The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-11-22 23:49:38

BUKU OACP MPKj 2022-2026 (23.11.2022)

BUKU OACP MPKj 2022-2026 (23.11.2022)

BAB 4

PEMANTAUAN
DAN PENILAIAN

4.1 MEKANISME PENYELARASAN DAN
PENILAIAN
4.2 FORMAT PELAPORAN OACP MPKJ

4.1 MEKANISME PENYELARASAN DAN PENILAIAN
Unit Integriti MPKj dengan kerjasama dari Jawatankuasa Pembangunan dan
Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MPKj yang telah dilantik
dari setiap jabatan dan unit di Majlis Perbandaran Kajang akan bertindak
sebagai penyelaras bagi pembangunan, pelaksanaan, pemantauan pelan
tindakan, dan pelaporan pencapaian OACP MPKj secara berkala. Dalam hal ini,
Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Organisasi
(OACP) MPKj akan mengemukakan pelaporan OACP MPKj kepada Unit Integriti
untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) mengikut suku tahun (Januari, April, Julai, Oktober).
Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) akan berfungsi sebagai mekanisme
tertinggi yang menerima laporan, membincangkan, membuat keputusan
dan memantau pelaksanaan OACP MPKj seperti yang dinyatakan dalam
perkara 6.1.8 - Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri No.1 Tahun
2019 Pemantapan Tadbir Urus, Integriti Dan Anti Rasuah Dalam Pengurusan
Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional.

51

4.2 FORMAT PELAPORAN OACP MPKj

JABATAN/ UNIT
BIDANG KEUTAMAAN
STRATEGI
OBJEKTIF STRATEGIK
TARIKH LAPORAN

BIL. PROGRAM/ KUMPULAN PELAKSANAAN TINDAKAN TARIKH CATATAN
AKTIVITI SASARAN
YANG AMBIL PELAKSANAAN

Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), MPKj 52

54

BAB 5

RUMUSAN

RUMUSAN
Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), MPKj telah menggariskan pelan tindakan
anti rasuah bagi tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun untuk
dilaksanakan. Berdasarkan kajian dan hasil dapatan penilaian semasa risiko
secara menyeluruh, sebanyak 22 inisiatif telah digariskan dan akan
diberikan keutamaan agar kelemahan dalam aspek integriti, governans
dan rasuah dapat ditangani dengan sistematik. OACP MPKj ini bertindak
sebagai kawalan dalaman yang memainkan peranan penting untuk
memastikan sebarang risiko rasuah dapat ditangani dengan berkesan.
OACP MPKj ini, ianya diharapkan bakal mewujudkan satu budaya kerja yang
berintegriti, anti rasuah dan beretika kepada warga kerja MPKj
khususnya. Perancangan seumpama ini hendaklah dilaksanakan
dengan komitmen yang tinggi di semua peringkat bagi memastikan ianya
tidak hanya sekadar teori semata-mata, tetapi berupaya memberi impak
yang besar kepada penyampaian perkhidmatan awam.

55

“Integriti ini ialah sesuatu
yang melibatkan tiga perkara dalam diri kita.

Pertama akal, kedua nafsu
dan ketiga ialah

perbuatan sama ada melalui lidah atau tangan.
Sekiranya akal gagal mengawal nafsu,

lidah dan tangan akan bermaharajalela.
Lalu terjadilah pencabulan
integriti dalam diri”

-Ketua Setiausaha Negara-

Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), MPKj 56





MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,

Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

BERETIKA KEHIDUPAN BERKUALITI
Kajang Bandar Pilihan Untuk Didiami | www.mpkj.gov.my

CETAKAN PERTAMA : NOVEMBER 2022
Sebarang penerbitan semula di dalam apa

jua bentuk penerbitan tidak dibenarkan
kecuali dengan kebenaran bertulis daripada

MPKj

Dicetak oleh :
Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang


Click to View FlipBook Version