INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PELAJAR : AIN NURAISHAH MAISARA BINTI NORDIN
ANGKA GILIRAN : 2021292310227
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030806-01-1292
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWP1092 WACANA PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 22 OKTOBER 2021
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Ain Nuraishah Maisara Tarikh: 22 OKTOBER 2021
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Borang Maklum Balas Kerja Kursus 4
PENGHARGAAN
TUGASAN 2 : 5
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 6
6
PENDAHULUAN 7
8
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 8
Pembelajaran secara segerak 9
Pembelajaran secara tidak segerak
Pentaksiran dalam talian secara berterusan
PENUTUP
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Puan Zuraida binti Talib ,selaku pensyarah bagi subjek kod
GWCP1042 Penulisan Akademik kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus usaha dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya, Puan Zuraida binti Talib atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka
semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih.
3
TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:
Ain Nuraishah Maisara binti Nordin
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
1.0 PENDAHULUAN
Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 yang telah memberi
impak dan kesan yang besar terhadap seluruh populasi global. Pandemik COVID-19
telah memberi kesan buruk kepada kesihatan, pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain,
mengakibatkan beberapa negara, termasuk Malaysia terpaksa mengambil langkah untuk
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat disarankan untuk tinggal di rumah,
bekerja dari rumah (Work From Home), menghadkan pergerakan di luar rumah, memakai topeng
hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan menjaga penjarakan sosial sebagai langkah-
langkah untuk mencegah wabak ini. Institusi termasuklah Institut Pendidikan Guru dan sekolah
pengajian tinggi yang ditutup kerana wabak COVID-19 telah mempengaruhi struktur
pembelajaran dan pengajaran sehingga kaedah PdP berubah daripada kaedah PdP secara
langsung di institusi hingga PdP dalam talian sepenuhnya. Hal ini menyebabkan para pelajar
terpaksa menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran norma baharu ini. Menurut
Wan Aziaris Aziz (2015), “Pembelajaran Atas Talian (e – pembelajaran) merupakan
sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui
penggunaan teknologi digital.” Penulisan ini memfokuskan tentang cara-cara
pembelajaran dalam talian yang efektif supaya dapat membantu para siswa dan
siswi guru untuk menuntut ilmu dengan berkesan dalam musim pandemik ini.
2.0 CARA- CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU
2.1 PEMBELAJARAN SECARA SEGERAK
4
Pembelajaran segerak merujuk kepada bentuk pendidikan, pembelajaran atau pengajaran
di mana pelajar belajar dari pensyarah dalam masa yang sama tetapi tidak semestinya
berada di tempat yang sama. Tambahan pula, pembelajaran segerak melibatkan semua
pihak dalam masa yang sama, termasuklah semua pelajar dan pensyarah. Ia adalah
persekitaran bersemuka di mana pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi secara
peribadi dalam masa nyata. Kebiasaannya para pensyarah akan menjalankan
pembelajaran secara segerak menggunakan pelbagai platform aplikasi perjumpaan video.
Contohnya, ‘Google Meet, Zoom, Skype dan Microsoft Teams’. Pembelajaran secara
segerak boleh dikatakan sebagai kaedah pembelajaran yang efektif di Institut Pengajian
Guru kerana melibatkan komunikasi secara dua hala antara pensyarah dan pelajar.
Kesannya, pelajar akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh pensyarah
dan sekiranya pelajar mempunyai sebarang kemusykilan dan soalan, perkara tersebut
boleh diajukan secara terus kepada pensyarah semasa sesi pembelajaran secara
segerak ini. Cara pembelajaran ini juga dapat membantu untuk merapatkan hubungan
antara pelajar dengan pensyarah sekali gus dapat menyumbang kepada kejayaan
pembelajaran dalam talian kerana kejayaan pembelajaran dalam talian bergantung pada
hubungan dua hala antara pelajar dengan guru (Hassan 2007). Ini jelas menunjukkan
bahawa cara pembelajaran secara segerak merupakan cara pembelajaran yang efektif
untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru.
2.2 PEMBELAJARAN SECARA TIDAK SEGERAK
Seterusnya, pembelajaran secara tidak segerak juga merupakan kaedah yang efektif
untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru. Pendekatan tidak segerak atau ‘asynchronous’
merujuk kepada interaksi pembelajaran yang berlaku tanpa memerlukan pendidik dan
pelajar hadir pada masa yang sama. Cara ini lebih fleksibel kerana para pelajar boleh
mengulang semula rakaman syarahan, mencari input-input tambahan mengenai kursus di
atas talian dan menelaah bahan-bahan yang telah disediakan oleh pensyarah. Antara
platform yang sering digunakan ialah aplikasi ‘Google Classroom, Whatsapp, Telegram
dan YouTube’. Di samping itu, aplikasi-aplikasi ini merupakan aplikasi yang mudah untuk
diakses dan digunakan oleh pelajar tanpa mengira masa dan tempat. Perkara ini amat
membantu pelajar lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai capaian akses Internet yang
lemah kerana aplikasi-aplikasi ini memerlukan capaian Internet yang rendah untuk
mengaksesnya. Kaedah ini juga membantu pelajar untuk mengemukakan persoalan
mereka kepada pensyarah. Sebagai contoh yang jelas, para pensyarah akan
menggunakan aplikasi ‘Google Classroom’ untuk berinteraksi secara maya. Para pelajar
dapat berkomunikasi antara satu sama lain di ‘stream classroom’ masing-masing.
5
Pensyarah juga akan memuat naik bahan pembelajaran dalam bentuk teks, fail atau
video untuk mengajar, memberikan kerja rumah, melakukan kuiz dan menjalankan ujian.
Terdapat juga sebuah kajian yang menunjukkan senarai aplikasi tertinggi yang menjadi
pilihan pelajar untuk berkongsi ilmu. Aplikasi-aplikasi tersebut adalah seperti berikut
WhatsApp (n=55, 98.2%), diikuti oleh Blog (n=52, 92.9%), i-Folio (n=45, 80.4%) serta
Facebook (n=39, 69.6%). Tiga aplikasi terendah yang dalam pilihan pelajar adalah
Google+ (n=23, 41.1%), Pinterest (n=21, 37.5%) dan mel elektronik (n=12, 21.4%).
(Fariza, 2015). Jelaslah bahawa, pembelajaran secara tidak segerak amat berkesan
untuk pelajar Institut Pendidikan Guru mengulangkaji pelajaran dan mendapatkan
maklumat-maklumat baru.
2.3 PENTAKSIRAN DALAM TALIAN SECARA BERTERUSAN
Selain itu, pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru mampu belajar dengan efektif dalam
talian dengan pentaksiran yang dijalankan secara berterusan oleh pensyarah. Hal ini
dikatakan demikian kerana, apabila pentaksiran berterusan dijalankan, para pelajar akan
sentiasa mengulangkaji pelajaran dan tidak membuang masa dengan perkara tidak
berfaedah begitu sahaja. Dari segi definisinya, pentaksiran merupakan proses
pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respons
pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert & David Lines, 2000). Manakala,
menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan
secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi
dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Contohnya,
pensyarah akan memberikan ‘link’ untuk menjawab kuiz-kuiz mengenai topik-topik yang
telah dipelajari oleh pelajar. Kuiz ini boleh dijawab melalui pelbagai platform yang mudah
diakses seperti ‘Google Form, Quizziz dan Kahoot.’ Cara ini akan membantu pelajar untuk
menjadikan pentaksiran sebagai pembelajaran selari dengan tujuan sesebuah
pentaksiran itu dijalankan. Menurut Buku Panduan Pentaksiran IPGM (2019):
Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan
memantau pencapaian mereka sendiri bagi tujuan menambah baik pembelajaran
mereka. Pentaksiran ini bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran dalam
kalangan pelajar melalui proses pentaksiran yang dilalui, terutamanya dalam
pentaksiran prestasi. Melalui pentaksiran kendiri dan rakan sebaya, pelajar
berpeluang untuk membuat refleksi tentang pembelajaran, mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan serta membuat penerokaan kendiri seterusnya. (p.5)
6
Maka jelaslah bahawa, pentaksiran dalam talian merupakan cara pembelajaran yang
efektif untuk pelajar Institut Pendidikan Guru kerana pentaksiran itu sendiri boleh dijadikan
medium untuk pelajar membuat refleksi mengenai kefahaman mereka salam sesuatu
matapelajaran.
PENUTUP
Konklusinya, terdapat pelbagai cara dan kaedah pembelajaran dalam talian yang efektif
untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru jalankan. Antaranya pendekatan yang diambil
oleh para pensyarah melalui pembelajaran secara segerak dan tidak segerak serta
secara hibrid. Pelbagai aplikasi dan platform teknologi digunakan. Contohnya, aplikasi
‘Whatsapp, Telegram dan Google Classroom. Walaubagaimanapun, untuk menjamin
kemenjadian proses pembelajaran yang efektif itu, semua pihak termasuklah para pelajar
dan pensyarah perlu berganding bahu dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih
efektif di mana jua sesi pembelajaran tersebut dijalankan, sama ada bersemuka atau
secara ‘e-learning’. Hal ini adalah penting bagi menjamin kejayaan dalam melahirkan
pendidik yang cemerlang untuk membentuk generasi Malaysia yang akan datang.
BIBLIOGRAFI
Buku Panduan Pentaksiran IPGM (2019) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Hassan M.S. 2007. Critical success factors for e-learning acceptance: Confirmatory factor
models. Computers & Education 49(2): 396-413.
https://doi.org/10.1016/J.COMPEDU.2005.09.004
Mohamad Idham Md Razak. (2020, April 9). COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu
keperluan ke arah menuju Malaysia maju. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-
keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496
7
Nor Fauziana Mohd Salleh (2020). Pandemik coronavirus (COVID-19): Pembelajaran dan
pengajaran secara atas talian suatu keperluan di Malaysia, 1-2.
Norazah Umar, Jamal Othman, Rozita Kadar, Nurhafizah Ahmad (2020) COVID-19
Merealisasikan aplikasi teknologi dalam pendidikan. (41-42)
Ratheeswari, K.. (2018). Information Communication Technology in Education. Journal of Applied
and Advanced Research. (s45-s46)
https://doi.org/10.21839/jaar.2018.v3iS1.169
Wan aziaris aziz (2015, November 19). Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera,
EDX,Futurelearn). Wadah ICT UKM.
http://www.ukm.my/wadahict/pembelajaran-atas-talian-epsa-coursera-edxfuturelearn/
8
LAMPIRAN
9