The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS SEPTEMBER 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-09-27 02:51:32

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS SEPTEMBER 2022

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS SEPTEMBER 2022

“UCAPAN PEMBUKAAN”

YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.9/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

PADA
28 HB SEPTEMBER 2022 ( RABU )

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj

1

Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

Seterusnya,

2

Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MPKj
Stream )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.

3

UCAPAN PENGERUSI

A.PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama ahli mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 9
/2022, Majlis Perbandaran Kajang .

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
memutuskan pemakaian pelitup muka dalam
bangunan, kawasan dan ruang tertutup dijadikan
sebagai pilihan berkuatkuasa 7 September 2022.
Orang ramai amat digalakkan memakai pelitup
muka kerana ia terbukti mampu penularan
jangkitan. Pemakaian pelitup muka masih
diwajibkan bagi situasi kes positif Covid-19,
menggunakan perkhidmatan e-hailing, kapal
terbang serta bas, van pekerja, van sekolah dan

4

semasa berada di fasiliti kesihatan seperti
hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat
hemodialisis dan yang setara dengannya.

B. FOKUS UTAMA MPKj

(1) Elakkan penipuan daripada orang tengah
( scammer runner ) bagi urusan permohonan
lesen perniagaan, renovasi rumah dan lain-
lain yang berkaitan.

1.1 Baru-baru ini telah tular di beberapa
platform media sosial terdapat sekumpulan
individu yang telah melakukan kerja-kerja
meminta sogokan dan upah berkaitan
permohonan tambahan dan ubahsuai bangunan
dengan cara yang tidak sepatutnya. Perkara
seperti ini sebenarnya boleh dielakkan sekiranya
para pelanggan Majlis Perbandaran Kajang

5

sentiasa menggunakan saluran yang betul.
Adalah sentiasa diingatkan kepada para
pelanggan yang ingin berurusan dengan
pihak Majlis Perbandaran Kajang agar tidak
menggunakan perkhidmatan orang tengah
bagi urusan permohonan lesen perniagaan
dan permit penjaja, permohonan tambahan
ubahsuai bagi bangunan, kediaman dan
sebagainya.

1.2 Merujuk ulasan Jabatan Undang-
Undang MPKj :

1.2.1 Tiada undang-undang, peraturan dan / atau
dasar khusus di peringkat MPKj menghalang
penggunaan orang tengah atau “runner” bagi
sesuatu permohonan.
1.2.2 Walau bagaimanapun, semua urusan
permohonan di peringkat MPKj hendaklah

6

mematuhi proses kerja yang ditetapkan serta
tidak melanggar integriti dan profesionalisme
penjawat awam.
1.2.3 Pihak MPKj juga tidak akan
bertanggungjawab terhadap mana-mana
permohonan yang dibuat melalui orang tengah
atas pilihan pemohon sendiri.

1.3 Merujuk ulasan Jabatan Pelesenan
Dan Penjaja MPKj :
1.3.1 Jabatan Pelesenan dan Penjaja Majlis
Perbandaran Kajang menggalakkan supaya
pemohon/ pemilik perniagaan untuk
mengemukakan permohonan sendiri di kaunter
Jabatan Pelesenan dan Penjaja serta pemohon
boleh untuk mendapatkan maklumat berkaitan
prosedur, kelulusan penganjuran dan hal-hal lain
yang melibatkan pelesenan bagi mengelakkan

7

penipuan dan ‘scammer runner’. Dilampirkan
carta aliran kerja permohonan bagi permohonan
lesen tred perniagaan dan perindustrian.

1.4 Merujuk ulasan Jabatan Kawalan
Bangunan MPKj :
1.4.1 Berdasarkan UKBS Selangor 1986 (Bhgn
II) Klausa 3(1)(c) - permohonan renovasi rumah
( tidak termasuk pelan setara ) perlu

8

dikemukakan oleh pihak PSP ( Arkitek ).
Sebarang urusan oleh individu lain perlu
mendapat persetujuan pihak PSP terlebih dahulu
dengan memperoleh surat wakil. Bagi pelan
setara pihak pemilik adalah bertanggungjawab
untuk memperoleh pelan dan borang
permohonan dengan hadir sendiri ke kaunter
Jabatan Kawalan Bangunan MPKj.
1.4.2 Disyorkan pemilik rumah merujuk laman
web MPKj bagi mengetahui garis panduan
tambahan ubahsuai rumah bertanah yang
ditetapkan MPKj. Pemilik rumah boleh terus ke
kaunter Jabatan Kawalan Bangunan untuk
membeli Pelan Setara bagi binaan tambahan
ubahsuai yang berskala kecil seperti tambahan
dapur belakang, tambahan bumbung hadapan
(tempat letak kereta), bumbung sengkuap
(awning) dan pertukaran kemasan lantai

9

sediaada. Permohonan yang lengkap boleh
dikemukakan pemilik rumah sendiri ke kaunter
Jabatan Kawalan Bangunan untuk proses
kelulusan 24 jam.

10

(2) Arahan Persediaan Menghadapi Monsun
Timur Laut Dan Bencana Banjir Di Daerah
Hulu Langat

2.1 Pada 12 September 2022, YAB Perdana
Menteri menerusi kenyataan media
memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri dan Daerah (JPBN dan JPBD)
diarah diaktifkan segera untuk menghadapi
Monsun Timur Laut. Menurut laporan
kesiapsiagaan Jabatan Meteorologi Malaysia
(MET Malaysia) fasa peralihan Monsun akan
bermula pertengahan September sehingga
November. MET Malaysia menjangkakan
Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 bermula
November 2022 hingga Mac 2023. Semua
agensi terlibat khususnya di peringkat negeri dan
daerah (lokasi bencana) di arah supaya
memastikan kelancaran bantuan dengan

11

penyelarasan komunikasi yang cekap dan
efisien.

2.2 Selangor dijangka menerima taburan
antara 100 hingga 400 milimeter (mm) secara
purata mulai pertengahan September ini.
Sepertimana arahan daripada Y.A.B Dato’
Menteri Besar Selangor melalui surat hebahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
menggesa semua Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah (JPBD) bersiap-sedia
menghadapi kemungkinan banjir, banjir kilat dan
kejadian tanah runtuh. Pihak Berkuasa
Tempatan hendaklah sentiasa bersedia dari segi
petugas yang telah diberi latihan simulasi
bencana banjir, peralatan dan jentera sebagai
tumpuan kesiapsiagaan dalam keselamatan
nyawa dan kebajikan.

12

2.3 Menurut laporan Jabatan Pengairan dan
Saliran Malaysia, kawasan berisiko banjir
ditentukan berdasarkan kawasan yang pernah
mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk
terjadinya banjir pada masa akan datang. Berikut
adalah lokasi ‘hotspot’ fenomena banjir :

13

2.4 Majlis Perbandaran Kajang telah
laksana pelbagai usaha dan berada dalam
kesiapsiagaan dengan 20 keanggotaan Skuad
Pasukan Tindakan Segera (PANTAS MPKj)
yang sedia digerakkan bila-bila masa bersama
aset lengkap.

2.5 Aset dan kemudahan milik PANTAS
yang disediakan seperti kenderaan pacuan 4x4
Hilux – 2 unit, Bot – 5 unit, Lori Pengangkutan –

14

1 unit serta Peralatan Keselamatan dan
Kebersihan.

2.6 Antara usaha yang giat dijalankan oleh
pihak Majlis adalah dengan mempertingkatkan
keupayaan Skuad PANTAS daripada segi
kemampuan, peralatan dan aset untuk proses
evakuasi serta operasi mencari dan menyelamat
(SAR) yang lebih pantas dengan dibantu jabatan-
jabatan teknikal dalaman seperti Jabatan
Penguatkuasaan MPKj sentiasa bersiap sedia
dari segi keanggotaan dan logistik yang
berkaitan untuk bantuan semasa bencana banjir
berlaku. Jabatan Penguatkuasaan MPKj juga
akan menyelaras dengan pihak kontraktor yang
telah dilantik bagi penyediaan kenderaan tunda
bagi mengalihkan kenderaan yang tersadai
akibat bencana banjir. Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran Dan Kesihatan MPKj bersama –

15

sama dengan KDEBWM mengambil langkah
pencegahan awal dengan melaksanakan kerja –
kerja pembersihan longkang dan pembersihan
tersebut sentiasa dilaksanakan setiap bulan
mengikut jadual yang telah ditetapkan. Selain itu
juga, JPK melaksanakan kerja – kerja
pembersihan parit monsun dalam kawasan
pentadbiran MPKj bermula Mac 2022 sehingga
Oktober 2022 dan sebanyak 138 parit monsoon
telah dibersihkan secara berperingkat. Tindakan
ini adalah sebagai satu usaha berterusan yang
dilaksanakan oleh JPK bagi mengurangkan
risiko berlakunya banjir di dalam kawasan
pentadbiran MPKj. JPK dan KDEBWM juga turut
bersedia dalam segala kemungkinan yang akan
berlaku seperti banjir dengan menyediakan
jentera dan segala aset JPK bagi tugas – tugas
pembersihan. Manakala, Jabatan Kejuruteraan

16

MPKj bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja
dan pembaikan kecemasan serta Jabatan
Landskap Dan Rekreasi bertindak membantu
dari kesiapsiagaan jentera penyelenggaraan
pokok-pokok yang berisiko tumbang dan
merbahaya.
2.6 Pihak Majlis juga akan mengaktifkan bilik
gerakan banjir jika keadaan bencana banjir
menjadi semakin buruk.
2.7 Dewan-dewan MPKj juga akan bersiap
sedia bagi kegunaan sebagai bilik gerakan
pembersihan pasca banjir, penempatan
sukarelawan, penyediaan makanan dan pusat
pengumpulan sumbangan mangsa banjir.

17

2.8 Satu Simulasi penyelamatan bencana
banjir juga akan dilaksanakan bersama-sama
jawatankuasa pengurusan bencana daerah bagi
persediaan awal menghadapi bencana banjir.
2.9 Pihak Majlis juga akan sentiasa
berhubung rapat dan bekerjasama dengan
dengan jawatankuasa pengurusan bencana di
peringkat daerah serta di peringkat negeri.

18

(3) Yang Dipertua MPKj Sertai Program /
Lawatan Jaringan Kerjasama Institusi Dan
Industri Antarabangsa Di Bawah
Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri
Selangor Di Amerika Syarikat. MPKj bersedia
ke arah Bandar Ilmu.

3.1 Seperti yang sedia maklum, Y.A.B. Dato’
Menteri Besar Selangor telah mengumumkan
dalam Ucapan Belanjawan 2019 berhubung
Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi pelan
pelaksana di bawahnya sedang mengatur
strategi dan usaha bagi memastikan Negeri
Selangor terus ke hadapan baik dalam bidang
ekonomi, sosial dan alam sekitar. Strategi
terbaru yang dirancang adalah klusterisasi atau
pembangunan gugusan. Gugusan Pendidikan
pula melibatkan Gombak dan daerah-daerah di
Selatan seumpama Sepang dan Hulu Langat.

19

Dua (2) wilayah ini didapati mempunyai pusat
pengajian dan puluhan ribu pelajar dan idea
gugusan pendidikan ini divisual sebagai Boston
of Malaysia di mana wujudnya wilayah
pendidikan yang mempunyai ekosistem
pendidikan yang holistik dan dinamik.

3.2 Kajian yang sedang dijalankan ini
bertajuk Pelan Tindakan Gugusan Pendidikan
Negeri Selangor 2020-2025 dan tempoh
pelaksanaan kajian dijangka mengambil masa
enam (6) bulan. Lokasi kajian akan meliputi
kawasan Hulu Langat, Sepang dan Gombak.

3.3 Justeru, Projek Kerajaan Negeri
Selangor dengan kerjasama Kolej Universiti
Islam Antarabangsa (KUIS) untuk menjadikan
5km radius persekitaran dan KUIS menjadi
model Bandar Ilmu seperti Oxford dan Boston di
mana Bandar Putra Mahkota telah dipilih sebagai

20

Bandar Ilmu yang akan dikenali sebagai Bandar
Ilmu Putra Mahkota. Sehubungan dengan itu,
satu Program Jaringan Kerjasama Institusi dan
Industri Antarabangsa Di Bawah Jawatankuasa
Tetap Pendidikan Negeri Selangor telah
diadakan pada 18 September 2022 sehingga
23 September 2022 bagi memperkasa Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah Kerajaan
Negeri iaitu Pusat Pembangunan Kemahiran
Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang akan
memberi fokus kepada bidang latihan kemahiran
dan persijilan profesional dengan kerjasama
bersama pihak Apple Inc.

3.4 Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Tuan
Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
(Pengurusan) dan Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) juga dijemput untuk menghadiri di mana

21

ianya dihadiri oleh Tuan Haji Najmuddin bin
Jemain selaku Yang Dipertua, selain disertai oleh
pelbagai anak syarikat dan agensi di Negeri
Selangor.

(4) Sukan Malaysia 2022 (SUKMA Ke-20). 2
Sukan Angkat Mewakili MPKj

4.1 Sukan Malaysia atau SUKMA 2022 ke 20
anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)
telah berlangsung dari 16 September 2022
sehingga 25 September 2022 di Kuala Lumpur.
4.2 Majlis Perbandaran Kajang telah dilantik
oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis
Sukan Negeri Selangor (MSN) untuk menjadi
Bapa Angkat kepada dua (2) acara sukan iaitu ;
Sukan Angkat Berat ( Pasukan Angkat Berat
Negeri Selangor ) dan Sukan Memanah (
Pasukan Memanah Negeri Selangor ). Watikah

22

pelantikan Bapa Angkat kepada Jabatan /
Agensi telah disampaikan oleh Y.A.B Dato’
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amiruddin
Bin Shari pada 8 September 2022 di Dewan Raja
Muda Musa, Shah Alam.
4.3 Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang
bersama MPKj telah diadakan pada 7 September
2022 bertempat di Dewan Banquet Tingkat 7,
Menara MPKj.
4.4 MPKj telah menyampaikan bendera
serta sumbangan wang tunai berjumlah RM
2,000.00 setiap pasukan serta barangan berupa
baju kontinjen dan beg kepada Pengurusan dan
Atlit.
4.5 Pasukan Memanah Negeri Selangor
telah berjaya memenangi 1 pingat Emas, 2
Perak dan 2 Gangsa manakala Pasukan Angkat
Berat Negeri Selangor pula telah berjaya

23

memenangi 1 pingat Emas, 2 Perak dalam
kejohanan tersebut.
4.6 MPKj akan menganjurkan Majlis
Penyerahan Insentif kepada Atlet dan Pasukan
pada bulan Oktober depan.
4.7 Memandangkan Fasiliti serta Pusat
Latihan berada dalam kawasan pentadbiran
MPKj, pihak Majlis akan melihat dan menilai
mekanisma terbaik untuk membantu dari segi
pembangunan akar umbi bagi kedua-dua sukan
ini untuk jangka masa panjang.

24

Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;

C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM

TAKWIM PROGRAM BULAN SEPTEMBER
2022 SEMPENA JUBLI PERAK (25 TAHUN)
MPKj.

BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT

1. PROGRAM KAUNTER BERGERAK SEPANJANG SEPTEMBER
KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN 2022
(HEBAHAN DI LAMAN WEB
DAN MEDIA SOSIAL MPKj)

2. PESTA TANGLUNG DUN KAJANG 2022 4 SEPTEMBER 2022

TAMAN REKREASI

BANDAR MAHKOTA

CHERAS

3. MAJLIS RAMAH MESRA DAN MINUM 7 SEPTEMBER 2022,

PETANG SEMPENA SUKMA XX-MSN 2022 MENARA MPKj

(SUKAN ANGKAT BERSAMA YANG

DIPERTUA MPKj)

- BAPA ANGKAT SUKAN ANGKAT BERAT

DAN SUKAN MEMANAH

4. LAWATAN DAN SESI TEMUBUAL 7 SEPTEMBER 2022

PELAJAR AKADEMI KEPIMPINAN WANITA MENARA MPKj

(AKW) SELANGOR BERSAMA AHLI

MAJLIS WANITA MPKj

5. MPKj SERTAI BATTLE OF THE BAND DI 10 SEPTEMBER 2022
JELAJAH SENI & BUDAYA SABAK
BERNAM DATARAN SG.LANG

SABAK BERNAM

25

6. PESTA TANGLUNG PENYELARAS DUN 10 SEPTEMBER 2022
SEMENYIH
SETIA ECOHILL

WALK@SEMENYIH

7. BENGKEL SUMBANG SARAN 14 SEPTEMBER 2022
PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN MARRIOT PUTRAJAYA
PERBANDARAN PINTAR MPKj 2030

8. ZIARAH DAN SUMBANGAN 14 SEPTEMBER 2022
PENGURUSAN TERTINGGI KEPADA
ANAK SYURGA KAKITANGAN MPKj KEDIAMAN ENCIK

MASYADI MUSTAR

9. SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN PESTA 15 SEPTEMBER 2022

TANGLUNG MUHIBAH 2.0 PADANG AWAM

MPKj@SEMENYIH

10. LAWATAN PENANDA ARASAN MAJLIS 22 SEPTEMBER 2022
PERBANDARAN SEPANG KE MAJLIS MENARA MPKj
PERBANDARAN KAJANG
-PERKONGSIAN PENGURUSAN SISPAA

11. PROGRAM RIVER CARE DUN SEMENYIH 23 SEPTEMBER 2022
SEMPENA HARI SUNGAI SEDUNIA 2022 SUNGAI SEMENYIH

12. PROGRAM PENANAMAN POKOK 24 SEPTEMBER 2022

SEMPENA HARI HUTAN ANTARABANGSA KAKI BUKIT BROGA,

PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022 SEMENYIH

OLEH DYTM RAJA MUDA SELANGOR

13. JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA 24 SEPTEMBER 2022
SIHAT (ANMS) DAN HARI JANTUNG DATARAN
SEDUNIA PERINGKAT DAERAH HULU MPKj@STADIUM KAJANG
LANGAT

14. PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK 24 SEPTEMBER – 11
PERINGKAT MPP MPKj tahun 2022 OKTOBER 2022

15. PROGRAM KAYUHAN FOLDING MPKj KE 24 SEPTEMBER 2022
SUNGAI PERAK BIKE TRAIL MAJLIS PERBANDARAN
KUALA KANGSAR

26

16. LAWATAN MAJLIS BERSAMA JABATAN 30 SEPTEMBER -

(MBJ) MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 3 OKTOBER 2022
- INSENTIF DAN PENGHARGAAN (JUMAAT – ISNIN)

WAKIL PENGURUSAN DAN BANDUNG, INDONESIA

PEKERJA YANG TELAH

BERKHIDMAT DAN MENJALANKAN

TUGAS SEBAGAI MBJ MPKj.

- MENGUKUHKAN KERJASAMA

PIHAK PENGURUSAN DAN WAKIL

PEKERJA.

17. PERTANDINGAN PENGURUSAN TARIKH TUTUP
BANGUNAN BERSTRATA TERBAIK PENYERTAAN : 30
SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 SEPTEMBER 2022
TAHUN MPKj

1) JABATAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN, MPKj

1.1 Majlis Perbandaran Kajang akan
mengadakan Program Publisiti Dan
Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan
Majlis Perbandaran Kajang Selangor 2035
(Pengubahan 1) pada *20 Oktober 2022 ( *
tertakluk pindaan semasa ).

1.2 Program Publisiti & Penyertaan Awam ini
adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan

27

Peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) bahawa
sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan
untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi
peluang untuk memberi cadangan dan
mengemukakan bantahan.

1.3 Program ini juga menggalakkan
masyarakat untuk sama-sama terlibat dalam
perancangan pembangunan masa depan
kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Pemilik
tanah / orang yang berkepentingan boleh
mengetahui cadangan dan perancangan di atas
di lot masing-masing untuk tempoh sehingga
tahun 2035.

1.4 Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa
Kenderaan 2022 merupakan program tahunan
yang diadakan untuk mengurangkan

28

penggunaan kenderaan bermotor dan
perlepasan asap karbon monoksida yang boleh
menyebabkan pencemaran udara disamping
meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar
dikalangan masyarakat.

1.5 Merupakan inisiatif yang digariskan di
dalam Pelan Tindakan Perbandaran Rendah
Karbon Bandar Baru Bangi 2035.

- Program ini dianjurkan pertama kali pada 22hb
Oktober 2017 dan kemudiannya pada 11hb
November 2018 dan 8hb Disember 2019.

1.6 Pada tahun 2022, program ini dirancang
diadakan pada 16 Oktober 2022 (Ahad) di
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

1.7 Bandar Baru Bangi dipilih kerana
kawasan tersebut merupakan ‘pilot project’ dan
bandar perintis bagi Majlis dalam pelaksanaan
inisiatif hijau dan rendah karbon.

29

1.8 Antara pengisian program:
- Aktiviti santai (berjalan kaki, berbasikal,
berkasut roda dan papan luncur), Senamrobik,
Pertunjukan badut, Pemeriksaan Kesihatan
Percuma, Food truck, Pameran Rendah Karbon,
Urban Picnic dan Permainan tradisional. 500
peserta terawal akan diberikan baju dan medal.

30

1.9 Pemakluman ahli mesyuarat,

Permohonan Tukar Kegunaan Bangunan

sebelum ini diterima secara manual dan online.

JPP telah naiktaraf Sistem We Care Online

dengan menambah modul untuk

memperbaharui kelulusan tukar kegunaan

bangunan. Sistem We Care Online kini boleh

digunakan utk permohonan baru dan

memperbaharui. Oleh itu semua permohonan

perlu dikemukakan secara online sahaja.

31

2) JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT, MPKj

2.1 Sukacita dimaklumkan, Jabatan
Pembangunan Masyarakat akan menganjurkan
Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2022
bermula bulan September 2022 sehingga
Disember 2022. Penyertaan dibuka mulai 26
September 2022 sehingga 11 Oktober 2022.
Borang Penyertaan seperti dilampiran.

32

2.2 Sehubungan dengan itu, mohon jasa
baik Tuan/ Puan memaklumkan perkara ini
kepada Ahli Majlis dan menghebahkan kepada
Persatuan Penduduk di bawah Zon Tuan/ Puan.
Sebarang pertanyaan pihak Tuan/ Puan boleh
menghubungi Urusetia JPM, Puan Nur Izyan
Syazwani Binti Che Daud di talian 019-7097798
atau Encik Abbas Ali Bin Meera Hussain di talian
012-3385768.

33

2.3 MPKj Half Marathon 2022 akan
diadakan pada 16 Oktober 2022 (Ahad) bersekali
dengan Bandar Baru Bangi Tanpa Kenderaan
bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar
Baru Bangi, masa : 5.30 pagi. Sasaran
penyertaan sehingga 2,500 orang , penyertaan
sehingga kini adalah seramai 1,800 penyertaan.
Pendaftaran acara larian 21km telah penuh,
manakala acara larian jarak 10km dan 5km
masih dibuka penyertaan ticket2u.com .

34

3) JABATAN LANDSKAP DAN REKREASI,
MPKj

PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA
HARI HUTAN ANTARABANGSA (HHA)
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN
2022 – BERSAMA DYTM RAJA MUDA
SELANGOR SEMENYIH

Pada 24 September 2022 (Sabtu) yang
lepas, telah diadakan satu Program Penanaman
Pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa
(HHA) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.
Program yang dianjurkan dan diurus setia oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) ini
telah diperkenankan dan dirasmikan oleh Duli
Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor,
Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris
Shah Al-Haj.

35

Turut mengiringi pada program tersebut
adalah Dato’ Menteri Besar Selangor, barisan
EXCO Kerajaan Negeri Selangor, ketua-ketua
jabatan / agensi di peringkat negeri dan daerah
termasuk Tuan Timbalan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Kajang, Tuan Kamaruzaman bin
Salimin. Program bersempena sambutan Hari
Hutan Antarabangsa ini telah memilih Daerah
Hulu Langat sebagai tuan rumah dengan lokasi
kaki Bukit Broga, Semenyih sebagai lokasi rasmi
pada program kali ini. Sebanyak 2,000 batang
pokok pelbagai spesies termasuk pokok hutan
telah ditanam dengan disertai seramai 500 orang
peserta, dengan lokasi penanaman di sepanjang
laluan masuk utama ke kaki bukit dan puncak
Bukit Broga. DYTM Raja Muda Selangor turut
berkenan menanam sebatang pokok Merbau (

36

Malacca Teak atau Instia Palembanica ) yang
merupakan Pokok Rasmi Kebangsaan dan telah
melancarkan satu Aplikasi Penanaman Pokok di
bawah kendalian pihak JPNS, dengan
menyasarkan 25 juta batang pokok di tanam di
Negeri Selangor bagi tempoh 5 tahun sehingga
tahun 2026. Usai selesai majlis perasmian dan
pokok, DYTM Raja Muda Selangor juga telah
berkenan melawat ke Pameran Agensi Dan NGO
di tapak program. Dalam pada itu, reruai
pameran Majlis Perbandaran Kajang telah
dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan
Pameran Agensi Terbaik melibatkan 10
penyertaan daripada pelbagai jabatan, agensi
dan pihak NGO. Pameran berkonsepkan tempat-
tempat menarik di Kajang ini bertepatan dengan
tema yang telah ditetapkan dan direkahias
dengan konsep alam semulajadi secara

37

minimalis, dengan adunan hiasan tumbuhan asli
tropika serta elemen gantungan bahan pameran
secara abstrak dan perincian seni halus.

Pihak urus setia JPNS juga telah
merakamkan penghargaan & terima kasih di atas
komitmen dan kerjasama yang terbaik pihak
MPKj dalam membantu menyelaras & membuat
persiapan bagi menjayakan program ini. Antara
jabatan dalaman MPKj yang terlibat secara
langsung dalam menjayakan program ini adalah
Jabatan Landskap Dan Rekreasi (JLR), Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan
(JPK), Jabatan Penguatkuasaan (PGK), Jabatan
Kejuruteraan (KEJ), Jabatan Khidmat
Pengurusan (JKP), Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JPM) dan Unit Perancangan
Korporat Dan Perhubungan Awam (UKK).

38

4) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj

4.1 RINGKASAN OPERASI GEMPUR LOKASI
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI
KAWASAN PENTADBIRAN MPKj BAGI
BULAN SEPTEMBER 2022

4.1.1 Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan
Sampah Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.

4.1.2 Jumlah sitaan bagi bulan SEPTEMBER
2022 (sehingga 23/09/2022) adalah sebanyak
12 BUAH LORI TELAH DISITA dan 12

39

KOMPAUN telah dikeluarkan bagi kesalahan
pencemaran alam sekitar oleh Majlis
Perbandaran Kajang dibawah Undang-undang
Kecil- Pemungutan, Pembuangan, dan
Pelupusan Sampah Sarap Majlis Perbandaran
Kajang 2007.

4.1.3 Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori
adalah seperti berikut :-

BIL LOKASI KOORDINAT MUKIM BILANGAN KENDERAAN YANG DI SITA BAGI TAHUN 2022
3.0038755,101.7739618 KAJANG JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS JUMLAH
1 KAMPUNG SIMPANG BALAK
000000010 1

4 DESA BUDIMAN 3.066713,101.81625 CHERAS 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1
2 JALAN KUARI SUNGAI LONG 7
5 RINCHING HULU 3.096378,101.805992 HULU 003000040 4
LANGAT

2.925045,101.870590 SEMENYIH 0 0 0 0 0 1 0 3 0

3 TAMAN UNIVERSITI LOT 908 2.944808,101.801079 KAJANG 000000005 5

6 TAMAN PUSARA, TWIN PALMS 3.0313490,101.7996360 CHERAS 225123100 16
003001043 11
7 BUKIT AMPANG 3.123464,101.810906 HULU 000012020 5
LANGAT 000000052 7
0 2 4 1 2 2 0 13 2 26
8 BLACK WATER 3.0734835,1018040686 CHERAS

9 KOLAM AIR PANAS, SUNGAI SERAI 3.090148,101.796661 HULU
LANGAT

10 LAIN-LAIN KAWASAN (TIDAK DIJALANKAN SELURUH KAWASAN PENTADBIRAN
SECARA KOMERSIAL) MPKJ

JUMLAH KESELURUHAN 2 4 15 2 5 9 1 33 12 0 0 0 83

4.1.4 JPK juga telah mengenalpasti sebuah (1)
tapak sampah haram yang aktif pada ketika ini

40

dan disyorkan untuk dimasukkan sebagai senarai
tapak operasi statik:

i. Tapak sampah haram Kolam Air
Panas Sungai Serai,
Rekod Tindakan:
a. Sitaan lima (5) buah kenderaan
pada Ogos 2022 dan dua (2)
buah kenderaan pada September
2022.

4.1.5 Majlis Perbandaran Kajang akan terus
komited dalam membanteras kegiatan
pembuangan sampah secara haram bagi
memastikan masalah ini dapat diselesaikan
untuk menjamin kualiti hidup masyarakat di
kawasan Majlis Perbandaran Kajang.

41

4.2 RUMUSAN SITUASI WABAK DENGGI
DAERAH HULU LANGAT ( SEHINGGA 24
SEPTEMBER 2022 )
4.2.1 Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 25,587 kes dengan 5 kematian.

4.2.2 Daerah Hulu Langat berada di
kedudukan ke-2 tertinggi dengan jumlah kes
terkumpul sebanyak 5,845 kes melibatkan 3
kematian. Jumlah kes denggi di Hulu Langat
telah meningkat sebanyak 43.7% pada tahun
2022 berbanding 2021 iaitu sebanyak 2557 kes
dengan 3 kematian pada minggu Epid ke-
38/2022.

4.2.3 Kes terkumpul dibawah pentadbiran
MPKj sehingga 24 September 2022 (Epid 38)
telah merekodkan sebanyak 4,543 kes dengan 3
kematian.

42

4.2.4 Untuk kes daftar mingguan demam
denggi dibawah pentadbiran MPKj sehingga 24
September 2022 (Epid 38) adalah sebanyak 118
kes.
4.2.5 Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak 51
lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 4 lokaliti
Hotspot merangkumi DUN Semenyih (1) dan
DUN Kajang (3).
4.2.6 Jumlah keseluruhan lokaliti wabak
dibawah seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN
Kajang – Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 &
22 (Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 10 lokaliti, Hotspot (3), Tidak Terkawal
(1) , Terkawal (6) & Baru (0) telah didaftarkan.

43

44

45

5) UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN
PERHUBUNGAN AWAM, MPKj

Hebahan mulai 1 September 2022,
permohonan Pelekat Kenderaan OKU Percuma
Majlis Perbandaran Kajang adalah secara dalam
talian melalui Sistem e-OKU@MPKj di laman
web rasmi www.mpkj.gov.my

46

D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di

Mesyuarat Majlis Bil.9/2022. Terima kasih.

47


Click to View FlipBook Version