The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPKj SALUTASI PROGRAM PESTA MANTAI BERANANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2023-03-19 03:51:25

MPKj SALUTASI PROGRAM PESTA MANTAI BERANANG

MPKj SALUTASI PROGRAM PESTA MANTAI BERANANG

SALUTASI PENGACARA MAJLIS: Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan: YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang YBrs.Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss@Mohd Hatta Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang Puan Norzulaila binti Abd Ghani Pembantu Penyelaras Dun Semenyih Tuan Samsol bin Bahari Ahli Majlis Zon MPP 23


Majlis Perbandaran Kajang Tuan Mohd Zulkifli bin Ridzwan Ahli Majlis Zon MPP 22 Majlis Perbandaran Kajang Tuan Mohammad Izuddin bin Ramli Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja Majlis Perbandaran Kajang Pengarah-Pengarah Jabatan dan Unit Majlis Perbandaran Kajang Tuan Mohd Samsudin bin Haji Satar Penghulu Mukim Beranang Tuan Mohd Kassim bin Mokhtar Ketua Kampung Paya Tanjung


Peniaga-peniaga Pasar Pagi dan Daging Pesta Mantai Beranang Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Kajang dan Agensi yang hadir Serta Para pengunjung Pesta Mantai Beranang


Ucapan pengenalan Terima kasih diucapkan di atas kehadiran semua tetamu jemputan, para peniaga daging dan pasar pagi Program Hari Kesedaran Alam Sekitar Sempena Pesta Mantai Beranang tahun 2023 anjuran Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Beranang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Paya Tanjung, Beranang. Untuk makluman ringkas kepada hadirin sekalian, Jabatan Pelesenan dan Penjaja (JPL) Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan melesenkan aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan pentadbiran MPKj.


Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj juga bertanggungjawab menyelaras program serta inisiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui pengurusan Akaun Amanah Caj Beg Plastik di Negeri Selangor bagi menangani isu pencemaran plastik sekali guna yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar, kesihatan awam dan ekonomi negeri. Justeru itu, Majlis Perbandaran Kajang bekerjasama dengan Pejabat Penghulu Mukim Beranang dan MPKK Kg. Paya Tanjung Beranang menganjurkan Hari Kesedaran Alam Sekitar Sempena Pesta Mantai Beranang tahun 2023. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh masyarakat Negeri Sembilan dan sebahagian kawasan di mukim Beranang, Selangor dan


tradisi melapah daging sembelihan ini dilakukan sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Pelaksanaan program ini bertujuan menerapkan hasrat Kerajaan Negeri Selangor bagi memelihara persekitaran bersih di kawasan komuniti dan menjana aktiviti perniagaan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Disamping itu, selaras matlamat Majlis Perbandaran Kajang agar kesedaran tanggungjawab premis kediaman taman perumahan dan premis perniagaan membayar cukai taksiran dan pelesenan perniagaan. Akhir kata, usahasama MPKj dengan penglibatan semua agensi negeri dan daerah, MPKK, komuniti perumahan dan kampung dapat sama-sama meningkatkan potensi ekonomi


masyarakat setempat sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version