The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-04-18 05:26:04

TEKS UCAPAN YDP PROGRAM CSR AEON

TEKS UCAPAN YDP PROGRAM CSR AEON

“TEKS UCAPAN”
YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAIN,
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DI
PROGRAM CSR AEON BUBUR LAMBUK MEGA

BERSAMA MPKj DAN KOMUNITI

TARKIH : 19 APRIL 2022
MASA : 5.30 PETANG

TEMPAT : AEON BiG BANDAR TUN
HUSSEIN ONN,CHERAS

1

2

Selamat Petang dan Selamat Sejahtera
Yang Berbahagia
Datuk Iskandar Sarudin
Pengerusi, AEON Co.(M) Bhd.

Yang Berbahagia
Datin Noryahwati Binti Mohd Nor
Pengarah Urusan, AEON Delight (Malaysia)

Yang Berusaha
Dr.Kasuma Satria Mat Jadi
Ketua Pegawai Sumber Manusia

Yang Berusaha
Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed
Ketua AEON Big Co.(M) Sdn.Bhd.

3

Puan Rosaliza Binti Ghazali
Pengarah Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang
Anak-anak Yatim/ Asnaf yang dikasihi
Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia
Sungai Kantan Kajang
Serta,
Wakil dari Media TV dan Akhbar

4

UCAPAN TUAN YANG DIPERTUA MPKj

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, hari ini
saya berpeluang hadir menyantuni yang amat
dikasihi Anak-anak Yatim daripada Pertubuhan
Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan
Kajang di Program CSR AEON Bubur Lambuk
Mega Bersama MPKj Dan Komuniti
bersempena hari Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan
1443H, memperingati kebesaran Allah SWT.

Saya juga ingin merakamkan Penghargaan
Tahniah sebagai tanda terima kasih yang tidak
terhingga kesudian AEON Co. (M) Bhd, AEON
Delight (Malaysia) dan AEON Big Co. (M)
Sdn.Bhd. melaksanakan program CSR –
Tanggungjawab Sosial Korporat bersama-sama
Majlis Perbandaran Kajang menyantuni anak-
anak yatim dengan menyampaikan sumbangan
Duit Raya dan Baju Raya pada tahun ini. Ucapan

5

syukur juga dizahirkan kerana suasana pada
tahun 2022 ini berbeza pada tahun lepas, mulai
1 April 2022 negara dalam tempoh fasa peralihan
ke endemik dengan pembukaan sektor ekonomi
dan pelancongan seperti yang dimaklumkan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sumbangan prihatin ini kepada anak-anak
yatim/asnaf ini, sedikit sebanyak dapat
meringankan kos perbelanjaan persiapan
menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan
menjelang tidak lama lagi. Saya juga berharap
anak-anak ini dikurniakan keceriaan, keriangan
serta dilindungi oleh Rahmat Allah SWT. dan
diberikan kesihatan yang baik. Semoga amalan
berkongsi rezeki menjadi satu kebajikan dalam
menyampaikan hasrat murni PBT dan pihak
syarikat Korporat untuk meneruskan program
sebegini pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

6


Click to View FlipBook Version