PENGAKAP MAH HAMIZAN HAKIM
BIODATA DIRI NAMA : MAH HAMIZAN HAKIM BIN MAH HUSSAIN ANGKA GILIRAN : 2021012340 OPSYEN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT 1) SEKAWAN : GAJAH AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2021- MEI 2026
PENSYARAH PEMBIMBING DR RAYNER BIN TANGKUI
1. MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 2.LAMBANG 3.BENDERA 4.COGAN KATA 5.LAFAZ PERSETIAAN 6.LAGU UNIT PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG PENGAKAP 7. 8.SEJARAH PENUBUHAN 9.PENGASAS 10.TUJUAN PENUBUHAN 11.ISTIADAT RASMI STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT 12. 13.PAKAIAN SERAGAM 14.PANGKAT DAN LENCANA 15.KEMAHIRAN PERANCANGAN TAKWIM SEKOLAH RENDAH 16. LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI MINGGUAN 17. ISI KANDUNGAN
PRINSIP ASAS PENGAKAP
Pengakap, atau lebih dikenali sebagai "Pengakap Malaysia" di Malaysia, adalah sebahagian daripada pergerakan skaut global yang bertujuan untuk mendidik dan membentuk pemuda melalui aktivitiaktiviti luar, kemahiran kepimpinan, dan pengembangan karakter. Pergerakan ini mengikuti prinsip-prinsip yang diasaskan oleh Lord BadenPowell pada awal abad ke-20, dan menekankan nilai-nilai seperti kedisiplinan, tanggungjawab, kerjasama, dan menghormati alam sekitar. Program-program Pengakap dirancang untuk menguatkan kemahiran praktikal dan sosial, serta membina rasa hormat dan pengertian antara pelbagai komuniti dan budaya. DEFINISI
Matlamat utama Pengakap adalah untuk menyumbang kepada pembangunan diri kaum muda supaya mereka dapat memainkan peranan yang positif dalam masyarakat dengan cara menyediakan peluang yang menyeronokkan dan menantang untuk belajar. Program Pengakap bertujuan untuk membantu membina keupayaan kepimpinan dan kerjasama, serta meningkatkan kekuatan peribadi dan kemahiran hidup. Selain itu, pergerakan ini juga menggalakkan kaum muda untuk lebih memahami dan menghargai alam sekitar, serta membina sikap yang bertanggungjawab dan bermanfaat kepada komuniti. Dengan ini, Pengakap mendidik generasi muda untuk menjadi warganegara yang beretika, proaktif, dan berkomitmen terhadap peningkatan diri dan masyarakat secara keseluruhan. MATLAMAT
Misi Pengakap adalah untuk mendidik dan mengembangkan kaum muda melalui aktiviti luar dan program pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat, yang bertujuan untuk membantu mereka mencapai potensi penuh mereka sebagai individu dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan berbakti kepada masyarakat dan negara. Misi ini dilaksanakan melalui pendidikan nilai, pembangunan kemahiran, dan pembelajaran sepanjang hayat, dengan menekankan pentingnya persaudaraan, hormatmenghormati, dan pengabdian kepada masyarakat. MISI
Visi Pengakap adalah untuk menjadi organisasi kepemudaan terkemuka di dunia yang dikenali atas sumbangannya dalam membangun masyarakat yang lebih baik, dengan memperkasakan kaum muda melalui pengembangan kepimpinan dan nilai-nilai yang positif. Visi ini memandu pergerakan Pengakap untuk mencipta generasi pemimpin yang mampu menghadapi cabaran masa depan dan berkontribusi secara aktif terhadap kesejahteraan dan kemakmuran global. VISI
SEJARAH PENGAKAP
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budakbudak lelaki di pulau tersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Ia merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku "Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang baik daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan.
Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan "Lord Baden Of Gillwell" kepada beliau. Beliau telah mendapat banyak pingat kebesaran Negara. Hal ini merupakan penghargaan ke ata ssumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya. SEJARAH PENGAKAP DUNIA
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff, juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Secara Ringkasnya: 1. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) 2.H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) 3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) 4.E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) 5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) 6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) 7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) 8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) 9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) 10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) 11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) 12. Sarawak ( 1915 )
PENGASAS NAMA : ROBERT STEPHENSON SMITH BADEN POWEL NAMA SINGKATAN : BP TARIKH LAHIR : 22 FEBRUARI 1857 TEMPAT LAHIR : LONDON, ENGLAND PENDIDIKAN AWAL : CHARTER HOUSE, LONDON PEKERJAAN : MEJAR TENTERA BRITISH TARIKH MENINGGAL : 8 JANUARI 1941
LOGO PENGAKAP MALAYSIA BINTANG PECAH 14 : Melambangkan 14 buah negeri di Malaysia DUA BINTANG PECAH 5 : Melambangkan 10 undang-undang pengakap ANAK PANAH PECAH 3 : Melambangkan persetiaan pengakap ANAK BULAN DAN BINTANG : Melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam IKATAN BUKU SILA : Melambangkan persaudaraan pengakap
LOGO PENGAKAP DUNIA KELOPAK SEBELAH KIRI : Melambangkan perkhidmatan untuk orang lain KELOPAK TENGAH : Melambangkan tanggungjawab pada tuhan KELOPAK SEBELAH KANAN : Ketaatan kepada undang-undang pengakap DUA BINTANG PECAH LIMA : Melambangkan undang-undang pengakap IKATAN PUTIH PADA KELOPAK : Melambangkan ikatan kekeluargaan yang kukuh dalam pengakap WARNA PUTIH DAN UNGU : Putih ialah kesucian manakala ungu ialah perkhidmatan dan kepimpinan LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH : Melambangkan kesatuan dan persaudaraan pengakap sedunia IKATAN BUKU SILA : Kekuatan dan perpaduan persaudaraan pengakap sedunia
BENDERA PENGAKAP MALAYSIA Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk bendera Malaysia dan lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Benderabendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehinggalah 6.30 petang mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.
BENDERA NEGERI
PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut Undang-undang pengakap
PERSETIAAN PENGAKAP Persetiaan ini dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu. Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.
PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan Ahli Pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang di-Pertuan Agong, Raja - raja dan wakil - wakil raja Undang - undang negara dan istiadat raja difahami Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang - undang negara, pemimpin - pemimpin dan dasar - dasar kerajaan Mencegah diri daripada hal - hal yang boleh memburukkan negara.
PERSETIAAN PENGAKAP Menolong orang pada setiap masa Ahli Pengakap mestilah jujur dan rela berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan dan kemalangan. Menurut Undang - undang Pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam Undang - undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai, Taat, Berguna, Bersaudara, Berbudi, Kasihkan Binatang, Menurut Perintah, Tabah Hati, Berjimat, Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap ialah orang yang sentiasa DIPERCAYAI, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 1. Pengakap ialah seorang yang TAAT kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin - pemimpin Pengakapnya, Ibu bapanya, majikannya, dan orang - orang bawahannya. 2. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa. 3. Pengakap adalah BERSAUDARA dan bersahabat kepada sekalian orang dan Pengakap lain malah di peringkat negeri, pangkat dan agama sekalipun. 4.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP 5. Pengakap ialah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa BERBUDI. 6. Pengakap adalah baik dan KASIHKAN BINATANG. 7. Pengakap ialah seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin - pemimpin pengakapnya tanpa apa - apa soalan. 8. Pengakap ialah seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan sentiasa manis air mukanya walau dalam kesusahan. 9. Pengakap ialah seorang yang BERJIMAT cermat 10. Pengakap adalah bersih dan SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN, dan SUCI PERBUATAN.
COGAN KATA PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK : BUAT HABIS BAIK PENGAKAP MUDA : SELALU BERSEDIA PENGAKAP REMAJA : PANDANG LUAS PENGAKAP KELANA : BERKHIDMAT
ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat laung agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat dalam unit pengakap kanak - kanak dan tidak dilakukan dalam unit pengakap yang lain Dilakukan oleh pengakap kanak - kanak sedunia Nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat dan akan ada akela atau ketua serigala berada di tengah - tengah bulatan Istiadat ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan “Buat Habis Baik” Istiadat ini dilakukan setiap kali perjumpaan PEK iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan
Terdapat tiga jenis istiadat bendera, iaitu : a) Istiadat mengibarkan bendera b) Istiadat menaikkan bendera c) Istiadat menurunkan bendera Pelaksanaan istiadat mengibarkan bendera (PKK) a) Diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap hari b) Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh sekawan bertugas Pelaksanaan isitiadat mengibarkan dan menaikkan bendera (PM/PR/PK) a) Istiadat ini dilakukan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas istiadat pemeriksaan pagi b) Bendera diikat di puncak tiang oleh Patrol yang bertugas ISTIADAT BENDERA
ISTIADAT MELANTIK Diadakan apabila terdapat ahli baharu yang ingin menjadi ahli pengakap kanak - kanak, pengakap muda, pengakap remaja atau pengakap kelana Sebelum istiadat melantik, pemimpin/akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan ahli baharu Pelaksanaan : 1) Jika PKK, istiadat melantik akan dimulakan dengan istiadat laung agung terlebih dahulu 2) Istiadat melantik diakhiri dengan istiadat laung agung yang buat pertama kalinya disertai oleh adik baharu 3) Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu, maka istiadat melantik akan diadakan dua peringkat. Ketua sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh adik baharu yang lain -
ISTIADAT MENINGKAT NAIK Istiadat meningkat naik akan diadakan atas faktor berikut : a) Apabila pengakap kanak - kanak meningkat naik untuk menjadi ahli pengakap muda b) Apabila pengakap muda meningkat naik untuk menjadi ahli pengakap c) Apabila pengakap remaja meningkat naik untuk menjadi ahli pengakap kelana Pelaksanaan Istiadat meningkat naik adalah seperti : a) Pemimpin / Akela akan mengarahkan PEK untuk membuat istiadat laung agung penutup sebagai tanda istiadat meningkat naik tamat dengan berteriak “BERSURAI” . -
ISTIADAT LENCANA KEMAJUAN 1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan). 4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat. 6. Akela menyematkan lencana. Lencana Kemajuan di kiri lengan baju Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas” . 8. PKK tabik hormat. 9. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 10. PKK balik ke sekawan masing-masing. -
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP IPGM
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
PANGKAT LENCANA KEMAHIRAN
PERTOLONGAN CEMAS
PERTOLONGAN CEMAS Tujuan pertolongan cemas adalah untuk memberikan bantuan awal dan cepat kepada individu yang mengalami kecederaan atau keadaan kesihatan mendadak sebelum tiba bantuan perubatan profesional. Pertolongan cemas bertujuan untuk mengelakkan keadaan darurat daripada bertambah buruk, mengurangkan risiko komplikasi jangka panjang, dan dalam beberapa keadaan, boleh menyelamatkan nyawa. Ia melibatkan teknik dan tindakan seperti CPR (Cardiopulmonary Resuscitation), menghentikan pendarahan, dan menguruskan kejutan atau kecederaan, sembari menenangkan dan memberikan sokongan kepada mangsa. Melalui pertolongan cemas, seseorang dapat bertindak secara berkesan dan bijak dalam situasi kecemasan, menjamin keselamatan diri sendiri, mangsa, dan orang lain di sekeliling.
PRINSIP Penilaian Awal: Lakukan penilaian awal terhadap keadaan untuk memastikan tiada bahaya kepada penyelamat atau mangsa. Keselamatan semua orang adalah keutamaan. 1. 2. Bantuan Kehidupan Asas (BKA): Ahli Pengakap diajar teknik Bantuan Kehidupan Asas termasuk CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) dan penggunaan AED (Alat Defibrilasi Eksternal Automatik) untuk menangani situasi seperti henti jantung. 3. Pengurusan Trauma: Menghentikan pendarahan, melindungi luka, mengimobilisasi patah tulang, dan mengelola kejutan adalah sebahagian dari latihan pertolongan cemas. 4. Panggilan Bantuan: Mengajar ahli Pengakap untuk mengenal pasti bila dan bagaimana untuk meminta bantuan daripada pihak berkuasa perubatan, termasuk apa maklumat yang perlu diberikan semasa panggilan kecemasan. 5. Keprihatinan dan Penjagaan: Selain daripada intervensi fizikal, ahli Pengakap juga diajar untuk memberi sokongan emosi kepada mangsa, menenangkan mereka dan mengekalkan privasi serta maruah mangsa semasa memberikan pertolongan. 6. Prinsip DO NO FURTHER HARM: Sentiasa memastikan bahawa tindakan yang diambil tidak memburukkan lagi keadaan mangsa. 7. Dokumentasi: Mengajar ahli Pengakap pentingnya mendokumentasikan apa yang telah berlaku dan tindakan yang telah diambil untuk rujukan medis dan undang-undang masa depan. 8. Latihan Berterusan: Ahli Pengakap didorong untuk sentiasa memperbaharui dan mengasah kemahiran pertolongan cemas mereka melalui latihan berterusan dan latihan semula.
PERATURAN Keselamatan: Pastikan situasi sekitar selamat untuk diri sendiri dan orang lain sebelum memberikan bantuan. Jangan mempertaruhkan keselamatan diri sendiri atau orang lain. Panggilan Bantuan: Segera hubungi perkhidmatan kecemasan jika keadaan memerlukan campur tangan medikal profesional. Pemeriksaan Responsif: Pastikan mangsa sedar atau tidak. Jika mangsa tidak sedar dan tidak bernafas, mulakan CPR (jika dilatih untuk melakukannya) dan cari AED jika tersedia. Perlindungan Personal: Gunakan sarung tangan atau alat perlindungan diri lain jika tersedia untuk mengelakkan jangkitan silang antara penyelamat dan mangsa.
TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS Pendidikan dan Latihan: Memberikan latihan asas pertolongan cemas kepada ahli Pengakap lain, termasuk teknik CPR, penggunaan AED, dan pengurusan keadaan kecemasan seperti luka, patah tulang, dan kejutan. Pemeriksaan Kesihatan: Melakukan pemeriksaan kesihatan awal kepada semua peserta sebelum memulakan aktiviti untuk mengenal pasti sebarang masalah kesihatan yang mungkin memerlukan perhatian khusus. Pengawasan dan Penyeliaan: Memantau aktiviti Pengakap untuk memastikan semua peserta mengikuti langkah keselamatan dan menghindari risiko yang tidak perlu.
KELENGKAPAN PETI PERTOLONGAN CEMAS