The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hamizan hakim, 2024-01-21 19:48:05

TOPIK 2 PERSEKITARAN SOSIAL & PA

TOPIK 2 PERSEKITARAN SOSIAL & PA

2. PERSEKITARAN SOSIAL & PENCAPAIAN AKADEMIK DR. ZAINAB NAWAB KHAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN


ISI KANDUNGAN : 2. PERSEKITARAN SOSIAL & PENCAPAIAN AKADEMIK • Keluarga, sosialisasi dan pendidikan • Persekitaran rumahtangga dan pencapaian akademik • Orientasi nilai dan pencapaian akademik • Sekolah dan pencapaian akademik


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK 1) Mengaitkan pengetahuan berhubung dengan konsep asas sosiologi, sosiologi pendidikan dan pengaruh persekitaran sosial dengan pencapaian akademik seseorang individu (C3, HP2, KKG1) C3- Aplikasi HP2- Kemahiran kognitif KKG1- Kemahiran kognitif - Mengaplikasi pengetahuan/kemahiran/konsep


HASRAT PEMBELAJARAN (a) Saya belajar mengenai persekitaran sosial dan persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik. (b) Saya belajar mengaplikasi aspek persekitaran dengan pencapaian akademik.


KRITERIA KEJAYAAN (a) Saya dapat menjelaskan pengetahuan/ konsep persekitaran sosial dan persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik. (b) Saya dapat mengaplikasi aspek persekitaran dengan pencapaian akademik mengikut data kajian.


6 C DALAM PEMBELAJARAN Kritis Berfikir secara logik & rasional Mahir membuat refleksi Mahir berhujah berasaskan fakta yang tepat dan sumber yang sahih Kreatif Mahir mencipta nilai sosial Pelajar mahir menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk merealisasikannya Mengambil kira dan melaksanakan idea dan penyelesaian baharu Pelajar mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan memberi inspirasi kepada pelajar lain Kolaboratif Setiap ahli kumpulan terlibat dalam perbincangan Kemahiran interpersonal Kemahiran sosial, emosi dan silang budaya Pelajar mempunyai pemahaman mendalam tentang pandangan sendiri dan pandangan orang lain Komunikasi Membuat penjelasan dengan jelas dan yakin Sahsiah Mahir mencari peluang pembelajaran Pelajar menerima maklum balas sebagai peluang pembelajaran Berintegriti Pemafaatan Digital Tekun Kewarganegaraan Berfikir secara warga sejagat Memahami nilai dan pandangan global yang pelbagai Minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar


PERSEKITARAN SOSIAL DAN PENCAPAIAN AKADEMIK 1.1 Membincangkan mengenai elemen berikut daripada perspektif sosiologi. (a)Keluarga (b)Sosialisasi (c )Pendidikan 1.2 Membincangkan mengenai persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademik. 1.3 Orentasi nilai dan pencapaian akademik 1.4 Sekolah dan pencapaian akademik


PERSEKITARAN SOSIAL Merujuk kepada persekitaran fizikal, hubungan semasa manusia dan budaya di mana individu atau kumpulan individu berfungsi dan berinteraksi. Antara komponen persekitaran sosial …, (a) infrastruktur (b) pekerjaan (c) ekonomi (d) institusi perkhidmatan (e) budaya (f) institusi keagamaan (g) lain-lain aspek berkaitan dengan kehidupan sosial di mana kumpulan manusia itu berada dan berinteraksi.


CONTOH: PERSEKITARAN BILIK DARJAH Merujuk kepada struktur fizikal, aspek emosi dan sosial murid semasa berada dalam bilik darjah yan dikaitkan dengan proses pembelajaran. Persekitaran bilik darjah melibatkan … (a) fizikal dalam bilik darjah (b) pengurusan bilik darjah (c) hubungan guru-murid (d) hubungan murid-murid (e) sosio budaya (f) emosi/ iklim dalam bilik darjah


KELUARGA, SOSIALISASI & PENDIDIKAN


AKTIVITI 1 Jika anda diminta bercerita mengenai ‘Keluarga Saya” bagaimankah anda menghuraikannya? Senaraikan ahli keluarga anda.


1.1 KELUARGA ❖ Merupakan sekumpulan individu yang mempunyai perkaitan melalui perkahwinan, identiti atau adopsi yang tinggal bersama (Bourdieu, 2011). ❖Menurut Koerner & Fitzpatrick (2004), keluarga terbahagi kepada tiga iaitu : (a) Struktur – secara biologi/ keturunan & salasilah/ hadir ataupun tidak hadir. (b) Fungsi – peranan ahli keluarga daripada aspek psikososial (emosi, sikap & tingkah laku) (c) Transaksi – identiti keluarga/ bagaimana ahli melaksanakan fungsi. ❖ keluarga adalah unit asas sosial yang membekalkan sumber manusia untuk pembangunan serta menjamin kesinambungan insan sebagai generasi akan datang (Dasar Keluarga Negara)


KLASIFIKASI KELUARGA (IDRUL HISHAM ET AL, 2023) Menurut Murdock (1949) terdapat dua kategoei keluarga. 1- Keluarga asas Terdiri daripaada suami isteri dan anak-kanak. 2. Keluarga luas Termasuk anggota lain yang mempunyai hubungan kekeluargaan


PERANAN KELUARGA ❖ Menambah bilangan anggota masyarakat. ❖ Ketua keluarga mempunyai peranan untuk membentuk keluarga yang berdisiplin. ❖ Memberi sokongan kepada ahli dalam keluarga. ❖ Menjadi suri teladan.


1.3 SOSIALISASI Proses berterusan untuk mematuhi tingkah laku yang diharapkan, nilai, norma dan kemahiran sosial individu yang melaksanakan peranan tertentu dalam masyarakat. Tujuan agar manusia dapat menyesuaikan diri dan berfungsi dengan baik dalam konteks sosial. Agen sosialisasi terdiri daripada (a) keluarga (b) sekolah (c) media (d) rakan sebaya (e) institusi sosial This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA


JENIS SOSIALISASI (a) Primer - berlaku dalam lingkungan keluarga asas. - mempelajari aspek asas sosial seperti perkembangan personaliti diri, moral, budaya dan komunikasi. (b) Skunder - di luar lingkungan primer seperti institusi pendidikan, - memainkan peranan tertentu dalam masyarakat yang lebih terbuka. - agen sosialisasi terdiri daripada rakan sebaya, guru, jiran, persekitaran sekolah.


AKTIVITI Bincangkan bagimanakah sekolah menjadi agen sosial yang berpengaruh. Huraikan berdasarkan pengalaman anda. Penglibatan: semua pelajar This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA-NC


1.3 PENDIDIKAN ❖ Membantu murid berfungsi dalam masyarakat mengikut norma yang dihasratkan. ❖ Pendidikan memberi kesediaan kepada murid/ pelajar dalam sektor pekerjaan. ❖ Institusi pendidikan menyediakan tempat untuk murid bersosialisasi dan memahami peranan dalam persekitaran sosial. ❖ Kurikulum di sekolah terdiri daripada kurikulum formal dan tidak formal penting bagi memberi kefahaman mengenai peranan dalam Masyarakat. ❖ Mata pelajaran yang diajar di sekolah memberi peranan bagi murid-murid memahami dunia sebenar. ❖ Memahami peranan gender.


PEGENALAN Berikan hipotesis mengenai pencapaian akademik pelajar (sekolah). Hipotesis : Mengkaji hubungan pemboleh ubah berdasarkan jangkaan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.


2. PERSEKITARAN RUMAHTANGGA Persekitaran keluarga merujuk kepada corak interaksi keseluruhan ahli dalam keluarga. Termasuk semua sapek utama yang perlu diberi pertimbangan dalam membesarkan anak/ keluarga.


2.1 PERSEKITARAN RUMAH TANGGA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK Persekitaran rumah tangga terbahagi kepada: (a) taraf sosial ibu bapa (b) keadaan rumah tangga (c) peralatan pelajar (d) wang belanja (e) aspirasi (f) sikap ibu bapa (g) orentasi nilai ibu bapa


3. ORENTASI NILAI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK Nilai merujuk kepada standard yang menjadi panduan keapda individu apa yang baik atau buruk bagi memenuhi keperluan sosial. Sebagai contoh benda, idea, pengetahuan, amalan dll. Orentasi- Tindakan bagi mencapai hala tuju / set minta ❖Antara apek nilai yang menjadi panduan dalam konteks sosial ialah budaya, agama, latar belakang ekonomi dan personaliti. ❖Nilai menjadi penentu dalam membuat Keputusan atau menyelesai masalah dalam komuniti sosial. ❖Pendidikan berasaskan nilai bertujuan untuk melatih murid berdepan dengan reality dengan sikap dan nilai yang betul.


TUTORIAL 1.1 Dalam kumpulan berlima, bincangkan salah satu factor yang dikaitkan dengan pencapaian akademik. a. Kemahiran belajar murid. b. Latar belakang ibu bapa. c. Rakan sebaya. d. Kualiti guru. e. Infrastruktur. f. Kepimpinan sekolah. 2.2 Sokong hujah anda dengan kajian yang telah dijalankan. 2.3 Beri saranan yang perlu diberi pertimbangan.


PEMBELAJARAN TERARAH Dapatkan satu artikel penyelidikan mengenai faktor yang menyumbang kepada pencapaian murid sekolah. Bincangkan dalam aktiviti pembentangan (tutorial).


Click to View FlipBook Version