“UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.5/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
PADA
27 HB MEI 2022 ( JUMAAT )
JAM 9.00 PAGI
BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj
1
Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani
YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua
Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang
Seterusnya,
2
Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara bersemuka/
bersiaran langsung di saluran YouTube-MPKj
Stream )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.
3
UCAPAN PENGERUSI
A.PENGENALAN
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, pagi ini
saya bersama-sama ahli mesyuarat hadir
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 5
/2022, Majlis Perbandaran Kajang .
Saya ingin memaklumkan perubahan waktu
operasi kaunter perkhidmatan utama adalah
berdasarkan waktu bekerja biasa iaitu mula
operasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai Mei
hingga bulan seterusnya. Berkuatkuasa 18 Mei
2022 (Rabu) lepas, perkhidmatan MPKj akan
beroperasi dengan kehadiran maksimum 100
peratus bekerja di pejabat. Kaedah pelaksanaan
mesyuarat semasa tempoh peralihan fasa ke
endemik secara bersemuka. Pemakaian pelitup
4
muka dalam kawasan Menara MPKj serta
pejabat cawangan masih wajib dipatuhi oleh
setiap individu dan penjarakan fizikal amat
digalakkan.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
B. Fokus Utama MPKj
(1) Status Pelaksanaan Penilaian Semula
Cukai Taksiran MPKj
1.1 Status terkini penyediaan Senarai Nilaian
Baharu bagi Majlis Perbandaran Kajang adalah
selesai mengedar notis pemberitahuan Senarai
Nilaian Baharu sebanyak 349,441 unit kepada
pemunya pegangan. Mana-mana pemunya
pegangan yang tidak bersetuju dengan Senarai
Nilaian Baharu tersebut membuat permohonan
bantahan sehingga atau pada 16 Mei 2022.
5
1.2 Sehingga 16 Mei 2022, sebanyak 16,805
permohonan bantahan telah diterima oleh MPKj
dan permohonan itu sedang diproses untuk
pemakluman kepada pemohon bagi Mesyuarat
Pendengaran Bantahan Senarai Nilaian Baharu
yang akan dimulakan pada 13 Jun 2022.
1.3 Pada 19hb dan 20hb Mei 2022, Kursus
Tatacara Pengendalian Mesyuarat Pendengaran
Bantahan Senarai Nilaian Baharu Majlis
Perbandaran Kajang telah dijalankan bersama
Ahli Majlis dan Pengarah-pengarah Jabatan
sebagai persediaan mesyuarat pendengaran
bantahan kelak.
1.4 MPKj sebagai pelaksana akan
meneruskan pelaksanaan Senarai Nilaian
Baharu ini untuk tujuan rekod dan rujukan
mengikut ketetapan dan kelulusan yang telah
diberikan pada Keputusan MMKN ke 38/2021
6
bersetuju agar Pihak Berkuasa Tempatan
(PBN)menyambung proses penyediaan senarai
nilaian baharu dan atau meneruskan proses
seterusnya yang merangkumi penyiaran
pewartaan notis, iklan, edaran notis, penerimaan
bantahan, sesi pendengaran bantahan, semakan
dan lain-lain proses berkaitan mengikut
peraturan yang berkuatkuasa sebelum
membentangkan semula untuk pengesahan
PBN selewat-lewatnya sebelum 31 Disember
2022 dan tarikh kuatkuasa senarai nilaian baharu
akan ditentukan semula oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri setelah mengambil kira semua
prosedur serta peraturan dan undang-undang
sedia ada telah dipatuhi.
1.5 Pelaksanaan ini juga memenuhi
peruntukan Seksyen 137(3), Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171),menyatakan bahawa
7
Sesuatu Senarai Nilaian Baru yang
mengandungi butir-butir yang sama seperti
dalam seksyen kecil (1) hendaklah disedia dan
disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun atau tempoh
yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Negeri.
1.6 Justeru itu, MPKj sebagai pelaksana
akan meneruskan pelaksanaan Senarai Nilaian
Baharu ini seperti yang dimaklumkan mengikut
Keputusan MMKN ke 38/2021 dan kelulusan
tersebut bergantung kepada Pihak Berkuasa
Negeri sebagai pelulus.
8
(2) Perubahan Portfolio Pengarah MPKj
2.1 Sesi penyampaian amanat Yang
Dipertua dan sesi penyerahan nota serah tugas
yang diadakan pada 17 Mei 2022 (Selasa) di
mana ianya menyaksikan empat (4) Pengarah
Jabatan yang bertukar portfolio baharu bermula
1 Mei 2022. Pengarah-pengarah jabatan yang
terlibat adalah Encik Zahari Shukri bin Zainal P.P.T.
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan bertukar
portfolio kepada Pengarah Jabatan
Penguatkuasaan, Puan Zalinda binti Zainudin
P.P.T. Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja
bertukar portfolio kepada Pengarah Jabatan
Khidmat Pengurusan, Encik Shariman bin Mohd
Nor P.P.T. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan
bertukar portfolio kepada Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan dan
Encik Mohammad Izuddin bin Ramli Pengarah
9
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan
Kesihatan yang bertukar portfolio kepada
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penjaja.
2.2 Selain daripada itu, terdapat empat (4)
jabatan yang distrukturkan semula iaitu Jabatan
Korporat dan Pembangunan Masyarakat
dipecahkan menjadi Jabatan Pembangunan
Masyarakat yang diketuai oleh Puan Rosaliza
binti Ghazali selaku Pengarah Jabatan. Unit
Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam
diketuai oleh Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman
selaku Pengarah Unit. Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta dipecahkan menjadi Jabatan
Pengurusan Harta yang diketuai oleh Sr. Abdul
Haizul Faisal bin Abdul Hamid P.P.T. dan Jabatan
Penilaian yang diketuai oleh Sr. Mohamad Andrei
Tan bin Bibit.
10
2.3 Antara kandungan amanat Yang
Dipertua yang disampaikan adalah melalui 3H
iaitu Hasrat, Harapan dan Hala tuju:-
2.3.1 Hasrat
Memberi penekanan supaya pengarah-pengarah
yang baharu ini dapat memberikan impak dan
idea-idea baru khususnya dalam peningkatan
hasil Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
2.3.2 Harapan
Berharap agar keputusan yang diambil ini adalah
tepat dan yang terbaik dalam penstrukturan
organisasi di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
11
2.3.3 Hala tuju
Dalam memastikan kecemerlangan di jabatan
yang baharu berterusan demi merealisasikan
hasrat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
menuju ke arah bandaraya.
(3) Hebahan Sewaan Papan Iklan Elektronik
(E-Billboard) Majlis Perbandaran Kajang
3.1 Untuk makluman, MPKj menyewakan
tapak bagi tujuan penswastaan struktur papan
iklan elektronik di lokasi Persiaran Jaya, Seksyen
9 Bandar Baru Bangi. Pengiklanan diuruskan
oleh syarikat swasta sepenuhnya namun begitu,
slot hebahan peringkat Majlis adalah terhad. Kita
memerlukan slot hebahan infografik digital dan
klip video interaktif yang berterusan agar teras
perkhidmatan PBT-MPKj dapat diwar-warkan
12
kepada orang ramai. Justeru itu, Majlis
Perbandaran Kajang sukacita menghebahkan
mempunyai Papan Iklan Elektronik (E-Billboard)
pertama yang telah siap bina pada 16 Oktober
2021 tahun lepas.
3.2 Papan iklan elektronik MPKj merupakan
kaedah penyampaian infografik digital yang
efektif serta ekonomi ( penjimatan kos
pemasangan/ menyelenggara seperti papan
iklan statik sedia ada ) yang telah diguna luas di
seluruh negara. Lokasi di Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, Kajang ( berhadapan
Menara MPKj).
3.3 Saiz panel 5.76 x 2.88 meter dengan
pengeluaran tenaga api maksimum 18 kilowatt
dan purata penggunaan 5.4 kilowatt (kos efektif).
13
3.4 Selama lima (5) bulan tempoh pengujian
papan iklan elektronik ini, telah memberi impak
positif promosi penerangan berkaitan
pemakluman dasar serta garis panduan PBT-
MPKj kepada orang awam dan pemegang taruh
Majlis. Agensi kerajaan seperti KPKT, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, IPD
Kajang dan SPRM juga berminat untuk
menggunakan E-Billboard MPKj bagi tujuan
hebahan rasmi dan dasar awam negara kepada
orang ramai.
3.5 Cadangan sewaan papan iklan elektronik
MPKj telah diluluskan di Mesyuarat
Jawatankuasa Kewangan Bil.4/2022 serta
disahkan di Mesyuarat Majlis Bil.4/2022.
3.6 Kini, Unit Perancangan Korporat dan
Perhubungan Awam (UKK) MPKj adalah
14
penyelaras perkhidmatan sewaan papan iklan
elektronik (E-Billboard) MPKj.
3.7 Sewaan adalah terbuka kepada agensi,
syarikat swasta atau persendirian yang berminat
untuk mempromosikan pengiklanan secara
elektronik dan interaktif. Sewaan dikenakan
Majlis adalah RM500.00 sebulan untuk 1 Sesi
Pengiklanan. Kos yang murah (harga ekonomi)
berbanding di kawasan PBT lain sebagai
pengenalan elektronik billboard milik MPKj yang
pertama.
3.8 Tiga (3) kaedah kemudahan
permohonan sewaan papan iklan elektronik
MPKj dimana pihak pelanggan boleh memilih
salah satu kaedah iaitu:
15
3.8.1 Permohonan terus ke Kaunter Unit
Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam
(UKK), Tingkat 3 Menara MPKj.
3.8.2 Muat turun Borang Permohonan Sewaan
Elektronik Billboard di laman web rasmi MPKj.
16
3.8.3 Google Form melalui pautan
https:bit.ly/SEWAMPKjeBillboard dan imbasan
Kod QR seperti hebahan :
17
18
3.9 Pengenaan caj bayaran tertakluk
sokongan MPKj usahasama kepada Kerajaan
Pusat, Kerajaan Negeri Selangor. Hebahan dan
promosi sedang dijalankan dan saya menyeru
kepada agensi swasta serta persendirian
mengambil peluang dengan ‘harga mampu
bayar’ untuk mempromosikan perniagaan/
perkhidmatan anda di Elektronik Billboard MPKj.
19
Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;
C. PELAKSANAAN INISIATIF BARU/
OPERASI KERJA/ PROGRAM
1.1 TAKWIM PROGRAM BULAN MEI 2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT
1. KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KETUA 12 MEI 2022
PENGARAH TANAH DAN GALIAN MENARA MPKj
PERSEKUTUAN (JKPTG) KE MPKj
2. RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NEGERI 17 MEI 2022
SELANGOR PERINGKAT DAERAH HULU LAMAN NIAGA
LANGAT KOMUNITI BANDAR
BARU BANGI
8.00 – 11.00 MALAM
3. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 21 – 22 MEI 2022
CUKAI TAKSIRAN CHECKERS
HYPERMARKET TAMAN
CHERAS UTAMA DAN
SETIA ECOHILL
WELCOME CENTRE
CLUB 360
4. OPEN HOUSE MPKj@KAJANG 23 MEI 2022
PERKARANGAN
MENARA MPKj
5. LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA 26 MEI 2022
ALOR SETAR (MBAS) KE MPKj BAGI MENARA MPKj DAN
MEMPELAJARI PENGURUSAN PELUPUSAN DEPOH CAR MEDIC SB
KENDERAAN BURUK SECARA END LIFE
VEHICLE (ELV)
20
Dikesempatan sambutan Rumah Terbuka
Aidilfitri MPKj ‘Open House MPKj@Kajang’ pada
23 Mei 2022 Isnin yang lalu, saya mewakili
pengurusan tertinggi bersama Ahli-ahli Majlis,
Majlis Perbandaran Kajang merakam jutaan
terima kasih kehadiran seramai 2,000 orang
awam termasuk ‘client’-pemegang taruh telah
melebihi jangkaan kita. Kemeriahan suasana
raya MPKj juga diserikan dengan kehadiran
rakan-rakan PBT Selangor, Pejabat
Daerah/Tanah, Ahli Parlimen, Adun, IPD Kajang
serta Agensi negeri dan daerah. Sokongan orang
awam dan agensi merupakan indikasi utama
bahawa perkhidmatan teras PBT-MPKj berada di
tahap yang memuaskan ke arah budaya kerja
dan perhidmatan awam yang cemerlang.
21
2) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj
2.1 RINGKASAN OPERASI GEMPUR LOKASI
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI
KAWASAN PENTADBIRAN MPKj BAGI
BULAN MEI 2022
Operasi Gempur di Lokasi PembuanganSampah
Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram. Jumlah sitaan bagi bulan MEI
2022 (sehingga 24/05/2022) adalah sebanyak 4
BUAH LORI TELAH DISITA dan 7 KOMPAUN
telah dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran
22
alam sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang
dibawah Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.
Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori adalah
seperti berikut :-
BIL LOKASI KOORDINAT MUKIM BILANGAN KENDERAAN YANG DI SITA BAGI TAHUN 2022
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV DIS JUMLAH
1 KAMPUNG SIMPANG 3.0038755,101.7739618 KAJANG 00000 0
BALAK 0
0
2 JALAN SUNGAI SEKAMAT 3.024583,101.790731 KAJANG 00000 3
BATU 12 LOT 7969 0
3 JALAN HULU LANGAT 3.0957520,101.7992527 HULU LANGAT 0 0 0 0 0
BATU 13 LOT 5618
4 JALAN KUARI SUNGAI 3.096378,101.805992 HULU LANGAT 0 0 3 0 0
LONG
5 TAMAN UNIVERSITI LOT 2.944808,101.801079 KAJANG 00000
908
6 DESA BUDIMAN 3.066713,101.81625 CHERAS 00000 0
7 RINCHING HULU 2.925045,101.870590 SEMENYIH 0 0 0 0 0 0
8 TAMAN PUSARA, TWIN 3.0313490,101.7996360 CHERAS 22512 12
PALMS
9 BUKIT AMPANG 3.123464,101.810906 HULU LANGAT 0 0 3 0 0 3
LAIN-LAIN KAWASAN 9
10 (TIDAK DIJALANKAN SELURUH KAWASAN PENTADBIRAN MPKJ 0 2 4 1 2
SECARA KOMERSIAL)
JUMLAH KESELURUHAN 2 4 15 1 4 0 0 0 0 0 0 0 26
23
2.2 WABAK DENGGI HULU LANGAT
(SEHINGGA 16 MEI 2022)
a.
b.
c.
d.
e.
f.
24
D. PENUTUP
Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.5/2022.
Terima kasih.
25