The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS OGOS 2022 LATEST

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-08-23 09:14:19

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS OGOS 2022 LATEST

MPKj TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS OGOS 2022 LATEST

“UCAPAN PEMBUKAAN”

YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.8/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

PADA
24 HB OGOS 2022 ( RABU )

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj

1

Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

Seterusnya,

2

Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MPKj
Stream )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.

3

UCAPAN PENGERUSI
A.PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama ahli mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 8
/2022, Majlis Perbandaran Kajang .

Sukacita dihebahkan Kerajaan Negeri
Selangor telah melancarkan Kempen Kibar Jalur
Gemilang pada 31 Julai 2022 sempena Hari
Kebangsaan Tahun 2022 dengan
memperkenalkan logo dan tema Sambutan
Kemerdekaan Ke-65 Peringkat Negeri Selangor
semasa Program Jelajah Selangor Penyayang di
daerah Gombak.

4

Sehubungan dengan itu, bagi
menyemarakkan semangat patriotik rakyat
Malaysia bersempena Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, semua
bangunan kerajaan, premis perniagaan dan
perumahan digalakkan menjayakan dengan
mengibarkan Jalur Gemilang bermula 1 Ogos
sehingga 16 September 2022.

5

B. FOKUS UTAMA MPKj

(1) Penjenamaan Dewan-Dewan MPKj,
Kompleks Sukan, Stadium Kajang dan Pusat
Pelancongan

1.1 Pada Mesyuarat Pengurusan Bil 2 dan 3
/ 2022 pada Mac dan April yang lalu, MPKj kini
ke arah penjenamaan imej iaitu perubahan visual
imej melibatkan aset-aset-aset milik MPKj seperti
dewan-dewan komuniti, kompleks sukan,
stadium kajang, kemudahan awam seperti
perhentian bas serta taman-taman rekreasi
awam, tempat pelancongan, taman perumahan
dan medan selera. Ia merupakan timbal balas
pandangan umum terhadap usaha MPKj bagi
merealisasikan hasrat ke arah Bandaraya.
Perubahan imej baru ini telah dilaksanakan
secara berperingkat mulai awal tahun 2022.

6

Berikut adalah antara fasiliti di dalam
perancangan penjenamaan MPKj :-

7

1.2 Pengindahan landskap bagi

pemasangan papantanda di Dataran

MPKj@Stadium Kajang, Padang MPKj@Jalan

Timur, Kompleks [email protected] Bandar

Baru Bangi dan pusat pelancongan rekreasi

Bukit Broga@Semenyih.

8

1.3

9

1.4

10

11

12

1.5

13

14

15

1.6 Perhentian bas MPKj sedia ada akan
diberikan perubahan imej baharu selari dengan
keperluan teknologi :

16

17

(2) Isu Perumahan Strata – Tidak Dibenarkan
Bangunan Tambahan

2.1 Merujuk ulasan daripada Jabatan
Perancangan Pembangunan MPKj :

2.2.1 Berdasarkan peruntukan Akta 172,

sebarang pembinaan bangunan perlu

mendapatkan kelulusan kebenaran merancang

(KM). Walaubagaimanapun Jabatan

Perancangan Pembangunan Dan Desa

Semenanjung Malaysia telah menyediakan

Panduan Pelaksanaan Pengecualian

Kebenaran Merancang bagi beberapa kategori

cadangan pemajuan. Salah satu daripadanya

adalah pengecualian KM bagi Pendirian,

Perobohan, Pendirian Semula Atau

Pengubahan Suatu Bangunan Harta Bersama

Dalam Kawasan Perumahan Strata.

18

2.2.2 Merujuk Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta
318) bangunan guna sama bermaksud
bangunan yang dibina untuk kegunaan bersama
penduduk skim perumahan strata seperti dewan,
surau, tempat letak kereta bertingkat, pondok
pengawal, gimnasium, bilik riadah, rumah kelab,
ruang pejabat, tadika dan lain-lain.

2.2.3 Pengecualian yang diberikan kepada ciri-
ciri berikut :

19

2.2.4 Permohonan kebenaran merancang di
bawah Akta 172 adalah terpakai bagi :

2.2 Merujuk ulasan daripada Jabatan
Pesuruhjaya Bangunan MPKj :
- Pembinaan Struktur Bagi Bangunan Berstatus
Strata
1) Mana-mana bangunan berstatus strata
adalah TERTAKLUK di bawah Akta Pengurusan
Strata 2013 (Akta 757). Ini bermakna pemilik-
pemilik kediaman berstrata hendaklah mematuhi

20

Akta ini bagi menjamin keharmonian penduduk
setempat.

2) Pengurusan bangunan strata ini hendaklah
diuruskan oleh suatu badan iaitu Badan
Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan
Pengurusan (MC) Selaras di bawah Seksyen 17
dan 56 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta
757). Pihak JMB dan MC adalah pihak yang
bertanggungjawab memastikan penyenggaraan
bangunan, urusan pentadbiran serta pengurusan
kewangan dijalankan mengikut undang-undang
selaras di bawah Seksyen 21 dan 59 Akta 757
(Tanggungjawab dan kuasa JMB/MC).

3) Pihak pengurusan bangunan juga bukan saja
perlu memastikan penyenggaran bangunan

21

dijalankan, malah, pihak JMB dan MC hendaklah
memastikan Undang-Undang kecil (UUK) di skim
pemajuan tersebut dikuatkuasakan dengan baik.
Sebagai contoh aktiviti yang melibatkan renovasi
atau binaan apa-apa struktur dalam kawasan
strata ini perlu dikawal oleh pihak pengurusan
bangunan.

4) Baru-baru ini tular di media sosial berhubung
binaan struktur garaj kereta dan binaan struktur
tambahan rumah menjadi perhatian di kalangan
orang awam. Pihak jabatan menegaskan
bahawa sebarang binaan struktur di kawasan
harta bersama adalah TIDAK DIBENARKAN
SAMA SEKALI sekiranya tiada kelulusan.

22

5) Merujuk kepada Jadual ketiga, Akta

Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) (Undang-

Undang Kecil), Bahagian 7

(pengubahsuaian), menyebut ‘pemilik

hendaklah tidak menjalankan apa-apa kerja

pengubahsuaian kepada petaknya tanpa

mula-mula mendapatkan kelulusan bertulis

terdahulu dari pengurusan perbadanan dan,

apabila perlu, dari PIHAK BERKUASA
TEMPATAN’. Sekali lagi, Peruntukan ini jelas

menyebut sebarang kerja-kerja yang melibatkan

pengubahsuaian mana-mana bahagian

HENDAKLAH mendapatkan kelulusan pihak

pengurusan bangunan dan jika perlu daripada

pihak Majlis.

6) Menjadi tanggungjawab sendiri pemilik untuk

menyemak dan merujuk dengan pihak berkuasa

23

berkenaan apa-apa keperluan untuk
melaksanakan kerja pengubahsuaian. Semua
kerja-kerja pengubahsuaian adalah terhad dalam
petak / unitnya sahaja (tertakluk kepada
kelulusan pihak pengurusan bangunan). Akta
juga telah menyebut kerja-kerja binaan struktur
HENDAKLAH tidak dilaksanakan atas mana-
mana harta bersama.

7) Pemilik juga hendaklah memastikan bahawa
apa-apa kerja pengubahsuaian atau pembaikan
atas petaknya tidak dalam apa-apa cara sekali
pun menyebabkan kesulitan atau bahaya kepada
pemilik lain.

9) Oleh yang demikian, pihak majlis akan
melihat keseluruhan aspek perundangan yang

24

bersesuaian tidak hanya terikat dengan Akta
Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Perlu
difahami bahawa Akta 757 mempunyai
keterbatasan untuk tindakan penguatkuasaan
melibatkan isu binaan tanpa kelulusan ini.
Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan
kepada pemilik-pemilik yang membuat struktur
binaan bagi menangani isu kepentingan awam.

2.3 Merujuk ulasan daripada Jabatan Kawalan
Bangunan MPKj :
- Perumahan Bertingkat / Hakmilik Strata
2.3.1 Kesalahan-kesalahan yang berlaku di
perumahan bertingkat (strata) dan tindakan
yang di ambil oleh pihak JKB di bawah Akta
Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) :-

25

Bil Kesalahan Tindakan
Penguatkuasaan

Notis Kompoun

1. Memasang ‘awning’ tanpa kebenaran . 34(1) AJPB 34(3) AJPB

1974 (Akta 1974 (Akta

133) 133)

2. Memasang grill di kawasan harta 46(1)(a) 46(1)(a)
bersama. AJPB 1974 AJPB 1974
(Akta 133) (Akta 133)

3. Membuat ubahsuai rumah di kawasan 70(11) 70(11)

harta bersama. AJPB 1974 AJPB 1974

(Akta 133) (Akta 133)

4. Membina binaan garaj/setor di kawasan 70(1) AJPB 70(1) AJPB

harta bersama. 1974 (Akta 1974 (Akta

133) 133)

2.3.2 Pihak JKB akan mengeluarkan Notis
Amaran untuk tempoh 30 hari / 14 hari / 7 hari

2.3.3 Sekiranya pihak pemilik tidak mematuhi

notis terdahulu yang dikeluarkan oleh pihak JKB,
pemilik boleh dikenakan kompaun di bawah
seksyen 121 AJPB 1974 (Akta 133) iaitu tidak

26

mematuhi arahan notis terdahulu yang
dikeluarkan oleh pihak Majlis.
2.3.4 Notis 24 jam / serta merta akan dikeluarkan
sebelum tindakan roboh dibuat.
(3) Sesi Penilaian Gombak-Hulu Langat
(GHL-GEOPARK) Ke Arah Geopark
Kebangsaan

27

28

29

(4) MPKj Terima Pengiktirafan Bandar
Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021

30

Majlis Perbandaran Kajang telah menerima
Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi
2021 yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Reezal
Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan sempena Majlis Pelancaran
Indeks Daya Huni (iDAM) di Hotel Zenith,
Putrajaya pada 18hb Ogos 2022 baru-baru ini.
Penganugerahan ini kepada MPKj dalam
pencapaian yang baik dan seimbang
berdasarkan enam kriteria utama iDAM iaitu
pembangunan ekonomi yang makmur dan kalis
masa depan, penambahbaikan dalam kualiti dan
pemuliharaan alam sekitar, keharmonian
masyarakat dan kesejahteraan keluarga,
penggunaan tanah dan sumber asli yang mapan,

31

urus tadbir bandar yang cekap serta kemudahan
infrastruktur yang inklusif.

MPKj mengambil kesempatan di sesi
mesyuarat majlis hari ini merakamkan
penghargaan kepada KPKT memberikan
penarafan berprestij di kalangan 10 Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) meraih Anugerah
Bandar Berdaya Huni 2021 dan tidak lupa
ucapan Tahniah daripada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar
Selangor dan Y.B. Tuan Ng Sze Han EXCO
Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan
Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor.

MPKj beriltizam untuk terus memberikan
perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap dan
berkesan selaras dengan ekspektasi tinggi
daripada pemegang taruh. Tahniah kepada
semua warga MPKj!

32

(5) Tindakan Pemadaman Kebakaran Dan
Penutupan Selamat Tapak Sampah Haram
Twin Palms, Bandar Sungai Long Cheras

5.1 Perkembangan Operasi Pemadaman
Kebakaran Dan Penutupan Selamat di tapak
telah mencapai 95% selesai dan dijangkakan
akan tamat dan selesai sepenuhnya pada 26
Ogos 2022 (Jumaat).

33

34

35

5.2 Tiada sebarang kebenaran pernah diberikan
oleh MPKj kepada mana-mana pihak untuk
memulakan atau menjadikan mana-mana tanah
sebagai tempat pelupusan sampah haram.

5.3 MPKj menasihatkan agar setiap pemilik
tanah supaya lebih peka dan bertanggungjawab
terhadap tanah-tanah hakmilik mereka dan
menjaga tanah mereka daripada sebarang
bentuk pencerobohan termasuklah isu
kemasukan sampah-sampah haram dengan
mendirikan pagar di sekeliling tanah.

5.4 Segala kos tersebut akan dikenakan ke atas
pemilik tanah sekiranya berlaku masalah
kebakaran di tapak sampah haram dan
melibatkan kos perbelanjaan yang perlu
dikeluarkan oleh pihak Majlis bagi mengawal,
memadam kebakaran dan membaikpulih tanah.
Sekiranya gagal dijelaskan, halangan bagi

36

mendapatkan Kebenaran Merancang akan
dikenakan bagi menghalang sebarang pemajuan
tanah.

5.5 Ringkasan Operasi Gempur Lokasi
Pembuangan Sampah Haram Di Kawasan
Pentadbiran MPKj Bagi Bulan Ogos 2022
Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan Sampah
Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.

37

Jumlah sitaan bagi bulan Ogos 2022 (sehingga
22/08/2022) adalah sebanyak 27 BUAH LORI
TELAH DISITA dan 29 KOMPAUN telah
dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran alam
sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang dibawah
Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.

Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori adalah
seperti berikut :-

BIL LOKASI KOORDINAT MUKIM BILANGAN KENDERAAN YANG DI SITA BAGI TAHUN 2022
3.0038755,101.7739618 KAJANG JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS JUMLAH
1 KAMPUNG SIMPANG BALAK
00000001 1

4 DESA BUDIMAN 3.066713,101.81625 CHERAS 0 0 0 0 0 0 0 1 1
2 JALAN KUARI SUNGAI LONG 7
5 RINCHING HULU 3.096378,101.805992 HULU 00300004 4
LANGAT

2.925045,101.870590 SEMENYIH 0 0 0 0 0 1 0 3

3 TAMAN UNIVERSITI LOT 908 2.944808,101.801079 KAJANG 00000000 0

6 TAMAN PUSARA, TWIN PALMS 3.0313490,101.7996360 CHERAS 2 2 5 1 2 3 1 0 16
7 BUKIT AMPANG 7
8 BLACK WATER 3.123464,101.810906 HULU 00300103 3
LANGAT

3.0734835,1018040686 CHERAS 0 0 0 0 1 2 0 0

9 LAIN-LAIN KAWASAN (TIDAK DIJALANKAN SELURUH KAWASAN PENTADBIRAN 0 2 4 1 2 2 0 15 26
SECARA KOMERSIAL) MPKJ 2 4 15 2 5 9 1 27 0 0 0 0 65

JUMLAH KESELURUHAN

38

5.6 Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan
Kesihatan MPKj juga telah menjalankan satu
operasi yang dipanggil Operasi Lukah pada
tarikh 6 Ogos 2022 hingga 7 Ogos 2022.

5.7 Operasi ini meliputi seluruh kawasan
pentadbiran MPKj. Kekuatan pasukan adalah
melibatkan 60 anggota yang telah ditempatkan di
lima (5) zon berbeza iaitu Kajang, Bangi,
Semenyih, Cheras dan Hulu Langat.

5.8 Hasil daripada operasi tersebut,
sebanyak lima belas (15) buah lori telah
dikenakan tindakan kompaun dan sita. Kesemua
kenderaan tersebut diletakkan di depoh tahan
kenderaan sitaan MPKj.

39

Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;

C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM

TAKWIM PROGRAM BULAN OGOS 2022
SEMPENA JUBLI PERAK (25 TAHUN) MPKj.

BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT

1. PROGRAM KAUNTER BERGERAK SEPANJANG OGOS 2022
KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN (HEBAHAN DI LAMAN WEB
DAN MEDIA SOSIAL MPKj)

2. HARI BERTEMU PELANGGAN MPKj BIL. 2 6 OGOS 2022

2022 AEON CHERAS SELATAN

3. SUKMES 6 OGOS 2022

PADANG AWAM

MPKj@SEMENYIH

4. MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF 16 OGOS 2022

DAN KREATIF (KIK) MPKj TAHUN 2022 DEWAN KOMUNITI

MPKj@SEMENYIH

5. LAWATAN PENANDA ARAS MBPJ KE 16 OGOS 2022
DEPOH PELUPUSAN KENDERAAN DEPOH MPKj-CAR MEDIC
TERBIAR/ BURUK KAEDAH ELV

6. PENILAIAN GOMBAK-HULU LANGAT 18 OGOS 2022
(GHL-GEOPARK) KE ARAH GEOPARK HULU LANGAT
KEBANGSAAN

7. MAJLIS PELANCARAN INDEKS DAYA 18 OGOS 2022 ZENITH
HUNI (iDAM) HOTEL
PUTRAJAYA
40

ANUGERAH BANDAR BERDAYA HUNI
TAHAP TERTINGGI 2021

8. PROGRAM SANTAI DAN SUKAN 20 OGOS 2022

PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR DATARAN KEMERDEKAAN

BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SHAH ALAM

9. PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 22 OGOS 2022
DANKIBAR JALUR GEMILANG MPKj
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN
KAJANG

10. KONVOI MOTOSIKAL KEMBARA 22 OGOS 2022
MERDEKA – 78 KM DARI MENARA MPKj KE:
1)IPD KAJANG
11. ASPIRASI OKU MERDEKA 2)SK SG.TEKALI
12. SEMARAK MERDEKA-KELUARGA 3)PEJABAT HUTAN
SG.TEKALA
MALAYSIA 4)BALAI BOMBA DAN
PENYELAMAT SEMENYIH
5)PEJABAT DAERAH DAN
TANAH HULU LANGAT

29 OGOS 2022
PDK SEMENYIH

30 OGOS 2022
MPKj

41

1) JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN, MPKj

1.1 Unit Pengurusan Projek dan Fasiliti
(UPF) ditubuhkan melalui penstrukturan semula
organisasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
yang berkuat kuasa 1 Ogos 2022. Unit ini adalah
gabungan daripada Bahagian Pengurusan
Projek, Jabatan Kawalan Bangunan dan Unit
Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan
dan diketuai oleh Encik Mahyudin bin Zainy,
Jurutera Kanan Gred J44 selaku Pengarah Unit.

1.2 Unit ini ditubuhkan dengan memberikan
fokus terhadap pengurusan projek,
penyelenggaran bangunan dan infrastruktur
selain daripada menyediakan pengurusan
penyelenggaran berkaitan kenderaan dan
elektrikal iaitu lampu jalan, lampu isyarat dan

42

bekalan elektrik harta-harta Majlis. Pengurusan
projek dan fasiliti ini juga dilihat sebagai satu
proses dalam menyediakan sokongan yang
mantap untuk menyokong operasi serta
menyumbang kepada pencapaian objektif dan
strategi MPKj dalam memastikan bangunan,
peralatan, perkhidmatan, sistem dan tenaga
kerja yang efektif.

1.3 Program Meningkatkan Sistem
Penyampaian Kerajaan (End-To-End) Ke Arah
Pengamalan Norma Baharu

- Aktiviti Naziran Pre-Treatment Ke Majlis
Perbandaran Kajang telah diadakan pada 11
Ogos 2022 bertujuan memaklumkan dan
mendapatkan maklum balas hasil Mystery
Shopping ( pre-treatment ) melibatkan Majlis

43

Perbandaran Kajang (MPKj). Secara
keseluruhan, kualiti penyampaian perkhidmatan
MPKj adalah baik. Walaubagaimanapun,
perkhidmatan dalam talian boleh dipertingkat
terutamanya yang melibatkan perkhidmatan E2E
selaras dengan hasrat Piagam Projek NBPPA.

2) JABATAN PERBENDAHARAAN,
BAHAGIAN HASIL, MPKj
2.1 Majlis Perbandaran Kajang ingin
memaklumkan bahawa bagi PENGGAL
JANUARI-JUN DAN JULAI-DISEMBER
TAHUN 2022, TIADA LAGI PENGEPOSAN BIL
CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK
PEGANGAN BERKADAR. Kini, Bil Cukai
Taksiran MPKj Adalah Secara Digital.

44

2.2 Orang ramai boleh SEMAK dan BAYAR Bil

Cukai Taksiran melalui perkhidmatan e-

Taksiran di pautan

https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar atau

pembayaran dalam talian kaedah PBT Pay dan

aplikasi CEPat Selangor.

2.3 Tempoh bayaran cukai bagi penggal
pertama dari 1 Januari hingga 28 Februari
2022 manakala penggal kedua dari 1 Julai
hingga 31 Ogos 2022. Pihak Majlis ingin
mengingatkan semula, SILA JELASKAN CUKAI
TAKSIRAN HARTA TANAH anda tepat pada
masa/tempoh bagi CUKAI TAKSIRAN
PENGGAL KEDUA iaitu PADA ATAU
SEBELUM 31 OGOS 2022. Ini adalah untuk
mengelakkan pemilik dikenakan Notis (Borang
E)-menghendaki tunggakan cukai taksiran

45

dibayar dalam tempoh 15 hari termasuk caj Fi
Notis atau sama ertinya iaitu denda lewat bayar.
2.4 Makluman juga untuk semua, sepanjang
bulan Ogos 2022 pada hari Sabtu, Ahad
(termasuk Cuti Am) Kaunter Bayaran Pandu
Lalu dibuka kepada orang awam untuk membuat
pembayaran cukai taksiran penggal kedua tahun
ini.

46

3) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj

3.1 RUMUSAN SITUASI WABAK DENGGI
DAERAH HULU LANGAT ( SEHINGGA 20
OGOS 2022 )

a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 22,162 kes dengan 22
kematian.

b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
2 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 4,979 kes melibatkan 3 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 41.8% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 2081 kes
dengan 3 kematian pada minggu Epid ke-
33/2022.

47

c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 20 Ogos 2022 (Epid 33) telah
merekodkan sebanyak 4,979 kes dengan 3
kematian.

d. Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 20 Ogos
2022 (Epid 33) adalah sebanyak 154 kes.

e. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak
69 lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 8
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Sg Ramal
(5), DUN Kajang (2) & DUN Semenyih (1).

f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang

48

– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 18 lokaliti, Hotspot (2), Tidak
Terkawal (3) , Terkawal (13) & Baru (0) telah
didaftarkan.

D. PENUTUP
Ayuh Bersama Semarakkan Sambutan

Hari Kemerdekaan Tahun 2022 bertemakan
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dan dengan
mengibarkan Jalur Gemilang di Menara MPKj,
Bangunan Kerajaan, Institusi dan Sekolah serta
Premis-premis Perniagaan. Malaysia MERDEKA
Ke-65 Tahun. Selamat Menyambut Hari
Kebangsaan pada 31 Ogos 2022 dan Hari
Malaysia pada 16 September 2022. Sekian
sahaja ucapan pembukaan di Mesyuarat Majlis
Bil.8/2022. Terima kasih.

49


Click to View FlipBook Version