The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

P13 T3 AKIDAH (BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT) (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURHAYATI MS, 2021-08-12 21:32:43

P13 T3 AKIDAH (BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT) (3)

P13 T3 AKIDAH (BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT) (3)

Aqidah Tingkatan3
m/s 99-110

Beriman kepada
Hari Akhirat

Maksud Beriman kepada Hari
Akhirat:

Berimankepadahariakhirat bermaksudyakin
kewujudan hari kehancuran seluruh alam
semesta dan kebangkitan semula yang kekal
abadiuntukmenerimapembalasansama ada
syurga atau neraka.

Dalil naqli kewajipan beriman kepada hari akhirat

Maksud:
Wahai orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah
dan RasulNya dan kepada kitab yang diturunkan sebelumnya.
Sesiapa yang ingkar kepada Allah, para malaikatNya, kitab-

kitabNya, para RasulNya, dan hari kemudian, maka
sesungguhnya dia telah sangat jauh tersesat.

Nama-nama lain bagi hari akhirat

1. Bermaksud bermaksud Hari Kiamat. Allah swt berfirman:

Maksud :
Dan mereka masing-masing akan datang menghadap pada
hari kiamat dengan sendiri.

Nama-nama lain bagi hari akhirat

2. bermaksud Hari Pembalasan. Allah swt berfirman:

Maksud :
Dan Dialah yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan
dosaku pada hari pembalasan (hari kiamat)

Nama-nama lain bagi hari akhirat

3. Bermaksud Hari Perhitungan. Allah berfirman:

Maksud :
… sesungguhnya orang yang sesat daripada jalan Allah akan
mendapat azab yang dahsyat kerana mereka melupakan hari
perhitungan itu.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

1. Dosa dan pahala
i. Pahala ialah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt kepada orang
mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Firman
Allah swt:

Maksud :
Maka Allah memberikan mereka pahala dunia dan pahala di
akhirat yang sebaik-baiknya dan Allah sentiasa mengasihi orang
yang berbuat kebaikan.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

ii. Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah swt
kepada orang yang melanggar perintahNya. Allah swt
berfirman:

Maksud:
(Keadaan orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun,
dan orang-orang yang terdahulu daripada mereka, mereka
mendustakan ayat-ayat keterangan kami, lalu Allah menyeksa
mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan Allah maha berat
azab seksaNya.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

2. Kematian dan Alam Barzakh
i. Kematian ialah perpisahan antara roh dengan jasad. Allah swt
berfirman :

Maksud :
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati….

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

ii. Alam Barzakh ialah alam pemisah antara dunia dan akhirat.
Selepas berlaku kematian roh manusia akan ditempatkan di Alam
Barzakh. Allah swt berfirman :

Maksud :
Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-
perkara yang aku telah tinggalkan. Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataan itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada Alam Barzakh
(alam kubur) sehingga hari mereka dibangkitkan semula.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

3. Tanda kecil dan tanda besar harikiamat

Tanda kecil kiamat :

1. Kurang bilangan ulama.
2. Kejahilan berleluasa.
3. Tersebarnya perzinaan dan arak.
4. Banyak dibina bangunan pencakar langit.
5. Amanah dikhianati.
6. Banyak berlaku peperangan.
7. Negara Arab dipenuhi sungai dan taman menghijau.
8. Orang jahil dilantik menjadi pemimpin.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

Tanda besar kiamat :

1. Muncul Imam-Al Mahdi yang bernama Muhammad binAbdullah
daripada keturunan Rasulullah saw memimpin umat Islam.

2. Keluar Dajjal yang mengakui dirinya sebagai tuhan dan menyesatkan
manusia

3. Turun Nabi Isa as yang akan membunuh Dajjal,mematahkan salibdan
membunuh khinzir dan menghapuskan jiziah.

4. Keluar yakjuj dan makjuj melakukan kerosakan dan keganasan dibumi
sehinggalah mereka dibinasakan Allah swt dengan wabak penyakit yang
terkena pada tengkuk mereka.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

Tanda besar kiamat :

5. Matahari terbit daripada sebelah barat dan pintu taubat ditutup.

6. Keluar makhluk Dabbah Al-Ard (binatang yang melata) pada
waktu Dhuha.

7. Keluar asap (Ad-dukhan) yang meliputi manusia sepenuhnya.

8. Berlaku gempa bumi di timur, di barat dan di semenanjung
tanah Arab.

9. Keluar api daripada negeri Yaman yang menghalang manusia
ke tempat perhimpunan di Syam.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

4. Kemusnahan alam dan kebangkitan semula

i. Kemusnahan alam ialah kemusnahan seluruh ciptaan Allah
swt yang terdiri daripada langit dan bumi termasuklah
semua makhluk yang menghuninya. Kemusnahan ini
berlaku selepas tiupan sangkakala pertama yang ditiup oleh
Malaikat Israfil as.

ii. Kebangkitan semula ialah kehidupan kehidupan semula
makhluk yang telah mati apabila ditiup sangkakala
kali kedua oleh Malaikat Israfil as.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

Allah swt berfirman :

Maksud :
Dan ditiupkan sangkakala, maka pada waktu itu matilah
makhluk-makhluk yang ada dilangit dan di bumi, kecuali
sesiapa yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangkakala
lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri
menunggu.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

5. Perhimpunan di Mahsyar
Mahsyar ialah tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan
semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka. Allah swt berfirman :

Maksud:
pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar. Perbuatan
menghimpunkan mereka di padang Mahsyar itu, mudah bagi kami
melaksanakannya.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

6. Hisab
Hisab atau perhitungan amalan ialah perbicaraan terhadap amalan
manusia setelah menerima buku catatan amalan sama ada sebelah
kanan atau sebelah kiri mengikut amalan masing-masing. Allah swt
berfirman:

Maksud:
Sesungguhnya kepada kamilah kembalinya mereka. Selain itu,
sesungguhnya tanggungan kamilah soal menghitung amalan mereka.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

7. Mizan
Mizan ialah penimbang amalan yang disediakan oleh Allah swt untuk
menimbang amalan baik dan buruk manusia. Keputusan timbangan ini
menentukan tempat seseorang di syurga atau neraka. Allah swt
berfirman :

Maksud:
Adapun orang yang berat timbangan amalan baiknya, maka dia
berada dalam kehidupan yang senang-lenang. Sebaliknya orang yang
ringan amalan baiknya, maka tempat kembalinya adalah neraka
‘hawiyah’

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

8. Titian sirat
Sirat ialah titian yang merentang di atas neraka antara Mahsyar
menuju ke syurga. Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda:

Maksud :
…dan direntangkan sirat di antara dua belah tebing neraka
jahanam , maka aku orang pertama bersama dengan umatku
menyeberanginya…

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

9. Syurga dan neraka
i. Syurga ialah tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan

untuk golongan yang beriman dan beramal soleh. Allah swt
berfirman:

Maksud:
Dan orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya.

Perkara yang berkaitan dengan hari akhirat

ii. Neraka ialah tempat yang dipenui dengan azab,, disediakan untuk
golongan kafir dan yang melanggar perintah Allah swt. Firman Allah
swt:

Maksud:
Dan orang kafir dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat
keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya.

Kesan Beriman Kepada HariAkhirat

AKHLAK IBADAH AKIDAH
1.Sentiasa 1.Meninggal maksiat
1. Bersungguh-
sungguh melakukan memperbanyak kerana yakin
kebaikan supaya amalan soleh kerana segala amalan
mudah melalui titian yakin bahawa Allah akan dihisab.
sirat. akan menghitung
amalan manusia. 2.Akan segera
2. Sanggup berkorban bertaubat setelah
masa,harta dan jiwa 2. Mematuhi syariah Islam melakukan
supaya dapat dalam semua bidang maksiat, supaya
menerima suratan kehidupan supaya dapat dapat
amalan dengan masuk ke dalam syurga. mengelakkan diri
tangan kanan. daripada api
neraka.

L A T I H A N!

1. Senaraikan dua tanda kecil hari kiamat.

2. Terangkan proses berlakunya hari kiamat hingga
perhimpunan di Mahsyar.

Syurga ialah destinasi terakhir setelahmanusia
dibicarakan di Mahsyar.

3. Cadangkan persediaan anda untuk menuju ke
destinasi tersebut.


Click to View FlipBook Version