“UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.6/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
PADA
28 HB JUN 2022 ( SELASA )
JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj
1
Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
2
Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MPKj
Stream )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.
3
UCAPAN PENGERUSI
A.PENGENALAN
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama ahli mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 6
/2022, Majlis Perbandaran Kajang .
B. Fokus Utama MPKj
(1) MPKj Sedang Laksanakan Penilaian
Semula Dan Sesi Mendengar Bantahan
Proses Penilaian Semula Cukai Taksiran
1.1 Pihak MPKj telah memulakan Proses
Pendengaran Bantahan Senarai Nilaian Baharu
MPKj mulai 13 Jun 2022 selama 4 hari seminggu.
4
1.2 Sehingga kini, sebanyak 214
Taman/Kawasan dari Mukim Kajang dan
sebahagian Mukim Cheras telah dipanggil untuk
sesi Pendengaran Bantahan tersebut. Seramai
573 orang pembantah telah hadir minggu
pertama dan kedua daripada keseluruhan
pembantah yang dipanggil seramai 6,089 orang
pembantah.
1.3 Pihak MPKj dijangka akan
menyelesaikan keseluruhan bantahan sehingga
Ogos 2022 yang melibatkan jumlah pembantah
seramai 22,456 orang. Setelah proses
pendengaran bantahan selesai, pihak MPKj akan
membentangkan kertas makluman/ kelulusan
kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk
tindakan selanjutnya.
5
(2) Penguatkuasaan Sampah Haram Di
Tanah-Tanah Persendirian
2.1 MPKj memandang serius isu
pembuangan sampah haram yang berlaku di
dalam kawasan pentadbiran MPKj. JPK MPKj
terus komited melaksanakan tindakan-tindakan
pencegahan seperti pemantauan dan statik serta
penutupan tapak bagi membendung kegiatan ini
daripada berterusan.
2.2 Untuk makluman, JPK telah menutup tiga
(3) tapak sampah haram iaitu Bukit Enggang,
Jalan Hulu Langat Batu 13, dan yang terkini di
Lot 7969 Jalan Sg Sekamat. Ketiga-tiga tapak ini
telah dilaporkan sebelum ini di dalam Mesyuarat
Penuh (Full Board) Majlis Perbandaran Kajang
dan hasil tindakan penutupan serta pemantauan
& statik yang berterusan, tapak ini telah tidak lagi
aktif.
6
2.3 Sepertimana yang tertera di media
massa dan akhbar, JPK MPKj telah
melaksanakan pemantauan dan statik yang
kerap di tapak sampah haram Black Water
Bandar Mahkota Cheras. Seterusnya JPK juga
telah mengambil langkah proaktif dengan
membina ban sejurus insiden aliran air hitam dari
tasik tersebut mengalir keluar. Tindakan
meletakkan alum (kapur) bagi mengurangkan
bau dan menjernihkan air tasik juga dijalankan
demi menjaga kemaslahatan penduduk sekitar.
Tindakan korekan akses laluan keluar masuk ke
tapak juga dijalankan bagi menghentikan
sebarang kemasukan sampah baharu namun
terkini pada 16 Jun 2022, lubang tersebut telah
dikambus kembali oleh pihak yang tidak dapat
dikenalpasti.
7
2.4 Semakan dengan PDT Hulu Langat
mendapati pihak mereka telah mengeluarkan
Notis 7A kepada pemilik-pemilik lot tanah tapak
sampah haram Black Water dan tindakan
selanjutnya berdasarkan peruntukan
perundangan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965
akan diteruskan.
2.5 Kerjasama daripada Ahli Majlis,
persatuan penduduk, dan penduduk setempat
bagi memberikan maklumat berkaitan
pembuangan sampah haram terutama
pergerakan mencurigakan lori-lori roro ke
kawasan-kawasan terpencil adalah amat
digalakkan bagi bersama-sama mengembleng
tenaga demi membanteras kegiatan ini secara
konklusif dan mampan.
8
2.6 Sebagai tambahan, JPK juga telah
menyediakan satu Kertas Kerja yang akan
dibentangkan di dalam Mesyuarat Industrial Park
Management Committee (IPMC) MPKj Bil 2/2022
berkenaan Kertas Kerja Pemakluman Kaedah
Kawalan Sisa Pepejal Industri di kawasan
pentadbiran MPKj. Ini adalah salah satu inisiatif
terbaharu bagi membendung kegiatan
pembuangan sampah haram di kawasan
pentadbiran MPKj dimana setiap pengusaha
kilang di kawasan perindsutrian diwajibkan untuk
melantik dan melaporkan kembali ke JPK MPKj
bagi kontraktor pengurusan sisa pepejal yang
dilantik oleh mereka. Setiap kontraktor yang
dilantik diwajibkan untuk menghantarkan sisa
pepejal yang dikutip ke tapak sampah Misi Restu
di Sungai Lalang.
9
(3) Penjenamaan Dan Pembinaan Semula
Medan Sate Kajang Lebih Interaktif Dan Lebih
Selesa
3.1 Pihak Jabatan Pengurusan Harta (JPH)
mencadangkan Medan Sate (Jalan Sulaiman)
ini diberi nafas baharu dengan menaiktaraf
keadaan bangunan sediada serta fasiliti
bangunan bagi keselesaan peniaga serta
pengunjung yang hadir, memandangkan lokasi
Medan Sate ini terletak di kawasan perniagaan
Bandar Kajang serta berpotensi untuk menjadi
kawasan tumpuan serta tumpuan pengunjung
selain dari perniagaan sate.
3.2 Buat masa kini, keadaan gerai di Medan
Sate ini mempunyai 10 unit gerai dengan kadar
penghunian sebanyak 8 unit. Pihak jabatan juga
10
dalam proses kemasukan peniaga peniaga yang
berminat untuk melalui proses penyewaan di
peringkat jabatan.
3.3 Cadangan lain selain menaiktaraf
bangunan medan sate ini, pihak JPH MPKj telah
beberapa kali turun di lapangan bersama sama
Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) serta
Jabatan Teknikal lain. Cadangan menaiktaraf
keadaan Lorong Di Belakang Medan Sate ini
agar satu (1) konsep berunsurkan kesenian
serta warisan Bandar Kajang dapat diambil kira
dengan mewujudkan mural, laluan pejalan kaki
bercahaya serta konsep perniagaan agar
dapat memberi tumpuan pengunjung serta
menjadi acara tetap pentadbiran MPKj di
kawasan tersebut.
11
3.4 Konsep dan cadangan JPH MPKj
bersama berbincang dengan saya melihat satu
konsep boleh dilaksanakan dengan pembinaan
serta menaiktaraf hadapan kedai-kedai di
Bandar Kajang ini di Jalan Sulaiman yang boleh
diambil konsep dari Bandar Maharani di Majlis
Perbandaran Muar.
3.5 Konsep ini dapat memberi satu mercu
tanda pada pihak MPKj dengan aktiviti dan
naiktaraf bagi sebarang aktiviti dengan
mewujudkan laluan pejalan kaki, landskap
serta pencahayaan dan keindahan pada
waktu siang dan malam. Keadaan ini juga
dapat memberi satu aktiviiti dan acara yang tetap
bagi sebarang aktiviti untuk kalendar tahunan
MPKj.
12
3.6 Kos bagi cadangan pembinaan ini di
cadangkan bagi pihak yang berminat sebagai
Rakan Pintar (smart partnership) untuk
mengemukakan kertas cadangan terlebih dahulu
kepada pihak JPH dengan cadangan aktiviti yang
akan diambil kira serta penglibatan pihak MPKj
bagi sebarang aktiviti yang akan dijalankan akan
datang tanpa sebarang kos dari pihak Majlis.
Ianya menjadi suatu acara rasmi pihak MPKj
selain Lebuh Kopi Kajang baru-baru ini.
3.7 Konsep dan cadangan ini juga dapat
menarik pengusaha-pengusaha lain seperti Sate
dan lain-lian selain dapat menarik minat serta
menjadi kawasan tumpuan di Bandar Kajang.
13
(4) Naiktaraf Jalan Sulaiman, Bandar Kajang.
Lebih Informatif Dan Tersusun.
Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis
Perbandaran Kajang melalui Jabatan
Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama
Jabatan Teknikal dalaman sedang dalam proses
gerak kerja untuk menaik taraf Jalan Sulaiman,
Bandar Kajang dengan berwajah bahari lebih
informatif dan tersusun.
Cadangan projek naiktaraf ini telah dimulai
sesi perbincangan pada 13/10/2021- Mesyuarat
Program Mural Medan Sate Bandar Kajang
bersama Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan
Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta, Jabatan Landskap dan
Rekreasi, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
dan Kesihatan dan Jabatan Pelesenan Dan
Penjaja. Lawatan tapak bersama Kelab Seni
14
Lukis Hulu Langat juga turut diadakan pada
22/10/2021. Manakala pada 12/11/2021, lawatan
diadakan bersama YB Tuan Hee Loy Sian,
EXCO Pelancongan Negeri Selangor. Pada
18/11/2021 dan 3/12/2021 sesi lawatan tapak
bersama Jabatan teknikal dalaman. Pada
27/12/2021 meninjau kerja-kerja lukisan mural di
Medan Sate Bandar Kajang sehingga
29/12/2021, lukisan mural berjaya disiapkan.
Pada 26/1/2022 pula, lawatan tapak kali
ketiga bersama Jabatan Teknikal dalaman untuk
melihat perkembangan projek. Pada 20/6/2022
yang lepas, Jabatan Teknikal -Jabatan
Kejuruteraan dan Jabatan Pembangunan
Masyarakat mengemukakan Kertas Cadangan
Penuh merangkumi rekabentuk untuk
menaiktaraf lorong tengah Bandar Kajang.
15
Perbincangan lebih lanjut akan diadakan dalam
masa terdekat oleh JPM,MPKj.
16
17
18
Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;
C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM
TAKWIM PROGRAM BULAN JUN 2022 YANG
TELAH BERLANGSUNG SEMPENA JUBLI
PERAK (25 TAHUN) MPKj.
BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT
1. LAWATAN PENANDA ARAS UNIT INTEGRITI 2 JUN 2022
MPKj KE MAJLIS PERBANDARAN MENARA MPKj
SELAYANG
2. KAUNTER BERGERAK KUTIPAN CUKAI 4 JUN 2022
TAKSIRAN AEON BTHO CHERAS
5 JUN 2022
TAMAN LAGENDA
SURIA HULU LANGAT
18 JUN 2022
BANGI GATEWAY
SHOPPING COMPLEX
19 JUN 2022 LOTUS’S
PASARAYA
SEMENYIH
25 JUN 2022
HADAPAN WATSON’S
JALAN TEMENGGUNG
11/9 BANDAR MAHKOTA
CHERAS
26 JUN 2022 BTHO
AEON BIG
CHERAS
19
3. MESYUARAT PENDENGARAN BANTAHAN 13 – 16 JUN 2022
SENARAI NILAIAN BAHARU MAJLIS 20-23 JUN 2022
PERBANDARAN KAJANG DEWAN SERI CEMPAKA
MPKj SAUJANA IMPIAN
KAJANG
4. KONVOI JELAJAH BERMOTOSIKAL MBPJ 20 JUN 2022
SEMPENA HARI BANDARAYA KE-16 KE PERKARANGAN
MPKj MENARA MPKj
5. KUNJUNGAN HORMAT LHDN WILAYAH 22 JUN 2022
PERSEKUTUAN PUTRAJAYA DAN CHERAS MENARA MPKj
6. LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN 24 JUN 2022
KANGAR PERLIS BAGI AMALAN TERBAIK MENARA MPKj
KHIDMAT PENGURUSAN MPKj
7. PENYERAHAN 70 UNIT KUNCI RUMAH 24 JUN 2022
IDAMAN ABADI OLEH YAB DATO’ MENTERI KAJANG 2
BESAR SELANGOR
8. PUSING SELANGOR DULU TRAVEL HUNT 25 JUN 2022
DAERAH HULU LANGAT ANJURAN
TOURISM SELANGOR DENGAN KOMPLEKS PKNS
KERJASAMA MPKj
BANDAR BARU BANGI
9. LEBUH KOPI KAJANG 25 & 26 JUN 2022
JALAN SULAIMAN,
BANDAR KAJANG
10. PROGRAM SARINGAN KESIHATAN 26 JUN 2022
PERCUMA ( PeKa B40 ) DEWAN KOMUNITI
TAMAN IMPIAN EHSAN
20
1) JABATAN PEMBANGUNAN
MASYARAKAT, MPKj
Bersempena Sambutan 25 Tahun MPKj, iaitu
Sambutan Jubli Perak MPKj, pihak Majlis melalui
Jabatan Pembangunan Masyarakat telah
menganjurkan 2 Program berkonsepkan Santai
Belia. Iaitu Lebuh Kopi Kajang dan Kanvas
Belia. Program dijalankan pada 25 dan 26hb Jun
2022 bertempat di Jalan Sulaiman , Bandar
Kajang. Program ini mendapat sambutan ramai
selama 2 hari berlangsung serta menerima
permintaan orang awam menjadikan Bandar
Kajang sebagai satu destinasi tarikan
pelancongan makanan dan bandar bersejarah
warisan Kajang.
21
2) JABATAN PERBENDAHARAAN,
BAHAGIAN HASIL, MPKj
BIL CUKAI TAKSIRAN SECARA DIGITAL 1
JANUARI 2022.
Membayar cukai taksiran adalah kewajipan
statutori pemilik pegangan berkadar
sebagaimana kehendak Seksyen 127 dan 133,
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Dimaklumkan bahawa, Majlis Perbandaran
Kajang telah melaksanakan perkhidmatan Bil
Cukai Taksiran Secara Digital mulai 1 Januari
2021 tahun lepas. Tiada lagi pengeposan bil
cukai taksiran kepada pemilik pegangan
berkadar. Justeru itu, MPKj juga turut
mengingatkan orang ramai untuk sentiasa
menyemak penyata cukai taksiran di laman web
MPKj;e-taksiran, hadir ke Kaunter Bersepadu
Bayaran Hasil Ibupejabat MPKj atau di
22
perkhidmatan Kaunter Bergerak Kutipan Hasil
yang dijadualkan setiap hujung minggu bulanan
bagi memastikan bayaran cukai dilaksanakan
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Majlis Perbandaran Kajang ingin
memaklumkan bahawa bagi PENGGAL
JANUARI-JUN DAN JULAI-DISEMBER
TAHUN 2022, TIADA LAGI PENGEPOSAN BIL
CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK
PEGANGAN BERKADAR. Kini, Bil Cukai
Taksiran MPKj Adalah Secara Digital.
Orang ramai boleh SEMAK dan BAYAR Bil
Cukai Taksiran melalui perkhidmatan e-
Taksiran di pautan
https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar atau
pembayaran dalam talian kaedah PBT Pay dan
aplikasi CEPat Selangor.
23
Tempoh bayaran cukai bagi penggal
pertama dari 1 Januari hingga 28 Februari
2022 manakala penggal kedua dari 1 Julai
hingga 31 Ogos 2022. Pihak Majlis ingin
mengingatkan semula, SILA JELASKAN CUKAI
TAKSIRAN HARTA TANAH anda tepat pada
masa/tempoh bagi CUKAI TAKSIRAN
PENGGAL KEDUA iaitu PADA ATAU
SEBELUM 31 OGOS 2022. Ini adalah untuk
mengelakkan pemilik dikenakan Notis (Borang
E)-menghendaki tunggakan cukai taksiran
dibayar dalam tempoh 15 hari termasuk caj Fi
Notis atau sama ertinya iaitu denda lewat bayar.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian
Hasil MPKj di talian 03-87377899 sambungan
2035/2036/2028 dan 4402.
24
3) JABATAN PELESENAN DAN PENJAJA,
MPKj
3.1 Pada bulan Jun 2022 Jabatan Pelesenan
Dan Penjaja dengan kerjasama Bahagian Hasil,
Jabatan Perbendaharaan telah mengadakan
Operasi Kutipan Hasil bagi memperbaharui lesen
perniagaan, permit perniagaan dan lesen
penjaja. Berikut adalah kutipan hasil sepanjang
Jun menggunakan Perkhidmatan Kaunter
Bergerak :
25
3.2 Jumlah kutipan adalah RM 83,002.00.
Sepanjang operasi tersebut semua pemegang
lesen turut dimaklumkan agar sentiasa mematuhi
Piawai Operasi Standard (SOP) yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Majlis Perbandaran Kajang dalam
Fasa Peralihan ke Endemik 2022, Pelan
Pemulihan Negara (PPN).
4) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj
4.1 RINGKASAN OPERASI GEMPUR LOKASI
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI
KAWASAN PENTADBIRAN MPKj BAGI
BULAN JUN 2022
Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan Sampah
Haram telah dijalankan oleh Jabatan
26
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
(JPK), Majlis Perbandaran Kajang berikutan
terdapat individu yang tidak bertanggungjawab
yang membuang sampah di lokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah kenderaan yang disita
berkurangan disebabkan operasi statik di pintu
masuk tapak sampah haram.
Jumlah sitaan bagi bulan JUN 2022 (sehingga
23/06/2022) adalah sebanyak 8 BUAH LORI
TELAH DISITA dan 10 KOMPAUN telah
dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran alam
sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang dibawah
Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.
27
Butiran jumlah kenderaan disita dan lokasi
sitaan kenderaan adalah seperti berikut :-
Berdasarkan maklumat di atas, JPPK ingin
mengesyorkan agar dua (2) buah tapak untuk
digugurkan berikutan tidak lagi aktif lebih
daripada tiga (3) bulan:
i. Tapak sampah haram Jalan Sungai
Sekamat Batu 12, Lot 7969;
28
ii. Tapak sampah haram Jalan Hulu
Langat Batu 13, Lot 5618;
JPK juga telah mengenalpasti sebuah (1) tapak
sampah haram yang aktif pada ketika ini dan
disyorkan untuk dimasukkan sebagai senarai
tapak operasi statik:
i. Tapak sampah haram Black Water,
Bandar Mahkota Cheras
Rekod Tindakan:
(a) Sitaan dua (2) buah kenderaan
pada Disember 2021, sebuah (1)
kenderaan pada Mei 2022 dan
sebuah (1) kenderaan pada Jun
2022.
(b) Kerja mengalihkan anak sungai,
pembinaan ban dan korekan akses
keluar masuk dijalankan
29
menggunakan jentera pada 5 Jun
2022 sehingga 6 Jun 2022.
Majlis Perbandaran Kajang akan terus komited
dalam membenteras kegiatan pembuangan
sampah secara haram bagi memastikan masalah
ini dapat diselesaikan bagi meningkatkan kualiti
hidup masyarakat di kawasan Majlis
Perbandaran Kajang.
4.2 RUMUSAN SITUASI WABAK DENGGI
DAERAH HULU LANGAT ( SEHINGGA 18 JUN
2022)
a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 14,322 kes dengan 3
kematian.
30
b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
3 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 2,952 kes melibatkan 2 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 33.9% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 1003 kes
dengan 2 kematian pada minggu Epid ke-
24/2022.
c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 18 Jun 2022 (Epid 24) telah
merekodkan sebanyak 2,344 kes dengan 2
kematian.
d. Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 18 Jun
2022 (Epid 24) adalah sebanyak 131 kes.
31
e. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak
71 lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 7
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Semenyih
(3) & DUN Balakong (4).
f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang
– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 12 lokaliti, Hotspot (2), Tidak
Terkawal (2) , Terkawal (7) & Baru (1) telah
didaftarkan.
32
33
D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.6/2022.
Terima kasih.
34