The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by radzi zawawi, 2023-07-25 09:59:52

MAT KOPERASI KALI KE-26

MAT KOPERASI KALI KE-26

Keywords: koperasi,annual meeting

KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 0404908555 Tarikh : 24 Jun 2023 Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kulim/ Bandar Baharu Suite 2. 03A, Aras 2 KHTP, Business Centre, Kulim Hi-Tech Park 09000 Kulim Kedah Tuan, JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KALI KE -26 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu, Koperasi Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim Berhad ingin menjemput pihak tuan untuk menghadiri mesyuarat seperti butiran berikut :- Tarikh : 26 Julai 2023 Hari : Rabu Masa : 3.00 Petang Tempat : Dewan Seri Lanang, MRSM PDRM Kulim Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “LUAR BANDAR SEJAHTERA” Saya yang menjalankan amanah, ROSNIZA BINTI AHMAD Setiausaha Koperasi MRSM PDRM Kulim,Berhad.


Tarikh : 24 Jun 2023 Kepada:- Semua Ahli Koperasi Maktab Rendah Sains MARA PDRM, Kulim Berhad Tuan/Puan NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-26 KOPERASI MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM, KULIM BERHAD Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu, Koperasi Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-26 seperti butiran di bawah :- Tarikh : 26 Julai 2023 Hari : Rabu Masa : 3.00 petang Tempat: Dewan Sri Lanang MRSM PDRM Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :- 1. Ucapan Pengerusi Koperasi 2. Ucapan Pengetua. 3. Ucapan Pegawai/Wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 4. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-25 . 5. Membentangkan dan mengesahkan Laporan Lembaga. 6. Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan bagi tarikh berakhir 31 Disember 2022 dan anggaran belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 7. Menentukan had maksimum pelaburan daripada wang koperasi 8. Menentukan had maksimum pinjaman koperasi 9. Membentangkan usul 10. Peletakan jawatan ALK sesi 2022/2023. 11. Pelantikan ALK baru bagi sesi 2023/2024. 12. Hal-hal lain. Pihak koperasi mengharapkan kehadiran tuan/puan dan kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah, ROSNIZA BINTI AHMAD Setiausaha Koperasi MRSM PDRM Kulim,Berhad KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555


ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KALI KE -26 26 JULAI 2023 ( RABU ) 2.45 petang : Semua ahli koperasi dijemput masuk ke Dewan Sri Lanang 2.55 petang : Perasmi dan jemputan mengambil tempat 3.00 petang : Majlis bermula - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis - Bacaan doa - Ucapan Pengerusi Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad - Ucapan Perasmian oleh Pengetua 3.30 petang : Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM, Kulim Berhad kali ke -26 bermula 4.30 petang : Peletakan jawatan dan penghargaan ALK sesi 2022/2023 4.35 petang : Pelantikan ALK sesi 2023/2024 4.45 petang : Mesyuarat Agung Koperasi tamat ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peringatan Bermesyuarat Anggota-anggota yang berucap semasa Mesyuarat Agung hendaklah menyebut nama dan kelas/unit masing-masing untuk memudahkan proses mencatat minit mesyuarat. Contoh :- Pencadang : “Tuan Pengerusi, saya …………………….. dari kelas ………………………. Mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 disahkan.” Penyokong : “Tuan Pengerusi, saya ……………….. dari kelas …………………………… Menyokong Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-26 disahkan.” Sepanjang masa mesyuarat, anggota-anggota mestilah mematuhi peraturan dan disiplin bermesyuarat. Terima Kasih.


MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 2022


MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-25 TARIKH : 16 JUN 2022 (KHAMIS) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SRI LANANG, MRSM PDRM KULIM Kehadiran 1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi 2. En. Fauzi bin Ahmad - Naib Pengerusi / Pengurus Kafetaria 3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Setiausaha 4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Bendahari 5. Pn. Hamizan Binti Abd Aziz - Pengurus Kedai Maktab/Sumber Manusia 6. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - Pengurus Inovasi / Promosi 7. En. Mohd Ezuwan Bin Ezani - Pengurus Dobi/ Kerjaya 8. Nurul Dania Alysha binti Khairul Shamsuar - ALK 9. Muhammad Emir Redzwan bin Mohamad - ALK 10. Nurul Ain binti Mohd Hisham - ALK 11. Aina Farzana binti Mahadzir - ALK 12. Sarah Nasihah binti Mohd Shukhaimi - ALK 13. Alif Najmi bin Amir Hamzah - ALK 14. Noor Afiqah Madihah binti Mohd Noor Azlan - ALK 15. Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 - 443 orang 16. Guru dan kakitangan - 15 orang Agenda 1. Ucapan Pengerusi Koperasi 2. Ucapan perasmian oleh Pengetua. 3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-24 . 4. Membentangkan dan mengesahkan Laporan Lembaga 2021


5. Membentangkan dan mengesahkan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 6. Membentangkan anggaran belanjawan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 7. Menentukan had maksimum pelaburan daripada wang koperasi 8. Menentukan had maksimum pinjaman koperasi 9. Membentangkan usul 10. Peletakan jawatan ALK sesi 2021/2022 11. Pelantikan ALK baru bagi sesi 2022/2023 12. Hal-hal lain 13. Penangguhan Mesyuarat Agenda 1: Ucapan Pengerusi Koperasi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi pada kali ini. Kehadiran semua ahli ke mesyuarat agung kali ini bukan kerana elaun yang diberi sebaliknya sebagai tanda sokongan kepada koperasi. Pengerusi mengumumkan pemberian pizza kepada semua pelajar yang menyertai mesyuarat koperasi pada hari ini sebagai tanda penghargaan koperasi atas sokongan penuh ahli kepada pembangunan koperasi. Pengerusi menegaskan bahawa perubahan menyeluruh koperasi tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan pelbagai pihak. Justeru, pengerusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ANGKASA, SKM, MKM dan pengurusan maktab khasnya penasihat yang sentiasa bersama-sama dalam pembangunan koperasi. Pengerusi mengakhiri ucapan dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru, staf dan pelajar ahli lembaga koperasi yang berusaha sehabis baik dalam memastikan kesempurnaan mesyuarat agung ini dan memohon agar semua ahli koperasi terus mendokong aspirasi koperasi. Agenda 2 : Ucapan Perasmian oleh Pengetua Ucapan perasmian oleh Puan Juliati Binti Abdul Jalil, Pengetua MRSM PDRM Kulim merangkap Penasihat Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad. Pengetua mengharapkan kerjasama semua ahli koperasi dalam usaha membangunkan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad. Agenda 3 : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-24. Minit Mesyuarat Agung ke-24 dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi Puan Rosniza Binti Ahmad. Nur Alia Natasya Binti Subri dari kelas 5 Batani mencadangkan supaya Minit Mesyuarat Agung ke-24 disahkan. Cadangan itu disokong oleh Nur Ellyana Natasha Binti Mohamad Yunus dari kelas 5 Dailami.


Agenda 4 : Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Tahunan Lembaga Koperasi 2021 Laporan Lembaga Koperasi ini telah dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi. Laporannya adalah seperti berikut:- 4.1 Bilangan ahli koperasi Keahlian koperasi adalah wajib bagi pelajar-pelajar dan digalakkan untuk guru dan kakitangan. Bilangan anggota untuk tahun berakhir 31 Disember 2021 adalah seperti berikut: Tahun 2021 – Bilangan anggota 541 orang 4.2 Modal Saham Modal saham minimum bagi pelajar, guru dan kakitangan adalah sebanyak RM 20.00. Manakala yuran masuk sebanyak RM 1.00 sahaja. Dari semasa ke semasa anggota boleh menambah nilai modal saham atau dari dividen tahunan yang diberikan oleh koperasi. Nilai dividen yang diberikan oleh koperasi bergantung kepada keuntungan tahunan dan persetujuan anggota dalam mesyuarat agung tahunan. Berikut dinyatakan perbandingan nilai modal untuk satu tahun berakhir. Tahun 2021 - Nilai modal saham RM 29, 260.00 4.3 Aset tetap Antara aset tetap koperasi ialah peralatan kedai, perabut, peti sejuk, peti besi dan komputer. Berikut dinyatakan nilai aset tetap untuk satu tahun berakhir. Tahun 2021 - Nilai aset tetap RM 5454.48 4.4 Simpanan dan pelaburan Simpanan Tetap di Bank Rakyat Saham Bank Rakyat Tahun 2021 Tahun 2021 Nilai RM 30, 000.00 Nilai RM 10,000.00 4.5 Kegiatan Koperasi Berikut ialah kegiatan koperasi untuk tempoh 1 tahun 2021


BIL. Bulan AKTIVITI 1. Januari * Restok barang keperluan koperasi * Pendaftaran pelajar baharu 2. Februari * Projek Laman Koperasi * Penyelenggaraan kafeteria * Menaik taraf Kedai Koperasi Maktab dan Kedai Koperasi Asrama 3. April * Kempen BSN Smart Spend * Program Cashless Smart Spend dengan kerjasama BSN * Kolaborasi Koperasi bersama PUM untuk program Sedekah Air Kotak 4. Jun dan Julai *Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi 5. Ogos Menyertai Pertandingan Koir & Mycoop Video Pitch Competition Peringkat Kebangsaan Anjuran Angkasa - mendapat tempat sagu hati daripada 14 pasukan yang bertanding di Pertandingan Akhir Koir anjuran Angkasa - mendapat tempat kedua Like tertinggi di youtube 6. September Menyertai pertandingan MRSM EduBiz Carnival 2021 7. Setiap bulan Jualan di Dataran Keusahawanan 8. Setiap bulan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ahli koperasi 9. Sepanjang tahun Dobi 10. Sepanjang tahun Jualan uniform, keperluan asrama, buku latihan alat tulis, makanan dan minuman 4.6 DIVIDEN Dividen pada tahun 2021 ialah RM 8778.00 4.7 SUMBANGAN (KEPADA PIHAK MRSM, MASYARAKAT & AGENSI LUAR) BIL BULAN PERKARA CATATAN (RM)


1. Januari Pembelian alat tulis untuk para pelajar SPM 2020 RM 783.00 2. Februari Sumbangan khairat kematian ibu kepada Mohamad Akmal RM 200.00 3. Februari Sumbangan hadiah graduasi RM 710.00 4. Mac Sumbangan khairat kematian arwah Encik Zaidi Bin Zainon RM 310.40 5. Mac Mutabaah Iman RM 100.00 6. Mac Hadiah perpisahan Puan Fazidah Binti Abd Kadir RM 69.00 7. April Hadiah Cik Aslina dan Puan Nurul Safarena RM 70.00 8. April Air Kotak Ramadan RM 500.00 9. April Sagu hati Cik Aslina dan Puan Nurul Safarena RM 600.00 10. April Sumbangan JAD 2019 RM 980.00 11. April Zakat 2020 diagihkan kepada MRSM PDRM RM 4200.00 12. Mei Air mineral untuk gotong-royong RM 15.00 13. Mei Aiskrim berbuka puasa RM 69.70 14. Mei Sumbangan banjir untuk Puan Zamzani RM 100.00 15. Mei Sumbangan khairat kematian ibu kepada Nur Afiq Syahmi RM 100.00 16. Jun Sagu hati ALK SPM 2020 RM 800.00 17. September Bayaran penceramah bagi Program Tadabbur RM 300.00 18. September Hadiah sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia RM 180.00 19. September Hadiah pertandingan bersempena kemerdekaan - Homeroom RM 150.00 20. September Global Leadership Summit RM 30.00 21. September Bayaran jurulatih koir RM 1800.00 22. Oktober Bayaran pembantu jurulatih koir RM 100.00 23. Oktober Sumbangan khairat kematian ibu kepada Hazim Bin Hayazi RM 200.00 24. Oktober Bayaran perubatan Puan Zamzani RM 68.00 25. Oktober Sumbangan khairat kematian ayah kepada Nur Anis Sofea RM 200.00 26. Oktober Hadiah perpisahan pengetua En Zamzuri Bin Md Noor RM 153.10 27. Oktober Sumbangan Bulan Sukan MRSM RM 450.00 28. November Program SEED RM 520.00 29. November Sumbangan khairat kematian ayah kepada Cik Aslina RM 200.00 30. November Sumbangan khairat kematian ayah kepada Aliya Humaira RM 200.00 31. November Bayaran perubatan Puan Zamzani RM 75.00 32. Disember Tabung Banjir MRSM PDRM RM 200.00


33. Disember Zakat 2020 diagihkan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah RM 2800.00 34. Sepanjang tahun Menguruskan perbelanjaan akaun-akaun maktab berikut: - Majalah dan Akhbar - Kedai Asrama - Kokurikulum Laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi telah dicadangkan untuk disahkan oleh Noor Aina Suffiah Binti Ibrahim dari kelas 5 Batani dan disokong oleh Nur Auni Afrina Binti Mohd Rizal dari kelas 5 Dailami. Agenda 5 : Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 Laporan Kewangan dan anggaran belanjawan ini dibentangkan oleh Bendahari Koperasi. Pembentangan ini adalah seperti butir-butir yang terdapat dalam bahan edaran. Pn. Norlaiza binti Ibrahim menyatakan dividen pada tahun 2020 ialah sebanyak 30% iaitu RM 8778.00 Jumlah keuntungan bersih ialah RM 62,068.53 dalam tempoh 1 tahun. Manakala honorarium lembaga yang dicadangkan ialah sebanyak RM 6100.00 Laporan kewangan yang dibentangkan oleh Bendahari Koperasi telah dicadangkan untuk disahkan oleh Syazlina Natasya Binti Mohd Saleh dari kelas 5 Dailami dan disokong oleh Nur Adriana Yusra Binti Mohd Yusuff dari kelas 5 Farabi. Agenda 6 : Membentangkan anggaran belanjawan bagi tahun 2022 Bendahari telah membentangkan anggaran belanjawan seperti yang dilampirkan. Pembentangan anggaran belanjawan telah dicadangkan untuk disahkan oleh Siti Nurhanna Binti Azuan dari kelas 5 Zarqali dan disokong oleh Nurul Umaimah Binti Salmi dari kelas 5 Zarqali. Agenda 7 : Menentukan Had Maksimum Pelaburan Daripada Wang Koperasi. Nuraina Izzani Binti Mohd Norzahari dari Kelas 5 Arrazi mencadangkan agar had maksimum pelaburan daripada wang koperasi dikekalkan sebanyak RM 40, 000.00. Nur Farzana Izzati Binti Sharuddin dari kelas 5 Arrazi menyokong cadangan tersebut.


Agenda 8 : Menentukan Had Maksimum Pinjaman Koperasi. Muhammad Adib Bin Mohd Amin dari kelas 5 Arrazi mencadangkan agar had maksimum pinjaman koperasi ialah RM 50, 000.00. Hidayat Afiq Bin Hamizi dari kelas 5 Batani menyokong cadangan tersebut. Agenda 9 : Pembentangan Usul Usul 1 Pencadang: Nur Irdina Nafisa Binti Mohd Dzahir (5 Batani) Penyokong: Muhammad Hadee Arsyad Bin Rohaizad (3 Zarqali) Cadangan: Meletakkan mesin basuh layan diri di setiap blok Ulasan: Perkara ini masih dalam tindakan .Perbincangan selanjutnya akan diadakan oleh pihak pengurusan maktab bersama dengan Unit Penyelaras dalam mesyuarat penyelenggaraan yang terdekat. ALK bersetuju untuk mengambil alih perkhidmatan dobi layan diri di asrama. Kertas kerja telah dipanjangkan kepada pihak Unit Penyelaras untuk menyelesaikan isu berkaitan pengubahsuaian bangunan asrama, bekalan elektrik dan air. Usul 2 Pencadang: Qatrunnada Syifa Binti Zulkifli (3 Zarqali) Penyokong: Nurin Qasrina Binti Yusri (3 Zarqali) Cadangan: Koperasi perlu menjual tuala wanita, sabun mandi, sabun basuh baju, ubat gigi dan keperluan yang lain Ulasan: Barang-barang keperluan tersebut sudah disediakan di koperasi maktab dan koperasi asrama. Usul 3


Pencadang: Farah Hanisuhana Binti Hamdan (3 Zarqali) Penyokong:Nurul Aneesa Binti Hamidun (3 Zarqali) Cadangan: Saya mencadangkan mesin basuh diletakkan di setiap blok . Bagi perkhidmatan dobi yang disediakan pula, saya mohon untuk menghantar 15 helai baju setiap kali basuhan. Ulasan: Perkara berkaitan mesin basuh yang ingin diletakkan di setiap blok masih dalam perbincangan dan tindakan pihak koperasi. Mesin dobi sedia ada pula terhad dan hanya boleh menampung 10 helai baju sahaja untuk setiap kali basuhan. Usul 4 Pencadang:Nurin Adlina Binti Mohd Azmi (4 Arrazi) Penyokong: Zara Sofea Binti Azmi (3 Arrazi) Cadangan: Koperasi perlu menambah pelbagai jenis makanan yang menarik dan meningkatkan had di dalam koperasi dari 6 orang ke 7-10 orang dalam suatu masa kerana faktor masa rehat yang sekejap. Ulasan: Cadangan ini akan dipertimbangkan berdasarkan SOP semasa. Usul 5 Pencadang: Nur Alya Farisha Binti Mohd Tarmizan (4 Arrazi)/ Nurnasuha Nazreen Binti Nazri (4 Farabi) Penyokong: Erliyana Sofea Binti Zaini (3 Arrazi) Cadangan: Refill vending machine dekat blok asrama (bgw) untuk memudahkan pelajar membeli air. Ulasan: Vending Machine di asrama bukan di bawah seliaan koperasi. Usul 6 Pencadang: Mohamad Syamil Fahmi Bin Mohd Sofian (4 Batani) Penyokong: Siti Zuhayra Afifah Binti Mohamad Zuki (3 Arrazi)


Cadangan: Memperbanyakkan vending machine di asrama Ulasan: Cadangan ini akan dipertimbangkan oleh pihak koperasi melalui perbincangan dengan unit asrama dan Unit Penyelaras. Usul 7 Pencadang: Mohd Haziq Bin Mohd Zaki (4 Kindi) Penyokong: Lim Shan Rui (4 Arrazi) Cadangan: Menambah bilangan baju yang boleh dihantar dobi iaitu melebihi 10 helai. Ulasan: Bilangan 10 helai sekali basuhan adalah berpatutan dengan bayaran yuran dobi sebanyak rm10 sebulan. Dalam sebulan pelajar dapat membasuh 80 helai baju yang bersamaan rm 0.12 sehelai. Mesin dobi juga hanya mampu menampung 10 helai pakaian untuk sekali basuhan, Usul 8 Pencadang: Muhammad Nabil Mustaqim Bin Mohamad Nasir (4 Dailami) Penyokong: Nuraina Izzani Binti Mohd Norzahari (5 Arrazi) Cadangan: Mengurangkan harga barangan di kedai koperasi. Ulasan: Harga barangan di kedai koperasi memang murah dibandingkan dengan harga di pasaran luar. Usul 9 Pencadang: Nur Najiha Binti Muhamad Yusri (4 Farabi) Penyokong: Wan Muhammad Shamil Haiqal Bin Wan Shukri (5 Arrazi)


Cadangan: Nak bayar guna kad/pay wave sebab tidak ada wang tunai. Ulasan: Perkhidmatan pembayaran tanpa tunai telah pun disediakan di koperasi maktab melalui BSN, Touch nGo e-wallet. Usul 10 Pencadang: En.Yahya Farid Bin Kamaluddin Penyokong: Pn. Siti A’Aishah Binti Mohd Rosde Cadangan:Pelaburan Siling kewangan dalam koperasi sebanyak RM 500.00 perlu dikaji semula kerana jumlah ini telah wujud sejak penubuhan koperasi di MRSM PDRM. Cadangan jumlah ini perlu dinaikkan ikut keadaan semasa kepada RM1000.00 Ulasan: Mesyuarat bersetuju untuk menaikkan saham maksimum daripada RM500 kepada RM700 untuk guru dan staf sahaja berkuatkuasa Januari 2023. Usul 11 Pencadang: Pn. Nurul Safarena Binti Rahim Penyokong: Pn. Arhami Binti Abdullah Cadangan: Koperasi perlu menyediakan vending machine di setiap blok asrama untuk kegunaan para pelajar dan warden. Ulasan: Cadangan ini akan dipertimbangkan oleh pihak koperasi. Agenda 10 : Peletakan jawatan ALK sesi 2021/2022. Sesi 2021/2022 1. Pn. Norrisalha binti Mohamad Tahir - Pengerusi 2. En. Fauzi bin Ahmad - Naib Pengerusi / Pengurus Kafetaria


3. Pn. Rosniza bt Ahmad - Setiausaha 4. Pn. Norlaiza bt Ibrahim - Bendahari 5. Pn. Jamsiah binti Mat Yuso - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan 6. Pn. Nur Azlina binti Ihsan - Pengurus Kedai maktab/Sumber Manusia 7. En. Mohammad Radzi bin Zawawi - Pengurus Inovasi / Promosi 8. En. Mohd Najib bin Md Noor - Pengurus Dobi/ Kerjaya 9. Nurul Dania Alysha binti Khairul Shamsuar - ALK 10. Muhammad Emir Redzwan bin Mohamad - ALK 11. Nurul Ain binti Mohd Hisham - ALK 12. Aina Farzana binti Mahadzir - ALK 13. Sarah Nasihah binti Mohd Shukhaimi - ALK 14. Alif Najmi bin Amir Hamzah - ALK 15. Noor Afiqah Madihah binti Mohd Noor Azlan - ALK Juru Audit Dalaman (JAD) 1. Mohd Hafizul Fazly bin Jalani 2. Aisyah Madihah Binti Md Hafiz 3. Nur Liyana Izzati binti Rosli Agenda 11 : Pelantikan ALK bagi sesi 2022/2023. Sesi 2022/2023 1. Pn. Norrisalha Binti Mohamad Tahir - Pengerusi 2. En. Fauzi Bin Ahmad - Naib Pengerusi / Pengurus Kafetaria 3. Pn. Rosniza Binti Ahmad - Setiausaha 4. Pn. Suriati Binti Md Noor - Bendahari 5. Pn. Jamsiah Binti Mat Yusof - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan 6. Pn. Hamizan Binti Abd Aziz - Pengurus Kedai maktab/Sumber Manusia 7. En. Mohammad Radzi Bin Zawawi - Pengurus Inovasi / promosi 8. En. Mohd Ezuwan Bin Ezani - Pengurus Dobi/ Kerjaya 9. Muhammad Faris Bin Rozaimi - ALK 10. Lim Shan Rui - ALK 11. Nadya Yasmin Binti Mohd Rizal - ALK 12. Aleeya Sarah Binti Makhtar - ALK 13. Alif Najmi Bin Amir Hamzah - ALK 14. Noor Afiqah Madihah Binti Mohd Noor Azlan - ALK 15. Nur Aisyah Hanis Binti Fairul - ALK


Juru Audit Dalaman (JAD) akan ditentukan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah selepas Mesyuarat Agung. Agenda 12 : Hal-hal lain. - Tiada Agenda 13 : Penangguhan Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr. Disediakan oleh: Disahkan oleh: [ROSNIZA BINTI AHMAD] [NORRISALHA BINTI MOHAMAD TAHIR] Setiausaha Koperasi Pengerusi Koperasi


1 MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555 LAPORAN TAHUNAN AHLI LEMBAGA PENGARAH 2022


2 LAPORAN TAHUNAN AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP) KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 Laporan tahunan ini akan mengemukakan semua aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad sepanjang satu tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Selepas pembentangan laporan ini, anggota-anggota koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad diharapkan dapat memberi maklum balas dan cadangan yang membina bagi memperbaiki dan memantapkan lagi setiap aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. 1. PENGURUSAN KOPERASI Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad dikendalikan oleh 15 orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang diterajui oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat. Ahli-ahli Lembaga Pengarah (ALP) Koperasi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut :- Sesi 2022 / 2023 1. Pn. Munazmi Binti Mohamad - Pengerusi 2. En. Fauzi Bin Ahmad - Naib Pengerusi / Kafetaria 3. Pn. Rosniza Binti Ahmad - Setiausaha 4. Pn. Suriati Binti Md Noor - Bendahari 5. Pn. Jamsiah Binti Mat Yusof - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan 6. Pn. Hamizan Binti Abd Aziz - Pengurus Kedai Maktab/Sumber Manusia 7. En. Mohammad Radzi Bin Zawawi - Pengurus Inovasi / Promosi 8. En. Mohd Ezuwan Bin Ezani - Pengurus Dobi/ Kerjaya 9. Muhammad Faris Bin Rozaimi - ALK 10. Lim Shan Rui - ALK 11. Muhammad Syammil Addin bin Shamsol - ALK 12. Aleeya Sarah Binti Makhtar - ALK 13. Alif Najmi Bin Amir Hamzah - ALK 14. Noor Afiqah Madihah Binti Mohd Noor Azlan - ALK 15. Nur Aisyah Hanis Binti Fairul - ALK Juru Audit Dalaman (JAD)


3 1. Norlaiza Binti Ibrahim 2. Nur Husna Binti Muhammad Rizal 3. Irdina Aina Syafiah Binti Mohamad Sofi Sesi 2023 / 2024 1. Pn. Munazmi Binti Mohamad - Pengerusi 2. En. Fauzi Bin Ahmad - Naib Pengerusi / Kafetaria 3. Pn. Rosniza Binti Ahmad - Setiausaha 4. Pn. Suriati Binti Md Noor - Bendahari 5. Pn. Salshaheda Binti Mohd Shaher - Penolong Bendahari 6. Pn. Jamsiah Binti Mat Yusof - Pengurus Kedai Asrama / Kebajikan 7. Pn. Hamizan Binti Abd Aziz - Pengurus Kedai maktab/Sumber Manusia 8. En. Mohammad Radzi Bin Zawawi - Pengurus Inovasi / Promosi 9. En. Mohd Ezuwan Bin Ezani - Pengurus Dobi/ Kerjaya 10. Alif Najmi Bin amir Hamzah - ALK 11. Nur Anis Safiah Binti Abdul Rahim - ALK 12. Nik Muhammad danial Hakim Bin Mohamad Jusoh - ALK 13. Nur Afrina Hasanah Binti Rashidi - ALK 14. Putri Fazuren Binti Azmi Fadzrul - ALK 15. Nur Ain Hadirah Binti Mohd Hasim - ALK 16. zzat Izzuddin Bin Hairulnizam - ALK Juru Audit Dalaman (JAD) akan ditentukan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah selepas Mesyuarat Agung. 2. MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP) Pihak pengurusan telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022. Tarikh mesyuarat ALK ialah pada 8 Februari 2022, 31 Mac 2022, 2 Jun 2022 dan 9 November 2022. 3. KEAHLIAN Keahlian koperasi adalah wajib bagi pelajar dan digalakkan untuk guru dan kakitangan. Bilangan anggota koperasi untuk tahun berakhir 31 Disember 2022 ialah 545 orang. 4. MODAL SAHAM Modal saham minimum bagi pelajar, guru dan kakitangan adalah RM20.00. Manakala yuran masuk sebanyak RM1.00. sahaja. Dari semasa ke semasa, anggota boleh menambah nilai modal saham.


4 Penambahan modal saham boleh juga ditambah dari dividen yang diberikan oleh koperasi. Nilai dividen yang diberikan oleh koperasi bergantung kepada keuntungan tahunan dan persetujuan anggota dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Tahun 2022 Nilai modal saham RM 28, 920.00 5. ASET TETAP Antara Aset Tetap Koperasi ialah perabot, komputer, radio, peti sejuk, alatan dan peti besi. Berikut dinyatakan nilai aset tetap untuk 1 tahun berakhir Tahun 2022 Nilai Aset Tetap RM 2370.92 6. SIMPANAN TETAP DAN PELABURAN Simpanan Tetap di Bank Rakyat Saham Bank Rakyat Tahun 2022 Tahun 2022 Nilai RM 30,000.00 Nilai RM 10, 000.00 7. KEGIATAN KOPERASI Berikut ialah kegiatan koperasi untuk tempoh 1 tahun 2022. BIL. Bulan AKTIVITI 1. Januari Restok barang keperluan koperasi


5 2. Februari Sumbangan Prihatin Covid -19 3. Mac Projek ubah suai bilik untuk Parcel 4. April - Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 & 4 - Menyertai Kursus Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah antara SKM dan ANGKASA - Penyerahan Wang Zakat Koperasi - Sedekah Iftar Ramadan kepada Pusat Tahfiz Ibnu Sina Taman Kenari, Kulim 5. Mei Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 6. Jun - Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad kali ke-25 - Jualan Happy Hours 7, Julai - Menyertai aktiviti Design Iklan Promosi Barangan Koperasi dengan menggunakan Canva - Menyertai Pertandingan Pidato Koperasi Sekolah - Taklimat Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) 8. Ogos Minggu Aktiviti MRSM PDRM - Usahawan Cilik - Make It Counts 9. September - Majlis Persaraan Pengerusi Koperasi ( Pn. Norrisalha Binti Mohamad Tahir ) - Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2022 10. Oktober - Penyediaan Laporan AKKS 2021 - Penyediaan dan penghantaran laporan HKS 11. November Menyertai pertandingan MRSM EduBiz Carnival 2022 - Pertandingan MyCoop Product - Pertandingan Creative Recipe with Yakult - Kuiz ANGKASA 12. Setiap bulan Jualan di Dataran Keusahawanan 13. Setiap bulan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ahli koperasi 14. Sepanjang tahun Dobi 15. Sepanjang tahun Jualan uniform, keperluan asrama, buku latihan alat tulis, makanan dan minuman 8. DIVIDEN


6 Dividen pada tahun 2022 ialah RM 8478.00 9. SUMBANGAN (KEPADA PIHAK MRSM, MASYARAKAT & AGENSI LUAR) BULAN PERKARA RM Januari Elaun Perubatan Pn. Zamzani RM 55.00 Sumbangan Persaraan Cikgu Anuar dan Cikgu Fauziah RM 120.00 Februari Hadiah Persaraan Cikgu Anuar dan Cikgu Fauziah RM 194.50 Pemasangan Mesin Basuh di asrama (KUARANTIN) RM 450.00 Oximeter RM 161.80 Pemberian KFC kepada guru bersempena Majlis Anugerah Homeroom dan Kokurikulum 2021 RM 518.95 Prihatin COVID -19 RM 500.00 Prihatin COVID -19 RM 500.00 Sumbangan Khairat Kematian ( Pn. Hamidah Ishak yang kematian ibu ) RM 100.00 Sumbangan Khairat Kematian ( Pn. Nuurul Hilmi yang kematian suami ) RM 200.00 Mac Sumbangan Tabung Prihatin COVID - 19 RM 600.00 Pendahuluan CSR MARA RM 590.00 Sumbangan Kek Hari Lahir Guru dan kakitangan ( Februari dan Mac ) RM 200.00 April Hadiah Perpindahan Cikgu Azlina dan Ustaz Najib RM 200.00 Majlis Iftar Ramadan RM 500.00 Duit Raya ALK dan Pekerja RM 1,400.00 Elaun ALK bertugas sempena Hari Pendaftaran Pelajar Ting. 1 dan Ting. 4 RM 40.00


7 Mei Sumbangan Khairat kematian ( Pn. Norhayati yang kematian suami ) RM 100.00 Jun Sumbangan Khairat Kematian ( Cik Umairah yang kematian ibu ) RM 100.00 Sumbangan Khairat Kematian (M. Azib harraz yang kematian bapa ) RM 200.00 Sumbangan Khairat Kematian ( Faris Bin Abdul Halim yang kematian bapa ) RM 200.00 Elaun Perubatan Puan Zamzani RM 73.00 Julai Sumbangan Kek Hari Lahir Guru dan kakitangan - POTLUCK ( Julai ) RM 170.00 Pendahuluan CSR RM 1,000.00 Ogos Program Asyura RM 200.00 Sumbangan Kek Hari Lahir Guru dan Kakitangan ( Ogos ) RM 80.00 September Elaun Perubatan Puan Zamzani RM 90.00 Hiasan Majlis Persaraan Pn. Norrisalha Binti Mohamad Tahir RM 100.00 Sumbangan air kotak dan roti kepada penemuduga BWP RM 48.30 Pulut Kuning bersempena Persaraan Pn. Norrisalha Binti Mohamad Tahir RM 150.00 Sumbangan kepada Pn. Jamsiah Binti Mat Yusof ( masuk hospital ) RM 200.00 Sumbangan kepada Pn. Salmah Sabran ( masuk hospital ) RM 200.00 Oktober Sumbangan makanan untuk Kontinjen GURKA RM 600.00 Sumbangan kek dan hadiah perpindahan RM 570.00 Sumbangan Majlis Apresiasi 2022 RM 916.00 November Sumbangan Khairat Kematian ( Putri Nur Damian yang kematian bapa ) RM 200.00


8 Sumbangan wang untuk makanan ahli Silat RM 200.00 Disember - TIADA PENGHARGAAN Kami Ahli Lembaga Pengarah Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad sesi 2022/2023 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengetua MRSM PDRM, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA, anggota-anggota koperasi dan semua pihak yang memberi sokongan bagi membolehkan koperasi menjalankan aktiviti. Disediakan oleh [ ROSNIZA BINTI AHMAD ] Setiausaha Koperasi MRSM PDRM Kulim Berhad.


MAKTAB RENDAH SAINS MARA PDRM KULIM KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555 LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2022


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


CamScanner


KOPERASI MRSM PDRM KULIM BERHAD BATALION 2 PGA, JALAN JUNJONG, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN TEL: 04-4905640, 04-4905658 FAKS: 04-4908555 ANGGARAN BELANJAWAN 2023


Click to View FlipBook Version