The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATE 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roseamida, 2024-06-03 23:38:05

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATE 2024

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS DAN MATE 2024

1 TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA PELANCARAN BULAN AKADEMIK 2023 BIL ATUR CARA PERKARA CATATAN 1 7.30 – 7.40 PAGI PERHIMPUNAN PAGI DIURUSKAN OLEH GURU BERTUGAS GURU BERTUGA MINGGUAN 2 Pembuka Majlis 7.40 PAGI Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Yang Berusaha ………………………………………….. (TIADA) Yang Dihormati, Pn R.K. Shanti Latha A/P R.Krishnasamy, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Eliza Bt Elias, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mohamad Sepian b.Osman , Penolong Kanan Kokurikulum, (TIADA- BOLA SEPAK) Pn. Noorhayati bt. Mustaffa , Penolong Kanan Pendidikan Khas . Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling, guru-guru, DAN murid-murid yang dikasihi sekalian.


2 BIL ATUR CARA PERKARA CATATAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera . Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun pada pagi ini sempena Majlis Pelancaran Minggu Sains & Matematik Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa bagi Tahun 2024. Baik lah, anak-anak yang dikasihi sekalian, Sebelum kita meneruskan majlis, mari lah sekali lagi kita sama-sama mengimbau kembali pelbagai program dan juga pertandingan YANG telah sekolah adakan sejak 2 minggu yang lepas. Maka kini, pada minggu ini iaitu dari 13 Mei hingga 17 Mei (jumaat ini), bermulalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Minggu Sains dan Matematik. KENAPAKAH KITA TERTUNGGU-TUNGGU MINGGU SAINS DAN MATEMATIK???? Baiklah, untuk pengetahuan semua, Minggu Sains & Matematik diadakan untuk menarik minat pelajar kepada sains , matematik, teknologi dan kejuruteraan di mana ia merupakan bidang yang penting bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, dalam globalisasi pada masa kini. Ia juga dapat melahirkan semangat kerjasama, keprihatinan dan sifat kepedulian warga guru dalam usaha membentuk murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran memimpin, beretika dan patriotik, serta mampu menyumbang pada pembangunan masyarakat dan Negara. Dengan ini, Pelbagai program telah dirancang untuk para pelajar agar dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif.


3 TAYANGAN VIDEO 7.45 PAGI Hadirin sekalian, Sempena Minggu Sains Dan Matematik ini, guru-guru telah merancang pelbagai program yang menarik. Untuk Pengetahuan semua, Minggu Bidang Sains Dan Matematik sekali lagi saya ulang, akan bermula pada hari ini iaitu pada 13 MEI sehingga 17 MEI 2024, Jumaat ini. Baiklah, Tanpa melengahkan masa, untuk melihat apakah aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan sepanjang minggu ini, Kita akan teruskan lagi dengan tayangan multimedia sempena Minggu Sains dan Matematik. Dengan ini, majlis mempersilakan. ************* TAYANGAN MULTIMEDIA *************** Begitulah tayangan multimedia yang menarik sebentar itu tadi. Boleh salin tak aktivitiaktiviti yang telah dipaparkan sebentar tadi? Baiklah, jika pelajar tidak dapat menyalin, tak mengapa kerana guru-guru kesayangan anda iaitu Guru Sains dan Guru Matematik akan sentiasa mengingatkan anak-anak pelajar di dalam ‘Group Whatsapp’ kelas masing-masing. Untuk pengetahuan semua, tayangan multimedia sebentar itu tadi adalah usahasama guru sains dan matematik di bawah pimpinan EN AIMAN dan juga PN HAZIRAH . TERIMA KASIH DIUCAPKAN SEKALI LAGI. UCAPAN DAN GIMIK PERASMIAN 7.50 PAGI BAIKLAH Hadirin sekalian, Tanpa melengah kan masa, dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Puan R.K Shanthi Latha A/P R.Krishnasamy, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Orkid Desa untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya melancarkan gimik perasmian kita pada pagi ini.


4 8.00 PAGI MAJLIS MEMPERSILAKAN ******* UCAPAN PERASMIAN******************** Terima kasih diucapkan kepada Puan Shanti Latha atas ucapan perasmian sebentar itu tadi. Mohon Pn. Shanthi untuk terus berada di atas pentas untuk melancarkan gimik perasmian kita pada hari ini. Dengan ini, majlis menjemput Pn Eliza Bt Elias, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Pn Siti Rohani, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Dan Matematik, untuk mengiringi Pn. Shanthi Latha bagi gimik peramian memotong riben. Majlis mempersilakan. ********** PEMOTONGAN RIBEN *********************** Maka, dengan ini, RASMILAH MINGGU SAINS DAN MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ORKID DESA BAGI TAHUN 2024..!!!! Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, PN R.K SHANTI LATHA DAN PN ELIZA DAN PN SITI ROHANI ATAS PERASMIAN SEBENTAR ITU TADI. Alhamdulillah betullah apa yang diucapkan oleh PN SHANTHI sebentar tadi iaitu, Ilmu umpama seribu permata yang penting dalam kehidupan masa hadapan. Maka, rebutlah peluang dan masa yang ada ini. Aktiviti dan pertandingan yang disediakan pada minggu ini, sangatlah akan memberi impak yang positif kepada anak-anak pelajar.


5 PENUTUP 8.07 PAGI Para hadirin sekalian, DI SINI SAYA INGIN MENEKANKAN SEKALI LAGI AKTIVITI TERBESAR SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK INI ADALAH KARNIVAL STEM yang akan diadakan pada hari RABU ini. KARNIVAL STEM ini sangat bermanfaat kepada semua murid sekolah kita kerana kami guru sains dan matematik akan membuka lebih kurang 15 stesen dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik berserta hadiah-hadiah yang menarik, jadi cikgu mengharapkan murid dapat menghadirkan diri pada hari rabu ini. (SET THE DATE YEEE) Baiklah Hadirin Sekalian, Majlis Perasmian telah pun selesai, Gimik pun telah selesai, Pengenalan Aktiviti Minggu Sains dan Matematik TAHUN 2024 juga telah pun selesai. Dengan itu, Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa


6 Jejaran mengkudu bias kesuma Dicelah angsana di Kuala Sedeli Akhir di sini noktah bersama Di lain masa bersua kembali Sekian, Wassalamualaikum Wbt. PENAMBAHAN APA-APA AKTIVITI: 1. 2. 8.10 PAGI ******* MAJLIS DESERAHKAN KEPADA PENGAWAS BERTUGAS *********


Click to View FlipBook Version