TALKING POINT
UCAPAN PERASMIAN
YBrs. Tuan Mohd Raiz Bin Radzuan, A.M.S
Timbalan Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang
SEMPENA PERASMIAN WEBINAR
PEMANTAPAN PENGURUSAN STRATA 2021
– GOOD BUILDING DEFINES GOOD PEOPLE
15 NOVEMBER 2021 (ISNIN)
Yang dihormati,
• Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj)
• Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan,
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Sr. Shahril Bin Dato’ Omar
• Pegawai – pegawai Jabatan Pesuruhjaya
Bangunan (COB) MPKj
Mengalu-alukan,
• Barisan Penceramah jemputan
• Wakil-wakil JMB / MC, peserta webinar serta
hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian.
PEMBUKAAN
Terlebih dahulu saya, Mohd Raiz bin Radzuan,
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Kajang mengalu-alukan kedatangan Tuan-tuan
dan Puan-puan ke program Webinar
Pemantapan Pengurusan Strata 2021 – Good
Building Defines Good People. Setinggi - tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih juga
dizahirkan kepada Urusetia, Jabatan
Pesuruhjaya Bangunan MPKj di atas
Penganjuran Webinar ini.
ISU TERKINI DAN ISU PENGURUSAN
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Kita sedia maklum, Negara Malaysia telah
dilanda ujian yang getir bermula tahun 2020
sehingga 2021 dek kerana serangan wabak
berjangkit Covid-19 dan Alhamdulillah Negara
kini dalam dalam proses pelaksanaan pemulihan
semula bagi semua sector, termasuk sektor
pengurusan strata yang mana tuan-tuan dan
puan-puan terlibat secara langsung dalam
memastikan pengurusan dan penyelenggaraan
dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Pelaksanaan program herd immunity juga
sedang giat dijalankan oleh pihak KKM bagi
memastikan rakyat Malaysia menerima dan
melengkapkan jadual pengambilan vaksin untuk
mencegah kesan jangkitan wabak penyakit
Covid-19. Walaupun Negara kini di fasa
pemulihan, saya akan sentiasa mengingatkan
kepada tuan-tuan dan puan-puan supaya
sentiasa mengamalkan SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak KKM.
Pada masa kini, impak COVID-19 juga memberi
kesan di kalangan masyarakat tidak mengira
agama, bangsa, latar belakang, pekerjaan dan
sebagainya. Saya mengambil maklum situasi
penduduk di perumahan berstrata juga
mendapat tempias kesan daripada pandemik ini.
Ada di kalangan mereka yang hilang mata
pencarian, tidak kurang juga menghadapi
kesulitan terutamanya dalam menjalankan
tanggungjawab dan kewajipan sebagai pemilik
rumah berstrata yang perlu membayar caj
penyenggaraan kepada pihak JMB / MC.
PENGHARGAAN BANDAR MAMPAN 2021
Saya berbesar hati ingin memaklumkan bahawa
Majlis Perbandaran Kajang telah mendapat
tempat PERTAMA Anugerah Bandar Mampan
Tahun 2021 bagi kategori Majlis Perbandaran.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua pihak yang telah
berjaya merealisasikan program ini.
Diharapkan penghargaan ini dapat menyuntik
semangat semua pihak untuk terus komited bagi
meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang
lebih berkualiti pada masa akan datang.
Sebanyak 69 daripada 102 Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) yang dinilai menerusi sistem
Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar
Bandar Malaysia (MURNInets) pada tahun ini,
Alhamdulillah MPKj dikategorikan sebagai
perbandaran yang mampan.
HASRAT PELAKSANAAN WEBINAR
Menyedari keperluan pendidikan bagi
pengurusan skim strata adalah satu perkara
yang sangat penting bagi memastikan
pengurusan dan tadbir urus dijalankan mengikut
lunas undang-undang dan secara tidak langsung
ianya memupuk keharmonian hidup berkomuniti,
maka saya percaya Jabatan Pesuruhjaya
Bangunan MPKj akan terus komited dalam
penganjuran program-program pendidikan
seperti ini.
Webinar ini merupakan program yang julung
kalinya diadakan pada tahun ini selaras
seruan Kerajaan Malaysia ke arah
pendigitalan dan tidak dinafikan juga kita
terpaksa melalui sekatan-sekatan
pergerakan, perhimpunan, majlis-majlis
sosial sebelum ini yang memungkinkan pihak
urusetia beralih kepada kaedah atas talian.
Menyedari kekangan dalam tempoh Pelan
Pemulihan Negara (PPN) ketika ini, Webinar
sebegini perlu diadakan selari dengan norma
baharu agar penyampaian informasi dan juga
ilmu pengetahuan kepada semua JMB/ MC
dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Webinar yang diadakan pada hari ini merupakan
salah satu medium terbaik dalam memberi
pendedahan kepada semua pihak yang
terlibat dalam pengurusan bangunan strata.
Saya percaya barisan penceramah-
penceramah yang dijemput akan memberikan
tunjuk ajar dan panduan yang terbaik dalam
mengurus aduan-aduan penduduk. Selain itu
juga, isu teknikal yang sering kali timbul
sebagai contoh isu kebocoran antara tingkat
juga perlu diberi perhatian supaya pihak-
pihak yang terlibat memahami prosedur dan
mendapat jalan penyelesaian yang terbaik.
Selaras dengan kuasa peruntukan Sekysen
21(1) dan 59(1)(a) Akta Pengurusan Strata
2013 (Akta 757) adalah menjadi tanggungjawab
pihak tuan yang dilantik sebagai Jawatankuasa
Perbadanan Pengurusan melaksanakan
kewajipan untuk menyenggarakan dan
menguruskan dengan sepatutnya bangunan
dan harta bersama dan menjaganya dalam
keadaan yang baik.
Kawalan secara peringkat dalaman perlu
dilaksanakan sewajarnya oleh pihak tuan-tuan
dan puan-puan di mana Undang-Undang Kecil
(House Rule) perlu dikuatkuasakan di bangunan
strata agar dapat menjadi panduan oleh semua
penduduk terutama kawalan dari segi
pembinaan struktur, kacau ganggu disebabkan
oleh haiwan peliharaan dan sebagainya dapat di
kawal dengan sewajarnya.
KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian,
Sebagai masyarakat yang prihatin dan
mementingkan kesihatan, kita tidak seharusnya
mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara
alam sekitar dan prasarana yang telah
disediakan. Saya berharap agar tuan-tuan dan
puan-puan dapat turut terlibat secara aktif dalam
program-program kemasyarakatan yang
dianjurkan oleh pihak MPKj. Terutamanya dalam
program menangani masalah demam denggi
yang masih berleluasa kerana kurangnya
kesedaran di kalangan masyarakat tentang
kepentingan menjaga kebersihan persekitaran
tempat tinggal sendiri.
Akhir kata dari saya, Tahniah sekali lagi
diucapkan kepada urusetia webinar dan semua
yang telah terlibat dalam menjayakan webinar
bersiri ini dan diharapkan dengan program-
program sebegini dapat memberi infomasi dan
juga penerangan kepada semua pemilik ataupun
penduduk yang tinggal di kawasan berstrata agar
lebih menyedari tentang aspek kepentingan
hidup secara berkerjasama, bantu - membantu
sesama masyarakat dan menjaga kebersihan
persekitaran agar tidak mendatangkan masalah
kacau ganggu kepada semua penduduk.
PENUTUP
Dengan lafaz BISMILLAH HIRRAHMANNIR
RAHIM saya merasmikan WEBINAR
PEMANTAPAN PENGURUSAN STRATA 2021
– GOOD BUILDING DEFINES GOOD PEOPLE
MPKj bagi tahun 2021.
Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal
Hidayah Wassalamualaikum WBT.
Sekian, terima kasih.