa'id
al-Ahkamfi Masalih al-Anam,jil. 1. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
.\l-Zarqa' , Mustafa Ahmad. (2004). Al-Madkhal al-Fiqhi al-'Amm, jil.2, ed.
ke-2. Damsyik: Dar al-Qalam.
,\l-Zuhaily, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munirfi al-'Aqidah wa al-Syari'ah
wa al-Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.
Al-Zuhaily, Wahbah. (1998). Usul al-Fiqh al-Islamiyy, jll. 2, ed. ke-2.
Damsyik: Dar al-Fikr.
Al-Zthally, Wahbah. (1999). Al-Bida' al-Munkarah. Damsyik: Dar al-
Maktabiyy.
Amran Kasimin. (1995). Agama dan Perubahan Sosial di Kalangan
Penduduk Asli di Semenanjung Tanah Melayu. Terj. Padilah Haji Ali.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daud bin Abdullah al-Fatani. (t.th). Jam'u al-Fawaid wa Jawahir al-ealaid.
Fatani: Maktabah wa Matba'ah Muhammad al-Nahdi waAuladuh.
Faudzinaim Badaruddin. (2012). Peranan kitab jawi tasawuf sebagai
medium transmisi ilmu Islam kepada masyarakat Melayu Nusantara.
International Journal of Islamic Thought l: 19-26.
Hazizat Mat Desa & Alias Azhar. (2016). 'Urf dan kesannya terhadap
hukum Islam di negeri Kedah. Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship l(1): 110-118.
Ibn Abidin, al-Sayyid Muhammad Amin Afandi. (t.th). Majmu'ah Rasai'l
Ibn 'Abidin, jil.2. tt: tp.
Ibn Hajar, Ahmad bin 'Ali al-'Asqalani. (t.th). Fath al-Bari bi Syarh Sahih
al-Bukhari,jil. 4. Beirut: Dar al-Ma'rifah.
Ibn Manzur, Abu al-Fadhl Jamaluddin bin Muhammad. (1990). Lisan al-
'Arab. Beirut: Dar al-Sadir.
Ibn Muflih, Abu Abdullah Muhammad. (1996). Al-Adob al-Syar'iyyah.
Tahkik: Syu'aib al-Arnaut & 'Umar al-Qayyam, jil. 2. Beirut: Muassasah
al-Risalah.
NNAZ
lntegrasi Naqli dan Aqli dalam Dakwah:
Meraikan 'Urf dan Adat
Idrus Ramli. (2013). Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Pembentangan di
Seminar Pengukuhan Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah, Kolej Dar al-
Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor, 30 November.
Jomfaham.blogspot. (2015). Bubur asyura. http://jomfaham.blogspot.
my/20l5ll0lbubur-asyura.html (dicapai pada 20 September 2016).
Kamus Dewqn ed. ke-2. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Anuar Ramli. (2006). Instrumen 'urf dan adat melayu sebagai asas
penetapan hukum semasa di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu 17:
253-289.
Muhadir Haji Joll. (2014). Khilafiah: Persoalan dan Penjelasan, ed. ke-2.
Kuala Lumpur: Inteam Publishing.
Muhammad Ibrahim. (2009). Al-Ijtihad Wa al-'Urf. Kaherah: Dar al-Salam.
Saadan Man. (2008). The development of ikhtilaf and its impact on Muslim
community in contemporary Malaysia. Jurnal Syariah 16(Ed. khas):
497-522.
Sano, Qoutoub Moustapha. (2000). Mujam Mustalahat Usul al-Fiqh.
Damsyik: Dar al-Fikr.
Syed Salim Syed Shamsuddin. (2002). Al-ikhtilaf al-fiqhi wa mada 'alaqatihi
bi al-tabdi' fi al-fiqh al-Islamiyy: Dirasah tahliliyyah tatbiqiyyah. Tesis
sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Syubair, Muhammad 'Usman. (2007). Al-Qawaid al-Kulliyyah Wq al-
Dhawabit al-Fiqhiyyah fi al-Syari'ah al-Islamiyyah. 'Amman: Dar al-
Nafais.
Tun Suzana Tun Haji Othman. (2008). Ketuanan Islam dan Pertuanan Raja-
raja Melayu. Kuala Lumpur: Media Satria.