The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainmanshor2003, 2023-03-18 10:24:04

KESUSASTERAAN MELAYU DAN MANIFESTASI AKAL BUDI

TUGASAN 1- PENGHASILAN PRODUK

N U R A I N KESUSASTERAAN MELAYU DAN MANIFESTASI AKAL BUDI BMMB1104


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR AIN BINTI MANSHOR No. K/P : 030502-10-0528 Angka Giliran : 2022252310014 Program : PPISMP SEM 2 Ambilan : JUN 2022 Unit : F2A BAHASA MELAYU Nama Pensyarah : DR. ARFAH BINTI AHAMAD Tarikh Hantar : 18 MAC 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 18 MAC 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh :


ii PENGHARGAAN “DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG” Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan kursus BMMB1104 ini dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah khasnya Pensyarah Akademik Kursus BMMB1104, Dr. Arfah binti Ahamad yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Dr kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Juga, buat semua warga IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam setiap bantuan dan sokongan secara langsung dan tidak langsung. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-Allah. “KAMI BANGGA MENJADI GURU”


iii ISI KANDUNGAN 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 1.1 TAKRIF…………………………………………………….….…….....1 1.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI..……………………………….………..1 1.2.1 PROSA TRADISIONAL…………………………….……..1 1.2.2 PROSA MODEN………………………………….…….….1 1.2.3 PUISI TRADISIONAL…………………………….………..2 1.2.4 PUISI MODEN…………………………………….………..2 2.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 2.1 HIBURAN……………………………………………………….……...3 2.2 PENDIDIKAN………………………………………………….……….3 2.3 DAKWAH……………………………………………………….………3 2.4 KRITIKAN SOSIAL..………………………………………….……….4 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI 3.1 PANTUN 3.1.1 PEMIKIRAN…………………………………….…………..5 3.2 SYAIR 3.2.1 PEMIKIRAN………………………………………….……..6 3.2.2 PERLAKUAN……………………………………….………6 3.2.3 GAYA HIDUP………………………………………….……7 3.3 SELOKA 3.3.1 PEMIKIRAN……………………………………….………..7 3.3.2 PERLAKUAN………………………………………….…...8 3.3.3 GAYA HIDUP………………………………………….……8 3.4 GURINDAM 3.4.1 PEMIKIRAN………………………………………………..9 3.4.2 PERLAKUAN………………………………………………9 3.4.3 GAYA HIDUP……………………………………….………9 4.0 KESIMPULAN………………………………………………………………...10 5.0 RUJUKAN……………………………………………………………………..11


1 1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 2.0 1.1 TAKRIF Kesusasteraan melayu ialah sesuatu karya seni yang kreatif yang mana memiliki bahasa yang tersusun dan indah. Menurut Abu Bakar Hamid(1997), sastera ialah seni yang bercorak intelektual serta merupakan dua bentuk gabungan kepuasan iaitu kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Kesusasteraan dalam bahasa melayu juga memiliki maani yang serupa dengan perkataan ‘literature’ dalam bahasa inggeris yang mana ia digunakan dalam puisi dan sebagainya. Lihat pula dalam konteks pendidikan, sastera melayu digunakan dalam penulisan seni yang bertujuan memberi keindahan dan keasyikkan kepada penonton dan pembaca di dalam novel, cerpen, drama, puisi tradisional juga prosa tradisional dengan penggunaan bahasa yang indah dan halus. Tambahan lagi, sastera melayu juga bertujuan menyampaikan mesej, menggambarkan sesuatu perasaan serta memaparkan nilai-nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. 1.2 JENIS, BENTUK DAN CIRI 1.2.1 PROSA TRADISIONAL Cerita rakyat Menzahirkan perasaan melalui karya yang dicipta masyarakat, sarat unsur moral dan pendidikan, dianggap rekaan, contoh: bawang merah bawang putih dan sang kancil dan sang buaya, Legenda Komunikasi lisan bercorak cerita, legenda berunsur historiografi, tidak dianggap suci, meniggalkan tanda seperti kubur dan binaan, dipercayai benar berlaku,Contoh:Mahsuri,Hang Tuah dan Tun Perak, 1.2.2 PROSA MODEN Cerpen Membawa satu tema, memperlihatkan unsur-unsur dramatik, menggambarkan perasaan, sikap dan pandangan pengarang,diambil daripada pengalaman, kisah realiti dan juga imaginasi, mempunyai watak protagonis dan antagonis, fokus terhadap satu kejadian, contoh: Cerpen Menjelang Pemilihan karya Zulinah Hassan. Novel Rekaan panjang tentang sebuah kehidupan, diambil daripada imaginasi, pengalaman dan juga kisah realiti, mencerminkan perjuanganhidup, konflik manusia,alam,perasaan dan juga keadilan dalam masyarakat. Contoh novel:Leftenan Adnan, Ranjau Sepanjang Jalan.


2 1.2.3 PUISI TRADISIONAL Syair Memunyai empat baris serangkap, rima akhir sama a-a-a-a, seluruh rangkap menunjukkan maksud dan idea yang tersusun, mempunyai 2 bentuk tema iaitu naratif dan bukan naratif. Naratif melibatkan tema romantis,sejarah,sindiran manakala bukan naratif melibatkan nasihat dan juga agama. Pantun Bilangan baris dalam rangkap(2-16 baris serangkap), setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud, rima akhir a-ba-b, bilangan suku kata setiap baris 8-12, pantun mempunyai unsur-unsur tersirat dan halus,dibuat untuk memberi moral tanpa menyebabkan berlakunya salah faham, pelbagai jenis tema pantun antaranya nasihat,teka teki ,adat dan sebagainya. 1.2.4 PUISI MODEN Sajak Sajak dapat dilihat serta dihayati, bersifat bebas dan terikat, Sajak bebas bentuknya lebih bebas dan tidak terikat seperti bentuk puisi Melayu lama, iaitu pantun dan syair. Susunan baris dan bait menentukan bentuk sajak tersebut.


3 2.0 FUNGSI SASTERA MELAYU 2.1 HIBURAN Salah satu tujuan karya sastera dihasilkan adalah untuk menghasilkan keseronokan bahasa yang indah. Ia dapat dilihat melalui pelbagai irama atau rentak yang dihasilkan. Tamsilnya, dalam contoh pantun seperti berburu ke padang datar, dapat rusa berbekang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Jelaslah , dalam pantun tersebut memberi unsur lucu dalam baris keempat. Selain itu, ia juga turut menunjukkan irama serta rentak yang tersusun yang mampu membuatkan pendengar atau pembaca mudah faham serta pantun tersebut menunjukkan karya sastera yang membawa keindahan yang menghiburkan. Jelaslah bahawa, karya sastera seperti pantun ini mampu menjadi alat hiburan masyarakat pada zaman dahulu. 2.2 PENDIDIKAN Umum mengetahui, setiap kisah karya sastera yang ditulis merupakan daripada pengalaman atau imaginasi para pengkarya yang mana boleh merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, sosiologi, politik dan juga agama. Apabila kita melihat dari perspektif berbeza, terdapatnya unsur-unsur pendidikan di dalamnya yang mana segala pengalaman tersebut dijadikan puisi atau prosa kemudian ditambah dengan nilai serta unsur pengajaran supaya dapat diambil para pembaca secara tidak langsung. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dan Sang Buaya yang mana kancil bijak memperdaya buaya bagi menyelamatkan dirinya daripada menjadi makanan buaya. Jelaslah, ia bukan sekadar cerita yang menghiburkan, tetapi memberi unsur pengajaran dan nilai yang dapat diambil dan diterapkan oleh masyarakat. Tegaslah, fungsi karya adalah untuk memberi kesedaran serta pemikiran kearah yang lebih baik kepada pendengar atau pembaca. 2.3 DAKWAH Dakwah merupakan suatu proses penyampaian perintah tuhan kepada manusia. Oleh hal yang demikian, saranan dalam dakwah terjadi melalui bahasa dan komunikasi yang efektif. Seperti yang diketahui, islam begitu menjunjung tinggi nilai-nilai yang terdapat dalam karya sastera kerana ia secara tidak langsung turut membawa kepada hubungan manusia dengan tuhan serta hubungan manusia dengan manusia. Tamsilnya, kita dapat lihat dalam syair Perahu karya Hamzah Fansuri yang mana dalam syair tersebut menjelaskan tentang hubungan manusia dan Allah. Umum mengetahui bahawa seluruh manusia perlu hanya bergantung kepada Allah sahaja dalam kehidupan kerana segala sesuatu adalah daripadaNya iaitu ketenangan, kegembiraan, kejayaan dan sebagainya. Jelaslah, fungsi


4 sastera dalam dakwah ini adalah bertujuan mendorong manusia berbuat kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. 2.4 KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial merupakan rakaman hidup dalam mencari dan membongkar kehidupan manusia daripada sudut pandangan yang berbeza. Ia merupakan sesuatu berdasarkan pengalaman realiti dalam kehidupan manusia dan bukan rekaan semata-mata. Hal ini dapat diketahui apabila dalam kritikan ia berkaitan menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej berkaitan adab atau perbuatan seseorang. Contohnya, dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy dan novel Harga Sebuah Maruah yang memperlihatkan perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat diketaui berdasrkan petikan setiap novel iaitu dala novel titis darah terakhir menjelaskan tentang konsep perjuangan untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan serta pertumpahan darah manakala dalam novel harga sebuah maruah memperlihatkan konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal. Jelaslah bahawa karya sastera melibatkan masyarakat, kehidupan dan manusia saling brkaitan. Maka akan timbul kritikan sosial terhadap perkara tersebut. 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan bahawa manifestasi merupakan perbuatan yang menggambarkan serta menjadikan sesuatu itu menjadi nyata dan realiti. Manakala, akal budi didefinisikan sebagai bijaksana dalam menyampaikan sebarang idea dan fikiran. Jadi dapat diketahui bahawa manifestasi akal budi ialah membuat sesuatu menjadi kenyataan dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran. 3.1 PANTUN Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.


5 3.1.1 Aspek Pemikiran Pantun tersebut menggambarkan sekiranya masyarakat zaman dahulu saling bekerjasama antara satu sama lain walaupun ia merupakan perkara yang sukar akan menjadi mudah untuk menyelesaikannya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Penyajak ingin menyampaikan kepada masyarakat untuk saling bantumembantu bagi meringankan beban antara satu sama lain. Jelaslah bahawa, setiap masyarakat perlu mengekalkan hubungan baik agar setiap perkara dapat berjalan dengan lancar. 3.2 SYAIR SYAIR BIDASARI Jamilah Hj. Ahmad Dengarkan tuan suatu Riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan,


6 Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana, Membawa diri ke mana-mana. 3.2.1 Aspek Pemikiran Berdasarkan rangkap kedua menunjukkan masyarakat zaman dahulu iaitu seorang raja yang gagah,adil dan bijaksana dalam mentadbir negeri. Hal ini kerana pada baris keempat menyatakan bahawa para pedagang serta anak soleh telah datang dinegeri itu. Oleh hal yang demikian, kita dapat tahu bahawa apabila seseorang raja memiliki sifat mahmudah maka akan aman serta majulah sesebuah negeri itu. Dapat diketahui juga bahawa pentingnya memiliki raja yang bijak kerana segala keputusan yang diambil oleh raja akan menentukan kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri tersebut. Jelaslah bahawa raja yang bijak dapat mengawal sesebuah negeri dengan baik dan cemerlang. 3.2.2 Aspek Perlakuan Berdasarkan rangkap keenam dan ketujuh menjelaskan seekor burung yang melakukan serangan terhadap sesebuah negeri sehingga menimbulkan kemusnahan dan kekalutan kepada seisi negeri. Diketahui lagi, apabila segala harta benda merupakan hasil titik peluh terhadap usaha kita selama ini rosak sekelip mata menyebabkan buntu dan sedih mengenangkannya. Hal ini terjadi disebabkan tiada persediaan awal bagi menghadapi segala masalah atau halangan dalam negeri oleh pemerintah. Oleh itu, sikap bersedia menghadapi sesuatu perlu ada dan dirancang bagi mengelakkan kesan buruk dikemudian hari.


7 3.2.3 Aspek Gaya Hidup Berdasarkan rangkap pertama baris ketiga menunjukkan masyarakat dahulu yang merendah diri dengan menggelarkan dirinya fakir yang bermaksud kekurangan. Walaupun pengarang seorang yang memiliki ilmu serta pengetahuan yang banyak, tetapi beliau tidak sombong. Tujuan hikayat ini adalah untuk memberi contoh serta teladan yang baik kepada pembaca agar mengambil iktibar terhadap hikayat yang dikarang. Jelaslah bahawa, sifat merendah diri ini dapat memberikan nilai dalam diri agar tidak sombong terhadap sesuatu yang dimiliki. 3.3 SELOKA SELOKA PAK KADUK Fauzi Abdullah Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. 3.3.1 Aspek Pemikiran Pada baris ke kedua telah memperlihatkan masyarakat dahulu iaitu Pak Kaduk ini merupakan seorang yang tidak berfikir rasional sebelum melakukan sesuatu. Hal ini telah menyebabkan kampungnya tergadai disebabkan perjanjiannya dengan raja. Jelaslah, masyarakat mestilah berfikiran rasional sebelum membuat keputusan seperti pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” kerana setiap keputusan itu akan ada kelebihan serta risikonya.


8 3.3.2 Aspek Perlakuan Berdasarkan baris ketiga menunjukkan perbuatan masyarakat dahulu iaitu Pak Kaduk yang tak semenggah yang telah membuang nasi kepunyaannya. Dapat diketahui bahawa perbuatan Pak Kaduk itu sangat tidak patut kerana berlakunya pembaziran. Jelaslah, masyarakat haruslah sentiasa bersyukur dengan mengelakkan pembaziran kerana ia merupakan amalan yang disukai syaitan. 3.3.3 Aspek Gaya Hidup Berdasarkan baris ketujuh menunjukkan sikap masyarakat dahulu yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini dapat dijelaskan apabila Pak Kaduk sanggup membunuh isterinya yang mana selama ini sanggup berkorban serta sentiasa ada disisinya ketika susah dan senang. Justeru itu, dapat diketahui bahawa Pak Kaduk ini merupakan orang yang tidak mengenang akan budi yang ditabur kepadanya. Jelaslah, masyarakat seharusnya mempunyai sifat belas ihsan serta mengenang dan menghargai segala budi atau jasa yang telah diberikan kepada kita. 3.4 GURINDAM GURINDAM DUA BELAS PASAL YANG PERTAMA Raja Ali Haji Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, Maka ia itulah orang yang ma’rifat Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, Tahulah ia barang yang teperdaya.


9 Barang siapa mengenal akhirat, Tahulah ia dunia mudarat. 3.4.1 Aspek Pemikiran Berdasarkan rangkap kelima menjelaskan masyarakat yang percaya akan wujudnya Allah, akan mengikut perintah dariNya. Hal ini dapat diketahui bahawa terdapat dalam ayat al-Quran menyatakan seperti المنكر عن والنهي بالمعروف األمر yang bermaksud melakukan segala perintahNya dan mencegah dari laranganNya. Jelaslah bahawa apabila seseorang itu memikirkan akan perintah dan larangan Allah, akan menjadikan mereka jauh dari kemungkaran akan menjadikan mereka semakin dekat dengan Allah. 3.4.2 Aspek Perlakuan Berdasarkan rangkap kedua menunjukkan apabila seseorang ingin kesempurnaan hidup, mestilah mencari dan memiliki empat hal ini iaitu makrifat,hakikat,tarikat dan syariat dalam hidup. Nescaya apabila mereka mempunyai hal tersebut akan menjadikan hidup serta agama mereka menjadi teratur. Jelaslah bahawa masyarakat mestilah berusaha untuk seimbangkan antara perkara dunia dan akhirat agar kehidupan diredhai oleh Allah. 3.4.3 Aspek Gaya Hidup Berdasarkan rangkap pertama menjelaskan masyarakat yang tiada agama akan menjadikan mereka tidak mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup. Hal ini kerana agama akan dijadikan panduan hidup kepada sekalian manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Jelaslah bahawa agama merupakan sesuatu perkara penting supaya manusia dapat ketenangan dengan wujudnya agama sebagai panduan dalam hidup.


10 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, dapat diketahui bahawa kesusasteraan Melayu ini merupakan karya kebanggaan masyarakat Melayu yang mana telah wujud sejak sekian lama. Oleh itu, merupakan tanggungjawab kita sebagai generasi masa kini untuk mempertahankan khazanah negara supaya ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas berikutan peredaran zaman yang semakin moden kini. Hal ini kerana, sudah terang lagi bersuluh bahawa karya sastera ini memberikan impak positif kepada masyarakat kerana wujudnya pelbagai unsur pengajaran dan nilai yang dapat diterapkan dalam diri. Jelaslah bahawa kasya sastera bukan sahaja indah malah memberi banyak manfaat di dalamnya.


11 5.0 RUJUKAN A.Bakar Hamid. (1997). Diskusi Sastera Jilid 1: Sastera Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Azman Rahmat, Dr. Hasnah Awang, & Shamsudin Abu Bakar et. al. (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (1st ed.). Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah. (2004). Puisi Melayu Tradisional Nasihat dan Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Md Hasri. (2014). Kesusasteraan Melayu. Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU Nanidefran. (2013, January 30). Konsep Dan fungsi kesusasteraan Melayu. Scribd. https://www.scribd.com/doc/122868245/Konsep-dan-fungsi-kesusasteraan-Melayu Shamsudin Abu Bakar, Dr. Azman Rahmat, & Dr. Arfah Ahamad. (2022). Pengantar Kesusasteraan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.


Click to View FlipBook Version