The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peradaban dan perpaduan
Kepentingan perpaduan
Detik perpaduan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafiqrahim279, 2022-10-21 13:58:04

Detik perpaduan di Malaysia

Peradaban dan perpaduan
Kepentingan perpaduan
Detik perpaduan di Malaysia

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

1.Peradaban dan perpaduan
2.Kepentingan perpaduan Malaysia.
3.Detik perpaduan di Malaysia.

1

NAMA AHLI KUMPULAN

Muhammad Saqif Bin Basri
Dkm5B
15DKM20F1044

Muhammad Rafiq Bin Rahim 2
Dkm5B
15DKM20F1023

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk MS

1.0 Peradaban Dan Perpaduan 5-7
1.1 Definisi Peradaban 8
1.2 Definisi Perpaduan 9
1.3 Peradaban Dan Perpaduan Di Malaysia 9-10
1.31 Menjadi contoh rujukan Negara Luar

1.32 Mengukuhkan dan Membangunkan ekonomi Negara 11

1.33 Memupuk sikap toleransi 12-13

2.0 Kepentingan Perpaduan Malaysia

2.1 Dapat Membangunkan Ekonomi Negara 14

2.2 Mengenali Budaya Dan Adat Resam 15
2.3 Negara yang Merdeka 16
2.4 Mengekalkan Keamanan Negara 17

3.0 Detik Perpaduan Di Malaysia 18

3.1 Permainan Sukan 19
3.11 Bola sepak 20-22
3.12 Badminton 23-25
26-28
3.2 Street Wedding 29-31
3.3 Perfileman
32-35
3.4 Makanan 36-41
3.5 Kesihatan 37-39

3.51 Pandemik Covid-19 42
3.6 Rukun Tetangga

3.61 Gotong Royong 43

3.62 Hari Keluarga 44

Kesimpulan 45 3
Rujukan 47-48

OBJEKTIF

• Memberi penjelasan tentang
pentingnya perpaduan di negara
kita.

• Mengutarakan kepentingan hidup
perpaduan.

• Memberikan perbezaan detik
perpaduan kagum yang diidamkan.

• Kesan dalam pentingnya detik
perpaduan yang diidamkan negara.

4

1.0 Peradaban Dan Perpaduan

1.1 Definisi Peradaban

Istilah peradaban dalam Bahasa Inggris disebut
“Civilization”. Istilah peradaban sering dipakai
untuk menunjukkan pendapat dan penilaian
kita terhadap perkembangan kebudayaan.

Definisi peradaban menurut Koentjaraningrat
menyatakan bahawa peradaban merupakan
sebahagian dari unsur kebudayaan yang halus,
maju dan indah seperti misalnya kesenian, ilmu
pengetahuan, adat sopan santun pergaulan,
kepandaian menulis, organisasi kenegaraan,
kebudayaan yang mempunyai system teknologi
dan masyarakat kota yang maju dan kompleks.

5

Peradaban juga membawa maksud system dan
tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa,
kemajuan social dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Tinggi rendahnya peradaban suatu bangsa sangat
dipengaruhi oleh factor Pendidikan, kemajuan
teknologi dan ilmu pengetahuan. Tiap-tiap
masyarakat atau bangsa di manapun selalu
berkebudayaan, akan tetapi tidak semuanya telah
memilik peradaban yang tinggi.

6

Menurut Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas, perdaban
bermaksud keadaan kehidupan insan yang
bermasyarakat yang mencapaitaraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagiseluruh
masyarakatnya.

7

1.2 Definisi Perpaduan

8

1.3 Peradaban dan Perpaduan
Di Malaysia

1.31 Menjadi contoh rujukan kepada
Negara luar

Keharmonian yang terhasil daripada
perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
satu keistimewaan dan juga daya tarikan
rujukan kehidupan terhadap negara luar.
Perkara ini diperkuatkan lagi apabila musim
perayaan di Malaysia sama ada Hari raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Thaipusam
disambut seluruh rakyat di negara ini.

8

Suasana balik kampung ini selalu mencuri
tumpuan media dan langsung boleh
menjadi buah mulut kepada pelancong asing
yang berkongsi suasana di Malaysia mahupun di
luar negara. Keeratan masyarakat yang
menziarahi sesama sendiri menjadi aspek
keakraban yang melahirkan adab kunjung-
mengunjungi yang sangat bermakna.

10

1.32 Mengukuhkan dan
Membangunkan Ekonomi Negara

Pekerja perkhidmatan awam mereka merupakan
individu-individu wakil kerajaan yang
berkhidmat untuk rakyat. Dalam konteks ini, jika
pegawai kerajaan tidak beretika, sudah pasti
akan berlaku rasuah, penyalah gunaan kuasa
dan sebagainya yang mengakibatkan
ketidakharmonian negara, pemecah belahan

organisasi dan lain-lain.

11

1.33 Memupuk Sikap Toleransi untuk
Mencapai Keharmonian Kaum

Sikap toleransi boleh dipraktikkan dalam
kehidupan
harian kita seperti memberi makanan kepada
jiran-jiran, membuat aktiviti bergotong-royong
dan menubuhkan Persatuan Jiran Tetangga
untuk memastikan keselamatan kejiranan
terjamin tanpa mengira bangsa dan agama. Kita
dapat lihat bahawa negara kita mempunyai
ikatan yang kuat diantara semua kaum walaupun
belum sempurna.

12

Hubungan yang baik dalam masyarakat yang
berbilang bangsa hanya mampu terbina
sekiranya konsep etika telah disemai tanpa
dirosakkan oleh pihak yang mengambil
kesempatan demi kepentingan peribadi.
Sekiranya semua bangsa di Malaysia dapat
bertolak ansur diantara satu sama lain,
pastinya kesedaran yang terbina akan dapat
dijadikan sebagai salah satu kerangka yang akan
mengukuhkan perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan lagi, ianya amat penting untuk
masyarakat membina generasi yang memahami
konsep etika dan mencapai peradaban untuk
mewujudkan keharmonian kaum.

.
13

2.0 Kepentingan
Perpaduan di Malaysia

2.1 Dapat Membangunkan
Ekonomi Negara

Kepentingan perpaduan ialah dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan
yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan
menarik minat pelancong asing untuk mengenali
dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat
Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara
akan berkembang dengan kemasukan
palancong asing.

14

2.2 Mengenali budaya
dan adat resam

Keharmonian demi kesatuan ini merupakan
keistimewaan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum,
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam
mencapai matlamat sebagai negara yang aman
dan harmoni.

15

2.3 Sebuah Negara yang
Merdeka

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang
mutlak ini, perlbagai ranjau bersuri yang dilalui
generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.
Hasilnya membuat masyarakat Tanah Melayu
Ketika itu berganding bahu memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah
memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa
gangguan dan kongkongan penjajah.

16

2.4 Mengekalkan keamanan
Negara

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan
agama adalah sangat penting supaya peritiwa
berdarah yang terjadi pada 13 Mei 1969 akibat
rusuhan antara kaum Cina dan Melayu yang telah
mengorbankan banyak nyawa tidak berulang lagi.
Jika rakyat tidak mempunyai kefahaman dan
toleransi antara satu sama lain, persengketaan
akan teecetus dengan mudah. Hal ini akan
menyebabkan hubungan yang dingin antara
masyarakat dan berlakunya pertengakaran –
pertengkaran yang akan menggugat keaman
Negara.

17

3.0 Detik Perpaduan

Detik perpaduan adalah saat yang
berlaku dalam kehidupan seharian kita

18

3.1 SUKAN

BIDANG sukan dilihat masih mampu menjadi landasan

dalam memupuk perpaduan antara kaum. Ini bukan

retorik tapi satu realiti yang berlaku. Biarpun berlainan

fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun

ketika menyokong pasukan negara yang bertanding,

tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya,

apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua

sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita

memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai.

Mereka datang daripada pelbagai kaum seperti

Melayu, Cina, India, Khadazan dan sebagainya untuk

memberi sokongan. Ia secara tidak langsung akan

meningkatkan lagi penglibatan pelbagai kaum dalam

aktiviti sukan,

19

3.11 BOLA SEPAK

Perpaduan dapat dilihat dalam sukan. Pertandingan
sukan adalah antara satu daripada detik perpaduan
yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia
apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan
keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi
menyokong pasukan masing-masing. Mereka
menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat
pasukan mereka terdiri daripada kaum dan bangsa
berlainan atau tidak. Budaya ini harus diteruskan
dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat
Malaysia.

20

BOLA SEPAK

Detik perpaduan SAAT perlawanan bola
sepak di Malaysia

21

BOLA SEPAK

Detik perpaduan SAAT perlawanan bola
sepak di Malaysia

22

3.12 BADMINTON

Kenalkah anda dengan nama Datuk Lee Chong
Wei?Sudah pasti hampir semua rakyat Malaysia
mengenali nama tersebut iaitu pemain badminton
nombor satu Malaysia. Walaupun Datuk Lee Chong
Wei adalah berbangsa Cina, namun semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan
meminati setiap perlawanan beliau di setiap
pertandingan badminton. Tidak kira apa bangsa
dan agama,ianya tidak menjadi halangan untuk
peminat dan menonton menyaksi dan menyokong
setiap aksi yang dipersembahkan kerana pemain
sukan bukan bermain untuk diri mereka, malah
bermain untuk negara. Begitu juga dengan
penyokong, mereka tidak menyokong individu
sebagai ahli sukan, tetapi menyokong ahli sukan
tersebut sebagai pemain yang mewakili negara

23

BADMINTON

Detik perpaduan SAAT perlawanan
badminton di Malaysia

24

BADMINTON

Detik perpaduan SAAT perlawanan
badminton di Malaysia

25

3.2 WEDDING STREET

Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara

mara atau kenalan yang diadakan di taman-taman

perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.

Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan

besar, ianya tidak menimbulkan masalah kepada

masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas

berserta tempat letak kereta yang cukup.

Namun,suasana apabila majlis perkahwinan dilakukan

di taman-taman perumahan. Ianya menimbulkan

suasana yang sesak dan kawasan meletak kenderaan

para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai

jemputan.Jika dilihat kepada peruntukan undang-

undang dalam negara.Ianya merupakan satu

kesalahan mendiri dan menyelenggara sesuatu

halangan di tempat awam.Inilah detik perpaduan yang

wujud dikalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur

dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami

antara satu sama lain tanpa mengira agama dan

budaya.

26

WEDDING STREET

Detik perpaduan di Majlis Kenduri
(Wedding Street)

27

WEDDING STREET

Detik perpaduan di Majlis Kenduri
(Wedding Street)

28

3.3 PERFILEMAN

Menerusi filem juga, detik-detik perpaduan dapat
dilihat dan disemai oleh semua rakyat. Antaranya
Filem Ola Bola, yang telah membangkitkan
semangat perpaduan rakyat Malaysia, dalam
membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi
bermartabat. FILEM Ola Bola mengangkat kisah
benar pemain bola sepak negara era 80-an untuk
bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul
wira negara apabila Malaysia layak ke Sukan
Olimpik Moscow, Rusia pada 1980. Pasukan bola
sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran
apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan
pendapat dan tidak sehaluan sehingga
menyebabkan kekalahan dalam perlawanan
penting.. Kisah yang penuh iktibar ini akan
membawa penonton melihat semangat, keunikan
dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian

bangsa di Malaysia.

29

PERFILEMAN

Detik perpaduan Filem Ola Bola

30

PERFILEMAN

Detik perpaduan Filem Ola Bola

31

3.4 MAKANAN

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan
dan minuman, antaranya nasi lemak,teh
tarik,roti canai,soto,bakso, dan
sebagainya.Semua jenis makanan ini dimakan
oleh setiap bangsa di Malaysia tanpa mengira
rupa dan warna kulit.Hal ini amat baik untuk
penyatuan semua bangsa di Malaysia kerana
perbezaan yang pelbagai ini dimanfaatkan
untuk penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia
tanpa melihat ianya sebagai batasan atau
halangan.

32

MAKANAN

Detik perpaduan dari segi
pemakanan

Nasi lemak dinikmati oleh semua bangsa
walaupun ianya makanan kaum Melayu.

33

MAKANAN

Detik perpaduan dari segi
pemakanan

Begitu juga dengan makanan kaum Cina
contohnya masakan char koay teow dinikmati
oleh semua bangsa termasuk Melayu dan India

34

MAKANAN

Detik perpaduan dari segi
pemakanan

Maruku yang terkenal dikalangan bangsa India
pula menjadi makanan semua bangsa.Inilah
yang perlu rakyat Malaysia berbangga kerana
makanan boleh menjadi alat perpaduan kita
semua.

35

3.5 KESIHATAN

Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital
yang akan menjadi tempat kunjungan untuk
memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan
ubat. Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital
akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat
dalam mendapatkan rawatan terhadap
sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.
Begitu juga dengan pegawai yang bertugas
sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital
dan semua kakitangan hospital akan
memastikan pesakit yang datang akan diberikan
rawatan. Suasana ini berlaku di semua klinik dan
hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang
menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat
yang mesti diteruskan malah dibanggakan.

36

3.51 Pandemik Covid-19

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari
(tengah), bersama Ahli Dewan Negeri Selangor
(ADN) Sentosa, Dr Gunarajah George (kanan)
dan Pengasas Persatuan Kebajikan Love and
Care Selangor, Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng (dua,
kiri), menyampaikan bantuan makanan asas
kepada penduduk pada program pengedaran
barangan asas anjuran DUN Sentosa di Taman
Sri Mewah, Klang pada 14 Ogos 2021.Foto
HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

37

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pandemik Covid-19 yang
melanda negara sejak tahun lalu memberi impak
daripada aspek menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di Malaysia. Felo Utama Institut Kajian Etnik
(Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata
walaupun Covid-19 dianggap musibah namun ia
merupakan detik perpaduan dalam negara. Profesor
Datuk Dr Teo Kok Seong memberi contoh di pusat
pemberian vaksin (PPV) dapat dilihat petugas
kesihatan dan sukarelawan terdiri daripada pelbagai
kaum tetapi tidak nampak perbezaan diskriminasi
antara mereka. “Ini juga dapat dilihat daripada
program pemberian bakul makanan yang mana badan
bukan kerajaan membantu sesiapa sahaja tanpa
mengira agama, bangsa dan keturunan.
“Pandemik memang musibah tetapi menyatupadukan
semua dan ini detik-detik perpaduan dalam negara.
Kita banyak berpecah tetapi pandemik tidak dinafikan
ia detik perpaduan selain sukan dan
sebagainya,”katanya. Beliau berkata demikian pada
program Bual Bicara: Perang dan Merdeka Era
Pandemik yang disiarkan secara langsung
melaluiFacebook

38

Detik perpaduan semasa Pandemik
Covid-19

39

KESIHATAN

Detik perpaduan di Klinik Kesihatan
atau Hospital

40

KESIHATAN

Detik perpaduan di Klinik Kesihatan
atau Hospital

41

3.6 RUKUN TETANGGA

Peranan utama Rukun Tetangga ialah

menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan

yang bertugas pada waktu malam untuk

mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar

kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan

biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di

kawasan kejiranan tidak kira kaum dan bangsa

yang berlainan. Ianya juga berfungsi untuk

mengawal keselamatan kawasan perumahan

terutama pada malam hari. Selain itu, sekiranya

Rukun Tetangga menganjurkan sukaneka di

Kawasan perumahan ianya dapat lagi

mengeratkan silaturahim pelbagai kaum.

42
42

3.61RUKUN TETANGGA

Detik perpaduan SAAT bergotong
royong

4343

3.62RUKUN TETANGGA

Detik perpaduan SAAT acara hari
keluarga

4444

KESIMPULAN

Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak akan

wujud kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri

sehigga menghancurkan keamanan sesebuah

negara yang telah tebina. Malaysia merupakan

sebuah negara majmuk walaupun mempunyai

pelbagai kaum, budaya dan agama tetap mampu

menjalinkan satu hubungan perpaduan yang

merupakan pemangkin utama kepada kemajuan

negara yang kita kecapi sekarang. Setiap

warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam

usaha untuk memantapkan perpaduan dalam

kalangan masyarakat Malaysia, Setiap individu

mestilah memainkan peranan atau secara sukarela

dan penuh tanggungjawab bagi menjana

perpaduan yang kita idamkan 4545

Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa

46

SUMBER RUJUKAN

References

Awani, A. (2022, Mac 12). Program diplomasi budaya. Retrieved
from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-
kaum-di-malaysia-harus-ditekankan-dalam-program-diplomasi-
budaya-351376
irujukan. (n.d.). Perpaduan kaum. Retrieved from
https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/
jalanan, M. (2019, December 4). sukan mampu pupuk perpaduan.
Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/60309/suara-
sinar/pojok/sukan-mampu-pupuk-perpaduan-kaum
Liana. (2020, October 23). Matlamat perpaduan. Retrieved from
https://matlamatperpaduanyangdiidamkan2020.blogspot.com/2020
/10/mpu21031-penghayatan-etika-peradaban_54.html?m=1
Malaysia, U. (2020, August 29). Perpaduan tulang belakang negara.
Retrieved from
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/30/malaysia-negara-
contoh-bentuk-perpaduan-kaum/
Negara, K. P. (n.d.). Dasar perpaduan negara. Retrieved from
https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Das
ar_Perpaduan_Negara-1.pdf

4743

SUMBER RUJUKAN

Negara, M. K. (2022, June 30). Malaysia negara contoh . Retrieved
from https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/30/malaysia-
negara-contoh-bentuk-perpaduan-kaum/

Nor, S. S. (2019, November 7). Sukan wadah erat perpaduan.
Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/59429/berita/sukan/sukan-
wadah-erat-perpaduan-kaum

Ruswani, W. (2017, December 17). Amalan gotong royong. Retrieved
from http://dee5agegurls.blogspot.com/2017/12/

TheStar. (2014, May 24). Chong Wei. Retrieved from
https://www.thestar.com.my/sport/badminton/2014/05/24/japan-
not-to-be-taken-lightly-chong-wei

UITM. (2022, June). Kepentingan etika dan peradaban. Retrieved
from
https://www.researchgate.net/publication/361098961_kepentingan
_etika_dan_peradaban_dalam_pemupukan_perpaduan_di_malaysi
a

Wilayahku. (n.d.). Filem Malaysia. Retrieved from
https://www.wilayahku.com.my/tema-kenegaraan-dan-perpaduan-
dalam-empat-filem-malaysia/#.Y0xQ_nZBxPZ
Munirah Mustafa, M. B. (2022). Definisi perpaduan dan peradaban. In MPU
21032 Penghayatan Etika dan Peradaban (pp. 4-6).

Selangorkini. (2021, August 14). pandemik covid-19 cetus kesepaduan rakyat.
Retrieved from https://selangorkini.my/2021/08/pandemik-covid-19-cetus-
kesepaduan-rakyat-bantuan-kepada-semua-bangsa/

4844


Click to View FlipBook Version