The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS FEBRUARI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by missrehan, 2022-02-23 13:47:49

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS FEBRUARI 2022

TEKS UCAPAN PEMBUKAAN YDP MESYUARAT MAJLIS FEBRUARI 2022

“UCAPAN PEMBUKAAN”
YANG BERBAHAGIA

TUAN HAJI NAJMUDDIN BIN JEMAINSMS
YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

DALAM
MESYUARAT MAJLIS BIL.2/2022
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

PADA
25 HB FEBRUARI 2022 (JUMAAT)

JAM 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI
BILIK MESYUARAT UTAMA,
TINGKAT 7, MENARA MPKj

1

Dan
Salam Sejahtera
Yang Dihormati
Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya
Hulu Langat
Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Ungku Rani

YBrs. Encik Kamaruzaman Bin Salimin
Pemangku Timbalan Yang Dipertua

Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang

Seterusnya,

2

Pengarah – Pengarah Jabatan/ Ketua
Bahagian/ Unit
Pihak Media ( yang hadir secara
bersemuka/online )
serta
Hadirin, Ahli-ahli Mesyuarat sekalian.

3

UCAPAN PENGERUSI

A.PENGENALAN

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah
(SWT) ke atas limpah dan kurnianya, saya
bersama-sama ahli mesyuarat hadir dan
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bil 2
/2022, Majlis Perbandaran Kajang pada pagi
ini.

Berikutan situasi semasa, virus Covid-19
varian Omicron yang dilaporkan menjangkiti
orang ramai dalam negara termasuk pegawai
dan kakitangan MPKj juga yang turut terkesan
telah dijangkiti Covid-19. Keadaan ini sedikit
sebanyak turut menjejaskan operasi
perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang.
Seramai 100 kakitangan MPKj telah dilaporkan
dijangkiti Covid-19 sejak awal Februari lalu.
Sekiranya kakitangan didapati bergejala dan

4

disahkan positif Covid-19, hendaklah mematuhi
garis panduan rawatan dan tempoh kuarantin
yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

Dimaklumkan pada 16 hingga 21 Februari
2022 ( hari Rabu – Isnin ) yang lepas, Kaunter
Bayaran Cawangan MPKj Bandar Tun Hussein
Onn, Cheras ditutup sementara termasuk
penangguhan perkhidmatan Kaunter Bergerak
Hasil MPKj. Ini berikutan penularan jangkitan
virus Covid-19 di kalangan kakitangan Majlis.

Operasi kaunter-kaunter utama di Menara
MPKj dan pejabat cawangan masih diteruskan
seperti yang dijadualkan dalam hebahan rasmi di
portal web dan sosial media MPKj.

5

Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,

B. FOKUS UTAMA MPKj

(1) PENILAIAN SEMULA CUKAI TAKSIRAN
Setiap tahun kos pengurusan dan

penyelenggaraan PBT meningkat dan
memerlukan bajet yang besar. Oleh itu, PBT
perlu mencari inisiatif terbaik untuk
meningkatkan hasil supaya kos yang ditanggung
adalah mencukupi dan seimbang. Melalui
pelaksanaan Penilaian semula ini, ianya akan
memberi ruang kepada PBT untuk meningkatkan
hasil disamping tambahan hasil yang lain.

Sumbangan pendapatan dari hasil yang ideal
Cukai Taksiran kepada pendapatan keseluruhan
PBT adalah 70% hingga 75%. Sekiranya hasil
Cukai Taksiran PBT kurang daripada 70%
hingga 75% ia boleh menjejaskan kualiti dan
prestasi perkhidmatan perbandaran yang

6

diberikan. Hasil Cukai Taksiran PBT MPKj hanya
menyumbang 58% dari hasil pendapatan
keseluruhan.

Jangkaan penguatkuasaan penyelarasan
nilaian tahunan cukai taksiran dalam program
penilaian semula pada 1 Januari 2023 akan
memberi impak kewangan kepada pihak Majlis
Perbandaran Kajang. Perubahan ini akan
memberi kesan kenaikan ke atas harta-harta
berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Kajang. Perbezaan atau
perubahan nilaian ke atas pegangan-
pegangan berkadar sebelum dan setelah
penyelarasan nilaian dilaksanakan rata-rata
akan mengalami kenaikan antara 20%-25%
bergantung samada telah dibuat perubahan
tambahan ruang lantai atau yang standard.
Jika terdapat tambahan yang ketara ( lebih
daripada saiz standard ) kenaikan dijangka

7

sehingga 35% bagi sesebuah pegangan
berkadar.

CONTOH : Cukai Cukai Beza Kenaikan
Jenis Harta Lama Baru (RM) (%)
(RM)
(RM)

Rumah Teres 1 190.08 236.00 45.92 24%
Tingkat ( Taman
Bukit Mewah )

120.77 meter persegi

Rumah Teres 2 284.90 356.00 71.10 25%
Tingkat ( Sek.8 Bdr
Baru Bangi )

155.82 meter persegi

Rumah Berkembar 2 762.30 940.80 178.50 23%
Tkt ( Bandar Tun
Hussein Onn )

250.60 meter persegi

8

Jenis Harta Cukai Cukai Beza Kenaikan
Lama Baru (RM) (%)
(RM)
(RM)

Rumah Sesebuah 3 1,024.10 1,348.80 324.70 32%
21%
Tkt ( Bandar Tun 24%
21%
Hussein Onn ) 25%

465.63 meter

persegi (tambahan

123 mp)

Rumah Pangsa Kos 110.88 134.40 23.52
Rendah ( Sek.1
Bdr. Baru Bangi )

57.18 meter persegi

Pangsapuri 352.00 438.00 86.00
Perkhidmatan
(Pangsapuri Akasa
Cheras Selatan)

71.52 meter persegi

Pangsapuri ( 292.60 355.20 62.60

Pangsapuri Prima

Villa Cheras )

111.85 meter
persegi

Kedai Pejabat 3 4,276.80 5,330.00 1,053.20

Tingkat (Metro

Avenue )

776.11 meter
persegi

9

Jenis Harta Cukai Cukai Beza Kenaikan
Lama Baru (RM) (%)
(RM)
(RM)

Kilang/ Gudang 25,611.30 31,838.40 6,227.10 24%

Sesebuah (

Kawasan

Perusahaan

Seksyen 10 Bdr

Baru Bangi )

452.79 meter
persegi

Untuk makluman lebih jelas, Penilaian
Semula ialah satu eksesais bagi
mengemaskini nilai dan maklumat data
pemilik, mengimbangi kos perbelanjaan
perkhidmatan, dan mengemukakan kadar
yang bersesuaian dengan kenaikan Nilai
Tahunan sesebuah PBT. Senarai Nilaian yang
lama masih lagi digunapakai dengan Aras Nilaian
tahun 1985 dan kebanyakan data pemilikan

10

harta yang tidak dikemaskini ini merupakan salah
satu daripada punca yang menyukarkan PBT
untuk menyelesaikan kes-kes tunggakan Cukai
Taksiran.

PBT boleh meningkatkan sumber
pendapatan tetap melalui kelulusan semakan
Senarai Nilaian Baru ini. Melalui pertambahan
sumber pendapatan ini PBT boleh memperbaiki
perkhidmatan perbandaran yang disediakan
seperti kebersihan, pembangunan infrastruktur,
pengurusan sisa pepejal, keindahan landskap
dan menyediakan kemudahan-kemudahan
awam yang lebih kondusif kepada penduduk
setempat. Selain itu, PBT juga boleh
menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan
dengan lebih efektif.

11

(2) PERTUKARAN PEGAWAI KANAN MAJLIS
PERBANDARAN KAJANG

Pertukaran merupakan salah satu fungsi

pengurusan sumber manusia. Tafsiran ‘

Pertukaran’ berdasarkan Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004

bermaksud perpindahan seseorang pegawai

yang diluluskan oleh Ketua Jabatan ke suatu

jawatan dalam perkhidmatan, skim perkhidmatan

dan gred yang sama, sama ada di organisasi

yang sama atau berlainan. Pegawai akan dapat

memberi perkhidmatan yang cemerlang

sekiranya ditempatkan di jawatan yang

bersesuaian dengan kompetensinya.

Selaras dan tertakluk dengan Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004- Panduan

Pertukaran Pegawai Awam, Majlis Perbandaran

Kajang telah melaksanakan prosedur

pertukaran pegawai dan kakitangan pada setiap

12

tahun dan akan dilaksanakan pada tahun 2022
ini. Pelaksanaan dasar ini di PBT-MPKj adalah
untuk meningkatkan prestasi penyampaian yang
lebih baik, telus dan kompeten. Perubahan
penempatan tempat bertugas juga dapat
membantu memperkaya dan memperluaskan
tugas ( job enrichment and job enlargement )
kepada pegawai dan boleh menyumbang ke
arah:

(i) Peningkatan produktiviti seseorang
pegawai dan seterusnya organisasi
tempat mereka berkhidmat;

(ii) Menambah serta mempelbagaikan
pengalaman, pendedahan dan proses
pembelajaran di kalangan pegawai
terlibat yang mana proses ini amat
berguna untuk kemajuan kerjaya.

(iii) Memperluaskan lagi networking pegawai
kerana ini dapat membantu

13

mempermudahkan mereka

melaksanakan tugas jawatan masing-

masing.

Dan

(iv) Mencegah sebarang kemungkinan

berlakunya penyelewengan,

penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan

mutu pentadbiran dan perkhidmatan, MPKj akan
melaksanakan penstrukturan pegawai-pegawai
kanan MPKj secara berperingkat.

14

(3) KOS OPERASI DAN PENYELENGGARAAN
HARIAN PBT-MPKj

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
berperanan menyediakan perkhidmatan asas
dan kemudahan terbaik merangkumi
penyelenggaraan jalan raya, kawasan awam,
longkang, pengumpulan sisa, pemotongan
rumput dan perkhidmatan perbandaran lain
sekaligus menuntut penyampaian ke tahap
tertinggi, efektif dan efisien kepada komuniti dan
industri setempat. Cabaran pada masa kini yang
kita depani adalah menjurus kepada pengurusan
sisa pepejal dan penyelenggaraan infrastruktur
awam di kawasan bandar dan luar bandar-
seperti di kawasan kampung-kampung tradisi.

Untuk makluman umum, kos operasi dan
penyelenggaraan pada tahun lepas-2021
seperti;

15

i) Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal
adalah sebanyak RM 32,514,445.20

ii) Perkhidmatan Pembersihan Awam
sebanyak RM 34,928,845.18

iii) Pelupusan Sampah Domestik di Tanjung
12 berjumlah RM 8,271,748.44

iv) Pelupusan Sampah Pukal di tapak Misi
Restu berjumlah RM 2,751,944.16

v) Pembersihan Parit Monsun sebanyak
RM 2,000,000.00

Jumlah keseluruhan : RM 80.47 Juta

Manakala, kos bagi kerja-kerja
penyelenggaraan;

i) Kemudahan awam seperti jalan,
longkang, papan tanda dll. adalah
berjumlah RM 37,695,240.59

16

ii) Elektrikal seperti pembaikan lampu
jalan senggara MPKj berjumlah
RM14,459,931.23

iii) Mekanikal berjumlah RM 3,928,624.13

Jumlah keseluruhan : RM 56.08 Juta

Peningkatan kos operasi harian melibatkan

semua fasiliti MPKj menunjukkan tahap

pencapaian maksimum pengurusan

perkhidmatan penguasa tempatan (PBT)

meskipun terdapat kekurangan dan kekangan

dari segi tenaga kerja dan logistik terutama ketika

musim bencana alam ( kesan hujan lebat, banjir

kilat, ribut dan musim kemarau/kering ). MPKj di

tahun 2022 ini bergerak maju kehadapan

bersama PBT-PBT Selangor yang lain menerusi

perancangan dan pelaksanaan hala tuju

strategik bagi mengukuhkan kedudukan

17

kewangan dan sumber aliran pendapatan
disamping menjenamakan semula institusi PBT-
MPKj supaya kekal relevan dan berdaya saing
menuju perbandaran berdaya huni menjelang
sasaran di tahun 2025.

(4) PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN
Majlis Perbandaran Kajang ingin

memaklumkan sekali lagi, bahawa bagi
PENGGAL JANUARI-JUN DAN JULAI-
DISEMBER TAHUN 2022, TIADA LAGI
PENGEPOSAN BIL CUKAI TAKSIRAN
KEPADA PEMILIK PEGANGAN BERKADAR.

Kini orang ramai boleh SEMAK dan BAYAR
Bil Cukai Taksiran melalui perkhidmatan e-
Taksiran di pautan
https://ebayar.mpkj.gov.my/ebayar atau hadir ke
Kaunter Bersepadu MPKj di Lobi Menara MPKj
untuk membuat pembayaran secara bersemuka.

18

Pilihan bayaran secara mobile di Kaunter Pandu
Lalu juga dibuka beroperasi waktu pejabat.

MPKj juga ingin menghebahkan Kaunter
Bayaran Cukai Taksiran di Menara Majlis kini
dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti
Am bermula minggu ketiga Januari hingga
minggu kedua Mac 2022. Kemudahan kaunter
hujung minggu ini dibuka adalah untuk
memudahkan orang ramai yang tiada masa
untuk hadir kaunter bersemuka pada hari
bekerja bolehlah hadir di hari minggu termasuk
cuti kelepasan am.

Tempoh bayaran cukai bagi penggal
pertama dari 1 Januari hingga 28 Februari 2022
manakala penggal kedua dari 1 Julai hingga 31
Ogos 2022.

Tarikh akhir pembayaran cukai taksiran
bagi penggal pertama adalah pada 28

19

Februari 2022 iaitu pada Isnin minggu hadapan,
MPKj berharap semua pemilik akaun cukai
taksiran dapat segera membuat bayaran;
digalakkan secara dalam talian bagi
mengurangkan kontak sosial dan mengamalkan
digitalisasi, atau orang ramai juga boleh
membuat pilihan bayaran di saluran yang telah
kita hebahkan ( di media sosial rasmi MPKj,
elektronik billboard dan laman sesawang MPKj ).

Untuk makluman semua, kelewatan dan
kegagalan menjelaskan Cukai Taksiran akan
dikenakan tindakan proses perundangan di
bawah Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan
1976 ( Akta 171 ).

MPKj ingin menghebahkan Tawaran
Istimewa meraikan Jubli Perak ( 25 Tahun )
dengan Diskaun 100% ke atas Fi Notis dan
Waran Tahanan apabila membuat bayaran
penuh di tahun 2022 ini iaitu tunggakan cukai

20

termasuk caj-caj lain. Tawaran Diskaun 100%
Caj Fi Notis dan Waran Tahanan dibuka kepada
pemilik akaun cukai taksiran semua jenis
kategori pegangan berkadar. Borang
permohonan boleh dimuat turun melalui laman
web MPKj dan hantar ke alamat e-mel
[email protected] beserta bukti slip
bayaran.

Hadirin mesyuarat, berikut saya melaporkan;

C. INISIATIF BARU DAN PELAKSANAAN
OPERASI KERJA/ PROGRAM
1) JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN, MPKj

Sambutan Jubli Perak Majlis Perbandaran
Kajang pada tahun ini diserikan dengan Tawaran
Diskaun Penyewaan Dewan Komuniti MPKj

21

sebanyak 25 peratus bermula pada 1 Mei 2022
sehingga 31 Mei 2022 iaitu selama 1 bulan.
Diskaun ini melibatkan keseluruhan Dewan
Komuniti MPKj sebanyak 29 unit kecuali
Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar Baru
Bangi

Pemberian Diskaun hanya untuk program
seperti:

• Majlis Kenduri Perkahwinan,
• Majlis Pertunangan,
• Majlis Kenduri Kesyukuran,
• Majlis Kenduri Aqiqah,
• Majlis Jamuan Makan Malam,
• Majlis Jamuan Hi – Tea,
• Majlis Sambutan Hari Jadi.

Pemberian Diskaun Penyewaan Dewan
Komuniti MPKj ini tidak terpakai kepada syarat
penyewaan seperti yang telah ditetapkan berikut:

22

a) Potongan sebanyak 30 peratus untuk
penyewaan Dewan Seri Cempaka
kepada penduduk – penduduk taman di
sekitar Saujana Impian, Kajang;

b) Potongan sebanyak 50 peratus untuk
penyewaan keseluruhan dewan komuniti
MPKj kepada semua kakitangan MPKj,
Ahli Majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADN), Ahli Parlimen; dan

c) Aktiviti penyewaan untuk gelanggang
badminton dan sukan bagi dewan -
dewan komuniti MPKj.

Orang ramai boleh hadir terus ke Kaunter
Bersepadu Pentadbiran Am & Keurusetiaan di
Lobi Menara MPKj untuk membuat semakan
ketersediaan dan seterusnya membuat bayaran

23

cagaran sewaan dewan selagi tempoh tawaran
masih berkuatkuasa.

2) JABATAN UNDANG-UNDANG, MPKj
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan

melaksanakan kaedah pembayaran caj tempat
letak kereta (TLK) secara digital sepenuhnya
mulai 1 April 2022 depan. Pembayaran caj
tempat letak kereta yang sedang dilaksanakan
buat masa ini adalah melalui 3 kaedah
pembayaran iaitu:

i. Pembayaran melalui Aplikasi Smart
Selangor Parking (SSP);

ii. Pembayaran melalui Aplikasi Flexi
Parking; dan

iii. Pembayaran menggunakan kupon
gores.

24

Bermula 1 April 2022 pembayaran caj
tempat letak kereta menggunakan kupon gores
akan dimansuhkan sepenuhnya dan
digantikan dengan kaedah pembayaran
melalui kupon digital atau e-kupon.
Pembayaran melalui e-kupon ini adalah sebagai
alternatif kepada pengguna-penguna yang tidak
mempunyai telefon pintar atau aplikasi SSP dan
Flexi Parking.

Pelaksanaan pembayaran melalui kupon
digital atau e-kupon ini adalah selaras dengan
dasar dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Selangor (MMKN).

Dengan pelaksanaan kupon digital ini,
pengguna boleh membuat pembayaran caj
tempat letak kereta melalui Ejen-ejen kupon
GoPayy yang berdaftar di kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.
Penggunaannya adalah sangat mudah dan

25

pengguna hanya perlu memberikan nombor
pendaftaran kenderaan kepada wakil ejen dan
membuat bayaran caj tempat letak kereta
berdasarkan tempoh jam diperlukan serta
mendapatkan resit pembayaran.

3) JABATAN PELESENAN DAN PENJAJA,
MPKj

3.1 Operasi Kutipan Hasil bagi memperbaharui
lesen perniagaan, permit perniagaan dan lesen
penjaja telah dijalankan pada 8 dan 9 Februari
2022 secara bersepadu bersama Bahagian
Hasil, Jabatan Perbendaharaan di lokasi berikut;
Lot Komersil PB 2C Bangi, Pasar Malam Kajang
Perdana dan Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
dengan jumlah kutipan RM12,448.00.

3.2 Pemeriksaan terhadap Permit Parkir di
sekitar Taman Alam Jaya mendapati 4

26

mempunyai permit pelesenan MPKj, manakala
16 tidak berpermit. Amaran lisan diberikan
kepada pemilik untuk membuat permohonan
permit dengan MPKj. Sekiranya ingkar apabila
pemeriksaan susulan dijalankan, akan
dikenakan tindakan tegas.

3.3 Untuk makluman, 33 lokasi Gerai Juadah
Ramadhan dan 3 Karnival Ramadhan telah
diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kawalan Perniagaan dan Penjaja Bil.2/2022.
Semua pemohon/ penganjur yang berjaya,
diwajibkan menghadiri taklimat pada 3 Mac 2022
minggu depan ini bertempat Hotel Bangi Resort
dan surat tawaran penganjuran akan diserahkan
pada sesi tersebut.

3.4 Pada 10 Februari 2022 yang lepas, sesi
Townhall telah diadakan bersama Persatuan
Peniaga Bandar Tun Hussein Onn (PPBTHO)
Cheras. Perbincangan melibatkan isu

27

pemindahan penjaja daripada Jalan Suadamai
ke Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn.
Turut hadir Ahli Majlis MPKj Encik So Lian Kiong
dan Encik Thiagarajah a/l Rajagopal.
Perbincangan tersebut berjalan lancar dan pihak
persatuan bersetuju untuk berpindah ke lokasi
yang ditetapkan oleh pihak MPKj mulai 1 Mac
2022 ini.

3.5 Selaras dengan Pelan Strategik MPKj 2021-

2025 berdasarkan Teras Memperkasakan Tadbir

Urus, Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj telah

menambahbaik sistem penyampaian

perkhidmatan kepada pelanggan melalui

pertambahan 46 aktiviti di sistem E-Lesen. Kini

pelanggan boleh memohon dan

memperbaharui 98 aktiviti perniagaan tidak

berisiko secara atas talian. Hebahan akan

disebar luas di pelbagai saluran supaya pemilik

perniagaan menggunakan perkhidmatan Lesen

28

Online yang lebih cepat dan mudah tanpa perlu
hadir ke kaunter fizikal.

4) JABATAN KORPORAT DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

4.1 Pada 8 Februari hingga 13 Februari 2022
yang lalu telah diadakan penganjuran Kejohanan
Memanah Kebangsaan Sirkit Siri 1/2022
berlangsung di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen
15, Bandar Baru Bangi. Penganjuran program
melalui Persatuan Memanah Selangor (SELAR)
dengan kerjasama MPKj membantu dari segi
fasiliti dan persiapan. Program ini juga mendapat
kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis
Sukan Negara Malaysia dan Persatuan
Memanah Daerah Hulu Langat. Seramai 400
peserta Atlit Memanah dari 14 Negeri yang telah
sertai, sekalung tahniah diucapkan kepada

29

pasukan negeri yang mewakili 3 kategori telah
berjaya di Kejohanan Memanah Kebangsaan
Sirkit 1/2022.

4.2 Semalam, 24 Februari 2022 telah
berlangsung Program Derma Darah Majlis
Perbandaran Kajang dengan kerjasama Pusat
Darah Negara bertempat di Lobi Utama Menara
MPKj. Matlamat adalah membantu Pusat Darah
Negara meningkatkan bekalan beg darah demi
pesakit-pesakit yang memerlukan. Terima kasih
di atas sumbangan derma darah kepada
kakitangan dan orang ramai yang hadir
semalam.

30

5) JABATAN PERKHIDMATAN
PERBANDARAN DAN KESIHATAN, MPKj

5.1 RINGKASAN OPERASI GEMPUR LOKASI
PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI
KAWASAN PENTADBIRAN MPKJ BAGI
BULAN FEBRUARI 2022

Operasi Gempur di lokasi Pembuangan Sampah
Haram telah dijalankan oleh Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Kajang berikutan terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab yang
membuang sampah dilokasi yang tidak
dibenarkan. Jumlah lori yang disita berkurangan
disebabkan operasi statik di pintu masuk tapak
sampah haram.

Jumlah sitaan bagi bulan FEBRUARI 2022
(sehingga 23/02/2022) adalah sebanyak 4
BUAH LORI TELAH DISITA dan 5 KOMPAUN
telah dikeluarkan bagi kesalahan pencemaran

31

alam sekitar oleh Majlis Perbandaran Kajang
dibawah Undang-undang Kecil- Pemungutan,
Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap
Majlis Perbandaran Kajang 2007.
Butiran jumlah lori dan lokasi sitaan lori adalah
seperti berikut :-

32

5.2 WABAK DENGGI HULU LANGAT
(SEHINGGA 19 FEBRUARI 2022)

a. Kumulatif terkumpul di Negeri Selangor
adalah sebanyak 3,313 kes dengan tiada
kematian.

b. Daerah Hulu Langat berada di kedudukan ke-
2 tertinggi dengan jumlah kes terkumpul
sebanyak 861 kes melibatkan 0 kematian.
Jumlah kes denggi di Hulu Langat telah
meningkat sebanyak 25.5% pada tahun 2022
berbanding 2021 iaitu sebanyak 220 kes
dengan 0 kematian pada minggu Epid ke-
7/2022.

c. Kes terkumpul dibawah pentadbiran MPKj
sehingga 19 Februari 2022 (Epid 7) telah

33

merekodkan sebanyak 672 kes dengan 0
kematian.

d. Bagi keseluruhan jumlah lokaliti wabak di
bawah pentadbiran MPKj adalah sebanyak 43
lokaliti, dan dari jumlah tersebut terdapat 3
lokaliti Hotspot merangkumi DUN Kajang (2)
& DUN Semenyih (1).

e. Untuk kes daftar mingguan demam denggi
dibawah pentadbiran MPKj sehingga 19
Februari 2022 (Epid 7) adalah sebanyak 88
kes.

f. Jumlah keseluruhan lokaliti wabak dibawah
seliaan MPKj - (Ekosistem dalam DUN Kajang
– Zon MPP 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 & 22
(Taman Kantan Permai Sahaja) adalah
sebanyak 13 lokaliti, Hotspot (2), Tidak

34

Terkawal (3) & Terkawal (8) telah
didaftarkan.

35

D. PENUTUP

Sekian sahaja ucapan pembukaan di
Mesyuarat Majlis Bil.02/2022. Saya ingin
berkongsi hebahan Jom ke Selangor
International Halal Convention & Ekspo Industri
Halal Selangor (SELHAC), anjuran
Jawatankuasa Tetap Industri Halal Negeri
Selangor yang akan diadakan pada 4,5 dan 6
Mac 2022 bertempat di Shah Alam Convention

36

Centre (SACC) Shah Alam. Tapak ekspo turut
dibuka untuk tempahan perniagaan di sana,
kepada Ahli-Ahli Majlis boleh menggalakkan
Usahawan Pengusaha Kecil Sederhana & Mikro
dalam kawasan PBT-MPKj untuk sertai. Caj
bayaran tapak ekspo seperti yang tertera di layar
dan dihebahkan di elektronik billboard, laman
web dan media sosial Majlis.

Sekian, terima kasih.

37


Click to View FlipBook Version