“TEKS UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.11/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
PADA
23 HB NOVEMBER 2022 ( RABU )
JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT CEMPAKA PUTIH 1,
TINGKAT 7, MENARA MPKj
1
Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
2
Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian dan Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MP
Kajang TV )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.
3
UCAPAN PENGERUSI
A.PENGENALAN
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama Ahli Mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil. 11
/2022, Majlis Perbandaran Kajang.
Sukacita saya ingin menghebahkan kepada
semua hadirin dan pentadbiran Majlis
Perbandaran Kajang, selaras dengan keputusan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke
27/2022 pada 26 Oktober 2022 bagi Arahan
Penggunaan Slogan, Logo dan Lagu
dalam Surat Rasmi, Paparan
Urusan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor
termasuk Laman Web Jabatan dan Agensi,
Majlis Rasmi Kerajaan Negeri/ Agensi, Billboard
4
Digital / fizikal PBT dan TV Selangor yang telah
berkuat kuasa serta-merta melalui edaran
Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor Bilangan 4 Tahun 2022.
5
B. FOKUS UTAMA MPKj
(1) Setahun Sambutan Jubli Perak (25 Tahun)
MPKj. Kemuncak Jamuan Makan Malam Pada
23 Disember 2022 (Jumaat) Di Bangi Resort
Hotel
1.1 Pada Disember 2022 genap setahun
Majlis Perbandaran Kajang meraikan Sambutan
Jubli Perak ( 25 Tahun ) penubuhan Pihak
6
Berkuasa Tempatan bertaraf Majlis
Perbandaran. Pelancaran Sambutan Jubli Perak
telah diadakan pada 28 Januari 2022 awal tahun
lepas bersekali dengan Majlis Perasmian
Kaunter Bersepadu Menara MPKj dan Majlis
Perasmian Pecah Tanah Pusat Asrama Pekerja
Asing (PAPA) di Balakong.
1.2 Pelbagai insentif dan tawaran istimewa
bersempena Jubli Perak MPKj telah diberikan
kepada orang awam bagi membantu
menyelesaikan bayaran tunggakan cukai
taksiran dengan menikmati 100% Diskaun Ke
Atas Fi Notis & Waran Tahanan, menawarkan
Baucar Khas (RM10.00) Cukai Taksiran MPKj
2022 terhad kepada 5000 pemegang akaun
bulan Januari dan Februari 2022 menggunakan
E-Bayar. Tawaran penyelesaian tunggakan
kompaun letak kereta sebanyak RM10.00
7
bermula Januari hingga Februari 2022. Mulai 1
November 2022, MPKj melalui Jabatan Undang-
Undang telah melancarkan sekali lagi Kempen
Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta
sebanyak RM 10.00 kepada orang awam
seterusnya menikmati Tawaran Penyelesaian
Kompaun Sehingga 90% bagi kesalahan-
kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang
Kecil terpilih. Tawaran dilanjutkan sehingga 31
Disember 2022.
1.3 MPKj juga memberi potongan sebanyak
25% bagi kos sewaan Dewan-dewan Komuniti
selama sebulan pada bulan Mei 2022. Selain itu,
pemberian pengecualian bayaran caj denda
lewat pembaharuan pelesenan sehingga 28
Februari 2022 sedikit sebanyak memberi
manfaat kepada orang awam semasa pasca
covid-19.
8
1.4 MPKj juga prihatin kepada golongan
peniaga pasar, penyewa gerai mikro-upen
dengan insentif pengurangan sebanyak 50%
bayaran sewaan bulan Disember 2022 bagi
pembayaran sewaan untuk tempoh setahun.
Insentif pengurangan 25% bayaran sewa premis
milik MPKj untuk 6 bulan kehadapan. Insentif
pengurangan 15% caj sewaan premis milik MPKj
bagi bulan Disember kepada penyewa yang
membuat bayaran sewa sehingga suku tahun
kehadapan.
1.5 Manakala, Jabatan Penilaian MPKj turut
memberi pengurangan bayaran bagi proses
pindah milik harta ( Borang I) dari RM50.00
kepada RM40.00 bagi tempoh sebulan iaitu pada
bulan Oktober 2022.
1.6 Program-program kemasyarakatan bagi
pasca covid-19 dan semasa fasa peralihan
9
negara ke endemik sehingga kini telah
dilaksanakan dengan jayanya seperti
pemakluman takwim bulanan di mesyuarat majlis
sebelum ini, antaranya Lebuh Kopi Kajang yang
berjaya membawa tarikan sektor perniagaan
daripada usahawan-usahawan baru pasca
covid-19. Program lain ; Bazar Ramadan
Mampan 2022, Open House MPKj@Kajang,
SUKMES MPP, Penanaman 350 Pokok
Sumbangan Sunlife Malaysia di Taman Rekreasi
Sg.Chua Kajang, Pelancaran Bulan
Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan
penyertaan Konvoi Motosikal Kembara Merdeka
sejauh 78km. Program Bandar Baru Bangi Pagi
Tanpa Kenderaan dan MPKj Half Marathon,
Kayuhan Santai 25 Tahun MPKj ke Pengkalan
Balak Melaka dan Sungai Perak , Menaikkan dan
mengibarkan bendera Jubli Perak MPKj di
10
Puncak Gunung Kinabalu (GK9) serta banyak
lagi.
1.7 MPKj turut menganjurkan pertandingan
terbuka penyertaan kepada orang awam, wakil
institusi, sekolah-sekolah, persatuan penduduk
taman perumahan, premis perniagaan dengan
menawarkan hadiah yang menarik sepanjang
sambutan jubli perak seperti; Pertandingan
Kutipan Minyak Masak Terpakai 2022, Kebun
Komuniti, Anugerah Sekolah Hijau
2022,Pertandingan Kejiranan Terbaik Peringkat
MPP MPKj bermula September – Disember
2022, Pertandingan Tik Tok Merdeka
Challenge@MPKj, Pertandingan Pengurusan
Bangunan Berstrata Terbaik dan Pertandingan
Fotografi MPKj 2022 yang telah bermula dari 12
Oktober hingga 30 November 2022.
11
1.8 Justeru itu, sebagai penghargaan dan
menzahirkan ucapan terima kasih, kemuncak
meraikan genap setahun sambutan jubli perak
12
(25 tahun) penubuhan MPKj, sukacitanya
menganjurkan Majlis Makan Malam Jubli
Perak 25 Tahun MPKj yang akan diadakan pada
23 Disember 2022 ( Jumaat ) jam 8.00 malam
di Bangi Resort Hotel.
1.9 Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan Pegawai
Majlis Perbandaran Kajang dijemput hadir
bersama-sama menjayakan dan meraikan Majlis
Makan Malam Jubli Perak MPKj yang akan
diadakan Insya-Allah bulan hadapan-
23/12/2022.
13
(2) Tahniah Kepada Parti Pemerintah Yang
Berjaya Membentuk Kerajaan. Penghargaan
Kepada Petugas Pilihan Raya Umum Ke-15
Bahagian P.101 Hulu Langat
2.1 Penghargaan yang tidak terhingga
diberikan terutamanya kepada Penolong
Pegawai Pengurus Parlimen / Awal / Pos / DUN
/ Urusetia serta Petugas-petugas di Pejabat
Pegawai Pengurus yang bertungkus-lumus
mengatur gerak kerja bagi memastikan
kelancaran pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-
15 (PRU-15) Bahagian Parlimen P.101 Hulu
Langat yang telah berlangsung pada 19
November 2022 (Sabtu) lepas bertempat di
Dewan Seri Cempaka MPKj, Saujana Impian
Kajang. Selain daripada itu, tidak lupa juga
kepada Warga Kerja MPKj yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung dalam
14
memastikan penyampaian perkhidmatan tidak
terjejas sepanjang proses PRU-15 ini
berlangsung.
2.2 Secara keseluruhannya untuk Bahagian
P.101 Hulu Langat daripada 167,700 jumlah
pengundi yang berdaftar, calon Parti Pakatan
Harapan (PH-Amanah) iaitu Y.B. Tuan Mohd
Sany bin Hamzan telah memperolehi majoriti
undi sebanyak 14,896. Ini menjadikan bilangan
undi bagi parti PH berjumlah 58, 382 dan
sekaligus Y.B. Tuan Mohd Sany bin Hamzan
diangkat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi Pilihan
Raya Parlimen P.101 Hulu Langat. Manakala
bagi Bahagian P.102 Bangi, Tuan Syahredzan
bin Johan calon daripada Parti PH (DAP)
diangkat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi Pilihan
Raya Parlimen P.102 Bangi setelah
15
memperolehi majoriti undi sebanyak 69,701,
menjadikan bilangan undi berjumlah 141,568.
2.3 Saya mengucapkan tahniah kepada Y.B.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan dan Tuan
Syahredzan bin Johan di atas kemenangan ini
dan menjadi wakil bahagian P.101 Hulu Langat
dan P.102 Bangi di dalam Dewan Rakyat nanti.
Diharapkan juga YB / Tuan dapat memberikan
idea-idea yang baik dan bernas demi
memastikan kebaikan dan kebajikan rakyat di
Negeri Selangor terpelihara serta meningkatkan
taraf sosio ekonomi dan infrastruktur khususnya
di kawasan Hulu Langat dan di kawasan Bangi
yang berada di bawah pentadbiran MPKj.
Semoga kemenangan ini dapat memberikan
suntikan semangat kepada YB / Tuan untuk terus
menabur bakti dalam memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat khususnya di Hulu
16
Langat dan Bangi dan di Negeri Selangor secara
amnya.
(3) Kesiapsiagaan PANTAS MPKj Pada Musim
Monsun Timur Laut (MTL)/ Musim Tengkujuh
3.1 Majlis Perbandaran Kajang kekal
bersiapsiaga kemungkinan bencana banjir
berikutan musim hujan lebat pada beberapa
minggu kebelakangan ini dengan kekuatan 20
keanggotaan Skuad Pasukan Tindakan Segera
(PANTAS) MPKj bersama 100 tambahan
anggota kakitangan dan penguatkuasa jabatan
dalaman MPKj yang sedia digerakkan serta-
merta bersama aset lengkap.
3.2 Aset MPKj seperti Bot telah ditempatkan
di Kompleks Penghulu Mukim Cheras Batu 10
dan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat
17
Batu 14 sebagai persediaan penyelamatan dan
mobilisasi bantuan pantas ketika bencana.
3.3 Bilik Gerakan Bencana MPKj telah
diaktifkan serta-merta yang beroperasi 24 jam
mulai November sehingga Disember 2022. Saya
juga ingin menghebahkan Talian Bilik Gerakan
Bencana MPKj adalah 1-800-88-1144.
3.4 Pada 17 November 2022 (Rabu) lepas
saya telah membuat tinjauan ke Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah
Kebangsaan Ulu Semenyih yang telah dibuka
berikutan hujan lebat sepanjang minggu lalu
yang menempatkan mangsa-mangsa banjir di
lokasi Kg.Hulu Semenyih melibatkan 7 keluarga.
3.5 Orang awam yang menduduki dalam
kawasan pentadbiran MPKj diminta berhati-hati
dan sentiasa peka dengan keadaan semasa di
18
kawasan masing-masing serta diminta untuk
melaporkan jika terdapat kecemasan atau aduan
dengan menghubungi Talian Bilik Gerakan
Bencana MPKj.
Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;
C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM JABATAN
(1) Takwim Program Majlis Perbandaran
Kajang Berlangsung Sepanjang November
2022 Sempena Jubli Perak (25 Tahun).
BIL PROGRAM TARIKH/ TEMPAT
1. Program Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Sepanjang November 2022
Taksiran Dan Pelesenan (Hebahan di laman web
dan media sosial MPKj)
2. Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya 5 November 2022 (Sabtu)
Umum Ke-15 P.101 Hulu Langat
3. Pengundian Awal Pusat Pengundian P.101 15 November 2022 (Selasa)
Hulu Langat
19
4. Yang Dipertua MPKj Membuat Pelancaran 16 November 2022 (Rabu)
Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk ‘Piling’ Balakong
Bagi Pembinaan ‘CLQ’ Swasta Di
Balakong
5. Pegawai Pengurus P.101 Hulu Langat 17 November 2022
Mengikuti Lawatan YBhg. Datuk Seri Mohd (Khamis)
Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KPPA) ke Pusat
Penjumlahan Rasmi Undi PPRU Bagi
Bahagian Pilihanraya Parlimen P.102
Bangi.
6. Taklimat Dan Semakan Peti Undi Bagi 18 November 2022
Pilihan Raya Umum Ke-15 P.101 Hulu (Jumaat)
Langat Dewan Seri Cempaka MPKj
7. Lawatan Pegawai Pengurus (RO) 19 November 2022 (Sabtu)
Pilihanraya P.101 Parlimen Hulu Langat
Ke Pusat-Pusat Pengundian.
8. Proses Pembukaan Sampul B Undi Pos. 19 November 2022 (Sabtu)
9. Proses Pengiraan Undi Bagi Parlimen 19 November 2022 (Sabtu)
P.101 Hulu Langat Di Pusat Penjumlahan Dewan Seri Cempaka MPKj
Rasmi Undi.
10. Pengumuman Keputusan Rasmi Pilihan 19 November 2022 (Sabtu)
Raya Umum Ke-15 Bahagian P.101 Dewan Seri Cempaka MPKj
Parlimen Hulu Langat.
20
11. Audit Pemantauan SIRIM 2022 28 – 30 November 2022
(Isnin - Rabu)
Menara MPKj
(2)JABATAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN, MPKj
Pengiktirafan Gombak-Hulu Langat Geopark
(GHL Geopark) Sebagai Geopark
Kebangsaan
21
2.1 Gombak-Hulu Langat Geopark telah
mendapat pengiktirafan Geopark Kebangsaan
pada 14 November 2022 dan seterusnya ke arah
pengiktirafan UNESCO Global Geopark pada
tahun 2025.
2.2 Pengiktirafan ini akan memberi impak yg
tinggi kepada Geo Pelancongan di negeri
Selangor dan memperkasakan masyarakat
setempat melalui keterlibatan dalam rangkaian
geopark kebangsaan dan global.
2.3 GHL Geopark merupakan geopark
pertama di Selangor dan yang ke tujuh di
Malaysia selepas Sarawak Delta Geopark.
2.4 Pengiktirafan ini telah dilakukan di dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan
Bil.2 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
KeTSA, YBhg. Dato' Haji Rosli Bin Isa.
22
2.5 Berkeluasan 112,955 hektar ia meliputi
kawasan daratan dan sesaran air panas mewakili
warisan geologi bertaraf kebangsaan, warisan
biologi dan budaya istimewa.
2.6 Kejayaan pengiktirafan ini adalah satu
kebanggaan buat Negeri Selangor dan seluruh
rakyat Negeri Selangor!
2.7 Tahniah kepada urusetia, Jabatan
Perancangan Pembangunan dan semua
jabatan-jabatan yang terlibat seperti JPPK, JPM,
JLR, JKP, Jabatan Penguatkuasaan, Korporat
dan lain-lain kerana usaha yang gigih dan
kerjasama yang padu dalam menjayakan
pengiktirafan Gombak Hulu Langat Geopark
sebagai Geopark Kebangsaan.
2.8 Terima kasih dan tahniah juga kepada
Badan Pelaksana GHL Geopark dan agensi lain
23
seperti PlanMalaysia Selangor, Tourism
Selangor, Jabatan Perhutanan, LUAS, IKTBN,
SK Dusun Tua, Geo-Komuniti Hulu Langat,
Ketua Penghulu, Ketua Kampung, Penduduk
Daerah Hulu Langat & semua yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakan
pengiktirafan ini.
2.9 Kini, MPKj bersama-sama Majlis
Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran
Ampang bergerak ke arah pengiktirafan
UNESCO Global Geopark bagi merealisasikan
hasrat Kerajaan Negeri Selangor.
24
(3)JABATAN UNDANG-UNDANG, MPKj
3.1 Jabatan Undang-Undang MPKj
melaporkan ;
25
(4) JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT, MPKj
4.1 Saya ingin menghebahkan kepada
semua Ahli Majlis dan MPP / Wakil Komuniti Zon
masing-masing jemput hadir memeriahkan
Sambutan Hari Diabetes SEDUNIA 2022 di Tasik
Cempaka, Bandar Baru Bangi pada tarikh 10
Disember 2022 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi
26
hingga 12.00 tengah hari. MPKj juga akan
menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Bil.
4/2022 pada sambutan Hari Diabetes SEDUNIA
dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan,
Kaunter Bergerak Bayaran Cukai Taksiran dan
Pelesenan sebagai kemudahan orang ramai
menjelaskan cukai taksiran penggal akhir tahun
ini dan membuat pembaharuan lesen perniagaan
untuk tahun 2023.
27
(5) UNIT INTEGRITI, MPKj
5.1 Majis Perbandaran Kajang (MPKj)
meneruskan agenda pencegahan rasuah
dengan melancarkan Pelan Anti Rasuah
Organisasi (OACP) Majlis Perbandaran Kajang
bagi tahun 2022-2026 di Lobi Menara MPKj.
5.2 Selari dengan hasrat Kerajaan yang
inginkan Malaysia dikenali dengan integritinya,
bukan kerana rasuahnya, saya amat berharap
28
warga kerja MPKj komited mendukung aspirasi
tersebut bagi memastikan Malaysia menjadi
sebuah negara yang bebas rasuah. Justeru,
Pelan OACP MPKj yang telah dibangunkan
secara kolektif sebagai platform yang kukuh ke
arah usaha membudayakan integriti di kalangan
warga MPKj dalam penyampaian perkhidmatan
kepada masyarakat.
5.3 OACP MPKj dirangka dengan Visi “ke
arah melahirkan warga kerja Majlis
Perbandaran Kajang yang berintegriti tinggi
dan bebas rasuah” dengan Misi
“memperkasakan governans, integriti dan
anti rasuah melalui pengukuhan dan
pematuhan terhadap undang-undang,
peraturan dan arahan yang berkuatkuasa”
berdasarkan empat (4) bidang keutamaan iaitu
pentadbiran, sumber manusia dan
29
pelanggan, pengurusan kewangan dan
perolehan, penguatkuasaan dan undang-
undang serta kawalan pembangunan. Bagi
tujuan tersebut, sebanyak empat (4) strategi
dan empat (4) objektif strategik yang telah
digariskan dan 22 pelan tindakan perlu
dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai
matlamat OACP MPKj.
5.4 Majlis Perasmian akan dianjurkan
selepas selesai Mesyuarat Majlis pagi ini,
dijangka dihadiri seramai kira-kira 100 orang
terdiri daripada Ahli Majlis, Pengarah Jabatan
dan Unit, SPRM Negeri Selangor, Unit Integriti
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli
Jawatankuasa OACP MPKj dan warga kerja
MPKj.
5.5 Semoga OACP MPKj ini, dapat
mewujudkan satu budaya kerja yang berintegriti,
30
antirasuah dan beretika kepada warga kerja
MPKj khususnya dan Negeri Selangor amnya.
Perancangan seumpama ini hendaklah
dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi di
semua peringkat bagi memastikan ianya tidak
hanya sekadar teori semata-mata, tetapi
berupaya memberi impak yang besar kepada
penyampaian perkhidmatan awam.
(6) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj
6.1 Penambahbaikan Kutipan Sisa
Pepejal di Kampung Tradisi Di Sepanjang
Jalan Hulu Langat.
6.1.2 Sebanyak 104 buah tong ‘leach bin’ telah
diletakkan di sepanjang bahu jalan JKR untuk
kegunaan penduduk kampong di dalam kawasan
31
Hulu Langat, Beranang, Sungai Ramal dan
Sungai Tangkas.
6.1.3 Perkhidmatan Secara Percuma (CSR)
sebagai satu inisiatif dari MPKj bagi membantu
penduduk melupuskan sampah dengan cara
yang betul. Walau bagaimanapun, CSR yang
diberikan lebih 10 tahun memberikan impak yang
tinggi kepada MPKj berikutan peningkatan sisa
domestik dan sisa pukal tanpa kawalan di tong –
tong yang telah disediakan. Berdasarkan kajian
yang dijalankan penduduk kampung telah
menjana lebih kurang 11 tan sehari sampah
domestik dan 18 tan sampah pukal dalam masa
seminggu.
6.1.4 Susulan daripada itu, Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPK)
merasakan MPKj perlu mengenakan caj bayaran
perkhidmatan kutipan sampah kepada penduduk
32
kampung yang berada di Hulu Langat kerana
jumlah janaan sampah bersamaan dengan
sampah yang dijana di Kampung Batu 9, Cheras,
Kampung Baru Semenyih dan Kampung Baru
Sungai Chua.
6.1.5 MPKj juga dalam proses mengalihkan
semua tong ‘leach bin’ yang ditempatkan di bahu
jalan JKR dan akan dipindahkan di dalam
kawasan kampung bagi memastikan sampah
yang dibuang oleh penduduk tidak menganggu
lalu lintas.
6.2 Ringkasan Operasi Gempur Lokasi
Pembuangan Sampah Haram Di Kawasan
Pentadbiran MPKj Bagi Bulan November 2022
6.2.1 Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan
Sampah Haram telah dijalankan oleh Jabatan
33
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.
6.2.2 Jumlah sitaan bagi bulan November 2022
(sehingga 17/11/2022) adalah sebanyak 11
BUAH LORI TELAH DISITA dan 11 KOMPAUN
telah dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran
alam sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang
dibawah Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.
6.2.3 Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori
adalah seperti berikut :-
34
BIL LOKASI KOORDINAT BILANGAN KENDERAAN YANG DI SITA BAGI TAHUN 2022
MUKIM
1 KAMPUNG SIMPANG BALAK
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS JUMLAH
3.0038755,101.7739618 KAJANG 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 3 4
4 DESA BUDIMAN 3.066713,101.81625 CHERAS 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1
2 JALAN KUARI SUNGAI LONG 10
5 RINCHING HULU 3.096378,101.805992 HULU 00300004201 5
LANGAT
2.925045,101.870590 SEMENYIH 0 0 0 0 0 1 0 3 0 1 0
3 TAMAN UNIVERSITI LOT 908 2.944808,101.801079 KAJANG 0 0 0 0 0 0 0 0 5 1 0 6
6 TAMAN PUSARA, TWIN PALMS 3.0313490,101.7996360 CHERAS 2 2 5 1 2 3 1 0 0 0 0 16
12
7 BUKIT AMPANG 3.123464,101.810906 HULU 00300104301 5
LANGAT 14
40
8 BLACK WATER 3.0734835,1018040686 CHERAS 0 0 0 0 1 2 0 2 0 0 0
9 KOLAM AIR PANAS, SUNGAI SERAI 3.090148,101.796661 HULU 00000005315
LANGAT
10 LAIN-LAIN KAWASAN (TIDAK DIJALANKAN SELURUH KAWASAN PENTADBIRAN 0 2 4 1 2 2 0 13 5 10 1
SECARA KOMERSIAL) MPKJ
JUMLAH KESELURUHAN 2 4 15 2 5 9 1 33 18 13 11 0 113
6.3 Rumusan Situasi Wabak Denggi Daerah
Hulu Langat ( Sehingga 19 November 2022)
a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 31,822 kes dengan 8
kematian.
35
b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
2 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 7,440 kes melibatkan 4 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 13.8% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 3,978 kes
dengan 0 kematian pada minggu Epid ke-
46/2022.
c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 19 November 2022 (Epid 46) telah
merekodkan sebanyak 5,730 kes dengan 4
kematian.
d. Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 19
November 2022 (Epid 46) adalah sebanyak
133 kes.
36
e. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak
66 lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 7
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Balakong
(4), DUN Kajang (2) & DUN Semenyih (1).
f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang
– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 12 lokaliti, Hotspot (1), Tidak
Terkawal (2) , Terkawal (9) & Baru (0) telah
didaftarkan.
37
D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.11/2022.
Terima kasih.
38