1. KONSEP ASAS SOSIOLOGI PENDIDIKAN DR. ZAINAB NAWAB KHAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN : 1. KONSEP ASAS SOSIOLOGI • Definisi sosiologi • Konsep asas sosiologi • Teori dalam sosiologi - Fungsionalisme - Konflik - Interaksionalisme •Pandangan ahli-ahli sosiologi terhadap pendidikan - Kawalan sosial - Norma dan peraturan - Penyebaran budaya - Pemilihan dan strata sosial - Ideologi negara • Sosiologi dalam pendidikan • Kepentingan sosiologi dalam pendidikan
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK 1) Mengaitkan pengetahuan berhubung dengan konsep asas sosiologi, sosiologi pendidikan dan pengaruh persekitaran sosial dengan pencapaian akademik seseorang individu (C3, HP2, KKG1) C3- Aplikasi HP2- Kemahiran kognitif KKG1- Kemahiran kognitif - Mengaplikasi pengetahuan/kemahiran/konsep
HASRAT PEMBELAJARAN (a) Saya belajar mengenai konsep sosiologi berasaskan teori. (b) Saya belajar menganalisis ciri-ciri sosiologi daripada pelbagai perspektif ahli sosiologi. (c) Saya belajar untuk mengaplikasi konsep sosiologi pendidikan dalam konteks sekolah secara teori.
KRITERIA KEJAYAAN (a) Saya dapat menjelaskan konsep sosiologi dengan betul dan tepat berasaskan perbandingan teori. (b) Saya dapat menganalisis ciri-ciri sosiologi daripada pelbagai perspektif ahli tokoh sosiologi. (c) Saya dapat mengaplikasi secara teori konsep sosiologi pendidikan dalam konteks sekolah.
6 C DALAM PEMBELAJARAN Kritis Berfikir secara logik & rasional Mahir membuat refleksi Mahir berhujah berasaskan fakta yang tepat dan sumber yang sahih Kreatif Mahir mencipta nilai sosial Pelajar mahir menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk merealisasikannya Mengambil kira dan melaksanakan idea dan penyelesaian baharu Pelajar mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan memberi inspirasi kepada pelajar lain Kolaboratif Setiap ahli kumpulan terlibat dalam perbincangan Kemahiran interpersonal Kemahiran sosial, emosi dan silang budaya Pelajar mempunyai pemahaman mendalam tentang pandangan sendiri dan pandangan orang lain Komunikasi Membuat penjelasan dengan jelas dan yakin Sahsiah Mahir mencari peluang pembelajaran Pelajar menerima maklum balas sebagai peluang pembelajaran Berintegriti Pemafaatan Digital Tekun Kewarganegaraan Berfikir secara warga sejagat Memahami nilai dan pandangan global yang pelbagai Minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar
TATABASASA SOSIOLOGI Paten Sosial Budaya Tingkah laku Struktur sosial Kelas sosial Gender Sosialisasi Gender Konflik
PENGENALAN: DEFINISI SAINS SOSIAL/ KEMASYARAKATAN Mengkaji mengenai aspek sosial manusia secara saintifik. Mengkaji mengenai dunia sosial sebagai contoh: ANTROPOLOGI (memahami budaya) EKONOMI (Pengeluaran dan perkhidmatan) SAINS POLITIK (Politik & Kerajaan) PSIKOLOGI (Tingkah laku manusia) SOSIOLOGI (Aspek luaran yg mempengaruhi kehidupan manusia)
PENGENALAN Sosiologi memberi penekanan kepada konteks (persekitaran) sosial kehidupan manusia. Sosiologi mengkaji mengenai kehidupan sosial manusia. - Bagaimana kumpulan individu mempengaruhi orang lain - Bagaimana individu dipengaruhi oleh kelompok masyarakat - Bagaimana individu berkongsi budaya - Mengapa individu melakukan sesuatu dalam konteks sosial - Mendapatkan maklumat mengenai kehidupan sosial Masyarakat.
KONSEP ASAS SOSIOLOGI (IDRUL HISHAM ET AL, 2024) Bangsa Etnik Kerakyataan & Kenegaraan Masyarakat
KONSEP UMUM SOSIOLOGI (IDRUL HISHAM ET AL, 2024) Budaya Sosialisasi Enkulturasi
CABANG/ BIDANG KHUSUS SOSIOLOGI. ANTARANYA… Sosiologi Agama Sosiologi kesihatan Sosiologi kekeluargaan Sosiologi politik Sosiologi Ekonomi Sosiologi Pendidikan
BIDANG KAJIAN SOSIOLOGI Struktur sosial Peranan institusi Persekitaran Hubungan Populasi Tingkah laku
TEORI DALAM SOSIOLOGI FUNGSIONSLISME Auguste Comte (1798-1857) Herbert Spencer (1820-1903) David Emily Durkheim (1858-1917) Robert Merton (1910-2003) KONFLIK Karl Marx (1818-1883) INTERAKSIONALISME George Herbert (1863-1931) Charles H. Cooley (1864-1929) Herbert G. Blumer (1900-1987)
AUGUSTIE COMTE (1798- 1857) Mengaplikasi pendekatan saintifik dalam menjawab persoalan mengenai kehidupan manusia. Memperkenalkan konsep ‘the study of society’ Hasil kajian sosiologi perlu dijadikan sebagai panduan untuk melaksanakan perubahan sosial (Social reform). Dikenali sebagai pengasas kepada disiplin ilmu sosiologi.
HERBERT SPENCER (1820-1903) Memberi hujah bahawa struktur Masyarakat perlu berevolusi secara semulajadi dan tidak diganggu. Menyatakan masyarakat berubah daripada tahap rendah (barbarian) kepada tahap tinggi (bertamadun). Hanya yang bijak (intelligent) dan berkeupayaan dapat mencapai kejayaan (survive). Orang miskin tidak perlu dibantu kerana ini akan menganggu evolusi semulajadi masyarakat.
EMILIE DURKHEIM (1858-1917) Mengkaji mengenai kadar bungh diri dalam masyarakat. Individu yang tidak mempunyai hubungan baik dalam masyarakat mempunyai tendesi untuk membunuh diri. Walau bagaimanpun hubungan yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan bunuh diri. Masyarakat mempunyai peranan dalam kehidupan individu.
ROBERT MERTON (1910-2003) Memberi penekanan terhadap intellectual innovation dan institutional leadership. Berfokus kepada struktur sosial dan anomie (kurang identiti) – 1938 Membahagikan teorinya kepada 5 kategori: 1. Conformists – gigih bekerja untuk mencapai hasrat untuk kejayaan 2. Ritualist – bekerja untuk kepuasan diri 3. Innovators- bekerja dengan mengamalkan perkara yang tidak baik utk mencapai hasrat. 4. Retreatists- Tidak seiring dengan Masyarakat sering terliat dengan perkara yg tidak baik seperti dadah dan pemabuk. 5. Rebels- Menggunakan pendekatan yang bertentangan dalam mencapai matlamat cth terlibat sebagai terrorist dan pejuang penentang.
KARL MARX (1818-1883) Revolusi merupakan cara bagi merubah masyarakat. Dalam masyarakat wujud konflik atara kelas atasan (yang menguasai sumber) dengan kelas bawahan (pekerja rendah). Mengatakan jika masyarakat tidak mempunyai konflik kelas maka masyarakat akan hidup dengan lebih sesuai (mengikut keupayaan dan sumbangan).
GEORGE HERBERT (1863-1931) Tiga pemikiran George Herbet yang utama ialah berkaitan falsafah, Sejarah dan psikologi sosial. Tingkah laku individu dipengaruhi pengalaman / interaksi sosial. Bahasa memainkan peranan dalam interaksi sosial/ persekitaran. Perkembangan diri hanya berlaku jika individu memahami peranan diri dan orang lain. Jika berlaku pertembungan hubungan antara individu maka akan berlaku penyesuaian melalui dialog awam.
Charles H. Cooley (1864-1929) . Individu dan masyarakat merupakan dalam struktur yang saling berkaitan dan tidak terpisah. Individu mempunyai peranan membentuk masyarakat manakala masyarakat mempunyai peranan dalam membentuk individu. Masyarakat dianggap sebagai cermin untuk memahami diri sendiri. Herbert G. Blumer (1900-1987) Individu mencipta realiti sosial secara kolektif dan individu. Terkenal dengan ‘symbolic interactionism’- kerangka teori yang melihat masyarakat sebagai produk hasil daripada interaksi bersama individu. Seterusnya tindakan ini membentuk tingkah laku individu.
RUMUSAN Sosiologi merupakan disiplin ilmu mengenai masyarakat manusia (human society) dan masalah sosial (social problems). Merupakan ilmu saintifik mengenai hubungan sosial, institusi dan masyarakat. Juga mengkaji mengenai dinamika masyarakat berasaskan paten tingkah laku. Berfokuskan kepada struktur sosial dan bagaimana struktur mengubahsuai tingkah laku dan menyelesai masalah. Secara umumnya sosiologi merupakan ilmu yang menggunakan pendekatan saintifik bagi membuat generalisasi berkaitan paten, kumpulan dan tingkah laku masyarakat (Amzat & Razum, 2014).
TEORI DALAM SOSIOLOGI Fungsionalisme Konflik Interaksionalisme
PANDANGAN AHLI-AHLI SOSIOLOGI TERHADAP PENDIDIKAN 1. Kawalan sosial: Norma & peraturan - pelbagai cara tingkah laku, pemikiran & penampilan kita dikawal oleh norma, peraturan, undang-undang & sturktur sosial masyarakat. 2. Penyebaran budaya - kepelagaian budaya dan pengaruhnya terhadap murid sekolah 3. Pemilihan & strata sosial - pemilihan pendidikan berasaskan status sosial masyarakat - factor status sosial individu berasaskan tahap pendidikan 4. Ideologi negara - ideologi negara mempunyai pengaruh terhadap nilai terhadap sistem kehidupan masyarakat dan murid.
SOSIOLOGI PENDIDIKAN Memberi fokus terhadap hubungan antara proses sekolah, amalan dan hasil yang diperolehi kepada masyarakat. Kumpulan sosial sekolah terdiri daripada guru, murid, ibu bapa, pihak pentadbir, pegawai kementerian, nazir sekolah (Abdi & Cleghorn, 2005). Mengkaji beberapa dimensi antara hubungan institusi pendidikan dan masyarakat. Antaranya …, - gender, ketaksamaan dalam pendidikan, kepelbagaian budaya dan etnik, dasar pendidikan, rakan sebaya, keganasan di sekolah, buli, burnout, fungsi pendidikan, perubahan budaya & sekolah sebagai agen perubahan.
AKTIVITI TUTORIAL 1. Sediakan peta konsep (grafik) berkaitan konsep sosiologi. 2. Bincangkan pandangan teori sosiologi mengenai pendidikan.
PEMBELAJARAN TERARAH Dapatkan satu artikel penyelidikan mengenai aspek dalam sosiologi pendidikan. Sediakan satu efolio bagi EDUP3143.