The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirulzikoo0711, 2021-07-28 21:44:07

soalan kbat pemahaman kump 2

soalan kbat pemahaman kump 2

Tema 6:Sains,Teknologi,Dan inovasi

iii)Penggunaan Internet merupakan perkara yang biasa pada zaman teknologi kini.
Namun begitu,penggunaan yang berlebihan akan mendatangkan pelbagai kesan
buruk.
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penggunaan
Internet yang berlebihan? (3m)

Pada pendapat saya, perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan penggunaan
Internet secara berlebihan ialah kita perlulah mengehadkan penggunaan gadget untuk
mengelakkan diri daripada ketagihan. Selain itu, kita perlulah menukar aktiviti melayari
Internet kepada aktiviti yang lebih sihat sewaktu masa lapang supaya penggunaan
Internet dapat dibendung. Akhir sekali, kita mestilah bijak dalam menggunakan Internet
secara rasional supaya kita tidak terlalu taksub dengan Internet.

iv)Penyebaran berita palsu atau fitnah semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Perkara
sedemikian bukan sahaja mudah diakses oleh semua orang malah boleh disebarkan
dengan sekelip mata. Isu penyebaran berita palsu ini perlu dihentikan kerana bukan
sahaja merosakkan maruah seseorang malah membahayakan keselamatan individu
tersebut.
Sebagai seorang pelajar dan golongan belia yang sering menggunakan Internet,apakah
langkah yang perlu diambil bagi memastikan penyebaran berita atau maklumat palsu
ini dapat dibendung? (4m)

Sebagai seorang pelajar dan golongan belia, langkah yang perlu diambil bagi memastikan
penyebaran berita palsu ini dapat dibendung ialah kita boleh menghantar petisyen
kepada kerajaan mengenai pelaksanaan hukuman kepada individu yang menyebarkan
berita palsu supaya masyarakat takut untuk menyebarkan berita palsu. Selain itu, kita
perlulah mengkaji kesahihan berita tersebut sebelum menyebarkan kepada orang lain
supaya kita dapat membendung daripada penyebaran fitnah. Seterusnya, kita akan
melapor kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang menyebarkan fitnah
supaya individu tersebut dapat menerima hukuman atas tindakannya .Akhir sekali, kita
mestilah bertanya kepada orang yang lebih arif tentang berita tersebut untuk
memastikan kebenaran berita tersebut.

Tema 4:Kebudayaan,Kesenian dan Estetika

iii)Masyarakat di Malaysia terdiri daripada kaum,agama ,dan bangsa.Setiap daripada
kepelbagaian tersebut mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya tersendiri.
Pada pendapat anda,apakah kesan sekiranya warisan budaya tersebut tidak lagi dipelihara?
(3m)

Pada pendapat saya,kesan sekiranya warisan budaya tersebut tidak lagi dipelihara
ialah masyarakat di Malaysia tidak akan mengetahui asal usul mereka kerana warisan

budaya mempunyai pelbagai kisah di sebaliknya yang dapat memberi pengajaran.
Selain itu, perpaduan antara kaum juga akan pincang kerana warisan budaya di
Malaysia merupakan punca masyarakat dapat berkenalan antara satu sama lain. Akhir
sekali, kepelbagaian masyarakat majmuk tidak dapat diterjemahkan kerana warisan
budaya tersebut melambangkan identiti negara kita.

iv)Anda menyedari bahawa komuniti di kawasan tempat tinggal anda mempunyai balai
raya yang jarang digunakan.Sempena hari Malaysia,anda ingin menyambutnya dengan
aktiviti yang bertemakan warisan budaya Malaysia.Namun,anda tidak tahu cara yang
terbaik untuk melaksanakannya supaya aktiviti yang dijalankan boleh memberi impak
yang besar.
Bagaimanakah anda menyelesaikan masalah tersebut? (4m)

Cara saya melaksanakan aktiviti yang bertemakan warisan budaya di balai raya tersebut
ialah saya akan berbincang dengan ketua kampung taau pengerusi tempat tinggal saya
berkaitan hasrat saya untuk mengadakan aktiviti sempena Hari Malaysia. Seterusnya,
saya akan mempromosikan aktiviti yang akan dilaksanakan ke seluruh masyarakat di
situ. Tambahan pula saya akan melibatkan komuniti di situ dengan mengadakan
pelbagai aktiviti seperti melukis mural berkaitan dengan budaya dan warisan pada
dinding balai raya tersebut supaya penduduk akan sentiasa mengingati warisan budaya
yang terdapat di Malaysia. Selain itu,saya akan mengusulkan pendapat kepada
pengerusi taman untuk mengadakan pertandingan permainan tradisional di balai raya
untuk menarik lebih ramai pemuda bagi mengembalikan permainan tradisional di
Malaysia. Akhir sekali saya akan menghiaskan balai tersebut dengan bendera Malaysia
supaya suasana Hari Malaysia dapat dirasakan.

Tema 2:Keselamatan

iii)Kini masalah sosial remaja semakin menjadi-jadi dan kadang-kala tanpa
pengetahuan ibu bapa.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan perkara ini dapat diatasi?

Pada pendapat saya, langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
perkara ini dapat diatasi ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dengan didikan
agama supaya anak-anak dapat menangkis segala perkara negatif dalam hidup mereka.
Selain itu, ibu bapa juga mestilah memantau setiap tingkah laku anak-anak supaya
mereka tidak terjebak dalam aktiviti yang buruk. Akhir sekali, ibu bapa haruslah
memberikan kasih sayang yang secukupnya supaya anak –anak tidak merasa terpinggir
dalam keluarga dan mengutamakan mereka lebih daripada kawan-kawan.

iv)Setelah sesi persekolahan tamat, rakan anda mengajak anda untuk menemaninya
pergi ke sebuah tempat. Anda bersetuju untuk menemaninya namun ketika berada di
tempat tersebut, anda menyedari bahawa rakan anda menyerahkan satu bungkusan
kecil berupa dadah lalu memberi rakan anda wang. Anda berpendapat bahawa hal
tersebut menyalahi undang-undang dan anda tidak mahu rakan anda terjebak dalam
aktiviti itu lagi.
Sebagai seorang rakan, apakah pendekatan yang sesuai untuk memastikan rakan anda
berhenti melakukan aktiviti tersebut?

Sebagai seorang rakan, pendekatan yang sesuai untuk memastikan rakan saya berhenti
melakukan aktiviti tersebut ialah saya akan memberi nasihat secara baik supaya rakan
saya dapat menerima segala nasihat yang diberikan. Selain itu, saya akan melaporkan
aktiviti tersebut kepada ibu bapanya sekiranya dia tidak mendengar nasihat supaya ibu
bapanya dapat mengambil tindakan yang tegas terhadapnya. Seterusnya, saya akan
mengajak dia untuk melakukan perkara yang berfaedah supaya dia tidak terjebak lagi
dalam aktiviti tersebut. Akhir sekali, jika keadaan semakin parah, saya akan melaporkan
kepada pihak polis supaya tindakan segera diambil dan saya tidak disabitkan bersubahat.


Click to View FlipBook Version