The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS MAC 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-03-25 02:08:40

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS MAC 2022

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS MAC 2022

“UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA

TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.3/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

PADA
28 HB MAC 2022 ( ISNIN )

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj

1

Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Timbalan Yang Dipertua

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

Seterusnya,

2

Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara
bersemuka/online )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.

3

UCAPAN PENGERUSI

A.PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, saya
bersama-sama ahli mesyuarat hadir dan
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 3
/2022, Majlis Perbandaran Kajang pada pagi
ini.

Seperti yang diumumkan YAB Perdana
Menteri bermula 1 April nanti, sempadan negara
akan dibuka, operasi premis niaga dibenarkan
beroperasi sehingga lewat malam berdasarkan
kelulusan PBT dan pemansuhan penjarakan
fizikal untuk solat jemaah.

Fasa peralihan ke endemik akan
menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor
ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan
mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan

4

mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan
meningkat terutamanya bagi kumpulan individu
dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-
kanak yang belum divaksinasi. Bagi memastikan
kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan
dengan selamat, adalah disarankan
mendapatkan vaksinasi dos penggalak bagi
yang layak. Lindungi diri sendiri dan lindungilah
keluarga serta seluruh komuniti dengan
mendapatkan dos penggalak. Vaksinasi mampu
melindungi diri dan individu berisiko tinggi
termasuk warga emas daripada jangkitan serius
COVID-19.

5

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

B. FOKUS UTAMA MPKj

(1) KERAJAAN NEGERI SELANGOR AKAN
MEMBINA MASJID KAMPUNG SUNGAI
SERAI BATU 13, DAERAH HULU LANGAT
DAN SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR
TEKNOLOGI KAJANG DALAM KAWASAN
PENTADBIRAN MPKj

Perutusan terima kasih dizahirkan kepada
D.Y.M.M Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri
Selangor dalam Titah Ucapannya di Istiadat
Pembukaan Persidangan Pertama Penggal
Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat
Belas Tahun 2022 pada 14 Mac 2022 di Dewan
Negeri Selangor, dalam pernyataan baginda
akan membina Masjid Kampung Sungai Serai
Batu 13, Hulu Langat dan Sekolah Rendah
Agama Bandar Teknologi Kajang.

6

(2) ISU TANAH KOSONG ATAU RUMAH MILIK

PERSENDIRIAN YANG TIDAK

DISELENGGARA

Isu atau aduan yang seringkali diterima oleh
Pihak Berkuasa Tempatan-MPKj melibatkan
tanah kosong atau rumah milik persendirian yang
tidak berpenghuni serta tidak diselenggara oleh
pihak pemilik. Contohnya tanah atau rumah
tersebut berada dalam keadaan terbiar semak
samun - rumput tinggi / belukar, kotor, menjadi
tempat pembiakan haiwan berbisa dan
sebahagian rumah didapati rosak yang telah
menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk
sekitar . Oleh yang demikian, pada menjalankan
kuasa di bawah Seksyen 74 / Seksyen 82 Akta
Kerajaan Tempatan 1976, MPKj dengan ini
mengarahkan pihak pemilik melaksanakan kerja-
kerja pembersihan ke atas premis kacau ganggu
tersebut / lot tanah tersebut dengan kadar

7

segera. Sila ambil perhatian selanjutnya,
sekiranya pihak pemilik gagal/ ingkar mematuhi
arahan-arahan tersebut dalam tempoh masa
yang dinyatakan di atas, pihak MPKj akan
mengambil tindakan tegas terhadap pemilik dan
jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak
lebih satu ribu ringgit atau penjara tidak kurang
enam (6) bulan atau kedua-duanya atau denda
tambahan tidak melebihi satu ratus bagi setiap
satu hari selama tempoh kesalahan itu
diteruskan selepas sabitan. Pihak pemilik juga
bertanggungjawab terhadap segala kos /
perbelanjaan yang timbul akibat daripada
tindakan ini.

Aduan isu tanah/ rumah terbiar ini perlu
diambil perhatian dan tanggungjawab
menyelenggara premis atau tanah oleh semua
pemilik sebagai pembayar cukai.

8

(3) PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PBT-
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Kerajaan Negeri Selangor mengenalpasti
lebih 150 cerun yang berisiko tinggi untuk berlaku
tanah runtuh terutama sekitar Gombak, Ampang
dan Hulu Langat. Exco Infrastruktur dan
Pertanian Selangor, Yang Berhormat Tuan Ir
Izham Bin Hashim melalui pernyataan beliau
susulan insiden tanah runtuh di Taman Bukit
Permai 2, Ampang pada 9 Mac lepas, berkata
sebahagian besar cerun berisiko dikenal pasti
selepas banjir di Selangor pada Disember lalu.
Kerajaan negeri telah memohon kerjasama
Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Mineral dan
Geosains Malaysia menjalankan pemantauan
lebih meluas dan dengan teknologi yang ada
sekarang, kejadian tanah runtuh seperti ini dapat
diminimumkan.

9

Majlis Perbandaran Kajang melalui Jabatan
Kejuruteraan, Unit Cerun telah mengambil
langkah kehadapan dengan mewujudkan
pengkalan data cerun ‘ Inventori Cerun Dan
Tembok Penahan Di Bawah Pentadbiran
Majlis Perbandaran Kajang’. Setiap cerun-
cerun yang di bawah rezab MPKj akan
direkodkan dan segala butiran cerun berkenaan
akan diperincikan mengikut format yang
disediakan. Berikut adalah jumlah terkini cerun-
cerun yang terdapat di kawasan Majlis
Perbandaran Kajang mengikut Mukim :

Mukim Bilangan Cerun

Cheras 22

Kajang 12

Bandar Baru Bangi 1

Semenyih/ Beranang -

*Data sehingga Mac 2022
*Data-data cerun akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

10

*Cerun-cerun yang dinyatakan hanya melibatkan rezab MPKj sahaja.

Pihak Jabatan Kejuruteraan MPKj juga telah
melantik Kontraktor Panel (Cerun) bagi
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan cerun
Majlis. Antaranya adalah :

i) Pemotongan/ pembersihan rumput dan
pokok di cerun berkenaan.

ii) Pembaikan longkang sedia ada di cerun
berkenaan.

iii) Penyediaan/ pemasangan kanvas untuk
cerun runtuh atau terhakis ( tindakan
jangka pendek).

iv) Pembinaan dinding batu tunam bagi
kegagalan cerun berskala kecil.

Bagi kegagalan cerun berskala besar atau
berisiko tinggi, pihak jabatan akan melantik
Perunding Geoteknikal untuk melaksanakan

11

kajian dan kaedah-kaedah pembaikan cerun
berkenaan.

Pihak MPKj akan mengemukakan ulasan
kepada Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar bagi
permohonan pembangunan di kawasan yang
terletak di dalam kawasan Sensitif Alam Sekitar
sebelum permohonan Sokongan Kebenaran
Merancang dikemukakan ke Unit Pusat
Setempat (OSC) MPKj.
Kes 1 :

12

Kes 2:
Kes 3 :

13

(4) ASET-ASET DI BAWAH SELENGGARA
JKR

Majlis Perbandaran Kajang akan membantu
seadanya menyelenggara/ membaiki kerosakan
kecil untuk menyelesaikan isu-isu bersama di
peringkat agensi daerah melibatkan :

I. Jalan
Membantu menyelenggara secara ‘in
house’ bantuan Unit Road Gang –
menampal jalan yang berlubang kecil.

II. Pokok
Pihak Jabatan Landskap Dan Rekreasi
seringkali berhadapan dengan isu dan
aduan berkaitan pokok-pokok teduhan
yang berada dalam selenggaraan agensi
lain seperti JKR, Pejabat Daerah/Tanah,
Institusi Kementerian Pendidikan dan
sebagainya.

14

Walaupun terdapat beberapa kekangan
utama seperti tenaga kerja & kesediaan
aset jentera, jadual kerja rutin yang padat
dengan pertindihan/ penanggungan aduan
yang banyak serta kadar penyelesaian
aduan di kawasan servis yg perlahan
namun pihak jabatan komited dalam
membantu sedikit sebanyak rakan agensi
yang lain dalam menyelesaikan isu pokok
teduhan berisiko dan berbahaya kepada
penduduk/ pengguna jalanraya.

Antara beberapa khidmat bantu yg telah
pihak jabatan berikan, bagi tahun
2021/2022:
1. Bantuan pengalihan/ penebangan pokok
mati di Jalan Semenyih - Bangi Lama (JKR)

15

2. Bantuan pokok tumbang di Jalan Sungai
Tekali & Jalan Pangsun, Hulu Langat (JKR)

3. Bantuan pokok tumbang di Jalan
Sg.Sekamat (JKR)

4. Bantuan pokok tumbang akibat ribut di
Kg.Sungai Raya / Bukit Raya Cheras,
Kg.Sungai Ramal Dalam dan beberapa
lain-lain kampung utama (PDTHL)

5. Bantuan pokok tumbang di Jalan Besar
Beranang - Seremban (JKR)

6. Bantuan cantasan pokok besar di Jalan
Cheras/RTM-SAAS (JKR)

16

7. Bantuan cantasan menyeluruh pokok
teduhan sepanjang Persiaran Jaya,
Bdr.Baru Bangi (JKR)

8. Bantuan pengalihan dahan sekah pokok
besar di Persiaran Bangi, Persiaran
Pekeliling & Persiaran Kemajuan, Bdr.Baru
Bangi (JKR)

Walaubagaimanapun, terdapat juga
permohonan luar yang pihak jabatan tidak dapat
bantu laksana berikutan kekangan seperti
dinyatakan, sebagai contoh:-

1. Permohonan pihak Prasarana (RapidKL)
bagi cantasan pokok sepanjang Jalan
Sg.Lui (JKR) bagi laluan bas. Ini berikutan
aduan tersebut bukan jenis pokok
sesebatang, namun pokok-pokok besar/
hutan berkelompok/ dusun/ semak-samun

17

pada kawasan cerun/tebing yg melempai
dan merimbun.

III. Sampah
Meletakkan tong leach bin di kawasan-
kawasan hotspot yang menjadi tempat
pembuangan sampah. MPKj juga turut
membantu membersihkan kawasan di
bawah penyelenggaraan JKR yang
menjadi tempat pembuangan sampah
haram.

(5) TANGGUNGJAWAB PEMILIK SEBAGAI
PEMBAYAR CUKAI

Adalah penting bagi pembayar cukai
membayar cukai taksiran sebelum tarikh akhir
pembayaran. Pembayar Cukai Taksiran
bertanggungjawab :

18

a) Menyemak di pejabat MPKj sama ada
hartanah anda sudah dikenakan cukai
taksiran.

b) Membayar cukai taksiran sebelum tarikh
akhir pembayaran.

c) Memaklumkan MPKj jika terdapat
pertukaran alamat pos.

d) Membekalkan alamat peti surat, jika ada.
e) Memaklumkan MPKj jika terdapat

pertukaran hakmilik melalui Borang I,
dengan bayaran proses sebanyak
RM50.00 beserta salinan memorandum
pindah milik atau dokume hakmilik terakhir
atau perjanjian jual beli.
f) Menyemak status tunggakan di pejabat
MPKj dan menjelaskan sebarang
tunggakan cukai taksiran kepada MPKj
sebelum pertukaran hakmilik berlaku.

19

g) Memaklumkan MPKj secara bertulis jika
bangunan diubahsuai atau dirobohkan.

h) Memaklumkan MPKj secara bertulis jika
ingin memohon pengurangan cukai
taksiran atas sebab bangunan anda tidak
diduduki.

i) Memberi kerjasama kepada kakitangan-
kakitangan MPKj apabila pegangan
diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.

j) Memaklumkan MPKj secara bertulis jika
telah mendirikan bangunan tanpa pelan
bangunan ( Bangunan tiada kelulusan ).

k) Melengkap dan mengembalikan borang-
borang yang dihantar oleh MPKj.

l) Semak dan bayar bil cukai taksiran melalui
perkhidmatan e-Taksiran dipautan
https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar . Bagi
cetakan bil dan penyata, klik pautan di atas

20

untuk membuat pendaftaran pengguna
web MPKj.

(6) PERTUKARAN PENGARAH JABATAN
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Sebagaimana melalui ucapan pembukaan

saya pada bulan lepas, Majlis Perbandaran

Kajang telah melaksanakan prosedur

pertukaran ‘job rotation’ pegawai dan kakitangan

pada setiap tahun dan akan dilaksanakan pada

tahun 2022 ini selaras dan tertakluk dengan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004

: Panduan Pertukaran Pegawai Awam.

Pelaksanaan dasar ini di PBT-Majlis

Perbandaran Kajang adalah untuk meningkatkan

prestasi penyampaian majlis yang lebih baik,

telus dan kompeten.

21

Sepertimana sedia maklum, di kalangan
Pengarah-Pengarah dalam organisasi MPKj ini
ada yang telah lama berkhidmat dalam jabatan
utama perkhidmatan khususnya yang berisiko,
dasar pertukaran di Majlis Perbandaran Kajang
(MPKj) ini adalah mengambil kira tempoh
berkhidmat pegawai di Jabatan / Unit sedia ada
yang telah melebihi tempoh lima (5) tahun.

Kepada Pengarah-Pengarah yang akan

ditukarkan dalam tempoh hampir ini saya

ucapkan Tahniah ! dan Selamat Bertugas, serta

teruskan berkhidmat dengan penuh komited, dan

berusaha menambahbaik pengurusan

pentadbiran. Nasihat saya janganlah berasa

kecil hati dan sedih dengan pertukaran tempat

bertugas baharu, ini adalah perkembangan

kerjaya peningkatan potensi dan kepakaran

Pegawai Majlis. Walaubagaimanapun, ianya

juga bergantung kepada pertimbangan,

22

pengalaman pegawai dan perancangan hala tuju
pihak pengurusan tertinggi.

Sukacita dimaklumkan, pelantikan Yang
Berusaha Encik Kamaruzaman bin Salimin
sebagai Timbalan Yang Dipertua / Setiausaha
MPKj yang baharu. Tahniah diucapkan! Selamat
menjalankan tugas. Pengalaman kepakaran
beliau dalam perkhidmatan di MPKj dapat
memberi nilai tambah dalam pengurusan
pentadbiran.

Pihak Pengurusan Tertinggi menerusi
penstrukturan semula jabatan memutuskan
bahawa berkuatkuasa 1 April 2022, Jabatan
Korporat dan Pembangunan Masyarakat
dijenamakan semula menjadi Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JPM) yang diketuai
oleh Puan Rosaliza binti Ghazali selaku
Pengarah Jabatan dan Unit Perancangan
Korporat dan Perhubungan Awam (UKK)

23

diketuai oleh Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman
selaku Pengarah Unit. Tahniah diucapkan
perkembangan baharu dalam organisasi MPKj.

Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;

C. INISIATIF BARU DAN PELAKSANAAN
OPERASI KERJA/ PROGRAM

1) JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN, MPKj

Saya sukacita menghebahkan semula
Sambutan Jubli Perak Majlis Perbandaran
Kajang pada tahun ini diserikan dengan Tawaran
Diskaun Penyewaan Dewan Komuniti MPKj
sebanyak 25 peratus bermula pada 1 Mei 2022
sehingga 31 Mei 2022 iaitu selama 1 bulan.
Diskaun ini melibatkan keseluruhan Dewan
Komuniti MPKj sebanyak 29 unit kecuali
Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar Baru
Bangi

24

Pemberian Diskaun hanya untuk program
seperti:

• Majlis Kenduri Perkahwinan,
• Majlis Pertunangan,
• Majlis Kenduri Kesyukuran,
• Majlis Kenduri Aqiqah,
• Majlis Jamuan Makan Malam,
• Majlis Jamuan Hi – Tea,
• Majlis Sambutan Hari Jadi.

Pemberian Diskaun Penyewaan Dewan
Komuniti MPKj ini tidak terpakai kepada syarat
penyewaan seperti yang telah ditetapkan berikut:

a) Potongan sebanyak 30 peratus untuk
penyewaan Dewan Seri Cempaka
kepada penduduk – penduduk taman di
sekitar Saujana Impian, Kajang;

25

b) Potongan sebanyak 50 peratus untuk
penyewaan keseluruhan dewan komuniti
MPKj kepada semua kakitangan MPKj,
Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADN), Ahli Parlimen; dan

c) Aktiviti penyewaan untuk gelanggang
badminton dan sukan bagi dewan -
dewan komuniti MPKj.

Orang ramai boleh hadir terus ke Kaunter
Bersepadu Pentadbiran Am & Keurusetiaan di
Lobi Menara MPKj untuk membuat semakan
ketersediaan dan seterusnya membuat bayaran
cagaran sewaan dewan selagi tempoh tawaran
masih berkuatkuasa.

26

2) BAHAGIAN HASIL, JABATAN
PERBENDAHARAAN MPKj

MPKj telah memperluaskan saluran bagi
pembayaran cukai taksiran melalui PBTPay
mulai 2 Mac 2022. Pembayaran boleh dibuat
melalui FPX Online Banking. Bayaran akan terus
dikemaskini ke akaun pembayar cukai tersebut
sepertimana bayaran cukai yang dibuat melalui
perkhidmatan e-Bayar MPKj.

3) JABATAN UNDANG-UNDANG MPKj

Peringatan mesra buat semua- Pembayaran
Parkir Kereta akan dilaksanakan secara digital
sepenuhnya mulai 1 April 2022.

Pembayaran caj tempat letak kereta
menggunakan kupon parkir kertas gores akan
dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 April ini,
dan digantikan dengan kaedah pembayaran

27

melalui kupon digital atau e-kupon.
Pembayaran melalui e-kupon ini adalah sebagai
alternatif kepada pengguna-penguna yang tidak
mempunyai telefon pintar atau aplikasi SSP dan
Flexi Parking.

Pemegang kupon parkir kertas gores boleh
memindahkan baki nilai kupon kepada aplikasi
Smart Selangor Parking (SSP) mulai 26 Mac
2022. Dengan pelaksanaan kupon digital ini,
pengguna boleh membuat pembayaran caj
tempat letak kereta melalui Ejen-ejen kupon
GoPayy yang berdaftar di kawasan pentadbiran
Majlis Perbandaran Kajang. Penggunaannya
adalah sangat mudah dan pengguna hanya perlu
memberikan nombor pendaftaran kenderaan
kepada wakil ejen dan membuat bayaran caj
tempat letak kereta berdasarkan tempoh jam
diperlukan serta mendapatkan resit pembayaran.

28

4) JABATAN PERANCANGAN
PEMBANGUNAN, MPKj

4.1 Pertandingan Inovasi Virtual Asia
Innovation Show 2022

Pertandingan INOVASI VIRTUAL ASIA
INNOVATION SHOW 2022 ini telah disertai oleh
Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) SMART
KIDDIE, Jabatan Perancangan Pembangunan
Majlis Perbandaran Kajang dengan projek yang
diberi nama WE CARE ONLINE SYSTEM.

Sekalung Tahniah Kumpulan Smart Kiddie (
Projek We Care Online System ). Kumpulan
SMART KIDDIE telah mendapat tempat KELIMA
(GOLD AWARD) dalam kategori Akademi &
Industri yang telah disertai oleh 67 kumpulan
dari pelbagai negara seperti Malaysia, Jerman,
Itali, Greece, Belanda, India, Uzbekistan,
Hungary dan lain-lain lagi.

29

4.2 Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021
Pada 22 Mac 2022, bertempat di Hotel EQ

Equatorial Kuala Lumpur baru-baru ini, Majlis
Perbandaran Kajang telah menerima Anugerah
Bandar Rendah Karbon Diamond Recognition
bagi Zon Pusat Bandar Seksyen 9 Bandar Baru
Bangi dan kategori rakan kongsi Masjid Al-
Hasanah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri
Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar
dan Air (KASA). Syabas dan tahniah diucapkan!

4.3 Pertandingan Kutipan Minyak Masak
Terpakai 2022

Majlis Perbandaran Kajang melalui Program
Local Agenda 21 ingin membuka penyertaan
kepada semua untuk menyertai Pertandingan

30

Kutipan Minyak Masak Terpakai bagi tahun
2022. Terbuka kepada 2 kategori iaitu:
-Kategori Komuniti / Persatuan Penduduk /
MPKK / KRT
-Kategori Persatuan Peniaga / Premis
Perniagaan.

Borang penyertaan dan maklumat telah
dihebahkan di saluran media social rasmi MPKj.
Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 29
April 2022.

4.4 Pertandingan Kebun Komuniti 2022
Terbuka kepada 2 kategori iaitu:

-Kategori Komuniti / Persatuan Penduduk /
MPKK / KRT/ JMB
-Kategori Persatuan Peniaga / Premis
Perniagaan.

31

Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 29
April 2022.

4.5 Anugerah Sekolah Hijau 2022
Terbuka kepada 2 kategori iaitu:

-Kategori Sekolah Rendah
-Kategori Sekolah Menengah
Tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 29
April 2022.

4.6 Program Earth Hour Majlis Perbandaran
Kajang Tahun 2022

Program “Earth Hour” 2022 telah
dilaksanakan serentak seluruh negara pada
26hb. Mac 2022 (Sabtu). Program Earth Hour
2022 merupakan acara tahunan yang disambut
diperingkat kebangsaan dan seluruh dunia. Ia

32

dilaksanakan bertujuan bagi memberi sokongan
penuh terhadap Program Earth Hour 2022 yang
dianjurkan oleh World Wide Fund (WWF) serta
memberi kesedaran kepada orang awam
mengenai kepentingan penjimatan tenaga
terutamanya di kawasan Majlis Perbandaran
Kajang. Program dilaksanakan pada setiap
tahun pada minggu terakhir bulan Mac selama 1
jam iaitu pada 8.30 – 9.30 malam.

Pada tahun 2022, pelaksanaan Earth Hour
2022 dilaksanakan secara maya di seluruh dunia
dengan perkongsian gambar atau video
#EarthHour2022 yang menarik mengenai
kesedaran alam sekitar.

33

5) JABATAN PELESENAN DAN PENJAJA,
MPKj

5.1 Taklimat Pengurusan Pasar Pagi, Pasar
Malam, Bazar Malam, Gerai Juadah Ramadhan
dan Karnival Ramadhan serta permohonan lesen
tred perniagaan di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Kajang 2022 telah diadakan pada 3
Mac 2022. Objektif taklimat memberi
penerangan dan maklumat terkini kepada
Peniaga/ Penganjur baru dan sedia ada tentang
perkara-perkara yang perlu dipatuhi sepanjang
menjalankan aktiviti penjajaan. Surat tawaran
juga diberikan kepada peniaga dan penganjur
yang berjaya.

5.2 Bengkel Pemutihan Permit Aktiviti
Perniagaan Tanpa Kebenaran Fasa 3/2022 juga
telah berlangsung ada 4 hingga 5 Mac 2022

34

untuk melihat semula tempoh Permit APTK
melibatkan kadar dan syarat baru bagi
pertimbangan penyambungan permit APTK ini.
Untuk makluman APTK Fasa 2 akan tamat pada
31 Mac 2022 dan APTK Fasa 3 telah
dibentangkan dan dilanjutkan sehingga 31 Mac
2024. Garis panduan baru akan dibentangkan
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan
Kawalan Perniagaan dan Penjaja.

5.3 Untuk makluman, pada 21 hingga 24 Mac
2022 pihak Jabatan telah membuka kaunter
pendaftaran di Laman Niaga MPKj Bandar Baru
Bangi bagi sesi Pendaftaran Peniaga Gerai
Juadah Ramadhan di bawah seliaan MPKj bagi
kawasan Laman Niaga Bandar Baru Bangi,
Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Kajang Utama
dan Sungai Jelok. Sepanjang tempoh tersebut
penjaja juga diberi peringatan agar mematuhi

35

syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
Majlis.

6) JABATAN KAWALAN BANGUNAN, MPKj

Dimaklumkan hari ini 24/03/2022 (Khamis)
pihak JKB ada mengadakan operasi perobohan
bersepadu binaan bangunan/ struktur garaj &
slab konkrit di atas sebahagian rizab jalan/kwsn
awam & tanah kerajaan di lokasi spt. berikut;

- Jln. KPB 12, Kwsn Industri Kg. Baru Balakong,
Cheras. Kehadiran oleh Ahli Majlis,Encik Billy
Sun,Wakil Persatuan Kilang, Encik Allan Ho dan
Jabatan dalaman terlibat ;JKB, JPPK, Bahagian
Korporat.

Semasa operasi perobohan wakil pemilik
bangunan struktur ada di lokasi. Penjelasan telah
dibuat dan tiada provokasi. Tindakan operasi
perobohan diteruskan. Bagi binaan bangunan/

36

struktur garaj ianya telah dirobohkan sendiri
pemilik. Manakala kerja perobohan slab konkrit
dijalankan pihak MPKj. Walaubagaimanapun,
binaan slab adalah tebal & kawasan binaan luas.
Oleh itu arahan telah diberikan kepada pemilik yg
melakukan kesalahan untuk selesaikan sendiri
kerja-kerja perobohan dalam tempoh 14 hari.
Pemilik telah bersetuju untuk kerja-kerja
perobohan tersebut diselesaikan.

Pihak JKB membuat laporan Polis selepas
selesai operasi untuk rekod dan maklumat fail
operasi, supaya tidak timbul sebarang salah
taksir atau isu berbangkit. Kesalahan di bawah
Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit & Bangunan,
1974 (A133). Tindakan Kompaun di bawah
Sekyen 70(1) juga dikeluarkan - RM 25, 000.00.

37

7) JABATAN KORPORAT DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT, MPKj

7.1 TAKWIM PROGRAM BULAN MAC 2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT

1. LAWATAN PENANDA ARAS UNIT 1 MAC 2022
PERUNDANGAN MBPJ KE MPKj MENARA MPKj

2. TAKLIMAT SOP PASAR PAGI, PASAR 3 MAC 2022
MALAM DAN BAZAR MALAM SERTA HOTEL BANGI RESORT
PENYAMPAIAN SIJIL BEBAS BEG PLASTIK
NEGERI SELANGOR KEPADA 80 PENIAGA 5 MAC 2022
DAN PERSATUAN PENDUDUK MEKAH

3. INSENTIF UMRAH KEPADA KAKITANGAN
MPKj

4. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 5 MAC 2022

CUKAI TAKSIRAN CHECKERS

HYPERMARKET

5. KIBARAN BENDERA 25 TAHUN MPKj 6 MAC 2022
BERBASIKAL SEJAUH 75KM RAIKAN SEJAUH 75KM DARI
SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS PENGKALAN BALAK,
PERBANDARAN KAJANG MELAKA

ANJURAN KELAB BASIKAL, KSK

6. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 6 MAC 2022

CUKAI TAKSIRAN PLAZA METRO KAJANG

7. LAWATAN PENANDA ARASAN UNIT 7 MAC 2022
KERAJAAN TEMPATAN JABATAN KETUA DEPOH PELUPUSAN
MENTERI MELAKA BERSAMA 9 AGENSI KENDERAAN TERBIAR
KERAJAAN NEGERI MPKj-CAR MEDIC
SDN.BHD
38

8. PERTANDINGAN KUTIPAN MINYAK MASAK TARIKH BUKA
TERPAKAI 2022 PENYERTAAN : 1 MAC
2022

TARIKH TUTUP
PENYERTAAN : 29
APRIL 2022

TARIKH KUTIPAN :
4 NOVEMBER 2022

9. PERTANDINGAN KEBUN KOMUNITI 2022 TARIKH BUKA
PENYERTAAN : 1 MAC
2022

TARIKH TUTUP
PENYERTAAN : 29
APRIL 2022

TARIKH HANTAR
LAPORAN:
28 OKTOBER 2022

PENILAIAN PANEL :
NOVEMBER 2022

TARIKH PENYAMPAIAN
HADIAH : DISEMBER
2022

10. ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2022 TARIKH BUKA
PENYERTAAN : 1 MAC
2022

TARIKH TUTUP
PENYERTAAN : 29
APRIL 2022

TARIKH HANTAR
LAPORAN:
28 OKTOBER 2022

PENILAIAN PANEL :
NOVEMBER 2022

TARIKH PENYAMPAIAN
HADIAH : DISEMBER
2022

39

11. KARNIVAL KESIHATAN EVO MALL BANGI 11- 13 MAC 2022
2022 SEMPENA SAMBUTAN HARI BUAH PERKARANGAN RUANG
PINGGANG SEDUNIA LEGAR EVO MALL
BANDAR BARU BANGI
12. PROGRAM KOMUNITI BANGI CERIA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 12 MAC 2022
TAMAN TASIK
13. MAJLIS SUMBANGAN 3 BOT KEGUNAAN CEMPAKA
SKUAD PANTAS MPKj DARIPADA LYL
GROUP, TAN SRI DATO’ LIM YEW LOONG 11 MAC 2022
MENARA MPKj

14. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 13 MAC 2022
CUKAI TAKSIRAN PASARAYA ECONSAVE
BANGI

15. LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN 14 MAC 2022
DIREKTORAT PENGUATKUASAAN MAJLIS DEPOH PELUPUSAN
BANDARAYA SEBERANG PERAI KENDERAAN TERBIAR
MPKj-CAR MEDIC
SDN.BHD

16. MISI BANTUAN BANJIR MAJLIS 15 – 18 MAC 2022
PERBANDARAN KAJANG KE HULU MENARA MPKj-HULU
TERENGGANU TERENGGANU

17. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 19 MAC 2022
CUKAI TAKSIRAN PASARAYA CS BANGI
AVENUE

18. PROGRAM KEUSAHAWANAN BUNGA 19 – 20 MAC 2022
PAHAR DEWAN SERI CEMPAKA

PEMAKANAN SIHAT

19. PROGRAM KAUNTER BERGERAK KUTIPAN 20 MAC 2022
CUKAI TAKSIRAN PASARAYA CLC
SEMENYIH

20. ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 22 MAC 2022
2021

40

MPKj TERIMA ANUGERAH BANDAR
RENDAH KARBON DIAMOND RECOGNITION
BAGI ZON RENDAH KARBON PUSAT
BANDAR SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI

DAN ANUGERAH DIAMOND RECOGNITION
KATEGORI RAKAN KONGSI

21. SESI RAKAMAN TAKBIR RAYA 2022 25 MAC 2022
MASJID JAMEK KAJANG

22. PROGRAM EARTH HOUR 2022 26 MAC 2022
23. URBAN PICNIC SELURUH NEGARA

24. GOTONG-ROYONG PERDANA 26 MAC 2022
TAMAN REKREASI
IMPIAN GEMILANG,
SAUJANA IMPIAN
KAJANG

26 MAC 2022
DI TAMAN PUNCAK
SAUJANA

41

7) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj

7.1 RINGKASAN OPERASI GEMPUR LOKASI
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI
KAWASAN PENTADBIRAN MPKj BAGI
BULAN MAC 2022

Operasi Gempur di Lokasi Pembuangan
Sampah Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.

Jumlah sitaan bagi bulan MAC 2022
(sehingga 18/03/2022) adalah sebanyak 11
BUAH LORI TELAH DISITA dan 13 KOMPAUN
telah dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran

42

alam sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang
dibawah Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.

Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori
adalah seperti berikut :-

43

7.2 WABAK DENGGI HULU LANGAT
(SEHINGGA 20 MAC 2022)

7.2.1 Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 5,003 kes dengan tiada
kematian.

7.2.2 Daerah Hulu Langat berada di kedudukan
ke-2 tertinggi dengan jumlah kes
terkumpul sebanyak 1243 kes melibatkan
0 kematian. Jumlah kes denggi di Hulu
Langat telah meningkat sebanyak 25.5%
pada tahun 2022 berbanding 2021 iaitu
sebanyak 318 kes dengan 0 kematian
pada minggu Epid ke- 11/2022.

7.2.3 Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 22 Mac 2022 (Epid 11) telah

44

merekodkan sebanyak 981 kes
dengan 0 kematian.

7.2.4 Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak
dibawah pentadbiran MPKj adalah
sebanyak 26 lokaliti, dan dari jumlah
tersebut terdapat 3 lokaliti Hotspot
merangkumi DUN Kajang (2) & DUN
Semenyih (1).

7.2.5 Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 22
Mac 2022 (Epid 11) adalah sebanyak 88
kes.

7.2.6 Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN
Kajang – Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14,
15 & 22 (Taman Kantan Permai Sahaja)

45

adalah sebanyak 10 lokaliti, Hotspot (2),
Tidak Terkawal (0) , Terkawal (7) & Baru
(1) telah didaftarkan.

46

D. PENUTUP

Sekian sahaja ucapan pembukaan di

Mesyuarat Majlis Bil.03/2022. Selamat

memasuki Bulan Ramadhan Al-Mubarakah

1443H. Selamat menunaikan ibadah puasa

kepada yang muslim- Ahli Majlis dan Warga

MPKj. Semoga kita dapat melaksanakan ibadah

rukun islam yang ketiga secara sempurna dan

dan mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

47


Click to View FlipBook Version