The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2021-09-23 09:29:03

TEKS UCAPAN PROGRAM RIVER CARE 2021

TEKS UCAPAN PROGRAM RIVER CARE 2021

TEKS UCAPAN
YB EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF

ADN DUSUN TUA

DI PROGRAM RIVER CARE BAGI DUN
DUSUN TUA TAHUN 2021 DAN

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

PADA
24 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT)

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
MASJID UBUDIAH KAMPUNG SUNGAI

RAYA, BATU 9, CHERAS

1

TERIMA KASIH TUAN PENGACARA
MAJLIS,

YANG DIHORMATI,
EN MOHD FARHAN BIN HAZIQ
AHLI MAJLIS MPP ZON 2, MAJLIS
PERBANDARAN KAJANG

YANG BERUSAHA,

IR. SV KALAISELVAM A/L VELAYUDAN

JURUTERA DAERAH, JABATAN

PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH HULU

LANGAT

PUAN NURSHAZWANI BINTI MOHAMAD
OSMAN
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA , JABATAN PERANCANGAN

2

PEMBANGUNAN, MAJLIS PERBANDARAN
KAJANG

TUAN HAJI NORLISMAN BIN HJ ABU
KETUA KAMPUNG, KAMPUNG SUNGAI
RAYA BATU 9, CHERAS

KETUA-KETUA UNIT DARI MAJLIS
PERBANDARAN KAJANG

WAKIL-WAKIL AGENSI

BESERTA

KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI RAYA BATU
9, CHERAS, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
YANG DIHORMATI SEKALIAN

3

Assalamu'alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi kepada
semua.

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa
sukacita dan bertuah kerana dapat bersama-
sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada
hari yang mulia ini bersempena dengan
Program River Care Bagi DUN Dusun Tua
Tahun 2021 dan Sambutan Hari Sungai
Sedunia Peringkat Daerah Hulu Langat
yang diadakan pada pagi yang berbahagia ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat kerana

4

sudi bersama-sama dengan Majlis
Perbandaran Kajang dalam menganjurkan
program River Care Bagi DUN Dusun Tua
2021 dan Sambutan Hari Sungai Sedunia
Peringkat Daerah Hulu Langat 2021 pada
pagi ini.

Untuk makluman semua, Penganjuran
Program River Care dan Sambutan Hari
Sungai Sedunia 2021 ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk memupuk semangat cintai
alam semula jadi dan kepentingan
tanggungjawab bersama dalam memelihara
alam dari berlakunya pencemaran dan
kerosakan. Selain itu, ia juga merupakan
medium utama dalam menjalinkan hubungan
kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan
masyarakat setempat.

5

Program ini adalah dalam bentuk
pemberian alat-alat pembersihan kepada
pihak MPKK yang aktif dalam pengurusan
komuniti tempatan. Dua (2) MPKK dipilih
dalam program ini iaitu MPKK Kampung
Sungai Raya, Batu 9, Cheras dan MPKK
Batu 16 Dusun Tua, Hulu Langat. Adalah
diharapkan pihak MPKK menerima alat-alat
tersebut serta menggunakan secara baik
dalam melaksanakan program pembersihan
pada masa akan datang. Persekitaran yang
bersih boleh menjamin kualiti air dan kesihatan
kita semua.

Para Hadirin Sekalian,

Pencemaran sungai merupakan satu isu
kritikal yang seringkali diperkatakan dan

6

menjadi masalah bukan sahaja di MPKj tetapi
di seluruh negeri dan negara. Ia bukan sahaja
memberi impak negatif kepada kehidupan
harian kita, malah ia turut mengganggu
ekosistem hidupan marine, flora dan fauna.
Oleh itu program seperti ini adalah dilihat perlu
bagi mendidik seluruh komuniti setempat
supaya dapat menjaga alam sekitar dengan
baik dengan cara rawatan kualiti air sungai
menggunakan mud ball. Tanggungjawab
untuk memastikan kebersihan dan kualiti air
sungai-sungai di kawasan MPKj ini adalah
tanggungjawab kita bersama. Justeru itu, saya
berharap keprihatinan dan usaha Urusetia LA
21 Kajang dalam melaksanakan program ini
perlu diteruskan dari masa ke semasa.

7

Hadirin yang dihormati,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan
tahniah dan syabas kepada ahli-ahli
Jawatankuasa Penganjur serta semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, atas usaha menganjurkan Program
River Care dan Sambutan Hari Sungai
Sedunia 2021 ini. Saya berharap kempen ini
akan dijadikan sebagai landasan bukan sahaja
untuk menyedarkan masyarakat setempat
akan pentingnya penjagaan kebersihan dan
kualiti air sungai tetapi masyarakat umum juga.

Walaupun kita tidak dapat memberikan
sumbangan yang besar kepada bumi kita
namun dengan menyertai program ini
sebenarnya ia merupakan titik tolak kita untuk

8

mengekang pelbagai permasalahan yang
bakal timbul kesan daripada pencemaran
sungai pada masa akan datang.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
dan sukacitanya, saya merasmikan Program
River Care bagi DUN Dusun Tua dan
Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat
Daerah Hulu Langat 2021.
Sekian, terima kasih.

9


Click to View FlipBook Version