The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Keunikan Rakyat Malaysia-Yeshwani Priya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeshwanipriya96, 2021-04-19 07:55:48

Yeshwani Priya - 5 Epsilon

Keunikan Rakyat Malaysia-Yeshwani Priya

Keunikan Rakayt Malayisa

Nama: Yeshwani Priya A/P Jegathisvaran
Kelas :5 Epsilon
PENDIDIKAN MORAL

Saya telah membuat
pilihan untuk menunjukkan
Keunikan Kaum
Kadazandusun

Asal Usul Kaum Kadazandusun

▪ KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang
terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani,
tetapi dengan perkembangan sosio- ekonomi yang dicapai oleh negara
Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang
perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden.Sebelum Sabah
merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai
Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah
mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama
"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh 'kerana
masih terdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung
identiti "Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan
menjadi"Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan
semangat "kesatuan" di kalangan mereka.

Bahasa Kaum Kadazandusun

▪ Suku kaum Kadazan-Dusun mempunyai bahasa tersendiri. Suku
kaum Kadazan dan suku kaum Dusun sebenarnya merupakan suku
kaum yang berbeza, tetapi berasal dari rumpun yang sama. Bahasa
kedua-dua suku kaum ini seakan-akan sama, cuma dibezakan oleh
sedikit perbezaan dalam ejaan dan sebutan.

▪ Contohnya, "rumah" disebut sebagai "walai" dalam bahasa
Dusun dan "hamin" dalam bahasa Kadazan. Banyak perkataan lain
yang hanya berbeza dari segi ejaan seperti "dua" iaitu "duo" dalam
bahasa Dusun dan "duvo" dalam bahasa Kadazan, dan "sembilan"
yang disebut "siam" dalam bahasa Dusun, dan "sizam" dalam
bahasa Kadazan. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang
sama seperti "satu" iaitu "iso" dalam kedua-dua bahasa dan "enam"
iaitu "onom".

Pakaian Kaum
Kadazandusun

Pakaian Lelaki

Gaung' ( baju lengan panjang), souva (
seluar panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru indigo, kaking
atau toogot (bengkung pinggang
hitam), siga (penetup kepala), dan tupi'
sinikat.

Pakaian Perempuan

• Jahitan utama
❖ Sinusuk bulus(Jahitan rantai) & Tantop (Jahitan Bulu)
• “Sinuangga”baju blaus lengan pendek & leher

berbentuk U dipakai oleh wanita muda
❖ Sulaman renda berwarna kuning keemasan dan merah

membawa maksud kejelitaan para gadis suku Kadazan
Dusun yang terkenal dengan kecantikan mereka.
• Butang Perak Betawi disalut emas
• Himpogot tali pinggang dibuat dari syiling perak
❖ Gabungan aksesori yang menjadi pelengkap sebagai
daya penarik

Makanan Tradisional Kaum Kadazandusun

Hinava

Noonsom

Pantang Larang Kaum Kadazandusun

Kelahiran

➢ Pantang Larang Ibu Mengandung

▪ . Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
▪ · Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
▪ · Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang
▪ · Tidak boleh makan buah mengandungi air
▪ · Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu-bibir anak sumbing
▪ · Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna

➢ Pantang Larang Sewaktu Bersalin

▪ . Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin
atau syaitan

▪ · Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan
nasi bercampur air

▪ · Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti
halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon
Gaiyah

▪ · Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara
memberi nama

Perayaan Kaum Kadazandusun

▪ Pesta Kaamatan disambut oleh masyarakat Kadazan-dusun sebagai meraikan tuaian yang
baik, tetapi pesta ini juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan ini
disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei.
Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian
tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh ’Bobohizan’ iaitu ketua pendita.

▪ Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai Tadau Kaamatan dalam bahasa
Kadazandusun. Masyarakat Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai
terdapat lima makhluk halus iaitu Kinoringan (Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod
(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia),
Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

▪ Ketika pesta Kaamatan diraikan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka
dan menari tarian Sumazau yang diiringi dengan alat muzik tradisi. Selain itu, tapai atau
arak beras dihidangkan sebagai minuman istimewa. Mereka juga akan menyapa sesama
sendiri dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Senarai Rujukan

➢Internet

▪ http://budakkenari.blogspot.com/2015/03/3-
kaum-kadazan-dusun-di-sabah.html

▪ http://aesvy16penyiaranislam.blogspot.com/2017/01/a
dat-resam-dan-pantang-larang-kaum.html

▪ https://izniza.wordpress.com/makanan-tradisional-
di-sabah/

▪ https://www.youtube.com/watch?v=yyNhEnIbJDU

Penutup

▪ Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup
dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu
membantu antara satu sama lain adalah merupakan
keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup
dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik
perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.


Click to View FlipBook Version