“TEKS UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.12/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
PADA
23 HB DISEMBER 2022 ( JUMAAT )
JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT CEMPAKA PUTIH 1,
TINGKAT 7, MENARA MPKj
1
Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
2
Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian dan Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MP
Kajang TV )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.
3
UCAPAN PENGERUSI
A.PENGENALAN
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama Ahli Mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil. 12
/2022, Majlis Perbandaran Kajang, penutup tirai
tahun 2022.
4
Pertama sekali, mewakili seluruh Warga dan
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang merakam
ucapan takziah kepada mangsa, waris dan ahli
keluarga yang terlibat tragedi tanah runtuh
Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang
Kali pada 16 Disember 2022 (sekitar jam 2.42
pagi Jumaat ). Semoga proses pencarian
mangsa yang masih belum dijumpai
dipermudahkan dan kita doakan semua anggota
penyelamat termasuk bantuan Unit Anjing
Pengesan (K9) selamat sepanjang operasi SAR
dijalankan.
5
B. FOKUS UTAMA MPKj
(1) Semak Dan Imbang Sepanjang Tahun 2022
Perkhidmatan MPKj- Dasar ‘Back to Basics’
1.1 Kerajaan Tempatan berfungsi untuk
memberi perkhidmatan perbandaran di
kawasan-kawasan yang ditetapkan seperti
penjagaan kebersihan am, pembersihan awam,
kutipan sisa pepejal dan sampah, kesihatan am,
kemudahan infrastruktur dan fasiliti awam serta
perkhidmatan teras perbandaran yang lain-lain
sewajarnya dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan di Malaysia.
1.2 Kerajaan Tempatan bertanggungjawab
untuk merancang, menyelaras, dan mengawal
penggunaan serta aktiviti memajukan tanah dan
bangunan dalam kawasan PBT.
6
1.3 Kerajaan Tempatan melaksanakan
tugas-tugas yang dipertanggungjawab oleh
Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
1.4 Perkara-perkara yang bersangkutan
dengan Kerajaan Tempatan merupakan
tanggungjawab bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
1.5 Merupakan kerajaan yang bersaing
memandangkan Kerajaan Tempatan mempunyai
kuasa-kuasa tertentu seperti:
i) Membuat undang-undang kecil (by laws)
ii) Mengutip cukai dan sewa
iii) Menubuhkan kumpulan wang Pihak Berkuasa
Tempatan
1.6 Tujuan penubuhan Kerajaan Tempatan
memberi peluang kepada rakyat atau penduduk
tempatan mengambil bahagian dalam
7
pengurusan kawasan yang mereka diami.
Secara tidak langsung faedah dan kemudahan
dapat diperolehi / dinikmati selaras keperluan
atau kehendak penduduk tempatan.
1.7 Peranan PBT khususnya MPKj selari
aspirasi menuju penarafan Majlis Bandaraya
pada tahun 2023 dan tahun seterusnya adalah
mengambil konsep ‘Kembali ke Dasar’ – ‘Back to
Basics’ iaitu pentadbiran Majlis menekankan
aspek perkhidmatan teras sebagai tunggak
rakyat mengecapi kemudahan dan fasiliti awam
yang terbaik disamping mengekalkan aspek
kualiti perkhidmatan sebagai Penguasa
Tempatan.
1.8 Perkhidmatan utama yang cepat dan
cekap ( kutipan sampah, pembersihan awam,
penyelenggaraan jalan, longkang dan
8
kemudahan infrastruktur serta taman-taman
awam dan kawasan rekreasi ).
1.9 Penyelenggaraan kestabilan cerun yang
berisiko juga merupakan antara matlamat MPKj
‘Back to Basic’ untuk memastikan keselamatan
struktur tanah dalam merancang proses
pembangunan. Usaha ini memerlukan
kerjasama agensi yang berkaitan dari segi
khidmat rundingan garis panduan/ tatacara,
kebenaran atau kelulusan.
1.10 Isu tapak sampah haram juga diberi
keutamaan perhatian MPKj membanteras pelaku
yang tidak bertanggungjawab dengan kawalan
khusus di lokasi hotspot beserta disusuli tindakan
sitaan lori yan membuang sampah di tapak-tapak
sampah haram. Tindakan ini telah memberi
kesan kepada pemilik tapak supaya patuh
arahan pihak Majlis.
9
1.11 Pelaksanaan Projek Khas Infrastruktur
termasuk penyelenggaraan aset dan fasiliti
merangkumi sub sektor seperti berikut:-
• Jalan
• Sistem Perparitan
• Jambatan
• Lampu Jalan
• Lampu isyarat, dll
1.12 Keterjaminan penjagaan alam sekitar,
merancang pembangunan bandar dan
perumahan yang mampan merealisasikan
sebagai bandaraya berdaya huni.
1.13 65 kawasan perindustrian terancang,
penubuhan Industry Park Management
Commitee (IPMC), bekerjasama dengan Invest
Selangor dan MIDA bagi tarikan pelabur ke
kawasan MPKj
10
• Perkhidmatan perbankan di semua lokasi pusat
perniagaan
• 10 buah pusat membeli belah dan 67 buah
pasaraya
• Lebih daripada 40 kawasan perniagaan dan
perkhidmatan
• 4 hotel bertaraf 3 bintang ke atas dan disokong
dengan hotel budget, resort dan pusat
peranginan.
1.14 Tumpuan eko pelancongan seperti Bukit
Broga, Gunung Nuang, Hutan Lipur Sungai
Congkak dan Kolam Air Panas.
• Tumpuan aktiviti sukan golf seperti Sungai Long
Golf & Country Club, Bangi Golf Resort, Impian
Golf & Country Club dan Danau Golf Resort.
1.15 MPKj mempunyai enam (6) hospital
swasta yang menawarkan pelbagai kemudahan
11
perubatan yang canggih yang menjadi tarikan
pelancongan kesihatan seperti KPJ Kajang
Specialist Hospital dan Columbia Hospital.
1.16 MPKj terkenal dengan produk pelancongan
makanan iaitu Sate Kajang yang menjadi
tumpuan utama pelancong dalam dan luar
Negara
1.17 Sektor perindustrian dan pusat
perdangangan dalam kawasan MPKj mampu
menjana ekonomi negeri/ negara seiring ke arah
Malaysia maju dan berdaya saing.
1.18 Perkhidmatan Dalam Talian Baru
(pelaksanaan tahun 2023) iaitu Projek Rentis
Norma Bahru Penyampaian Perkhidmatan
Awam (NBPPA)
12
• DSP@MPKj – Permohonan pelan setara, pelan
tambahan dan ubahsuai komersial/ perindustrian
(teres) dan permit kerja kecil;
• Smart Rental Payment – bayaran sewaan gerai,
pasar, penjaja secara “cashless” atas talian;
• “Smart Application for MPKj’s Premises” –
aplikasi bagi permohonan gerai; dan
• MyMPKj4U – semakan, kemaskini dan
pembayaran cukai serta kompaun menggunakan
aplikasi telefon
1.19 Ke arah pendigitalan mengorak langkah
MPKj budaya transformasi imej dan berteknologi
tinggi mampu menambah baik sistem
penyampaian perkhidmatan MPKj yang lebih
cekap dan efektif.
13
(2) Pemakaian Pelitup Muka MPKj Bagi
Pengendalian Makanan Pengusaha Restoran
2.1 Merujuk kepada keputusan Mesyuarat
Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) ke 12/2022 yang
diadakan pada 7 September 2022 yang telah
mensyaratkan pemakaian pelitup muka
14
kepada penyedia/ pengendali/ peniaga makanan
dan minuman di Negeri Selangor, pihak Jabatan
Pelesenan dan Penjaja telah mengeluarkan
arahan kepada semua pemilik premis dan
penjaja yang terlibat dalam perniagaan makanan
dan minuman untuk mematuhi perkara ini.
2.2 Arahan ini berkuatkuasa mulai 18 Oktober
2022, namun tempoh diberikan sehingga 31
Disember 2022 sebagai usaha mendidik
pengusaha restoran dan penjaja makanan dan
minuman untuk membiasakan semua pekerja
yang mengendalikan makanan atau minuman
menggunakan pelitup muka sebagai salah satu
kaedah untuk menjaga kebersihan.
2.3 Mulai 1 Januari 2023 tahun depan,
pemantauan dan penguatkuasaan akan
dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pelesenan dan
Penjaja dengan bantuan pihak Jabatan
15
Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dan Kesihatan mengikut bidang
kuasa masing-masing. Tindakan kompaun boleh
dikenakan kepada pemilik perniagaan atau
penjaja makanan dan minuman yang ingkar
untuk mematuhi arahan ini yang menjadi antara
syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.
(3) Tahniah MPKj FC Juara Selangor
Champions League (SCL) 2022
3.1 Sempena meraikan Jubli Perak (25
Tahun) MPKj, khabar gembira buat semua
hadirin mesyuarat, sekalung tahniah diucapkan
Majlis Perbandaran Kajang julung kali
dinobatkan Juara - Selangor Champions League
(SCL) 2022, kemenangan besar 3-0 ke atas
Bandar Putera-2. Saya berkesempatan
16
menyaksikan gol perlawanan di Arena Majlis
Bandaraya Subang Jaya pada 10 Disember 2022
baru-baru ini. Syabas kepada saudara M
Terence Marieselvam melalui hasil 2 jaringan
manakala saudara M Dnesh (satu). Semangat
lawan berpasukan MPKj FC merupakan
pasukan bola PBT pertama mencipta sejarah
menjulang Piala SCL 2022 setelah 4 tahun
mengejar impian. Tahun ini dapat diraih kejayaan
untuk berkongsi kegembiraan kepada seluruh
warga MPKj khususnya, amnya seluruh
penyokong dan warga penduduk di bawah
pentadbiran MPKj.
3.2 MPKj FC merupakan 3 PBT selainnya
adalah MP Sepang dan MBPJ yang berjaya
memasuki Liga Juara Selangor ( SCL) 2022.
Sekalung tahniah juga kepada Presiden MPKj
FC Encik Halim Bin Abu Samah, Pengurus
17
Pasukan Encik Mohd Fariq Bin Bahili, Ketua
Pasukan Encik Mohd Izzudin Bin Zainudin,
Ketua Jurulatih Encik Mohd Razif Bin Mohamed
Rus berjaya membimbing dan memberi
sokongan padu kepada team pasukan bola MPKj
FC. Terima kasih dan penghargaan khas kepada
badan penaja utama MKH Berhad memberi
sokongan dan bantuan kemudahan kepada para
pemain bola MPKj FC.
3.3 Penghargaan dan sekalung tahniah juga
kepada saudara Firdaus Musa menerima
Anugerah Pemain Bernilai , Penjaring Terbanyak
dan Best XI bersama 2 pemain bola MPKj FC
iaitu saudara M Terrence, Lukman Hakim bagi
musim liga anjuran FAS ( Persatuan Bola Sepak
Selangor ) tahun 2022.
3.4 Harapan MPKj, kejayaan yang diraih ini
menjadi pembakar semangat pasukan bola MPKj
18
FC kekal unggul seterusnya mara ke perlawanan
yang berprestij di masa akan datang.
(4) Makluman penangguhan sementara
aktiviti riadah dan perkhemahan khususnya
di kawasan berisiko tinggi termasuk kawasan
cerun, pantai, kepala air, berisiko banjir dan
sebagainya.
19
4.1 Selaras arahan berkuat-kuasa serta-
merta melalui surat bertarikh 16 Disember 2022
lalu daripada Kementerian Pembangunan
20
Kerajaan Tempatan meminta semua Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan
arahan penangguhan sementara aktiviti riadah
dan perkhemahan di kawasan berisiko bencana.
4.2 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor juga telah memutuskan untuk semua
tempat perkelahan dan perkhemahan di Negeri
21
Selangor diarah tutup selama 7 hari bermula 17
Disember 2022.
4.3 Angin kencang monsun timur laut
berpotensi membawa hujan lebat berterusan
mulai 17 Disember 2022, sehubungan dengan
MPKj menasihatkan orang ramai sentiasa
22
berwaspada dan peka dengan arahan pihak
berkuasa.
4.4 Untuk sebarang kecemasan sila hubungi
Bilik Gerakan PANTAS MPKj 1-800-88-1144.
(5) Siapsiaga PANTAS MPKj Bantu Bencana
Monsun Timur Laut
5.1 Susulan insiden yang berlaku baru-baru
ini, pihak PBT-MPKj menggerakkan pasukan
Pantas MPKj bersiap-siaga mulai November
2022 hingga Januari 2023 bagi membantu kerja-
kerja segera dan kritikal terutama ketika hujan
lebat, ribut dan sebagainya.
5.2 Bilik Gerakan Bencana MPKj telah
diaktifkan serta-merta yang beroperasi 24 jam
mulai November lalu. Sepertimana hebahan
23
Talian Bilik Gerakan Bencana MPKj adalah 1-
800-88-1144.
5.3 Pemantauan lokasi berisiko dalam
kawasan pentadbiran MPKj telah diambil
perhatian oleh pasukan jabatan teknikal
dalaman dibantu oleh Ahli-Ahli Majlis MPKj
sebagai saluran informasi dan pemudahcara
rakyat bagi setiap hebahan dan tindakan PBT-
MPKj.
Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;
C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM JABATAN
(1) Takwim Program Majlis Perbandaran
Kajang Berlangsung Sepanjang Disember
2022 Sempena Jubli Perak (25 Tahun).
BIL PROGRAM TARIKH/ TEMPAT
1. Program Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Sepanjang Disember 2022
Taksiran Dan Pelesenan
24
(Hebahan di laman web
dan media sosial MPKj)
2. Bengkel Pencapaian Pelan Strategik 6 Disember 2022
Majlis Perbandaran Kajang 2021-2025 Hotel Marriot, Putrajaya
3. Program Pemberian Alatan Keselamatan 7 Disember 2022
Program Bandar Selamat MPKj Tahun Menara MPKj
2022
4. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 10 Disember 2022
dan Hari Bertemu Pelanggan MPKj Taman Tasik Cempaka,
Bil.4/2022
Bandar Baru Bangi
5. Selangor Champions League (SCL) 10 Disember 2022
-MPKj FC dinobatkan Juara Arena MBSJ
6. Penyerahan Permit Perniagaan 13 Disember 2022
Sementara Kepada Penjaja Kecil TTDI TTDI Grove MPKj
Grove Kajang
7. Kursus Ketua Zon Ekosistem Kondusif 13-15 Disember 2022
Sektor Awam (EKSA) Hotel Mardiyyah Shah
Alam
8. Taklimat Pemurnian Kebersihan Makanan 15 Disember 2022
Mini Teater MPKj
9. Liga Budak Kampung Daerah Hulu Langat 17 Disember 2022
Anjuran Pejabat Exco Generasi Muda, Old Trafford Arena Bangi
Sukan Dan Modal Insan Negeri Selangor
dengan kerjasama MPKj
10. Kursus Konfigurasi Sistem Pengurusan 17-19 Disember 2022
Aduan Awam ( SISPAA MPKj) Tahun 2022 Hotel Imperial Heritage
Melaka
25
11. Explorace Sempena 25 Tahun MPKj 17 Disember 2022
Dataran MPKj@Stadium
12. Lepak Santai Final Match FIFA World Cup
2022 Kajang
18 Disember 2022
Dataran MPKj@Stadium
Kajang
13. Majlis Penyampaian Hadiah 20 Disember 2022
Pertandingan: Bangi Resort Hotel
1)Kejiranan Terbaik Peringkat MPP MPKj
2022
2)Anugerah Sekolah Hijau MPKj 2022
3)Pertandingan Kebun Komuniti MPKj
2022
4)Pertandingan Kutipan Minyak Masak
Terpakai MPKj 2022
14. Bengkel Penjenamaan Semula Majlis 21-22 Disember 2022
Perbandaran Kajang Tahun 2022 Hotel Mercure Living,
Putrajaya
15. Kursus Berpasukan Siri 1/ 2022 MPKj 22 Disember 2022
Tahun 2022 Semenyih Eco Ventures
16. Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun 23 Disember 2022
MPKj Bangi Resort Hotel
17. Karnival Sukan 3K Kejohanan Piala Yang 31 Disember 2022
Dipertua MPKj 2022 Uptown Sport, Bangi
Jenis Sukan dan Yuran Penyertaan :
Futsal Terbuka, Bola Jaring Amatur–
RM 100/pasukan dan Badminton Amatur –
RM 50/ Beregu
26
(2) BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN MPKj
Majlis Perasmian Kolaborasi Strategik
Pemerkasaan Pendigitalan PBT Selangor
Bersama Pihak MAMPU
( Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 12 PBT
Selangor )
2.1 Majlis Perasmian Kolaborasi Strategik
Pemerkasaaan Pendigitalan PBT Selangor
bersama pihak MAMPU telah diadakan di Hotel
Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 29
November 2022 (Selasa) bermula jam 10.30 pagi
hingga 12.30 tengah hari yang dirasmikan oleh
YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua
Pengarah MAMPU dan turut dihadiri oleh Dato’
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk
Bandar, Yang Dipertua Majlis, Ketua ICT dan
wakil-wakil jabatan 12 PBT di Selangor. Majlis ini
merupakan Majlis Perlancaran Buku Pelan
27
Strategik Pendigitalan (PSP) ICT 2021 – 2025
bagi 12 PBT di Selangor yang dibangunkan
dengan kerjasama Pihak MAMPU.
Sesi Pelancaran Program Pemerkasaan
Pendigitalan 12 PBT Selangor
28
Buku Pelan Strategik Pendigitalan MPKj
2021 - 2025
29
Upacara Menandatangani Persetujuan
Kolaborasi Strategik Pemerkasaan
Pendigitalan 12 PBT Selangor Bersama Pihak
MAMPU
30
(3) BAHAGIAN HASIL, JABATAN
PERBENDAHARAAN MPKj
Program Insentif Cukai Taksiran Tahun 2023
- Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPKj 2023
‘Jom Bayar & Menang’
3.1 Program Cabutan Bertuah Cukai
Taksiran di MPKj ini telah dilaksanakan pada
tahun 2021 dan ianya mendapat sambutan yang
baik dari warga penduduk. Ini adalah tanda
positif penduduk menyambut baik pembayaran
setahun bil cukai taksiran.
3.2 Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam
program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih pihak majlis
kepada pembayar-pembayar cukai yang
melaksanakan tanggungjawab mereka kepada
MPKj.
31
3.3 Bagi tahun 2023, pihak Majlis
menawarkan hadiah-hadiah cabutan bertuah
yang menarik berjumlah sehingga RM 100,000
termasuk cabutan bulanan berupa baucar nilai
tambah e-wallet Touch&Go sehingga RM 30,000
untuk dimenangi oleh penduduk yang bertuah.
3.4 Cabutan bertuah ini layak untuk
pembayaran Cukai taksiran setahun dan tanpa
tunggakan dari tempoh 1 Januari sehingga 28
Febuari 2023 di semua saluran pembayaran
dalam talian iaitu pembayaran melalui portal e-
Bayar MPKj, PBTPay, Cepat, JomPay dan juga
pekhidmatan perbankan internet. Penyertaan
akan diproses secara automatik oleh pihak Majlis
Perbandaran Kajang. Ini juga merupakan
langkah untuk menggalakkan warga penduduk
membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke
kaunter.
32
(4) JABATAN UNDANG-UNDANG, MPKj
4.1 Dimaklumkan, Kempen Pengurangan
Kompaun bersempena dengan Sambutan
Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran
Kajang (MPKj) dengan Tawaran Penyelesaian
Kompaun Sehingga 90% untuk kesalahan-
kesalahan di bawah Akta dan Undang-Undang
Kecil terpilih yang bermula pada 1 November
2022 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.
4.2 Hebahan awal tawaran lanjutan telah
diuar-uarkan di laman web dan media sosial
rasmi MPKj.
4.3 Saya menyeru orang ramai yang
mempunyai tunggakan kompaun mengambil
kesempatan menyelesaikan bayaran bagi
tawaran pengurangan kompaun sempena Jubli
Perak MPKj.
33
(5) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj
5.2 Ringkasan Operasi Gempur Lokasi
Pembuangan Sampah Haram Di Kawasan
Pentadbiran MPKj Bagi Bulan Disember 2022
5.2.1 Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan
Sampah Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
34
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.
5.2.2 Jumlah sitaan bagi bulan Disember 2022
(sehingga 19/12/2022) adalah sebanyak 3
BUAH LORI TELAH DISITA dan 3 KOMPAUN
telah dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran
alam sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang
dibawah Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.
35
5.2.3 Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori
adalah seperti berikut :-
BIL LOKASI KOORDINAT MUKIM BILANGAN KENDERAAN YANG DI SITA BAGI TAHUN 2022
3.0038755,101.7739618 KAJANG JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS JUMLAH
1 KAMPUNG SIMPANG BALAK
000000010030 4
4 DESA BUDIMAN 3.066713,101.81625 CHERAS 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1
2 JALAN KUARI SUNGAI LONG 10
5 RINCHING HULU 3.096378,101.805992 HULU 003000042010 5
LANGAT
2.925045,101.870590 SEMENYIH 0 0 0 0 0 1 0 3 0 1 0 0
3 TAMAN UNIVERSITI LOT 908 2.944808,101.801079 KAJANG 000000005100 6
6 TAMAN PUSARA, TWIN PALMS 3.0313490,101.7996360 CHERAS 225123100000 16
003001043040 15
7 BUKIT AMPANG 3.123464,101.810906 HULU 000012020000 5
LANGAT 000000053150 14
0 2 4 1 2 2 0 13 5 10 8 3 50
8 BLACK WATER 3.0734835,1018040686 CHERAS
9 KOLAM AIR PANAS, SUNGAI SERAI 3.090148,101.796661 HULU
LANGAT
10 LAIN-LAIN KAWASAN (TIDAK DIJALANKAN SELURUH KAWASAN PENTADBIRAN
SECARA KOMERSIAL) MPKJ
JUMLAH KESELURUHAN 2 4 15 2 5 9 1 33 18 13 21 3 126
5.3 Rumusan Situasi Wabak Denggi Daerah
Hulu Langat ( Sehingga 17 Disember 2022)
a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 34,502 kes dengan 9
kematian.
36
b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
2 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 8,367 kes melibatkan 5 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 47.5% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 3,974 kes
dengan 5 kematian pada minggu Epid ke-
50/2022.
c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 17 Disember 2022 (Epid 50) telah
merekodkan sebanyak 6,938 kes dengan 5
kematian.
d. Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 17
Disember 2022 (Epid 50) adalah sebanyak
198 kes.
37
e. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak
79 lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 4
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Sungai
Ramal (1) dan DUN Semenyih (3).
f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang
– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 9 lokaliti, Hotspot (0), Tidak
Terkawal (1) , Terkawal (8) & Baru (0) telah
didaftarkan.
38
39
D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.12/2022. Saya mengambil
kesempatan mewakili seluruh warga kerja dan
Ahli-Ahli Majlis MPKj mengucapkan Selamat Hari
Natal/ Krismas yang akan disambut oleh
penganut Kristian yang meraikannya pada 25
Disember 2022, hari Ahad ini. Keharmonian dan
perpaduan antara kaum di Malaysia ini dapat
terus kita jaga dan nikmati bersama selari
dengan visi pentadbiran kerajaan baharu.
Sudah hampir melangkah ke tahun baru
2023, tirai tahun 2022 ditutup dengan meraikan
setahun sambutan Jubli Perak ( 25 Tahun ) Majlis
Perbandaran Kajang.
Sebagai penghargaan dan menzahirkan
ucapan terima kasih, kemuncak meraikan genap
setahun Sambutan Jubli Perak (25 tahun)
40
Penubuhan MPKj, jam 8.00 malam ini MPKj (
Jumaat, 23hb Disember 2022 ) menganjurkan
Majlis Makan Malam Jubli Perak 25 Tahun
MPKj di Bangi Resort Hotel.
Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan Pegawai
Majlis Perbandaran Kajang dijemput hadir
bersama-sama menjayakan dan meraikan Majlis
Makan Malam Jubli Perak MPKj.
Selamat Datang Tahun Baru 2023,
aspirasi Kerajaan Negeri Selangor terus
didokong dengan penuh tanggungjawab demi
menuju penarafan ke arah Bandaraya bersama
harapan mencipta nama pihak berkuasa
tempatan ‘Majlis Bandaraya Kajang Jaya’.
Terima kasih.
41