The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PENGHARGAAN YDP MPKj MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN BAYAR DAN MENANG CUKAI TAKSIRAN MPKj 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2021-10-30 04:49:37

TEKS UCAPAN PENGHARGAAN YDP MPKj

TEKS UCAPAN PENGHARGAAN YDP MPKj MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN BAYAR DAN MENANG CUKAI TAKSIRAN MPKj 2021

“ TEKS UCAPAN ”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

1

2

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera
Terima kasih pengacara majlis,
Encik Shahrul Nizam Bin Hussian dari Jabatan
Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj

Majlis Perbandaran Kajang mengalu-alukan
kehadiran para Tetamu Jemputan;
Pemenang-pemenang Cabutan Bertuah
Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran
MPKj 2021

Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat

3

Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

Yang Berusaha
Tuan Mohd Raiz Bin Radzuan
(Timbalan Yang Dipertua)

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
Pengarah – Pengarah Jabatan, Ketua Unit
dan
Rakan – Rakan Media

Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan
puan-puan melapangkan masa memenuhi
jemputan MPKj bagi sama-sama meraikan Majlis
Penyampaian Hadiah Kempen Bayar dan
Menang Cukai Taksiran MPKj 2021.

4

UCAPAN YDP MPKj

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT
dan junjungan Nabi Muhammmad SAW, pada
pagi ini kita semua dapat hadir di Majlis
Penyampaian Hadiah Kempen Bayar Dan
Menang Cukai Taksiran Majlis Perbandaran
Kajang bagi tahun 2021.

Saya merakamkan rasa penghargaan dan
terima kasih sekali lagi kepada hadirin yang hadir
di pagi ini, setelah sekian lama program-program
majlis tidak dapat dilaksanakan secara
bersemuka dengan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP 1.0 dan 2.0 )
seluruh negara. Program-program rasmi
kerajaan ditangguhkan dan hanya dilaksanakan
secara maya (online) bagi mengelakkan
sebarang jangkitan virus Covid-19.

5

Saya ingin memaklumkan kepada hadirin
sekalian, majlis dan program rasmi kerajaan
yang dianjurkan hendaklah mengikut sop yang
telah ditetapkan oleh pihak MKN bagi negeri di
Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 terkini.
( merujuk perkara 12 PPN-SOP Fasa 4 )

6

Pada 12 Oktober 2021(Selasa) yang lalu, di
bawah program INSENTIF CUKAI TAKSIRAN
TAHUN 2021, Majlis Perbandaran Kajang telah
mengumumkan Nama Pemenang Hadiah
Cabutan Bertuah bagi KEMPEN BAYAR &
MENANG CUKAI TAKSIRAN yang telah
dilancarkan pada awal tahun bermula 1 Januari
hingga 28 Februari 2021.

Penyertaan secara automatik kepada
pemilik pegangan individu yang menjelaskan
bayaran cukai taksiran untuk setahun/ 2
penggal.

Di majlis yang berbahagia pagi ini, Majlis

Perbandaran Kajang sukacitanya

menyampaikan Hadiah-hadiah Bonanza

Cabutan Bertuah Kempen Bayar dan Menang

Cukai Taksiran MPKj 2021 kepada para

pemenang yang sangat bertuah telah terpilih di

sesi cabutan yang lepas.

7

Program Insentif Cukai Taksiran Majlis
Perbandaran Kajang Tahun 2021 merupakan
inisiatif utama bagi meningkatkan prestasi
kutipan hasil majlis. Selaras menggalakkan
pembayar-pembayar cukai membayar cukai
taksiran mereka bagi tempoh satu (1) tahun ( 2
penggal ) secara sekaligus untuk mengelakkan
dikenakan caj lewat sekiranya pemilik terlewat
bayar dari tempoh bayaran yang ditetapkan.

Sebanyak 9,642 akaun cukai taksiran yang
disaring bagi pemilik yang telah membuat
bayaran setahun serta menjelaskan kesemua
tunggakan (sekiranya ada).

Tahniah kepada 45 akaun pemilik
pegangan individu yang memenangi hadiah
cabutan bertuah yang telah diumumkan secara
siaran langsung di Facebook MPKj. Terima kasih
kepada tuan-tuan dan puan-puan yang bertuah

8

hari ini kerana telah menjelaskan bayaran cukai
taksiran majlis.

9

Hadiah-hadiah Bonanza seperti x1 unit
Motorsikal Yamaha Y15, x6 unit Basikal
(Mountain Fibre Bike, Folding Bike dan
Roadbike), x8 unit Televisyen Android FHD,
x10 unit Telefon Pintar (Vivo dan Huawei) dan
x20 unit Barang Elektrik Berjenama ( Robotic
Vaccum, Seterika Wap, Pressure Cooker, Digital
Rice Cooker, Microwave, Oven Toaster, Air
Fryer, Thermo Pot dan Jug Kettle).

10

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Seperti mana yang saya maklumkan di sesi
Ucapan Pembukaan Mesyuarat Majlis Bil.9/
2021 pada 26 Oktober yang lepas, saya
mengulang semula penjelasan mengenai
kewajipan pemilik harta menjalankan
tanggungjawab menjelaskan cukai taksiran
termasuk tunggakan yang dikenakan.

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan
cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke
atas pemilik pegangan berkadar atau harta
tanah yang terletak di dalam kawasan sesebuah
Pihak Berkuasa Tempatan. Kuasa mengenakan
cukai taksiran atau cukai pintu adalah selaras
dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang
membolehkan Majlis Perbandaran Kajang
mengenakan kadar ke atas pegangan-

11

pegangan yang terdapat di dalam kawasan
pentadbiran Majlis.

Majlis Perbandaran Kajang menghargai
dan berterima kasih kepada semua pemilik
pegangan di pentadbiran MPKj yang telah
menjelaskan bayaran cukai taksiran mengikut
tempoh yang ditetapkan; perlu dibayar 2 kali
setahun – setengah tahun pertama 1 Januari
hingga 28 (29) Februari dan setengah tahun
kedua 1 Julai hingga 31 Ogos pada tahun
semasa.

Membayar CUKAI TAKSIRAN adalah
WAJIB iaitu kewajipan statutori pemilik
pegangan berkadar sebagaimana kehendak
Seksyen 127 dan 133, Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171).

Cukai yang dikutip oleh PBT akan digunakan
untuk membiayai kos penyelenggaraan bandar

12

atau kawasan seperti kos mengangkut sampah,
membersihkan longkang, memperindahkan
landskap, membayar bil lampu jalan,
menyelenggara lampu-lampu isyarat dan
sebagainya. Perbezaan nilai cukai taksiran
adalah disebabkan oleh jenis bangunan,
keluasan lantai (saiz), lokasi dan jenis kegunaan.

Majlis Perbandaran Kajang kini telah
melaksanakan perkhidmatan Bil Cukai Taksiran
Secara Digital. Sekiranya tuan-tuan dan puan-
puan tidak menerima Bil Cukai Taksiran yang
dipos setiap tahun oleh MPKj mulai tahun 2021,
ini bermakna Tiada lagi pengeposan bil cukai
taksiran kepada pemilik mulai 1 Januari 2021.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh membuat
semakan dan mendapatkan salinan Bil Cukai
Taksiran di mana-mana pejabat pembayaran
MPKj atau SEMAK dan BAYAR Bil Cukai
Taksiran melalui perkhidmatan e-Taksiran di

13

laman web rasmi MPKj atau melalui hebahan
media sosial di pautan yang diwar warkan iaitu
https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar. Anda juga
boleh mencetak bil cukai di mesin Kiosk di
hadapan pintu masuk Menara MPKj/ dalam
ibupejabat majlis.

Saluran pembayaran yang lain adalah :

1.Pembayaran dikaunter boleh menggunakan
wang tunai, cek, bank deraf, banker’s cheque,
kiriman wang pos, kad kredit Master/ Visa dan
kad American Express.

2. Kaunter-kaunter utama di Menara MPKj,
Kaunter Cawangan Hasil MPKj di Kompleks
Hentian Kajang dan di Jalan Suasana 2/7,
Bandar Tun Hussein Onn Cheras.

3. Kaunter Pandu Lalu Menara MPKj

4. Kaunter Bergerak di perkarangan parkir
Menara MPKj

14

5. Mesin Kiosk terimaan 24 jam di hadapan Pintu
Masuk Menara MPKj.

Bayaran juga boleh dibuat melalui:
6. Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya/ Posonline – www.posonline.com.my
7. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
Pejabat Tanah Daerah (PTD) di negeri Selangor.
8. e-Bayar – www.mpkj.gov.my, Maybank,
Kawanku Phone Banking/ Citibank online, HSBC
Internet, Telebanking/ Ambank Online Banking,
RHB Online, AMEX Autobilling, CIMB Bank dan
aplikasi CEPat ( Citizen E-Payment ).
9. Perkhidmatan pembayaran di Kaunter Bank
Rakyat sahaja.
10. JomPAY

15

Saya menyeru kepada pemilik dapat
menjelaskan segera bayaran cukai taksiran ,
sekiranya gagal membayar mengikut tempoh
yang telah dijelaskan sebentar tadi, serta
dikenalpasti ada tunggakan, caj Fi Notis akan
dikenakan sekiranya lewat membuat bayaran.

a) Tunggakan Cukai Taksiran bawah
RM100.99 = RM 3.00

b) RM 101.00 dan ke atas = sebanyak
RM20.00

Notis Borang E akan dikeluarkan
menghendaki tunggakan cukai taksiran
dibayar dalam tempoh 15 hari. Tindakan sitaan
di bawah Seksyen 148 dan Akta 151 Akta 171
akan dikenakan ke atas pemilik.

Oleh yang demikian, Mari Laksanakan
Tanggungjawab Bersama Menjelaskan Cukai
Taksiran bagi membolehkan Pihak Berkuasa

16

Tempatan Negeri menyediakan perkhidmatan
perbandaran yang selesa, selamat, maju dan
berkualiti.

Sekalung penghargaan kepada semua
pemenang-pemenang hadiah cabutan
bertuah hari ini, dan juga kepada Bahagian
Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPKj serta
kerjasama dari jabatan teknikal MPKj dalam
melaksanakan program Insentif Cukai Taksiran
Kempen Bayar dan Menang bagi tahun 2021
dengan jayanya. Semoga inisiatif baik ini dapat
diteruskan pada tahun seterusnya dan MPKj
komited melaksanakan agenda baharu untuk
meningkatkan hebahan dipelbagai saluran
(platform) supaya penduduk-penduduk di
kawasan majlis menerima informasi terkini yang
di war- warkan.

Sekian, terima kasih.

17


Click to View FlipBook Version