1 SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA, 90 000 SANDAKAN, SABAH. BUKU PERATURAN SEKOLAH NAMA: ___________________________________________________ KELAS: ___________________________________________________ Disediakan Oleh: UNIT DISIPLIN SK MAWAR SANDAKAN
2 ISI KANDUNGAN 1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2. VISI, MISI DAN MOTTO SEKOLAH 3. PERATURAN – PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN PERKARA 2: PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH PERKARA 3: KEKEMASAN DIRI PERKARA 4: WAKTU REHAT PERKARA 5: KEHADIRAN PERKARA 6: KEBERSIHAN PERKARA 7: KESELAMATAN PERKARA 8: TINGKAH LAKU YANG MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH PERKARA 9: AKTIVITI KOKURIKULUM PERKARA 10: PUSAT SUMBER PERKARA 11: MAKMAL SAINS PERKARA 12: BUKU TEKS ( SPBT ) PERKARA 13: ALAT-ALAT SUKAN ( PJK ) PERKARA 14: TANDAS PERKARA 15: KANTIN SEKOLAH PERKARA 16: PERATURAN AM PERKARA 17: NOTIS KEBAKARAN 4. CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH 5. CONTOH SURAT PERJANJIAN DAN PPENGAKUAN BERKELAKUAN BAIK 6. CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI 7. CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN 8. LENCANA SEKOLAH 9. LAGU SEKOLAH 10. LAGU “NEGARAKU” DAN LAGU “SABAH TANAH AIRKU” 10.IKRAR MURID
3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
4 VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA MOTTO CEMERLANG,CEKAL,CEKAP,CERDIK
5 SEKOLAH KEBANGSAANMAWAR SANDAKAN, SABAH PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1. WAKTU PERSEKOLAHAN TAHAP 1 ISNIN – SELASA 7.00 PAGI – 12.30 PETANG RABU – KHAMIS 7.00 PAGI – 12.30 PETANG JUMAAT 7.00 PAGI – 11.00 PAGI TAHAP 2 ISNIN – SELASA 7.00 PAGI – 1.00 PETANG RABU 7.00 PAGI – 3.00 PETANG (KOKUM) KHAMIS 7.00 PAGI – 1.00 PETANG JUMAAT 7.00 PAGI – 11.00 PAGI 1.1 Murid hendaklah sampai di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng dibunyikan pada pukul 7.00 pagi. 1.2 Setibanya di sekolah murid-murid hendaklah berbaris di tapak perhimpunan. 1.3 Murid-murid akan masuk ke dalam kelas apabila dibenarkan oleh guru yang bertugas pada hari tersebut. 1.4 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah pada masa yang ditetapkan. 1.5 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah kecualidengankebenaran guru. 1.6 Murid-murid yang hendak keluar dari kelas hendaklah mendapatkan kebenaran “Pas Keluar” dari guru yang berada di dalam kelas. 1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Bertugas dan nama dicatatkan pada buku murid balik awal yang terdapat di pejabat sekolah.
6 2. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2.1 Pakaian Murid lelaki 2.1.1 Seluar bagi jurid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna biru tua (navy blue) 2.1.2 Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah jenis berkepala kecil dan tidak berhias. Tali pinggang mestilah berwarna hitam atau biru tua sahaja. 2.1.3 Baju kemeja lengan pendek atau panjang berwarna putih dengan satu poket di sebelah kiri. 2.1.4 Lencana sekolah dilekatkan / dijahit diatas poket baju dan tag nama dibahagian bawah lencana sekolah 2.2 Pakaian Murid Perempuan 2.2.1 Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru tua (navy blue) yang kosong dan tidak bercorak. 2.2.2 Pakaian seragam hendaklah lengkap dengan lencana sekolah yang dilekat / dijahit dikiri atas dan tag nama di bawah lencana sekolah. 2.2.3 Murid-muris Islam digalakkan memakai tudung berwarna putih dan tepinya tidak boleh berfesyen serta berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. 2.2.4 Murid-murid perempuan juga boleh memakai baju kemeja berlengan pendek, berleher dan berwarna putih berserta dengan pakaian sekolah “Pinafore tunic” berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut. 2.3 Kasut 2.3.1 Kasut berwarna hitam yang diperbuat daripada kanvas dan polyester yang mempunyai daya serap dan penyaluran gerak udara tanpa warna yang lain dibahagian atasnya. 2.3.2 Ketinggian kasut tidak melebihi buku lali. 2.3.3 Sebarang kasut sukan (track shoe) tidak dibenarkan. 2.4 Stoking 2.4.1 Semua murid wajib memakai stoking. 2.4.2 Stoking hendaklah berwarna hitam tanpa sebarang warna lain. 2.4.3 Panjang stoking mestilah menutupi pergelangan kaki. 2.5 Tanda Nama dan Lencana Sekolah 2.5.1 Mesti dipakai pada setiap masa persekolahan. 2.5.2 Kedudukan tanda nama dilekatkan dibawah lencana sekolah
7 2.6 Pakaian ketika bersenam dan bersukan 2.6.1 Baju ‘T’ berlengan panjang atau pendek berwarna putih / mengikut rumah sukan. 2.6.2 Seluar panjang track bottom berwarna hitam atau biru tua / mengikut rumah sukan 2.6.3 Seluar panjang track bottom bercorak dan berwarna lain TIDAK DIBENARKAN 2.7 Pakaian ketika Hari Rabu (Unit Beruniform) 2.7.1 Murid-murid adalah digalakkan memakai pakaian seragam Pasukan Beruniform sekurang-kurangnya Kemeja T mengikut pasukan masing-masing bergantung kepada arahan dari masa ke semasa. 2.8 Pakaian Seragam Khas ( Identiti Khas) 2.8.1 Murid-murid yang memegang jawatan tertentu hendaklah mematuhi arahan memakai Pakaian Seragam Sekolah yang telah ditetapkan. 3. KEKEMASAN DIRI 3.1 Rambut 3.1.1 Murid Lelaki 3.1.1.1 Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang ( sila rujuk lampiran ) 3.1.1.2 Fesyen-fesyen model rambut terkini tidak dibenarkan. 3.1.1.3 Tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 3.1.2 Murid Perempuan 3.1.2.1 Jika rambut melebihi paras bahu, rambut mestilah diikat. 3.1.2.2 Ikatan rambut yang dibenarkan ialah jenis ponytail dan ditocang. 3.1.2.3 Riben atau pengikat rambut berwarna hitam atau biru tua sahaja yang dibenarkan. 3.1.2.4 Panjang rambut dihadapan hendaklah tidak melebihi paras kening mata. 3.2 Perhiasan Diri 3.2.1 Semua barang kemas seperti cincin, gelang, anting-anting, rantai leher dan sebagainya tidak dibenarkan untuk dipakai ke sekolah kecuali jam tangan. 3.2.2 Semua murid tidak dibenarkan berkuku panjang / mewarnakan kuku. 3.2.3 Penggunaan make-up( termasuk celak ) adalah dilarang sama sekali.
8 4. WAKTU REHAT 4.1 Waktu rehat bagi semua murid tahap 1 ialah pada jam 9:00 pagi hingga 9:30 pagi manakala untuk semua murid tahap 2 ialah pada jam 09:30 pagi hingga 10:00 pagi. 4.2 Semua murid dilarang berada di dalam bilik darjah kecuali dengan kebenaran. 4.3 Murid-murid hendaklah beratur mengikut kelas masing-masing dan tidak berebut-rebut semasa mengambil dan membeli makanan. 4.4 Murid-murid hendaklah makan dan minum di kawasan kantin sahaja. 4.5 Loceng akan dibunyikan menandakan waktu rehat tamat dan murid-murid tidak dibenarkan lagi berada dikawasan kantin kecuali dengan kebenaran. 5. KEHADIRAN 5.1 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberikan surat doktor atau surat daripada ibubapa menunjukkan sebab tidak hadir ke sekolah 5.2 Jika gagal berbuat demikian, tindakan disiplin akan dikenakan. 5.3 “Surat Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah: Amaran Pertama” akan dikirimkan kepada ibubapa sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturutturut atau 10 hari berselang-seli. 5.4 “Surat Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah: Amaran Kedua” akan dikirimkan kepada ibubapa sekiranya murid-murid tidak hadir ke sekolah selepas tujuh hari. 5.5 Surat “Pemberitahuan ketidakhadiran ke sekolah: Amaran Terakhir” akan dikirimkan kepada ibubapa sekiranya tidak menerima jawapan daripada ibubapa. 5.6 Ibubapa hendaklah membalas surat tersebut atau hadir ke sekolah berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM. 5.7 Murid-murid yang hendak pulang awal atas sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan / Guru Bertugas. 5.8 Surat tunjuk sebab akan dikirimkan kepada ibubapa jika murid-murid selalu lewat tanpa alasan yang munasabah dan akan dikenakan tindakan disiplin. 5.9 Apabila pihak sekolah mengadakan kelas tambahan, semua murid yang terlibat diwajibkan hadir. Murid yang tidak menghadirkan diri, surat tunjuk sebab daripada ibubapa hendaklah diberikan kepada guru yang berkenaan. 5.10 Murid-murid tidak dibenarkan cuti pada hari persekolahan kecuali mendapat kebenaran dari pihak sekolah / Jabatan Pendidikan. 6. KEBERSIHAN 6.1 Adalah menjadi kewajipan murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah, pusat sumber, kantin, stor, tandas dan seluruh kawasan sekolah. 6.2 Pastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan teratur sebelum bermula dan berakhir waktu persekolahan. 6.3 Murid-murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat dan gunakan tong sampah yang telah disediakan. 6.4 Setiap kelas mestilah mempunyai jadual tugas dan alat-alat kelengkapan seperti penyapu, bakul sampah dan pemadam papan tulis.
9 7. KESELAMATAN 7.1 Keselamatan Dalam Sekolah 7.1.1 Orang luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sekiranya terdapat urusan sila berjumpa dengan pengawal keselamatan untuk mendapatkan “ Pas Lawatan ”. 7.1.2 Kawasan sekolah akan dikawal dan diawasi oleh pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam sehari. 7.1.3 Barang-barang yang berbahaya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. 7.1.4 Pemeriksaan mengejut akan dijalankan sekiranya perlu kepada murid. 7.1.5 Latihan kebakaran perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 7.1.6 Ibubapa dilarang mengambil anak pada waktu pembelajaran kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Pentadbir Sekolah. 7.1.7 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap murid yang pulang lewat kecuali jika terdapat kelas tambahan atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 7.1.8 Ibubapa dinasihatkan untuk mengambil anak tepat pada masanya. 7.2 Keselamatan Dalam Bilik Darjah 7.2.1 Kelas perlu dibersihkan sebelum waktu pembelajaran bermula. Murid yang bertugas sahaja dibenarkan berada di dalam kelas. 7.2.2 Semua murid wajib menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. 7.2.3 Bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat di dalam kelas. 7.2.4 Beratur sebelum masuk ke dalam kelas. 7.2.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu pembelajaran tanpa kebenaran guru dan Guru Besar 7.2.6 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas(ponteng) pada waktu pembelajaran. 7.2.7 Murid yang keluar tanpa kad kebenaran akan dianggap merayau dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 7.2.8 Tidak boleh makan dan minum di dalam kelas kecuali dengan kebenaran guru 7.2.9 Murid dikehendaki mengosongkan bilik darjah semasa waktu rehat 7.3 Jalan raya 7.3.1 Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah mestilah berhati-hati. Jangan berlarilari dan bermain-main di jalan raya. 7.3.2 Murid-murid hendaklah memandang kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 7.3.3 Murid-murid dilarang mengikut orang yang tidak dikenali sewaktu pulang. 7.3.4 Murid-murid yang menaiki bas / kereta / motosikal hendaklah berada di kawasan sekolah sehingga bas / kereta / motosikal tiba. 7.3.5 Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan bas / kereta / motosikal bersebelahan dengan pondok PENGAWAL SEKOLAH
10 7.4 Harta Benda Murid 7.4.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku atau barang-barang persendirian di bawah laci meja selepas waktu persekolahan. 7.4.2 Murid-murid tidak digalakkan membawa duit dengan jumlah yang banyak ke sekolah. 7.4.3 Murid-murid dilarang meninggalkan barang-barang yang berharga atau duit di dalam bilik darjah semasa meninggalkan bilik darjah. 7.4.4 Murid-murid dilarang membawa permainan dan perhiasan yang tidak sepatutnya dibawa ke sekolah. 7.4.5 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan barang-barang tersebut. 7.4.6 Tindakan akan diambil terhadap mana-mana murid yang berbuat demikian. 7.5 Harta Benda Sekolah 7.5.1 Murid-murid hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah. 7.5.2 Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan mana-mana bahagian kawasan sekolah. 7.5.3 Harta benda sekolah tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbiran sekolah. 7.5.4 Sebarang kerosakkan, kehilangan, kepecahan dan sebagainya yang dilakukan oleh mana-mana murid adalah kesalahan murid tersebut. 7.5.5 Murid yang merosakkan atau menghilangkan harta benda sekolah adalah wajib membayar ganti rugi yang setimpal dengan barang yang dirosakkan atau dihilangkan. (Rujuk Minit Mesyuarat AJK kali ke-3 pada 10 Nov 2019) 7.5.6 Tanamkan semangat dan sikap sayangkan harta benda sekolah. 7.6 Kawasan Larangan 7.6.1 Murid-murid dilarang masuk ke dalam pejabat sekolah / bilik guru kecuali dengan kebenaran. 7.6.2 Dilarang ke pusat sumber sekolah kecuali untuk belajar atau dengan kebenaran dan bersama guru. 7.6.3 Dilarang ke kantin pada waktu belajar. 7.6.4 Dilarang ke stor barangan atau peralatan sukan kecuali dengan kebenaran. 7.6.5 Dilarang ke tempat letak kereta guru. 7.6.6 Dilarang ke kawasan pra sekolah. 7.6.7 Dilarang ke kawasan tangki air. 7.6.8 Dilarang ke kawasan-kawasan yang diumumkan dari semasa ke semasa.
11 8. TINGKAH LAKU – TINGKAH LAKU YANG MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH 8.1 Tingkah Laku Jenayah 8.1.1 Berjudi 8.1.2 Mencuri 8.1.3 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru 8.1.4 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas 8.1.5 Memeras ugut 8.1.6 Membuli 8.1.7 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap 8.1.8 Menyalahgunakan dadah 8.1.9 Membawa senjata merbahaya 8.1.10 Mencabul kehormatan 8.1.11 Mengancam / memukul / mencederakan murid lain 8.1.12 Menceroboh bilik khas / kedai koperasi / pejabat sekolah / asrama 8.1.13 mengedar dadah 8.1.14 Menunjuk perasaan / menggangu ketenteraman / berpiket 8.1.15 Bertaruh secara besar-besaran 8.2 Tingkah Laku Lucah 8.2.1 Bercumbu-cumbuan 8.2.2 Berkhalwat 8.2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah 8.2.4 Mengintai murid-murid perempuan 8.2.5 Menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah 8.2.6 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah 8.3 Kekemasan Diri 8.3.1 Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah 8.3.2 Berkuku panjang 8.3.3 Bermisai dan berjanggut 8.3.4 Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah 8.3.5 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang di sekolah 8.4 Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa 8.4.1 Berkeliaran di kawasan sekolah 8.4.2 Datang lewat ke sekolah 8.4.3 Lewat ke perhimpunan 8.4.4 Makan dan minum di kantin di luar waktu rehat
12 8.5 Tingkah Laku Kurang Sopan dan Biadap 8.5.1 Berkelakuan kasar terhadap guru 8.5.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 8.5.3 Berkelakuan kasar terhadap murid lain 8.5.4 Berbahasa kesat 8.5.5 Menyimpan rokok 8.5.6 Menghisap rokok 8.5.7 Mengganggu proses pengajaran dalam pembelajaran 8.5.8 Tidak menghormati guru 8.5.9 Tidak menghormati pengawas 8.6 Tingkah Laku Musnah 8.6.1 Merosakkan harta benda sekolah 8.6.2 Merosakkan harta benda Guru Besar dan guru-guru lain 8.6.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah 8.6.4 Merosakkan harta benda murid 8.6.5 Merosakkan harta benda asrama 8.7 Tingkah Laku Tidak Jujur 8.7.1 Menipu yang melibatkan wang 8.7.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan 8.8 Ponteng 8.8.1 Ponteng kelas 8.8.2 Ponteng sekolah 8.8.3 Ponteng Perhimpunan 8.8.4 Ponteng kegiatan di luar bilik darjah / ko-kurikulum 8.8.5 Ponteng ujian / peperiksaan 9. AKTIVITI KO-KURIKULUM 9.1 Semua murid tahun 4 , 5 dan 6 diwajibkan mengambil bahagian di dalam ketiga-tiga bidang aktiviti ko-kurikulum. 9.2 Murid-murid diwajibkan hadir dalam aktiviti-aktiviti persatuan / kelab / pasukan beruniform yang disertai. 9.3 Semua murid adalah tertakluk kepada Perlembagaan persatuan / kelab / pasukan beruniform yang mereka sertai. 9.4 Pakaian murid ketika menghadiri aktiviti ko-kurikulum mestilah mengikut peraturan sekolah atau seperti yang telah ditetapkan oleh persatuan / kelab / pasukan beruniform. 9.5 Semua murid yang menyertai aktiviti ko-kurikulum di dalam atau di luar sekolah mestilah mendapat kebenaran ibubapa / penjaga / pihak sekolah.
13 9.6 Murid-murid yang dipilih mewakili mana-mana pasukan atau badan luar perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. 9.7 Murid-murid yang didapati mewakili mana-mana persatuan atau badan tertentu dalam apa jua aktiviti ko-kurikulum tanpa kebenaran pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah boleh dikenakan tindakan disiplin. 10. PUSAT SUMBER SEKOLAH 10.1 Setiap murid diwajibkan masuk ke dalam Pusat Sumber mengikut jadual yang ditetapkan mengikut kelas atau Jadual Pusat Sumber Khas. 10.2 Murid-murid tidak dibenarkan memasuki Pusat Sumber tanpa iringan guru atau pengawas pusat sumber di dalamnya mengikut jadual Pusat Sumber. 10.3 Setiap murid dikehendaki membaca, melihat, memerhati sebarang maklumat, iklan pemberitahuan di kawasan yang disediakan di Pusat Sumber sebelum memasuki atau menggunakan Pusat Sumber. 10.4 Kasut hendaklah ditanggalkan dan disusun rapi di rak yang disediakan ketika masukke dalam Pusat Sumber. 10.5 Murid tidak dibenarkan membuat bising, kekotoran, meludah dan bermain sebarang perbuatan yang mengganggu ketenteraman pengguna Pusat Sumber. 10.6 Murid-murid dilarang memindahkan kedudukan kerusi dan meja serta sebagainya tanpa kebenaran guru atau pengawas pusat sumber. 10.7 Tidak dibenarkan membawa masuk bag ke dalam Pusat Sumber. 10.8 Sebarang kegiatan atau aktiviti tidak boleh dijalankan di Pusat Sumber kecuali dengan kebenaran Guru Pusat Sumber. 10.9 Murid-murid boleh meminjam buku di Pusat Sumber dengan menggunakan kad yang dikeluarkan oleh pihak Pusat Sumber dan tidak melebihi dari had bilangan buku dan tempoh yang ditetapkan. 10.10 Kegagalan murid mengembalikan buku dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan denda dan tindakan. 10.11 Semua buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan semula ditempat yang telah disediakan atau di tempat asal. 10.12 Susun semula meja, kerusi di tempat asal dan jangan tinggalkan sampah, alat tulis dan sebagainya di Pusat Sumber. 10.13 Pastikan semua suis lampu, kipas dan hawa dingin dimatikan. 10.14 Dilarang keras membawa makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber. 10.15 Sekiranya kehilangan buku hendaklah digantikan dengan buku atau harga asal buku tersebut.
14 11. MAKMAL SAINS 11.1 Utamakan keselamatan anda sepanjang masa berada di dalam makmal. 11.2 Murid-murid dikehendaki beratur semasa hendak masuk atau keluar dari makmal. 11.3 Bukakan semua tingkap dan kipas sebaik sahaja anda masuk ke dalam makmal, supaya asap kimia yang beracun tidak terkumpul di dalamnya tetapi semua kipas mesti ditutup semasa anda menggunakan api bunsen. 11.4 Masukkan semua kerusi ke bawah meja semasa anda menjalani eksperimen supaya ianya tidak mengganggu pergerakan anda. 11.5 Menjaga keselamatan makmal adalah tanggungjawab semua pihak dan jangan buangkan sampah sarap ke dalam singki atau makmal. 11.6 Pastikan bahan kimia yang hendak digunakan adalah betul. Baca label di atas botol dengan teliti dan tanyalah kepada guru apabila terdapat sebarang kemusykilan. 11.7 Semua radas metilah dibersihkan dan dikembalikan di tempat asalnya di akhir eksperimen anda. 11.8 Semua kerosakkan radas hendaklah dilaporkan kepada guru berkenaan untuk direkodkan dan jangan buangkannya ke dalam tong sampah. 11.9 Laporkan serta merta kepada guru yang berkenaan segala kecederaan yang telah berlaku di dalam makmal dan jangan berdiam diri. 11.10 Pastikan anda tahu di mana terletaknya pemadam api, suis utama elektrik dan pili utama saluran gas dalam makmal serta mengetahui cara yang betul menggunakannya di dalam masa kecemasan. 11.11 Amalkan sikap membasuh tangan sebelum keluar dari makmal. 11.12 Murid-murid dilarang : 11.12.1 Masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru 11.12.2 Membawa bag sekolah ke dalam makmal. 11.12.3 Membuat bising dan berlari-lari di dalam makmal. 11.12.4 Melakukan apa-apa eksperimen yang tidak diarahkan oleh guru. 11.12.5 Membawa keluar sebarang bahan kimia atau radas dari makmal tanpa kebenaran. 11.12.6 Makan, minum atau merokok di dalam makmal. 12. BUKU TEKS ( SPBT ) 12.1 Peminjaman buku teks diberikan kepada semua murid. 12.2 Buku teks yang telah dipinjam hendahlah dijaga kebersihannya, dibalut dengan pembalut plastik atau pembalut yang sesuai. 12.3 Semua murid dilarang menconteng atau merosakkan buku teks. 12.4 Murid yang bertukar atau berpindah sekolah hendaklah mengembalikan buku-buku teks tersebut sebelum meninggalkan sekolah. 12.5 Buku-buku teks hendaklah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan murid mengembalikan buku teks wajib menggantikannya. 12.6 Kehilangan buku teks mesti diganti dengan buku yang sama atau harga asal buku tersebut.
15 13. ALAT – ALAT SUKAN ( PJK ) 13.1 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan alatan sukan kecuali dengan kebenaran guru. 13.2 Semua murid hendaklah sentiasa berwaspada ketika menggunakan alatan sukan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain. 13.3 Alatan sukan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah selesai digunakan. 13.4 Pengambilan dan penghantaran hendaklah dicatat dalam buku yang telah disediakan. 13.5 Alatan sukan hendaklah disusun dan dikemaskini setiap kali selesai menggunakannya. 13.6 Pastikan alatan yang digunakan dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan mencukupi. 13.7 Murid tidak dibenarkan mengambil dan mengembalikan alatan sukan tanpa pengawasan guru. 13.8 Cuci dulu alatan tersebut sekiranya perlu sebelum disimpan di dalam bilik alatan / stor. 13.9 Pastikan bilik peralatan sukan berkunci sebelum meninggalkannya dan kunci perlu diserahkan kepada guru yang berkenaan. 13.10 Tindakan akan dikenakan terhadap murid yang tidak mengikuti peraturan ini. 13.11 Alatan yang rosak, cacat dan hilang hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru yang berkenaan. 14. TANDAS 14.1 Murid-murid hendaklah sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan tandas setiap masa. 14.2 Murid-murid hendaklah menggunakan tandas untuk membuang air kecil dan besar dengan betul dan berperaturan. 14.3 Semua murid dilarang keras membuang dan memasukkan batu, kayu atau sesuatu yang keras ke dalam lubang tandas sehingga boleh menyebabkan tandas tersumbat. 14.4 Murid-murid dilarang menggunakan tandas guru. 14.5 Kawasan tandas perempuan adalah kawasan larangan bagi murid lelaki dan begitu juga sebaliknya. 14.6 Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran guru. Kad kebenaran disediakan untuk 2 orang keluar dalam satu masa yang sama. 14.7 Semua murid dilarang merosakkan sesuatu yang berada di dalam tandas. 14.8 Jangan membuat bising semasa berada di dalam tandas dan juga sepanjang perjalanan pergi dan balik dari tandas. 14.9 Sekiranya didapati mana-mana murid yang bersalah maka tindakan yang setimpal akan dikenakan.
16 15. KANTIN SEKOLAH 15.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman kecuali pada waktu rehat. 15.2 Murid-murid hendaklah membuat barisan atau beratur ketika membeli atau mengambil makanan dan minuman. 15.3 Jaga kebersihan semasa makan dan minum, gunakan tong sampah untuk membuang sampah atau sisa-sisa makanan. 15.4 Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman yang dijual di luar kawasan sekolah. 15.5 Murid-murid dilarang memasuki bahagian dalam kantin. 15.6 Semua murid digalakkan membaca doa sebelum dan selepas makan ( murid Islam ). 15.7 Murid-murid hendaklah mematuhi arahan guru bertugas atau pengawas dari semasa ke semasa. 15.8 Murid-murid dikehendaki makan dan minum dalam keadaan duduk dan bersopan di meja yang disediakan, 15.9 Murid-murid dilarang makan dan minum di meja guru. 15.10 Murid-murid tidak dibenarkan menolong menjual di kantin. 15.11 Murid-murid dilarang keras menjual di kawasan sekolah. 16. PERATURAN AM 16.1 Murid-murid dilarang membawa barang-barang berikut ke sekolah : 16.1.1 Senjata berbahaya 16.1.2 Cecair pemadam ( liquid paper ) 16.1.3 Radio / Walkman 16.1.4 Kaset video dan cakera padat 16.1.5 Sebarang permainan komputer 16.1.6 Telefon bimbit 16.1.7 Buku-buku berunsur lucah 16.1.8 Semua jenis majalah kecuali majalah akademik 16.1.9 Gambar lucah 16.1.10 Mercun dan bunga api 16.1.11 Mancis dan pemetik api 16.1.12 Jam pintar
17 17. NOTIS KEBAKARAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BILA BERLAKU KEBAKARAN 1. BILA BERLAKU KEBAKARAN : i. Sesiapa yang ternampak kebakaran hendaklah segera memberitahu guru. ii. Murid atau guru yang terdekat dengan loceng hendaklah segera membunyikan loceng isyarat kecemasan atau isyarat-isyarat kecemasan yang lain yang sesuai. iii. Loceng hendaklah dibunyikan berterusan sehingga semua murid atau penghuni bangunan menyedari tentang kebakaran yang berlaku. iv. Guru atau murid yang tahu menggunakan alat pemadam api hendaklah segera menggunakan alat itu sekiranya api itu kecil dan boleh dipadamkan. v. Langkah awal menyiram dengan air dan menggunakan pasir boleh juga digunakan. 2. MENGOSONGKAN BANGUNAN : i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja tulis masing-masing sementara menunggu araha daripada guru yang berkenaan. ii. Guru akan memberitahu lorong, pintu dan tangga yang mesti digunakan untuk keluar dari bangunan itu, supaya mereka selamat ke tempat perhimpunan. iii. Murid-murid hendaklah turun mengikut tangga yang paling slamat dan hampir. iv. Murid-murid hendaklah bergerak segera dalam satu barisan meninggalkan bilik darjah mengikut jalan yang telah ditetapkan. v. Murid-murid mesti bergerak dengan senyap, tenang dan tidak terburu-buru atau berlari dan memotong rakan lain sehingga sampai ke tempat berkumpul. vi. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap atau ketawa semasa mengosongkan bangunan bagi membolehkan mereka mendengar arahan dengan jelas. vii. Murid atau guru yang berada di tandas, di tangga atau di lain-lain tempat hendaklah mengekori segera ke tempat perhimpunan. viii. Guru-guru yang berkenaan hendaklah mengekori barisan murid-murid tersebut dengan membawa buku daftar kedatangan. ix. Guru Besar, guru-guru dan kakitangan hendaklah pergi dengan segera ke tempat perhimpunan yang telah ditetapkan. Guru Besar akan menerima laporan dari guru-guru dan kakitangan yang mereka semua selamat. x. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang seperti baju, bag, buku dan lain-lain barang sehingga mendapat kebenaran dari Guru Besar atau Pegawai Bomba.
18 3. MEMANGGIL BOMBA i. Apa sahaja corak kebakaran yang berlaku di dalam bangunan itu samada kecil atau besar atau baru bermula, hendaklah menghubungi bomba dengan segera. ii. Penyampaian maklumat kepada bomba tentang kebakaran itu boleh dibuat melalui panggilan telefon atau terus pergi ke balai bomba. 4. TEMPAT BERKUMPUL i. Tempat berkumpul di tapak perhimpunan sekolah dan perubahan tempat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. ii. Murid-murid hendaklah berhimpun mengikut barisan darjah masing-masing dan berdiri rapat-rapat serta tidak dalam keadaan berselerak. 5. PANGGILAN BARIS i. Setelah sampai ke tempat berkumpul, nama-nama murid hendaklah dipanggil berpandukan buku daftar kedatangan. ii. Guru darjah hendaklah memastikan segera sama ada semua murid telah berada di tempat berkumpul. iii. Setelah selesai murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah mengisi semula bangunan tersebut seperti yang diarahkan oleh Guru Besar atau Pegawai Bomba. 6. ALIRAN PERJALANAN MURID / GURU / KAKITANGAN i. Jika arahan perjalanan yang ditentukan tidak selamat untuk dilalui, guru-guru hendaklah mengarahkan perjalanan murid mengikut arah yang difikirkan sesuai.
19 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAK ATAU MENGHADAPI KEBAKARAN 1. Latihan kecemasan kebakaran perlu diadakan untuk murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 2. Guru-guru dan kakitangan sekolah perlu dilatih menggunakan pemadam api. 3. Melawan kebakaran adalah perkara yang kedua, yang penting ialah keselamatan diri, murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah. 4. Tentukan alat pemadam api yang boleh digunakan dan berada di tempat yang sesuai. 5. Baldi yang berisi air dan pasir hendaklah disediakan. 6. Demonstrasi dan ceramai daripada Pegawai Bomba hendaklah diadakan dari semasa ke semasa. 7. Ingatlah ‘API’ semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. PERINGATAN 1. Senarai undang-undang dan peraturan sekolah ini tidak tamat di sini sahaja. Ia merangkumi arahan dan undangundang/peraturan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Peraturan yang baru atau sebarang pindaan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
20 Rujukan kami : SKM700-2/01 Tarikh : Kepada : ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- Tuan / Puan, PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN PERTAMA Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan …………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( …………………. Hari ) 2. Sila maklumi pihak sekolah dengan menunjukkan surat tunjuk sebab bertulis dan berhubung terus dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan kadar segera dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini. 3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan yang munasabah daripada ibubapa atau penjaga. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ Saya yang menurut perintah, ………………………………………………. ( ) Guru Besar SK Mawar, Sandakan s.k 1. Penolong Kanan HEM 2. Fail Guru Disiplin 3. Guru Kelas KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA 90000 SANDAKAN SABAH Tel : 089-632487 Fax : 089-632487 E-mel : [email protected] ____________________________________________________________________________________
21 Rujukan kami : SKM700-2/01 Tarikh : Kepada : ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- Tuan / Puan, PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN KEDUA Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan …………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( …………………. Hari ) 2. Sila maklumi pihak sekolah dengan menunjukkan surat tunjuk sebab bertulis dan berhubung terus dengan Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan kadar segera dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini 3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan yang munasabah daripada ibubapa atau penjaga. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ Saya yang menurut perintah, ………………………………………………. ( ) Guru Besar SK Mawar, Sandakan s.k 1. Penolong Kanan HEM 2. Fail Guru Disiplin 3. Guru Kelas KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA 90000 SANDAKAN SABAH Tel : 089-632487 Fax : 089-632487 E-mel : [email protected] ____________________________________________________________________________________
22 Rujukan kami : SKM 700-2/01 Tarikh : Kepada : ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- ----------------------------------------------- Tuan / Puan, PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH : AMARAN TERAKHIR Saya dengan ini memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan …………………………………………………………dari kelas ……………………………… telah tidak hadir ke sekolah dari……………………………………….. hingga…………………………………………….. ( …………………. Hari ) 2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan / puan memalui surat bil ……………………………………………….. pada …………………………………………….. dan surat bil …………………………………………………. Pada …………………………………………………………. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah tidak menerima sebarang jawapan dari tuan / puan. Diharap pihak tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah dengan kadar segera. 3. Mengikut Peraturan Sekolah, anak jagaan tuan / puan boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya tidakberjumpa dengan pihak sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ Saya yang menurut perintah, ………………………………………………. ( ) Guru Besar SK Mawar, Sandakan. s.k 1. Penolong Kanan HEM 2. Fail Guru Disiplin 3. Guru Kelas KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA 90000 SANDAKAN SABAH Tel : 089-632487 Fax : 089-632487 E-mel : [email protected] ____________________________________________________________________________________
23 Rujukan kami : SKM700-02/01 Tarikh : SURAT PERJANJIAN DAN PENGAKUAN BERKELAKUAN BAIK Saya .................................................................................. yang sedang menuntut di tahun .................................................................. dengan ini berjanji dan membuat pengakuan bahawa saya akan berkelakuan baik dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan – kesalahan yang boleh menyebabkan saya digantung / dibuang sekolah. Jika saya tidak menepati janji dan pengakuan yang telah saya buat ini, maka saya sedia menerima hukuman. Nama Penuh :.......................................................... No K / P ............................................ Tandatangan :.......................................................... ( Murid ) Saksi semasa pengakuan ini dibuat. Nama Penuh :........................................................... No K / P ............................................. Tandatangan : .......................................................... (Ibu/Bapa /Penjaga ) Disahkan Oleh, ............................................ ( ) Guru Disiplin SK. Mawar s.k - HEM - Fail Disiplin KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA 90000 SANDAKAN SABAH Tel : 089-632487 Fax : 089-632487 E-mel : [email protected] ____________________________________________________________________________________
24 Rujukan kami : SKM700-2/01 Tarikh : Tuan / Puan, PEPNGESAHAN PENGAMBILAN KEMBALI TELEFON BIMBIT DAN AKU JANJI Setelah membaca dan memahami syarat-syarat, saya ……………………………………………………………………………… Ibubapa/penjaga kepada …………………………………………………………………………… dari kelas …………………………. Mengesahkan bahawa saya telah mengambil kembali telefon bimbit milik anak/jagaan saya yang telah dirampas oleh pihak sekolah dalam keadaan baik dan bersetuju untuk memenuhi syarat-syarat berikut berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 i) Memastikan anak/jagaan saya tidak akan membawa telefon bimbit ke sekolah ii) Sekiranya anak/jagaan didapati melanggar peraturan ini untuk kedua kali, pihak sekolah dibenarkan untuk menyimpan telefon bimbit tersebut dan hanya akan dipulangkan pada hari terakhir sesi persekolah pada tahun ini Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. Yang benar, Disaksikan oleh, ………………………………………………. ……………………………………………….. Nama : Nama : Nombor KP : Jawatan : Nombor Telefon : Tarikh : Tarikh : s.k 1. Penolong Kanan HEM 2. Fail Guru Disiplin KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR JALAN SIBUGA 90000 SANDAKAN SABAH Tel : 089-632487 Fax : 089-632487 E-mel : [email protected] ____________________________________________________________________________________
25 CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI
26 CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKIDAN PEREMPUAN
27 CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
28 CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN
29
30
31 LENCANA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN MAWAR
32 Maksud Lencana Sekolah SK MAWAR SANDAKAN (SKMS) Warna Merah - Melanbangkan keberanian dan kecakalan hati warga SKMS untuk berazam dan bertekad merentasi segala halangan dan kesulitan untuk berjuang demi mencapai cita-cita kearah kecemerlangan pendidikan. Biru - Melambangkan kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan kepada setiap warga SKMS sebagai amalan hidup. Hijau - Melambangkan keperibadian dan sahsiah yang ingin dipupuk berlandaskan nilai-nilai murni dan keseimbangan insan dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Putih - Melambangkan kesucian, keihklasan dan kesungguhan dalam menimba ilmu untuk kecemerlangan pendidikan hingga ke tahap yang lebih tinggi.
33 Pengertian Lambang dalam Lencana Sekolah Bendera Sabah- - Melambangkan negeri yang kami duduki dan kasihi Buku - Melambangkan sebahagian daripada logo Kementerian Pelajaran, di mana segala amanah dan tanggungjawab yang telah diterima oleh semua guru / pendidik tetap akan ditunaikan dan disampaikan kepada murid-murid berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Bunga Raya - Melambangkan keharmonian hidup sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama di dalam sebuah Negara yang tercinta. Obor dan Gelung - Melambangkan kokurikulum tidak ditinggalkan agar keseimbangan antara keduanya dapat melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek kebolehan dan kemahiran. Mortarboard dan - Melambangkankecemerlangan akademik yang hendak dicapai hingga segulung ijazah bergelar seorang graduan. . Keseluruhan Lencana Bentuk Bunga Mawar - Melambangkan semangat kekitaan dan bersatu padu di kalangan semua warga sekolah, pendidik / guru SKMS, kakitangan bukan mengajar dan murid-murid di dalam melaksanakan tugasan, menyelesaikan masalah dan mengharungi segala kerumitan. Pecahan 3 ruang - Melambangkan 3 bidang Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum yang memainkan peranan saling bergantung di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk mentadbir sebuah organisasi sekolah. Cogan Kata Cemerlang, Cekal, Cekap, Cerdik - Kecerdikan yang sempurna, kecergasan fizikal dan Kecekalan yang mantap mampu melahirkan insan yang cemerlang.
34 LAGU SEKOLAH SK MAWAR SEKOLAH KITA SEKOLAH YANG CEMERLANG SK MAWAR SEKOLAH KITA CEMERLANG DI MALAYSIA SK MAWAR SEKOLAH KITA MURID-MURID BERDISIPLIN SK MAWAR CEMERLANG PADA SEPANJANG MASA *MURID BIJAK GURU PENYAYANG KITA BERSAMA JAYAKAN WAWASAN SEKOLAH KITA BERSIH DAN INDAH MURIDNYA TEKUN BELAJAR SK MAWAR SEKOLAH KITA SEKOLAH YANG CEMERLANG SK MAWAR SEKOLAH KITA CEMERLANG DI MALAYSIA SK MAWAR SEKOLAH KITA MURID-MURID BERDISIPLIN SK MAWAR CEMERLANG PADA SEPANJANG MASA *Korus
35 LAGU “NEGARAKU” Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja Kita Selamat Bertakhta
36 LAGU “SABAH TANAH AIRKU” (Lagu Negeri Sabah) Sabah Tanah Airku Negeri Kita Yang Tercinta Pemuda Pemudi Semua Marilah Bangunlah Bersatu Semua Marilah Bersama Serta Maju Jaya Merdeka Sepanjang Masa Bersatu Segala Bangsa Sentosa Sabah Negeri Merdeka
37 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang libral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN