“TEKS UCAPAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
1
2
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHI
WABARAKATUH
SELAMAT SEJAHTERA DAN SELAMAT
PETANG
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin
Bin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
Yang Berhormat Dato’ Haji Haris Bin Kasim
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
3
Yang Berhormat Dato’ Teng Chang Kim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,
Perdagangan & Perindustrian Dan Industri
Kecil Dan Sederhana (IKS), Negeri Selangor
Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Tempatan, Pengangkutan Awam dan
Pembangunan Kampung Baru Negeri
Selangor
Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau,
Hal Ehwal Orang Asli dan Jawatankuasa
Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh
4
dan Tao Negeri Selangor merangkap Ahli
Dewan Negeri (ADN) Kajang
Yang Berhormat Datuk Haji Hasanuddin Bin
Mohd Yunus
Ahli Parlimen Hulu Langat
Yang Berhormat Tuan Dr. Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Bangi
Yang Berhormat Tuan Haji Mazwan Bin
Johar
Ahli Dewan Negeri Sg.Ramal
Yang Berhormat Puan Wong Siew Ki
Ahli Dewan Negeri Balakong
5
Ahli-Ahli Majlis,Majlis Perbandaran Kajang
YBrs. Dr. Ani Binti Ahmad
Pegawai Daerah Hulu Langat
YBrs.Tuan Ir. Zulfaizal Bin Mat Zin
Jurutera Daerah Hulu Langat
YBrs. Tuan Ir.Sv.Kalaiselvam a/l Velayudan
Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran
Daerah Hulu Langat
Rakan-rakan Agensi Daerah yang hadir
Seterusnya,
6
Pengarah – Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua
Bahagian dan Unit, Pegawai-Pegawai Kanan
Majlis Perbandaran Kajang
Warga Kerja Majlis Perbandaran Kajang
Serta,
Wakil dari Media TV dan Akhbar
7
UCAPAN ALU-ALUAN
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) dan Selawat ke atas Nabi Muhammad
SAW di atas limpah dan kurnianya, pada petang
penghulu hari Jumaat dengan mengambil
keberkatan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
sukacitanya menganjurkan Pelancaran
Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) Majlis
Perbandaran Kajang, Perasmian Kaunter
Bersepadu serta Majlis Pecah Tanah Pusat
Asrama Pekerja Asing (PAPA) yang akan
disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat
(Y.A.B) Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri
Besar Selangor.
8
Saya amat berterima kasih kepada Y.A.B
Dato’ Menteri Besar Selangor, YB EXCO
Kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Tertinggi
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
YB Parlimen, YB Adun, Ahli-Ahli Majlis dan
Rakan-rakan Agensi Daerah, wakil Media Berita,
Seluruh Warga Kerja Majlis Perbandaran Kajang
serta hadirin yang dikasihi sekalian dapat hadir
bersama-sama meraikan majlis pelancaran pada
hari ini.
Majlis Perbandaran Kajang telah ditubuhkan
secara rasminya pada 1hb Januari 1997. Majlis
Perbandaran Kajang telah mencapai usia 25
tahun status penubuhan Perbandaran genap 1
Januari 2022. MPKj pada hari ini merealisasikan
pencapaian penubuhan Majlis - 25 tahun dengan
Sambutan Jubli Perak menganjurkan pelbagai
inisiatif, insentif, program dan tawaran sepanjang
tahun 2022 ini antaranya adalah ;
9
a.Perasmian Kaunter Bersepadu
b.Penjenamaan Pelekat Kenderaan Rasmi
Majlis Perbandaran Kajang
c.Baucar Khas Bayaran Cukai Taksiran
RM10.00 untuk pembayaran setahun melalui
sistem e-bayar Majlis Perbandaran Kajang bagi
tahun 2022 untuk 5,000 akaun pembayar cukai
taksiran terawal bulan Januari 2022 dan 5,000
akaun pembayar cukai taksiran terawal bagi
bulan Februari 2022 yang membuat transaksi
bayaran bil cukai taksiran setahun di tahun 2022.
Tujuan Majlis Perbandaran Kajang
melaksanakan insentif ini sebagai penghargaan
kepada pembayar cukai, menggalakkan
pembayar cukai membuat bayaran melalui e-
bayar dan menggalakkan pembayar cukai
10
mengemaskini maklumat pegangan dan
maklumat pemilik.
d.Diskaun 100% ke atas fi notis semasa,
tunggakan fi notis, waran tahanan semasa
dan tunggakan waran tahanan bagi
pembayaran secara penuh.
e.Pengurangan kompaun letak kereta dengan
tawaran bayaran RM10.00 dalam kawasan
pentadbiran MPKj bermula 1 Januari 2022
hingga 31 Januari 2022 kini dilanjutkan
sehingga 28 Februari 2022 bagi memberi
peluang bayaran kompaun dijelaskan pada
tahun 2022 ini. Pembayaran kompaun boleh
dibuat melalui aplikasi telefon pintar ‘ Smart
Selangor Parking’ dan ‘Flexi Parking’ dengan
memilih menu ‘Scan & Pay’. Bayaran di kaunter
11
utama MPKj, kiosk dan kaunter bergerak juga
diterima bagi pelaksanaan kempen ini.
f.Potongan sebanyak 25% bagi kos sewaan
Dewan-dewan Komuniti MPKj selama
sebulan pada bulan Mei 2022.
g. Insentif pengurangan sebanyak 50%
bayaran sewaan bulan Disember melibatkan
premis-premis milik MPKj seperti pasar awam,
gerai-gerai/ kiosk/ upen kepada penyewa yang
telah membuat bayaran sewaan untuk setahun.
h. Insentif pengurangan 25% bayaran sewa
premis milik MPKj untuk 6 bulan kehadapan.
12
i.Insentif pengurangan 15% caj sewaan
premis milik MPKj bagi bulan Disember
kepada penyewa yang membuat bayaran sewa
sehingga suku tahun kehadapan.
j. Pengurangan bayaran bagi proses pindah
milik harta ( Borang I ) dari RM50 kepada
RM40 bagi tempoh sebulan iaitu pada Julai
tahun 2022.
Kaunter Bersepadu Majlis Perbandaran
Kajang yang baharu siap renovasi pada tahun
lepas (2021) menawarkan Kaunter
Perkhidmatan Teras MPKj iaitu; Perkhidmatan
Kaunter Bayaran Hasil, Kompaun,
Perkhidmatan Permohonan Baru dan
Pembaharuan Pelesenan, Perkhidmatan
Permohonan Sewaan Dewan-dewan Komuniti
13
MPKj, Perkhidmatan Permohonan Pelekat
Kenderaan OKU Negeri Selangor serta
Perkhidmatan Pelbagai.
Ciri-ciri kaunter ini adalah terbuka, one stop
centre (pusat sehenti perkhidmatan PBT) dan
mudah diakses apabila memasuki bangunan
Menara MPKj.
Kemudahan seperti Kaunter Penyayang-
iaitu keutamaan menyediakan perkhidmatan
kepada pelanggan kurang upaya (OKU) dan
warga emas turut dibuka, kemudahan lif dan
eskalator, kawasan parkir pihak pelanggan serta
dilengkapi dengan kiosk bayaran cukai taksiran
dan kompaun (self-service payment kiosk) serta
mesin ATM (Mesin Perbankan). Kaunter Pandu
Lalu ( Drive-Thru ) juga turut dibuka bagi
memenuhi keperluan dan kepuasan pihak
pelanggan yang berurusan dengan PBT-MPKj.
14
Untuk makluman hadirin, teknologi peranti
dan aplikasi turut digunakan bagi
meningkatkan kecekapan sistem
penyampaian perkhidmatan Majlis seperti
Mesin Pengimbas Kod Bar Bil Cukai Taksiran
dan Kompaun, Aplikasi e-Lesen MPKj dan
Respons Rakyat Kajang bagi mengemukakan
aduan, cadangan dan pertanyaan am.
Saya mewakili seluruh warga kerja Majlis
Perbandaran Kajang amat menghargai
sumbangan dan komitmen pelbagai pihak
khususnya pihak pelanggan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai
pembayar cukai yang setia dan MPKj berharap
mendapat sokongan dan dokongan daripada
Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Kerajaan
Negeri Selangor, Wakil-wakil Rakyat di
pentadbiran MPKj, Ahli-Ahli Majlis serta
Pemegang Taruh untuk MPKj bergerak seiring
15
maju ke hadapan bersama PBT-PBT di negeri
Selangor khususnya mahupun di seluruh
Malaysia. Mencipta nama dan menerima
Anugerah Penghargaan Bandar Mampan
2021 kategori Majlis Perbandaran dan
Pencapaian Terbaik SDG11 2021 daripada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan PLANMalaysia (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa) dengan skor
95.16% bersempena Sambutan Hari
Perancangan Bandar Sedunia Peringkat
Kebangsaan pada 9hb November 2021 tahun
lepas. MPKj telah mencapai tahap mampan
melebihi skor 85%. Bandar mampan merupakan
sebuah bandar yang mampu mengekalkan
kelestarian dan pembangunan sosial, ekonomi,
fizikal dan pentadbiran bersepadu dan
berterusan.
16
MPKj juga telah menunjukkan pencapaian
positif dalam penunjuk sistem MURNInets 2.0
iaitu dari segi pertumbuhan aktiviti ekonomi,
pelaburan swasta, kuantiti penyediaan
perumahan dan kemudahsampaian yang tinggi
kerana kawasan pentadbiran MPKj berkeluasan
78,761 hektar dengan kedudukan strategik yang
bersempadan dengan ibukota Kuala Lumpur dan
pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Mempunyai keluasan hutan yang luas iaitu lebih
kurang 40% dari kawasan pentadbiran diliputi
oleh kawasan hijau telah menyumbang kepada
pencapaian mampan dalam penunjuk gunatanah
serta pemuliharaan hutan dan pembangunan
pelancongan.
Pelaksanaan inisiatif dan program Local
Agenda 21 tahunan juga memberi impak aspek
keselamatan, pengurusan sisa pepejal melalui
pusat kompos MPKj di Nurseri Bandar Baru
17
Bangi, pemprosesan minyak masak terpakai dari
sisa komersil, penjaja dan pasar serta program
komuniti dengan penerapan amalan kitar semula
3R yang berterusan. Disokong pula pengurusan
kewangan yang efisien juga telah menerima skor
pencapaian yang baik. Kejayaan ini menjadi
aspirasi warga kerja MPKj untuk sentiasa kekal
komited memberikan perkhidmatan terbaik
kepada penduduk tempatan.
Insya Allah MPKj dapat mengharumkan
nama sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang
terunggul, cemerlang, dan berintegriti yang akan
memberi kebanggaan dan manfaat positif
kepada Kerajaan Negeri Selangor serta
penduduk-penduduk di dalam kawasan
pentadbiran Majlis. Seiring dengan aspirasi MPKj
menuju ke arah Bandaraya yang berdaya huni,
mampan dan mencapai kelestarian alam sekitar
menjelang tahun 2025 (seperti yang dizahirkan
18
dalam Pelan Strategik Majlis Perbandaran
Kajang 2021-2025).
Saya akhiri ucapan aluan dengan serangkap
pantun;
Sambutan Jubli Perak Penyeri Majlis,
Perkhidmatan Diberi Untuk Masyarakat Terbilang,
Bangunkan Negara, Harumkan Nama Majlis,
MPKj 25 Tahun Gemilang dan Cemerlang.
Sekian, terima kasih.
19