The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN YB TUAN HEE LOY SIAN PROGRAM BAZAR RAMADAN MAMPAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-04-18 11:07:12

TEKS UCAPAN YB TUAN HEE LOY SIAN

TEKS UCAPAN YB TUAN HEE LOY SIAN PROGRAM BAZAR RAMADAN MAMPAN 2022

“TEKS UCAPAN”
YANG BERHORMAT
TUAN HEE LOY SIAN
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP
PELANCONGAN, ALAM SEKITAR &
TEKNOLOGI HIJAU DAN HAL EHWAL ORANG
ASLI NEGERI SELANGOR

TARKIH : 18 APRIL 2022 (ISNIN)
MASA: 5.00 PETANG

TEMPAT : LAMAN NIAGA KOMUNITI
BANDAR BARU BANGI

1

ATURCARA
PROGRAM BAZAR RAMADAN MAMPAN
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TAHUN 2022

Masa Catatan

4.30 petang Ketibaan Tetamu Jemputan
i. Pengarah Jabatan
ii. Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

4.45 petang Ketibaan Timbalan Yang Dipertua
Encik Kamaruzaman Bin Salimi, AIS.,PPT
Majlis Perbandaran Kajang

4.50 petang Ketibaan Yang Dipertua
YBhg.Tuan Haji Najmuddin Bin Jeman, SMS
Majlis Perbandaran Kajang

5.00 petang Ketibaan YB Tuan Hee Loy Sian
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam
Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang
Asli NegerI Selangor

5.10 petang Bacaan Doa
5.15 petang Penyampaian Sijil Bebas Plastik
5.30 petang Penyerahan Tong Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

5.45 petang Gimik Perasmian Bazar Ramadan Mampan Tahun 2022

6.00 petang Lawatan ke gerai-gerai Juadah Ramadan serta
Penyampaian goodies beg

6.30 petang Sesi Bergambar dan Bersurai
2

Selamat Petang dan Selamat Sejahtera

Yang Berbahagia
Tuan Haji Najmuddin Bin Jemain
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang

Yang Berusaha
Tuan Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Kajang

Puan Zalinda Binti Zainudin
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja
Majlis Perbandaran Kajang

Ahli-Ahli Majlis
Majlis Perbandaran Kajang

3

Pengarah-Pengarah Jabatan
Majlis Perbandaran Kajang
Penganjur Bazar Ramadan, Laman Niaga
Komuniti Bandar Baru Bangi
Wakil dari Media TV dan Akhbar
Serta, saya mengalu-alukan kehadiran para
pengunjung dihargai ke Bazar Ramadan
Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi

4

1. Pengenalan
Hari ini saya berpeluang hadir untuk

bersama-sama dengan tuan/puan, para
pengunjung Bazar Ramadan Laman Niaga
Komuniti Bandar Baru Bangi bagi melihat sendiri
gerai-gerai peniaga/ penjaja yang telah
memulakan jualan juadah berbuka puasa sejak 1
Ramadan yang lepas ( 3 April 2022 ).

2. Tujuan Program

Penganjuran Bazar Ramadan Mampan pada
tahun 2022 ini diadakan setiap tahun selaras
dengan visi Kerajaan Negeri Selangor memastikan
peniaga-peniaga dapat peluang perniagaan
berniaga aneka juadah sepanjang bulan puasa di
negeri Selangor khususnya di kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

5

Konsep dan objektif adalah dengan amalan di
kalangan peniaga/ penjaja bagi Mengitar Semula
Minyak Masak Terpakai, Gerai Bersih, Berbelanja
Berhemah dan Membawa Bekal Makanan.

3. Bilangan Peniaga Bazar Laman Niaga
Bandar Baru Bangi Dan Jenis Makanan Dijual

Seramai 57 peniaga. Antara makanan
istimewa yang dijual di Laman Niaga Komuniti
Bandar Baru Bangi adalah Roti John, Ayam
Golek dan Air Balang pelbagai perisa.

4. Keunikan Bazar Ramadan Laman Niaga
Komuniti Bandar Baru Bangi

Susunan petak perniagaan yang teratur,
program kutipan minyak masak dalam kalangan
peniaga dan pengunjung, petak parkir yang

6

mencukupi dan mempunyai kawalan lalulintas
dan pengunjung.

5.Inisiatif Platform Selangor (PLATS)
Kerajaan Negeri Selangor juga

memperkenalkan kaedah memperluaskan
rangkaian perniagaan tuan/puan melalui
Platform Selangor (PLATS). PLATS adalah
sebuah platform promosi dan direktori digital
yang dibangunkan untuk menggerakkan
ekonomi penjaja dan peruncit Selangor.

Bergerak bersama arus pendigitalan, PLATS
telah mengorak langkah pertama pada tahun
2020 dengan melancarkan PLATS e-bazaar,
Bazar Ramadan Digital yang pertama di
Malaysia. Tahun 2021 Plats 2.0 dan 2022 Plats
3.0 telah bergerak agresif dan menjadi
pemangkin digitalisasi dalam sector ekonomi di
negeri Selangor Darul Ehsan.

7

6. Harapan Kerajaan Negeri Selangor dan
PBT-MPKj

Kerajaan Negeri Selangor Majlis
Perbandaran Kajang berharap para peniaga
dapat bekerjasama dengan mematuhi Tatacara
Pengendalian Makanan yang digariskan oleh
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta
arahan dari pihak PBT-MPKj dari masa ke
semasa. Kita juga berharap semua peniaga dan
pengunjung dapat mengamalkan kempen
#bebasplastik – penggunaan tanpa beg plastik
dan polistirena. Amalan membawa bekal
makanan hendaklah diteruskan di semua tapak
bazar dan pasar supaya kita sama-sama
menjaga dan memulihara alam sekitar.

7.0 Ucapan Penutup
Saya bersama Yang Berbahagia Tuan Haji

Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua Majlis

8

Perbandaran Kajang merasmikan Bazar
Ramadan Mampan anjuran Majlis Perbandaran
Kajang bagi Tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

9


Click to View FlipBook Version