“TEKS UCAPAN”
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI
MENTERI BESAR SELANGOR
1
2
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
Yang Berbahagia
Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang
Yang Berhormat
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Negeri Selangor yang hadir pada majlis petang
ini
Ketua-Ketua Pengurusan Kerajaan Negeri
Selangor yang hadir
3
Yang Berhormat
Ahli Parlimen Bangi dan Hulu Langat
Yang Berhormat
Ahli-Ahli Dewan Negeri
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
Pengarah – Pengarah Jabatan MPKj
Warga Majlis Perbandaran Kajang
Serta,
Wakil dari Media TV dan Akhbar
4
UCAPAN PERASMIAN
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, hari ini
saya berpeluang hadir untuk menyempurnakan
Majlis Perasmian Kaunter Bersepadu Majlis
Perbandaran Kajang (MPKj) yang baharu siap
dibina pada Disember tahun 2021 lepas.
Objektif Kaunter Bersepadu adalah sebagai
pusat perkhidmatan sehenti ( central services )
Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis
Perbandaran Kajang yang kini berkonsepkan
kaunter terbuka serta kemudahan capaian
perkhidmatan teras PBT seperti pembayaran
cukai taksiran, permohonan dan pembaharuan
lesen perniagaan, pembayaran kompaun, serta
proses pembayaran pelbagai termasuk sewaan
dewan-dewan komuniti MPKj. Kaunter
perkhidmatan merupakan salah satu komponen
penting dalam pengurusan perhubungan
5
pelanggan dengan matlamat setiap
perkhidmatan yang disampaikan memenuhi
kehendak pelanggan.
Seiring dengan matlamat tersebut,
penambahbaikan dari semasa ke semasa perlu
dilaksanakan oleh agensi untuk meningkatkan
tahap pengurusan kaunter dengan lebih
berkualiti dan memberikan kepuasan maksimum
kepada pelanggan.
Kaunter berkonsepkan futuristik menjadi
inspirasi di era terkini dengan dilengkapi mesin
elektronik seperti kiosk pengimbas bayaran
dengan menggunakan kod bar di bil-bil cukai
serta bil kompaun letak kereta. Teknologi juga
dikuasakan dengan penggunaan aplikasi mobile
yang boleh dimuat turun di telefon pintar serta
tablet ini dapat memudahkan orang ramai
mengakses perkhidmatan teras PBT.
6
Kerajaan Negeri Selangor juga proaktif
dalam membangunkan penggunaan teknologi
digital dengan keupayaan menaiktaraf sistem
sedia ada melalui Smart Selangor Delivery Unit
(SSDU) yang sedang melaksanakan visi tersebut
ini. Kerjasama di antara PBT-PBT Selangor
dalam pembangunan peranti dan aplikasi digital
bakal memberi perubahan positif kepada orang
ramai supaya pengenalan teknologi digital ini
dapat digunakan dengan efektif dan secara tidak
langsung menjimatkan masa, kos operasi tenaga
buruh dan mampu menjana peningkatan
produktif. Transformasi digital ini amatlah
digalakkan dan diperluaskan di semua sektor
kerajaan dan swasta agar negara kita seiring
maju dengan negara antarabangsa.
7
Tahniah Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) kerana telah mencapai status penubuhan
perbandaran 25 tahun pada 1 Januari 2022.
Saya dimaklumkan oleh Tuan Yang Dipertua
MPKj, Majlis Perbandaran Kajang ini telah
ditubuhkan secara rasminya pada 1hb Januari
1997. Kawasan pentadbiran meliputi Mukim
Kajang, Cheras, Semenyih, Beranang, Hulu
Semenyih dan Hulu Langat. Sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana
perancangan pembangunan yang pesat dan
teratur dengan pembukaan kawasan-kawasan
perumahan dan pembangunan projek mega di
sekitar kawasan pentadbiran MPKj menjadikan
MPKj ini tumpuan sektor perumahan dan pusat
ekonomi yang bakal menjana peningkatan
pendapatan hasil negeri menjelang tahun 2025.
Pelbagai kejayaan MPKj dalam mendepani
cabaran sejak tahun 2000 sehingga tahun
8
semasa bagi merealisasikan impian MPKj
mencapai status Bandaraya dengan menaik
taraf perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur
yang ada.
Sebentar tadi, saya telah menyempurnakan
Majlis Pecah Tanah Pusat Asrama Pekerja Asing
(PAPA) di kawasan Perindustrian Kampung Baru
Balakong di Mukim Cheras Hulu Langat. Ini
merupakan Inisiatif PBT-MPKj bersama
Persatuan Pemilik-Pemilik Tanah dan
Pengusaha Kilang kawasan Perindustrian
Kampung Baru Balakong membangunkan
sebuah pusat asrama pekerja asing (PAPA) bagi
penempatan seramai 3,600 pekerja asing di
kawasan industri secara terancang, sistematik,
persekitaran yang kondusif, selamat dan inklusif
secara jangka panjang. Adalah diharapkan
pembangunan kawasan perindustrian Kg.Baru
Balakong dapat dinikmati oleh semua pihak
9
selaras pemajuan MPKj menaiktaraf kemudahan
infrastruktur seperti pencapaian pada hari ini
MPKj telah maju kehadapan dengan
menyediakan kemudahan penginapan pekerja
asing yang berpusat dan teratur. Hasrat Kerajaan
Negeri Selangor juga yang telah dirancang sejak
tahun 2007 untuk program-program pemutihan
kilang tanpa kebenaran akan tercapai sasaran
apabila PBT-PBT di negeri ini mampu
menggerakkan inisiatif perancangan
pembangunan yang mampan.
Harapan saya semoga MPKj dapat memacu
pentadbiran lebih cemerlang dan tidak mustahil
MPKj menjadi salah satu PBT-Bandaraya yang
maju dan berdaya huni. Perbandaran yang
harmoni pastinya memberdaya sektor ekonomi
yang stabil disamping mengekalkan kelestarian
alam sekitar.
10
Dengan lafaz Bismillah hirrahman
nirrahim saya merasmikan Kaunter
Bersepadu Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) seterusnya melancarkan Sambutan
Jubli Perak (25 Tahun) Majlis Perbandaran
Kajang.
Sekian, terima kasih.
11