The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - Dato' muhammad Perang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlunniza.aris, 2021-04-19 22:25:45

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - Dato' muhammad Perang

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - Dato' muhammad Perang

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR

DATO’ MUHAMAD
SALLEH BIN
PERANG

BIODATA PELAJAR

NAMA : NUR AINA BATRISYAH BINTI MOHD SAHRIL.
KELAS :6 UKM
EMAIL:[email protected]
NAMA SEKOLAH:SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA.
ALAMAT SEKOLAH :PERSIARAN DAHLIA 1, TAMAN BUKIT
DAHLIA,PASIR GUDANG JOHOR

PENDAHULUAN

Mohammed Salleh bin Perang (1841 – 1915) salah seorang tokoh pemimpin Johor yang dikaitkan bukan sahaja dari segi kepimpinannya tetapi juga
dalam aspek pensejarahan Johor moden. Kedudukan beliau sebagai salah seorang yang terpenting dalam Kerajaan Johor digambarkan melalui gelaran yang
dianugerahkan kepada beliau, iaitu Dato’ Bentara Luar. Ketokohannya dalam aspek sejarah Johor moden adalah bersandarkan fakta sejarah bahawa beliau merupakan
seorang pembesar atasan yang berkhidmat di bawah tiga orang pemerintah Johor pada abad ke-19 dan ke-20, iaitu Dato’ Temenggung

Daeng Ibrahim (1841 – 1862), Temenggung/Maharaja/Sultan Abu Bakar (1862 – 1895) dan Sultan Ibrahim (1895 – 1959). Pada masa pemerintahan
Sultan Abu Bakar, beliau telah dianugerahkan bintang kebesaran iaitu Seri Paduka Mahkota Johor yang membawa kepada pengiktirafan beliau sebagai Dato’, yang
membawa gelaran Dato’ Bentara Luar. Anugerah kebesaran ini merupakan pengiktirafan untuknya berdasarkan sumbangan beliau dalam aspek pembangunan Johor
secara keseluruhannya. Aspek pembangunan ini merujuk kepada pembukaan kawasan penanaman gambir dan lada hitam serta pembukaan dan pentadbiran bandar-
bandar baharu di Muar dan di Batu Pahat. Oleh hal yang demikian, para sejarawan yang membincangkan sejarah Johor moden telah menempatkan beliau sebagai
seorang tokoh yang penting dalam sejarah pembangunan negeri tersebut

BIODATA TOKOH
❑ Beliau telah dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 21 Julai 1841.
❑ Beliau berketurunan Daing Bugis yang deperolehi dari bapanya.
❑ Bapanya bernama Perang bin Mohammed Salleh bin Awang bin Lajat bin Abdul Rahim. Bapanya telah berkhidmat sebagai Panglima di bawah Temenggung

Daing Ibrahim di Teluk Belanga, Singapura. Ketokohannya diwarisi dari bapanya.
❑ Ibu beliau bernama Yang Jaleha.
❑ Beliau merupakan anak bongsu didalam keluarga .
❑ Semasa kecilnya, kehidupan keluarga beliau terlalu sempit kerana bapanya tidak dapat menikmati kesenangan yang boleh diperoleh daripada

kedudukannya sebagai panglima kepada Temenggung Daing Ibrahimdisebabkan sumber pendapatan Temenggung Ibrahim terhad kepada
pembahagian pendapatan elaun bulanan sahaja.

PENDIDIKAN TOKOH
❑ Keluarga Dato’Muhammad Salleh bin Perang amat menekankan pendidikan agama dan duniawi yang akan menjadi asas kepada beliau untuk memupuk

kemahiran dan bakat dalam penulisan dan pekerjaan.
❑ Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah dihantar untuk mempelajari bacaan Al-Quran dan ilmu asas agama. Proses pembelajaran ini mengambil masa lebih

kurang dua tahun.
❑ Kemudian, ketika berumur 12 tahun, beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Rev. Keasberry di Bukit Zion. Di sini, beliau belajar membaca dan menulis

dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ilmu kira-kira.

KERJAYA TOKOH

❑ Memulakan kerjaya sebagai seorang guru bahasa melayu, di Sekolah Rev. Keasberry setelah dilantik kerana kepintaran beliau. Namun begitu, beliau terpaksa
berhenti daripada jawatan tersebut apabila pertikaian timbul antara Temenggung Ibrahim dengan Sultan Ali pada tahun 1854 – 1855. Persengketaan ini berpunca
daripada perebutan kuasa atas negeri Johor yang telah menjadi penting, hasil pembukaan kawasan penanaman lada hitam dan gambir oleh imigran Cina yang
berpindah dari Singapura.

❑ Kemahiran asas yang kukuh serta pengalaman dalam pengajaran bahasa Melayu yang baik membolehkan beliau diterima berkhidmat sebagai kerani di pejabat
Menteri Encik Long pada tahun 1856.

❑ Kebolehan beliau telah menarik perhatian Enche’ Wan Abu Bakar yang telah mengambil beliau berkhidmat di pejabat Bakal Raja di Teluk Belanga. Peranan
beliau semakin penting apabila ditugaskan oleh Enche’ Abu Bakar untuk berkhidmat sebagai kerani utama di pusat pentadbiran Temenggung di Iskandar Puteri
pada tahun 1858. Ketika itu, beliau telah terlibat secara langsung untuk menguruskan hal surat mesyuarat, mahkamah, polis, menjaga pemajak hasil candu dan
surat sungai yang berkaitan kegiatan pembukaan ladang gambir dan lada hitam di Johor.

❑ Sebagai seorang yang berpandangan jauh, beliau masih terus mempertingkatkan dan menambahkan kemahiran beliau dengan mempelajari bahasa dan tulisan
Cina dengan seorang guru Cina bernama Chia Ah Seng pada tahun 1861 – 1863. Pengalaman ini membolehkan beliau bertutur dalam bahasa Teochew dan juga
Hokkien

SUMBANGAN TOKOH

❑ Datuk Mohd. Salleh Perang ialah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. selaku ketua jabatan
tanah dan ukur negeri, beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan jawi, tindakan pertamanya ialah pelukisan sebuah peta pembangunan
negeri Johor. peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan
daerah-daerah di negeri itu. inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di semenanjung Tanak Mealyu

❑ Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893). Beliau juga menjadi pesuruhjaya kerajaan
bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri
Johor.

❑ Kemahiran beliau berbahasa cina dan tahu selok belok adat resam cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem kangchu cina.
Beliau mengiringi sultan melawat negeri China dalam tahun 1880-an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan pesuruhjaya polis negeri, dan berakhir sebagai Ahli
Dewan Negeri dan juga Ahli Jemaah Menteri.

SUMBANGAN TOKOH

❑ Ada 4 November 1893, Muhamad Salleh Yang Tinggal Di Kampung Senangar, Dipanggil Ke Johor Bahru. Seminggu Kemudian Pada 11 November, Sultan Abu
Bakar Menitahkan Beliau Untuk Membuka Batu Pahat. Namun Beliau Memulakan Usaha Bagi Membangun Bandar Itu Dan Menyediakan Kemudahan Jalan
Serta Pejabat-pejabat Kerajaan, Dengan Sistem Pentadbiran Moden.Pembukaan Rasmi Batu Pahat Diadakan Pada 1 Januari 1894 Oleh Muhamad Salleh Sendiri
Dan Dihadiri Oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu Dan Orang-orang Kenamaan Tempatan. Bandar Itu Mula Berkembang Maju Di Bawah Muhamad
Salleh Yang Menjadi Wakil Raja Memerintah Batu Pahat.

❑ Beliau Kemudian Menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, Dan Menggalakkan Orang-orang Kampung Membuka Kebun Dan Membuat Parit Tali Air. Dalam Masa Yang
Sama, Pelabur-pelabur Asing Mula Datang Membuka Kebun, Ladang Serta Berniaga Di Batu Pahat. Kebolehan Muhammad Salleh Berbahasa Cina Merupakan
Faktor Yang Menyebabkan Beliau Disukai Oleh Orang Cina Serta Faktor Yang Membawa Kemajuan Ekonomi Dan Harmoni Kepada Daerah Ini. Kejayaan Beliau
Dalam Pentadbiran Batu Pahat Diakui Oleh Ungku Sulaiman Bin Daud, Pesuruhjaya Besar Johor, Dalam Rangka Lawatan Tugas Ungku Di Batu Pahat Pada 21
Disember 1896.

SUMBANGAN TOKOH

❑ Peta yang dilukis oleh Datuk Bentara Luar dianggap yang pertama dan paling lengkap bagi sebuah negeri di
Tanah Melayu

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

• Sepanjang hayat Dato' Bentara Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada raja dan telah membuktikan bahawa beliau mampu memperlihatkan hasil
kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato' Bentara Luar menuduh Dato' Bentara Luar membuat penyelewengan tetapi tidak dapat
membuktikannya. akhirnya pada 21 mei, 1912, Dato' Bentara Luar terus bersara dan usia beliau ketika itu ialah 71 tahun. beliau digantikan oleh Ungku Ahmad
bin Ungku Muhamad Khalid menjadi pesuruhjaya kerajaan Batu Pahat. di bawah Ungku Ahmad, pesuruhjaya kerajaan daerah berpadu dengan penolong penasihat
British untuk menjalankan pentadbiran.

• Walaupun Dihimpit Kemiskinan Dan Kesulitan Hidup, Keluarga Beliau Telah Menekankan Pendidikan Agama Dan Duniawi Yang Akan Menjadi Asas Kepada
Beliau Untuk Memupuk Kemahiran Dan Bakat Dalam Penulisan Dan Pekerjaan.

• Sebagai Seorang Yang Berpandangan Jauh, Beliau Masih Terus Mempertingkatkan Dan Menambahkan Kemahiran Beliau Dengan Mempelajari Bahasa Dan
Tulisan Cina Dengan Seorang Guru Cina Bernama Chia Ah Seng. Pengalaman Ini Membolehkan Beliau Bertutur Dalam Bahasa Teochew Dan Juga Kemahiran
Ini Amat Penting Bagi Beliau Untuk Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Dan Hal Yang Berkaitan Masyarakat Cina Di Johor Ketika Itu. Malahan, Kewujudan
Dan Kemajuan Johor Moden Pada Pertengahan Abad Ke-19 Berkait Rapat Dengan Kehadiran Orang-orang Cina Kerana Mereka Juga Merupakan Golongan
Komuniti Yang Jauh Lebih Besar Berbanding Dengan Penduduk Melayu Sendiri.

• Atas Penglibatannya Yang Meluas Dalam Pemerintahan Dan Pentadbiran Johor, Beliau Telah Muncul Sebagai Tokoh Yang Kedua Terpenting Dalam Pentadbiran
Kerajaan Johor Iaitu Selepas Jawatan Ketua Menteri Semasa Pemerintahan Sultan Abu Bakar. Sebagai Pengiktirafan Kepada Jasa Dan Peranan Beliau Dalam
Pembangunan Negeri Johor, Beliau Telah Dianugerahi Dengan Bintang Kebesaran Sri Paduka Mahkota Johor Dalam Satu Upacara Penyampaian Anugerah
Kebesaran Di Istana Besar, Johor Bahru Pada Bulan Julai 1886.

• Darjah Kebesaran Yang Dikurniakan Kepada Beliau Ini Telah Membawa Gelaran ‘Datuk Bentara Luar’. Jasa Beliau Terus Dikaitkan Dengan Sejarah
Pembangunan Daerah Muar Dan Batu Pahat Pada Dekad-dekad 1880- An Dan 1890-an. Oleh Hal Yang Demikian, Proses Pembangunan Pesat Yang Berlaku Di
Kedua-dua Daerah Tersebut, Terutama Perkembangan Jalan Raya Di Muar Pada Awal Abad Ke-20 Telah Diiktiraf Sebagai Legasi Daripada Usaha Yang Telah
Disumbangkan Oleh Beliau.

• Ketokohan Dato’ Bentara Luar Menghasilkan Karya Penulisan Dapat Dikesan Dalam Satu Penerbitan Yang Berjudul Tawarikh Dato’ Bentara Luar. Buku Ini
Sebenarnya Merupakan Satu Kompilasi Riwayat Hidup Beliau Yang Telah Diusahakan Oleh Mohamed Bin Haji Alias, Iaitu Seorang Penjawat Awam Di Johor
Pada Tahun 1928. Tawarikh Ini Mengandungi Tiga Bahagian Besar, Iaitu Dimulai Dengan Kata Pengantar Oleh Penyusunnya.

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

• Bahagian Yang Pertama Merupakan Ringkasan Tawarikh Yang Berhormat Dato’ Bentara Luar Dari Masa Lahirnya Pada Tahun 1841 Sehinggalah Tarikh Beliau
Meninggal Dunia Pada Tahun 1915. Tulisan Tawarikh Ini Berfokus Kepada Beberapa Perkara Penting Seperti Pembukaan Bandar Muar, Batu Pahat Dan Endau,
Perhubungan Beliau Dengan Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Dan Untung Nasib Beliau Semasa Zaman Pemerintahan Sultan Ibrahim Sehinggalah Beliau
Bersara Pada Tahun 1912.

• Bahagian Yang Kedua Pula Mengemukakan Salasilah Keturunan Beliau Semenjak Keturunan Kelima Sebelum Beliau Dari Lajat Bin Abdul Rahim Sehinggalah
Kepada Keluarga Beliau Sendiri Yang Mempunyai 11 Orang Anak Daripada Dua Orang Isteri. Seterusnya, Diikuti Dengan Catatan Autobiografi Beliau Yang
Terkandung Dalam Sepucuk Surat Kepada Sahabat Beliau Iaitu Na Tien Piat, Pengarang Akhbar Pemberita Betawi Pada Tahun 1894. Surat Ini Menceritakan Diri
Beliau Semenjak Lahir Sehinggalah Tahun 1879 Apabila Tercetusnya Perang Jementah Di Muar Antara Pihak Maharaja Abu Bakar Dengan Pihak Yang
Menyokong Tengku Alam Semasa Perebutan Kuasa Di Muar Kesang

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

• Bahagian Yang Ketiga Pula Merupakan Catatan Pelayaran Beliau Mengiringi Maharaja Abu Bakar Ke Negeri Cina Dan Jepun Pada Tahun 1883. Bahagian Ini
Merupakan Satu Catatan Pelayaran Terperinci Beliau Tentang Gambaran Yang Disaksikan Semasa Belayar Di Laut, Lawatan Ke Tempat-tempat Dan Bangunan-
bangunan Penting Dan Bersejarah Di Jepun Serta Pandangan Peribadi Berkenaan Perkara-perkara Yang Disaksikan Semasa Upacara Rasmi Dan Majlis Keraian
Yang Dihadiri Oleh Beliau Bersama Dengan Rombongan Maharaja Abu Bakar.

PENUTUP

• Sepanjang hayat Dato' Bentara Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah membuktikan bahawa beliau mampu
memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato' bentara luar menuduh Dato' Bentara Luar membuat
penyelewengan tetapi tidak dapat membuktikannya. akhirnya pada 21 mei, 1912, Dato' Bentara Luar terus bersara dan usia beliau ketika itu ialah 71
tahun. beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid menjadi pesuruhjaya kerajaan Batu Pahat. di bawah Ungku Ahmad,
Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan penolong penasihat British untuk menjalankan pentadbiran.

SUMBER RUJUKAN

❑ Biografi Dato’ Muhammad Perang
❑ Https://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Muhamad_salleh_bin_perang


Click to View FlipBook Version