The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NOOR HAYATI BINTI JOHARI KPM-Guru, 2024-02-01 13:06:22

MAKMUR 2023-24

MAKMUR 2023-24

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGANMURID 2023/2024DIRASMIKAN OLEH : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung ( JPKK) EN. ALINUDIN BIN ISMAIL Tarikh: 2 Febuari 2024 Tempat: Dewan Ibnu Khaldun,SK Jengka Batu 13 Masa : 8:30am-12.05tengahari Hari : Jumaat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul untuk meraikan kejayaan anak-anak di MAKMur 2023/24. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar, ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir pada majlis hari ini. Kehadiran ibu bapa amat dihargai serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini bertambah akrab. Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini adalah usaha gigih pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama semua pihak. Permuafakatan, sikap saling membantu dan kerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut. Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan Batu 13 yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendididk dan membimbing anak-anak kami. Akhir kalam, saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat Rahmat dariNya. Sekian, terima kasih. ________ ( MOHD MUZRI BIN MOHD ARIFFIN ) Yang Dipertua PIBG SK Jengka Batu 13 Setitis Tinta YDP PIBG SK JENGKA BATU 13 1


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada semua yang hadir hari ini. Dengan penuh kegembiraan dan sukacita, kami mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid (MAKMur) 2023/24 ini. Terima kasih kepada setiap individu yang telah menyumbangkan masa dan usaha mereka untuk menjadikan majlis ini suatu kejayaan yang besar. Hari ini adalah satu hari yang istimewa di mana kita berkumpul untuk menghargai pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh semua pihak dalam menjayakan program-program dan projek-projek yang telah dilaksanakan. Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Selamat maju jaya dan semoga kejayaan terus mengiringi langkah kita semua. Terima kasih. ________ ( ROZAINI BIN SAHARUDIN ) Guru Besar SK Jengka Batu 13 Sekapur Sirih Seulas Pinang GURU BESAR SK JENGKA BATU 13 2


Aturcara Majlis 8:00 pagi Ketibaan ibu bapa / penjaga Ketibaan perasmi 8:30 pagi Ucapan alu aluan pengacara majlis Bacaan doa Nyanyian lagu Negaraku & lagu Negeri Pahang Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian oleh JPKK Kg BJengka Batu 13 9.oo pagi Persembahan Murid Tahun 3 - Sajak 9.2o pagi PENYAMPAIAN HADIAH - 1 Sijil Pra sekolah Tahun 1 hingga tahun 3 9.5o pagi Persembahan Murid Tahun 6 - Tarian 10.10 pagi REHAT Tayangan video PENYAMPAIAN HADIAH - 2 Tahun 4 hingga tahun 6 10.45 pagi 11.15 pagi PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH 2023/24 Tokoh Nilam Tokoh Ko-Kurikulum Tokoh Sahsiah Tokoh Akademik 11.40 pagi Penyampaian cenderahati kepada perasmi dan guru bantu. 11.45 pagi Persembahan Kumpulan Sewang Nyanyian Solo 12.05 tg.hari BERSURAI 3


Jawatankuasa Pelaksana PENGERUSI : EN. ROZAINI BIN SAHARUDDIN GURU BESAR NAIB PENGERUSI : PN. NAZIRAH BT MOHAMED YUSOH (GPK KOKURIKULUM) : EN. MUHD SHOAIR B ABDULLAH (GPK PENTADBIRAN) : EN. SY MUH. MUSTAQIM B. SIKH NAWAWI (GPK HEM) PENYELARAS : PN. SITI NOOR HAYATI BINTI JOHARI 4


5


Penerima Sijil PRA SEKOLAH 6


Anugerah matapelajaran Terbaik Tahun 1 7


Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 2 8


Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 3 9


Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 4 10


Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 5 11


Anugerah Matapelajaran Terbaik Tahun 6 12


Anugerah Tokoh Nilam Ko-Kurikulum Sahsiah Akademik 13


Nilam Anugerah Tokoh Puteri ke dua kepada En. Mohd Khairil Azrin bin Musa dan Pn. Nur Rawaida bt Rahmat dilahirkan pada 24 Februari 2011 di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan merupakan seorang pelajar yang tekun dan suka membaca. Setiap buku yang dibaca sentiasa di catat di dalam rekod NILAM. Seorang murid yang mempunyai hobi bersukan dan memasak ini, mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti. Murid yang berpegang kepada prinsip hidup “berusaha dan bertawakkal dan pantang menyerah kalah ” sentiasa komited dalam apa jua perkara yang dilakukan. Beliau juga telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengawas Perpustakaan Sekolah sejak dari darjah tiga lagi. Di atas kerajinan dan ketekunan beliau mencatat buku yang dibaca , Nur Munirah Izati bt Mohd Khairil Azrin diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Nilam 2023/24 . 14


Ko- Kurikulum Anugerah Tokoh Dilahirkan pada 25 Februari 2011 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang merupakan putera kedua kepada En. Khairul Azzahar bin Karim dan Pn. Roslinawati bt Muhamad . Merupakan seorang pelajar yang aktif dan cergas di sekolah serta berketerampilan yang baik. Seorang murid yang meminati subjek Matematik dan Sains serta suka bersukan untuk mengisi waktu lapang, menanam cita-cita untuk menjadi seorang tentera suatu hari nanti. Berpegang kepada prinsip hidup “Jangan membenci, hidup rendah diri, berfikiran positif, jaga silaturrahim dan jangan berhenti berdoa” dalam apa jua perkara yang dilakukan telah memberi semangat untuk murid ini mewakili sekolah dalam acara sukan di setiap peringkat . Beliau juga sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik dalam Kelab Doktor Muda sekolah dan Pengakap . Oleh itu, Mohd Haiqal bin Khairul Azzahar diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ko Kurikulum 2023/24 . 15


Sahsiah Anugerah Tokoh Tangisan manja puteri sulung kepada En. Rozaini bin Saharudin dan Pn. Noor Ruhaila bt Abdul Rashid terdengar pada 25 Mac 2011 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Seorang murid yang disenangi di kalangan rakan-rakan serta sering membentuk satu pasukan yang bekerjasama untuk membuat persembahan seperti tarian dan nyanyian dihadapan guru dan murid semasa majlis di skolah. Seorang murid yang suka melukis , menyanyi dan menari pada waktu lapang ini amat disenangi oleh semua guru kerana mempunyai sikap sebagai seorang pembimbing. dan pemimpin. JUST RELAXS..GO THROUGH WITH SMILE adalah prinsip hidup yang sentiasa disemat dihati . Meminati subjek Bahasa Inggeris dan ingin mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti. Aishah Afiqah bt Rozaini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Sahsiah 2023/24 . 16


Akademik Anugerah Tokoh 4 Januari 2011, telah lahirnya seorang putera kepada En. Roslan bin Abu Bakar dan Pn. Mazliani Mustafa di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah , Temerloh. Merupakan anak yang patuh kepada ibu dan bapa, ringan tulang membantu guru dan rakan ,seta sentiasa memastikan setiap tugasan atau kerja rumah disiapkan . Subjek yang paling diminati ialah Matematik dan Sains. Menanam impian untuk menjadi seorang Profesor pada suatu hari nanti dengan berpegang kepada prinsip hidup “takkan mengalah selagi tidak berjuang”. Beliau yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tangungjawab sebagai ketua pengawas sekolah pada tahun ini telah berjaya menjalankan tugas dengan baik. Tidak kekok dan malu untuk merujuk guru guru semasa belajar menjadikan beliau berjaya menguasai pelbagai subjek . Oleh itu Raziq Izhan b Roslan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik 2023/24 . 17


Catatan 18


Sajak Hari ini hari yang dinanti-nanti, Anugerah kecemerlangan datang lagi, Berlatih keras, tak pernah berhenti, Kami berusaha dengan tekad di hati. Guru-guru tersenyum ceria, Melihat bakat yang tidak terhingga, Mengajar dengan sabar dan gigih, Menyemai ilmu, mencorak jiwaku nan cemerlang. Di atas pentas ini, kami bertatap muka, Penuh harapan, semangat terus berkobar, Setiap usaha, kami lalui bersama, Menjadi individu yang cemerlang selalu. Kami terima anugerah ini dengan gembira, Bukti penghargaan untuk kejayaan kami, Terima kasih kepada semua yang ikut serta, Hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi kami. Dalam hidup kita, teruslah berusaha, Jangan pernah berhenti menggapai impian, Cemerlanglah dalam segala bidang, Kerana dari usaha, kejayaan akan datang menjamu. Hari Kecemerlangan Kita Dideklamasikan oleh : Anis Aqilah bt Rozaini & Nur Hana Alysha bt Alimin 19


Jawatankuasa kerja dan pelaksana Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid (MAKMur) 2023/24 SK Jengka Batu 13 Sekalung Penghargaan dengan ingatan tulus ikhlas merakamkan ucapan setiggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : En. Alinudin bin Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung ( JPKK) Kg. Jengka Batu 13 En. Mohd Muzri bin Arifin Yang Dipertua PIBG SK Jengka Batu 13 En Rozaini bin Saharudin Guru Besar SK Jengka batu 13 Barisan pentadbir AJK PIBG Guru-guru Ibu bapa Murid murid SK Jengka Batu 13 & semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID (MAKMur) 2023/24 20


Click to View FlipBook Version