LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN JAYA (YBA 1343)
d/a SK Sungai Stutong, Lorong A9, Taman Satria Jaya, 93350 Kuching
KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Unit Hal Ehwal Murid. Unit Bimbingan & Kaunseling.
Jawatankuasa Kepimpinan (JK Disiplin & JK Pengawas).
Unit Ko-Kurikulum. Unit Beruniform.
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
1
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
1. Nama Program : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
2. Tarikh : 24 SEPTEMBER 2022
3. Hari / Masa : SABTU/ 07:00 am – 2:00 pm
4. Tempat : SUMIRAN ECO PARK & RESORT
5. Objektif :
5.1.Meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid untuk berusaha dengan sebaiknya
dalam setiap bidang yang diceburi;
5.2.Memberi pendedahan kepada murid tentang kemahiran berkomunikasi dengan baik
dalam kumpulan terutamanya apabila melibatkan aktiviti di luar bilik darjah;
5.3. Mencungkil potensi kepimpinan dalam diri setiap murid,
5.4.Menambah pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman secara bersemuka
tentang alam semulajadi (mengenali tumbuh-tumbuhan, pokok buah-buahan, haiwan);
dan
5.5. Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan barisan pemimpin muda.
6. Sasaran :
6.1. Pengawas – 32 orang
6.2. Ketua dan Penolong Ketua Kelas – 12 orang
6.3. Pembimbing Rakan Sebaya – 9 orang
7. Butiran aktiviti :
7.1.Murid bekumpul di sekolah pada jam 6:45 pagi dan bertolak dari sekolah ke Sumiran
Eco Park pada jam 7:15 pagi.
7.2.Rombongan sampai ke destinasi pada jam 08:00 pagi dan terus memulakan aktiviti
seperti yang telah dirancang.
7.3.08:00 pagi – 08:45 pagi : Ice Breaking
08:45 pagi – 09:00 pagi : Sarapan Pagi
09:00 pagi – 11:30 pagi : Boot Camp Activities
Field Games
Flying Fox
Park Tour
8. Penilaian Program
8.1. Kekuatan Program :
8.1.1. Aktiviti dikendalikan di luar sekolah, memberikan satu pengalaman yang
berbeza buat murid-murid, mendekatkan murid-murid dengan alam semulajadi
dan seterusnya memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga alam
semulajadi untuk kesejahteraan bersama.
8.1.2. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan memberikan pendedahan baharu
kepada murid-murid untuk bekerjasama dengan pihak luar sepanjang aktiviti
dijalankan (tidak tertumpu kepada guru-guru yang biasa bersama mereka).
8.1.3. Kemudahan secara berpakej (fasiliti, makanan dan tenaga kerja).
8.1.4. Aktiviti ‘Flying Fox’ paling mendapat tempat di hati murid kerana cabaran
mengatasi ketakutan yang mereka tidak sangka akan berjaya menghadapinya
(menakutkan pada awalnya dan kepuasan di akhirnya).
8.1.5. Kawasan yang luas dan kaya dengan tarikan yang pelbagai dari segi fasiliti,
flora dan fauna, tarikan pelbagai haiwan seperti kuda, rusa, pelbagai spesis
2
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
burung (spesis ayam yang jarang dilihat, burung nuri, angsa), kura-kura; cukup
memberikan pendidikan pengalaman baharu buat murid-murid.
8.1.6. Menambah pengetahuan sedia ada murid dengan pengalaman secara
bersemuka. Contohnya, murid tahu buah durian tetapi tidak tahu pokok durian,
pernah melihat gambar burung nuri, kura-kura, ayam brahma, pelbagai spesis
itik, angsa melalui gambar tetapi tidak pernah melihat sendiri. Jadi, pengalaman
bersemuka dengan flora dan fauna di Sumiran Eco Park & Resort adalah
pendidikan pengalaman yang bermakna dan bermanfaat buat murid-murid bagi
meningkatkan pengetahuan mereka.
8.2. Kelemahan Program :
8.2.1. Kekangan kewangan. Pakej yang diambil adalah pakej yang paling murah bagi
merealisasikan murid mengikuti kem dan mendapat pengalaman di luar
sekolah.
8.2.2. Permainan di padang dengan cuaca yang agak panas, lama dan permainan
yang tidak mencabar (tiada aktiviti laluan berhalangan).
8.2.3. Menu makanan tengah hari tidak memuaskan kerana tiada sayur disediakan,
hanya nasi goreng dan ayam goreng.
8.3. Cadangan Penambahbaikan :
8.3.1. Perbanyakkan aktiviti yang mencabar seperti laluan berhalangan dan ‘jungle
tracking’.
8.3.2. Mengadakan aktiviti perkhemahan, jangka masa program lebih lama dan
bermalam.
8.3.3. Aktiviti padang dilakukan di tempat yang bersesuaian dengan murid jika tidak
melibatkan aktiviti fizikal yang mencabar (kawasan redup).
8.3.4. Menu makanan tengah hari yang lebih sihat (nasi, lauk, sayur, buah).
9. Perbelanjaan Sebenar :
9.1. Pengangkutan = RM 800 (2 x RM400)
9.2. Sumiran Eco Park & Resort = RM 4466 (RM68 X 66 orang)(tempat+makanan+aktiviti)
9.3. Air mineral = 14 kotak (sumbangan YDP PIBG dan syarikat)
JUMLAH PERBELANJAAN = RM 5266
10. Dokumentasi Bergambar : Sila rujuk lampiran
Laporan disediakan oleh : SYAZAIEN NOOR BINTI ISKANDARSHAH
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Tabuan Jaya
3
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Lampiran Gambar Aktiviti Murid
Murid berkumpul di dewan seawal jam 6:45 pagi. Ketibaan di Sumiran dengan menaiki 2 buah bas.
Boot Camp/ Ice Breaking bersama fasilitator. Murid-murid bersarapan pagi.
Senamrobik bersama fasilitator. Guru pengiring ikut serta senamrobik.
Peluang bergerak bebas. Aktiviti memanaskan badan.
4
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Tema Aktiviti: Fokus pada arahan. Jika tidak fokus, kena denda.
Kemahiran fokus dan menyelesaikan …juga memupuk semangat kerjasama dan
masalah. kesabaran.
Juga aktiviti yang berfokus kepada kemahiran Murid berehat seketika sebelum aktiviti
menyelesaikan masalah, kerjasama dan seterusnya. Walaupun panas, tetap ceria dan
komunikasi. bersemangat.
Murid bersedia untuk ‘Flying Fox’, aktiviti yang Debaran ‘Flying Fox’.
ditunggu-tunggu.
5
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. “Saya rasa seperti terbang, cikgu”, katanya.
Wajah ceria anak-anak. Kali pertama menyertai aktiviti di luar sekolah.
Amirul (yang paling comel) sehingga tertanggal “Panas, tapi kami seronok!”. Begitulah.
tapak kasutnya.
Kenangan bersama. Kawasan yang kaya dengan Usai aktiviti ‘Flying Fox’ sebelum aktiviti ‘park
pokok durian. tour’.
6
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Burung Nuri yang jinak. Tidak semua murid pernah melihat ayam di depan
mata.
Pasangan burung yang comel. “Wahhhh, kuda!”, kata mereka.
‘Geng’ tengah kusyuk makan, jangan dikacau. “On your mark, get set, lariiiiiiiiiiii!”, habislah
kena kejar.
7
LAPORAN PROGRAM : KEM KEPIMPINAN MURID 2022
Rusa yang sangat jinak. Ayam ‘berambut’ panjang.
.
8