The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIDASHARIZA22, 2022-01-05 00:54:12

folio khaligrafi (1)

folio khaligrafi (1)

E-FOLIO
KELAB KALIGRAFI

MPU 24201
SESI 1 : 2021/2022

BIL NAMA NOMBOR MATRIK
1 NUR AIDA SHARIZA BINTI MOHD NAJIB 18DHF20F2038
2 AMNI ATHIRAH BINTI AHMAD RADZI 18DHF20F2009
3 NAJWA BINTI NORDIN 18DHF20F2005

Disediakan untuk
Encik Borhannudin Bin Ya

1

ISI KANDUNGAN

Bil Isi kandungan Muka surat
1 Pengenalan 3
2 Jenis jenis kaligrafi
3 Sejarah kaligrafi dalam Islam 4-9
4 Kata – kata ulama tentang tulisan kaligrafi 10 - 15
5 Kesimpulan
16
17

2

1.0 PENGENALAN
Apa itu kaligrafi?
Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara
tambahan, berkaitan dengan penjilidan (kitab, lebih-lebih lagi Al-Quran di kawasan yang
berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan
arabyang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-
masing seperti tulisan jawi. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka
menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar. Seni khat merupakan seni yang amat
disanjungi di antara seni-seni Islam yang lain kerana ia merupakan salah satu cara utama
mengekalkan keaslian kandungan ayat-ayat suci Al-Quran selain melalui hafalan para huffaz
(penghafal Al-Quran). Pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh
membawa kepada tahlut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan
gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam,
terutama dari segi konteks keagamaan. Karya-karya yang dihasiklan oleh khattat (pakar-pakar
khat) dikumpul dan amatlah dihargai kerana ianya mempunyai nilai yang besar dalam rujukan
kaedah-kaedah penulisan khat.

Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif
abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam
dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.

Seni khat boleh dikatakan sebagai bentuk paling banyak digunakan dalam kesenian Islam
kerana skrip Arab merupakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah
memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, khususnya,
seni khat dalam huruf Arab. Peribahasa syair Arab dan Parsi serta petikan ayat dari Al-Quran
masih merupakan sumber utama seni khat Islam.

3

2.0 JENIS JENIS KALIGRAFI
1. Khat kufi
Khat kufi diambil dari nama Kota Kufah di Irak. Khat ini menjadi semangat indah pada Daulah
Abbasiyah,kemudian mencapai puncakanya pada masa Daulah Fathimiyah di Mesir dengan
memasukkan unsur-unsur hiasan dan ornamen kedalamnya. Selain nama khat kufi hiasan,khat
ini juga boleh dipanggil kufi fathimi.
Kufi asli mempunyai ciri-ciri tidak bersyakal serta dibiarkan asli tanpa hiasan.Sedangkan kufi
yang sudah berkembang , banyak mengambil bentuk yang tidak beragam dan banyak
digunakan dalam karya arsitektur yang dapat dilihat di masjid , makam dan istana raja-raja.

Terdapat tiga jenis kufi

 Kufi Mushaf adalah khat sederhana(kufi basith) yang digunakan untuk menulis mushaf
Al quran

 Kufi Fatimi adalah kufi yang sudah mengambil hiasan dan ornamen.Meliput motif
dedaunan( kufi muwarraq ),motif berjalin atau berpilin (kufi madfur, atau mu’aqqad atau
mutarabith)

 Kufi Murabba’ adalah kufi berbentuk kotak-kotak

Kufi Murabba’ Kufi Fatimi

Kufi Mushhaf
4

NASKHI
Jenis tulisan ini muncul pada abad ke 4 hijriyah,tulisan ini muncul dengan maraknya iaitu
penulisan dalam Al-Quran dan hadith.Dengan ini digelar ‘naskh’ yang membawa maksud
naskah. Kerana secara luas digunakan dalam ‘naskh al-quran. Pada awal kemunculannya, jenis
kaligrafiini disebut ‘badi’.kaedah kaligrafi ini disempurnakan oleh Wazir Ibnu Muqiah.
Kaligrafi naskhi ini memiliki karakteristik luas,dan jelas dibaca.apabila dibeli syakat dan
titik.Naskhi tidak digunakan dalam bentuk ‘taktib’(yang berbentuk tumpuk seperti
thuluts),melainkan ianya berbentuk datar seperti baris. Kaligrafi jenis ini biasanya digunakan
sebagai cara menulis bagi pertama kali untuk menulis yang digunakan dari ulamak-ulamak dan
cikgu sekolah.

Farisi / nastaliq
Digelar farisi kerana popular dari negara Persian (Farsi). Disebut TA’LIQ keranan cara
penulisannya seperti gaya penulisan catatan kaki yang lazimnya miring ke bawah dari kanan
ke kiri.Setenggah tempat akan mengelarkan tulisan ini dengan nastaliq kerana tulisan ini mirip
dengan naskhi iaitu sebagai tulisan standar bagi buku-buku pengatahuan.Dengan itu,nasta’liq
adalah gabungan dari naskh dan ta’liq.
Untuk menulis tulisan ini sangatlah sulit kerana dalam menulis telisan ini hendaklah
mempunyai dua mata pena untuk menulisnya kerana satu huruf memiliki ketebalan yang
berbeza.

khat farisi nasta’liq khat farisi nasta’liq

5

Thulus
Ini merupakan jenis tulisan kaligrafi yang gagah,mewah dan elegen.Sebagaimana yang
dikatakan, tsulusts menjadi syarat bagi seorang untuk digelarkan “khattaat”,kerana memang
sulit untuk mempelajarinya.

Kaligrafi tsuluts dihangikan kepada dua
 Thulus ‘aady atau tsuluts biasa.Ditulis mengunakan pen yang berukuran 4mm dan cara

menulis menggunakan tulisan biasa dan jarang dibuat menjadi bentu yang rumit.
 Thulus jaliy dituliskan menggunakan pen dua kali lipat tsuluts biasa, dan sering

direasikan dalam bentuk yang rumit.Misalnya dalam bentuk murokkab(bentuk bersusun-
susun), model ma’kus atau mutanadzir(berpantulan) dan bentuk bintang
 Thulus biasa dan thulus jaliy tidak mempunyai banyak perbezaan.Perbezaan hanyalah
dari segi ukuran pen yang dapat membezakan kedua-duanya.

Thulus ‘aady atau tsuluts biasa

Thulus jali

6

Diwany
Jenis tulisan ini sempat menjadi tulisan yang rasiakan oleh Daulah Usmaniyah karena
keindahannya.Selanjutnya setelah Sultan Muhammad Al Fatih berhasil menaklukkan
konstantinopel tahun 857H,penggunaan Diwany mulai dipublikasikan meski terbatas pada
penulisan diwan diwan resmi(pembukaan dokumen)kerajaan usmaniyah.Apabila kerajaan ini
datang tulisan diwany ini memperoleh nama.Orang yang pertama mencipta tulisan ini ialah
Ibrahim Munif At Turki.

Diwany mempunyai tiga gaya
 Gaya Turki
 Gaya Mesir
 Gaya Baghdad

Diwany Diwany Turki

DIWANY BAGHDAD

7

Riq’ah
Riq’ah atau ruq’ah adalah tulisan yang sangat indah,tetapi tulisan ini sangat sederhana dan
mudah diperlajari.Kebanyakkan tulisan khat ini dapat menguasai gaya tulisan kerana
perhujung huruf tulisan ini dapat dilakukan dengan mudah tetapi kaligrafi jarang diberi roh
sebagai karya seni.

Orang pertama yang menciptakan tulisan ini adalah Musytasyar Mumtaz Bik seorang pengajar
kaligrafi kepada Sultan Abdul Majid Khan merupakan raja Dinasty Usnami pada tahun
1280H.Karya beliau diteruskan oleh Muhammad Izzat At-Turky.Ciri khas riq’ah adalah tidak
menggunakan harokat dan hiasan.

Contoh Riq’ah

Riq’ah

Kaligrafi ijazah (khat raihany)
Disebut juga sebagai khat tauqi’ (bentuk tanda tangan) kerana fungsi khat ini untuk menanda
tanggani sebuah karya atau menulis pengakuan terhadap keahlian seorang murid dan
gurunya.Khat ijazah termasuk dalam katogari kaligrafi tua.Usianya kembali kepada tulisan
Yusuf As Sinjari tahun 200H.
Khat ini sering digunakan oleh Fadl bin Sahi seorang menteri Khalifah Al Makmun yang
digelari ‘dzu riyasatain’.Maka pada saat itu, Khat ijazah pernah disebut sebagai ‘khat
riyasi’atau disebut juga sebagai ‘Raihany’.

8

Khat ijazah

Kaligrafi sikasteh
Shikastah merupakan kaligrafi asli yang merupakan kreasi(turunan)dari khat nasta’liq atau
ta’liq. Dengan itu ,bentuk kaligrafi ta’liq sama dekat dengan kaligrafi sikasteh dan akan disebut
shikasteh ta’liq.
Shikastah dicipta di Iran pada zaman safawiyah pada abad 16H.Tampaknya banyak kaligrafer
yang berkontribusi mengembangkan khat ini,termasuk pencipta ta’liq , Mir Ali Al- harawi, Mir
imad Al- hasani , dan lain-lain.
Mengutip buku sirajuddin .AR penciptaan khat shikasteh dihubung hubungkan kepada Shafi
dari Herat.Puncak kedudukan paling masyhur dari tulisan ini ditempahi oleh Darwisy Abdul
Majid Taliqani(wafat 1185).

Kaligrafi Sikasteh

9

3.0 SEJARAH KALIGRAFI DALAM ISLAM
3.1 Khat Nasakh (Naskhi)

Khat Nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya
berbanding khat-khat yang lain, kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga
senang ditulis dan mudah dibaca. Khat Nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-
Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam. Dinamakan
khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau
membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama
Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di
dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini
melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat
Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan
Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta
satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal
terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.
Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai
proses pengindahan menyeluruh. Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat
Nasakh Atabik’. Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran,
kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain – lain.

10

3.2 Khat Tsuluts (Tsulutsi)

Khat Tsuluts (Tsulutsi) termasuk jenis khat yang popular, meskipun jarang digunakan untuk
tulisan Al Qur’an, karena bentuknya yang indah dan dekoratif Tsuluts tetap memegang peranan
penting dalam dunia kaligrafi arab sebagai tulisan hias. Ia banyak dipakai untuk penulisan
tajuk, nama atau permulaan surat.
Khat Tsuluts pertama kali dibuat pada abad ke-7 pada zaman khalifah Ummayah akan tetapi
baru dikembangkan pada akhir abad ke-9. Tsuluts membawa maksud sepertiga, mungkin
kerana ditulis dengan tenang yang hujung ekornya dipotong dengan ukuran sepertiga (tsuluts)
goresan kalam. Pendapat lainnya, adalah kerana proporsi garis lurus dengan kurva, atau
mungkin karena naskah itu ukuran/jenis yang ketiga lainnya dalam skrip kontemporer yang
popular.
Khat Tsuluts juga banyak digunakan untuk dekorasi dinding dan berbagai media karena
kelenturannya. Ia dianggap paling sukkar dibandingkan gaya-gaya lain, baik dari segi kaedah
ataupun proses penyusunannya yang menuntut harmoni dan seimbang.
Khat Tsuluts, bentuk kalam dipotong dengan kemiringan kira-kira setengah lebar ekor. Ukuran
ini sesuai untuk khat Tsuluts Adi dan Tsuluts Jali. Khat Tsuluts yang banyak digunakan untuk
dekorasi dinding dan berbagai media karena kelenturannya, dianggap paling sulit dibandingkan
gaya-gaya lain, baik dari segi kaedah ataupun proses penyusunannya yang menuntut harmoni
dan seimbang.

11

3.3 Khat Diwani

Ia digelar skrip Diwani oleh sebab ia digunakan oleh pihak Uthmaniyah untuk
pangkat Diwan dan merupakan salah satu rahsia istana sultan. Peraturan tentang penulisan
skrip tidak diketahui orang ramai, tetapi terhad kepada pakar-pakarnya dan anak murid yang
pintar. Skrip ini digunakan bagi menulis semua titah perintah, pemberian dana dan resolusi
kerajaan sultan. Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa
pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).

Pada mulanya khat ini hanya diciptakan untuk menyalin berbagai ketetapan dokumen dan
buku-buku resmi negara. Tetapi, di masa modern saat ini, gaya kaligrafi ini digunakan untuk
menulis sertifikat hingga berfungsi sebagai alat dekorasi.

Khat atau tulisan diwani adalah salah satu gaya khat yang diciptakan oleh masyarakat Turki
Utsmani. Peletak dasar-dasar kaidah dan ukuran huruf-hurufnya adalah Ibrahim Munif.
Kaligrafi diwani ini sempat menjadi “rahsia” kerajaan, yang hanya diketahui oleh sultan dan
para juru tulisnya. Kemudian, tulisan ini mulai populer setelah penaklukan kota Konstatinopel
oleh Sultan Mehmed II atau yang dikenal dengan sebutan Sultan Muhammad al-Fatih tahun
875H.

Di kemudian waktu, tulisan jenis ini disempurnakan oleh Menteri Ahmad Syahlan Basya, dan
ia juga yang berjasa mempopulerkannya di kalangan masyarakat Turki Usmani pada saat itu.
Selanjutnya, kaligrafi diwani membentuk aliran tersendiri, melalui seorang kaligrafer bernama
Muhammad Izzat At-turki yang mempunyai gaya dan cara penulisan yang unik.

12

3.4 Riq’ah

Seni Kaligrafi Islam (khat) merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat
Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam
teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai
keislamannya. Seni Khat Islam banyak jenis dan macamnya salah satunya adalah Khat Riq’ah
salah satu jenis khat yang cukup populer dalam seni kaligrafi arab.
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini
ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan
kakitangan kerajaan.
Hal ini terbukti dari penemuan tulisan Sultan Sulaiman Al Kanury, tulisan Damad Ibrahim
Pasya (973 H), tulisan Sultan Abdul Hamid (1204 H), Sedangkan menurut Muhammad Tahir
Kurdi menyebutkan, bahwa penggagas dan peletak dasar-dasa kaidah khat Riq’ah adalah
Mumtaz Bek, Seorang konsultan di zaman Sultan Abdul Majid Khan sekitar tahun 1280 M.
Posisi Riq’ah diantara khat Diwani dan khat Siyaqat, dimana Mumtaz Bek sangat mashur
dengan keahlianya di bidang Diwani seperti kaligrafi lainnya.

Di lapangan advertising atau untuk penulisan judul-judul surat kabar, Riq’ah sering digunakan
karena dapat mencakup kata-kata panjang dengan goresan-goresan yang tidak banyak makan
tempat. Riq’ah itu sendiri bererti lembut.

13

3.5 Farisi (Nastaliq)

Farisi memiliki asal usul daripada negeri Persia. Lebih khususnya, tulisan ini disebut dengan
Ta’liq kemudian dengan disebut Nastaliq. Negara Persia sebelum Islam, memiliki tulisan khas
mereka sendiri yang disebut sebagai tulisan Bahlawi. Setelah Islam masuk ke negeri mereka,
orang-orang Persian menulis dengan tulisan Arab, dan tulisan mereka sendiri mula dilupakan.
Meski pun begitu, nampaknya pengaruh tulisan asli mereka masih memberikan ciri khas bagi
tulisan arab mereka.

Seiring dengan perkembangan tulisan Naskhi dan Tsuluts, para seniman negeri-negeri Persian
meliputi Iran, Afghanistan, India dan Pakistan mula memadukan keindahan Naskhi dan Tsuluts
dengan gaya menulis nenek moyang mereka. Maka lahirlah sebuah gaya menulis yang disebut
Ta’liq yang popular penggunaannya pada abad 11 – 13 H.

Khaligrafi Ta’liq disederhanakan bentuknya sehingga tidak timbul kesan ruwit dan susah
dibaca. Hal ini kerana tulisan Ta-liq mulai digunakan dalam penulisan karya-karya ilmiah yang
mudah dibaca dan jelas. Tulisan ini disebut Nasta’liq merupakan gabungan dari kata Naskh
dan Ta’liq. Maksudnya tulisan Ta’liq yang berfungsi seperti naskh.

Tulisan Nasta’liq dikembangkan oleh Mir Ali Al-Thibrizi pada pertengahan abad ke 9 H
setelah ia bermimpi melihat burung-burung dan sekawan itik terbang. Tulisan Nastaliq atau
Farisi ini menjadi sebuah karya seni yang sangat indah dan original. Keindahannya akan tetap
terjaga kerana tidak semua orang dapat menguasai tulisan ini. Sukar untuk menguasainya
sehingga ia menjadi standard bagi seorang seniman untuk mendapat gelaran “khattaat”.

14

3.6 Khat Kufi

Khat Kufi merupakan kaligrafi Arab tertua dan sumber seluruh kaligrafi Arab. Dinamakan
Kufi karena berasal dari kota Kufah di Iraq kemudian tersebar ke seluruh jazirah Arab.
walaupun skrip ini diguna di Zaman Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum
pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam.
Pada zaman permulaan penulisan di Kufah, Al-Quran ditulis menggunakan tulisan Kufi
tanpa ada baris, tidak seperti apa yang kita baca pada hari ini. Masyarakat Arab berusaha
mengolah dan mempercantik gaya Kufi dengan menyisipkan unsur-unsur ornamen sehingga
lahirlah beragam corak Kufi yang baru.

Kufi ialah skrip yang berunsur geometri iaitu bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis
tegak dan melintang serta memanjang. Bentuknya yang berunsur geometri amat sesuai
diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan
seumpamanya. Selanjutnya Kufi berubah menjadi seni yang berdiri sendiri sebagai alat
ekspresi para seniman kaligrafi. Setiap huruf dilukis seringkas yang mungkin untuk
membentuk karakter asal dan dalam masa yang sama mudah difahami dan dibaca meskipun
oleh orang yang tidak terlibat dengan bidang seni khat. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada
alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai tetapi masih
menunjukkan sifat-sifat huruf yang asli. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat
mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.

15

4.0 KATA-KATA ULAMAK TENTANG TULISAN KALIGARFI
Menurut ulama madzhab syafi'i

 Berdasarkan keterangan dari Imam an-Nawawi (W. 676) dalam kitabnya at-Tibyan
beliau berpendapat " Madzhab kami Syafi'iyah,di benci menuliskan ayat Al-Qur'an di
tembok atau kain"

Menurut ulama Madzhab Maliki
 Dari Imam al-Qurthubi (W. 631) beliau berpendapat " Di antara kehormatan Al-Qur'an,
adalah tidak boleh menuliskan di tanah atau di atas tembok. sebagaimana yang terjadi
di masjid baru baru ini.

Menurut ulama Madzhab Hanafi
 Pendapat dari Imam Ibnu Nujaim (W. 970) Beliau mengatakan " Bukan tidakan yang
baik menuliskan Al-Quran di muhrab atau dinding, karena di khawatirkan tulisanya
jatuh dan di injak. (Al-Bahr ar-Raiq, 2/40)

Menurut ulama Madzhab Hambali
 Berdasarkan keterangan dari Ibnu Taymiyah (W. 728) Beliau berpendapat " Hukum
menuliskan Al-Qur'an di atas lempeng perak sebagaimana hukum menuliskan Al-
Quran di mata uang dirham atau dinar. Bedanya tulisan di lempeng perak di bakar dulu
setelah di ukir.

16

KESIMPULAN
Ahli khat (orang yang menulis khat) termasuk dalam golongan yang berperanan menjaga al-
Quran dan sunnah selain hafaz al-Quran, kerana mereka menjadikan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai tulisan dan tulisan itu dapat disebarkan dan disampaikan kepada ramai orang, agar al-
Quran dan sunnah tidak pupus.Dan ini semua dibenci, kerana ia boleh menjadi punca
penyalahgunaan Al-Quran dan diperlakukan dengan tidak hormat, atau diletakkan di tempat
yang tidak sepatutnya.Di sekolah atau tempat pengajian, pelajar sering mendapat tugasan
menulis ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah atau tugasan yang berkaitan dengan bahasa Arab.
Tidak selalu tulisan Arab yang ditulis oleh pelajar tidak sesuai dengan kaedahnya, sehingga
tulisan tersebut tidak terbaca. Ini menyebabkan guru yang memeriksa berasa sukar. Malah cara
penulisan ayat al-Quran yang salah akan menyebabkan kesilapan ketika membacanya dan
mengubah isi kandungan ayat tersebut. Apabila mempelajari seni khat Arab, ia akan kelihatan
lebih kemas dan apa yang dimaksudkan akan disampaikan dengan betul.

17


Click to View FlipBook Version