مرحبا Institusi Pendidikan Pondok di Terengganu Disediakan Oleh: Nur Farah Aina bt Mazri
Pengenalan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, sekolah pondok bermaksud rumah (untuk merendahkan diri ketika bercakap dengan orang); atau madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama). Manakala menurut Sabri Haji Said (1983), Pengajian pondok merupakan suatu pendidikan mengikut kaedah tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan, menyebarkan, mengembangkan dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anak-anak bangsa.
Sejarah Penubuhan Pondok Antara sebahagian ulama yang telah mengasaskan institusi pengajian pondok di Terengganu ialah Syeikh Abdul al-Malek (Tok Pulau Manis) yang bertapak di Pulau Manis, Tokku Paluh yang bertempat di Kampung Paloh, Syeikh Abdul Kadir yang berpusat di Kampung Bukit Bayas, Tok Syeikh Duyung yang berpusat di Pulau Duyung Kecil serta Haji Wan Abdul Latif bin Abdul Kadir yang bertapak di Jerteh. Selain daripada nama-nama ulama yang terkenal ini, terdapat seorang lagi ulama dari Terengganu yang telah membangunkan institusi pondok dan seterusnya mengubah imej kawasan penempatan beliau sebagai sebuah kawasan penyebaran dakwah dan ilmu pada sekitar pertengahan abad ke-20. Ulama yang dimaksudkan ini ialah Tuan Guru Haji Muhammad Shafie, yang telah mengasaskan Pondok Kampung Losong, Kuala Terengganu.
- Sistem pentadbiran pondok lazimnya diadakan di sebuah perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan, surau atau masjid yang bertindak sebagai sekolah dan tempat beribadat. - Selain itu, tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil yang dipanggil "pondok" sebagai tempat kediaman. - Tok guru bertanggungjawab mengendalikan pengajian dan aturan kehidupan di kawasan pondok. Kebanyakan pondok terkenal dengan nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat kewujudannya. - Sistem pengajian yang digunakan adalah kaedah pengajaran secara penyampaian oleh tok guru. Sistem Pentadbiran Institusi Pondok
Sistem Pentadbiran - Sistem pondok tidak menggunakan sukatan pelajaran yang tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu mengikut mata pelajaran yang diajar. - Para pelajar tidak dibahagikan mengikut umur, sebaliknya dibuka secara umum. Kebanyakan sekolah pondok tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Oleh itu, mereka bergantung kepada derma orang ramai, pelajar, waqaf, peruntukan kerajaan negeri dan sedekah. Institusi Pondok
Desktop Software - Pembelajaran berbentuk halaqah atau muzaqarah. - Tidak mempunyai sistem peperiksaan. - Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fiqh, nahu saraf, hadis, doadoa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. - Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab. - Penjadualan sekolah pondok kebiasaannya setiap selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah-halaqah ilmu. Kaedah Pembelajaran Sekolah Pondok - Antara kitab yang dipelajari di sekolah pondok ialah, Kitab Matan al-Jurumiyyah, Matan Ummu Al-Barahin, Kitab Pelita Penuntut dan Kitab Penawar Hati.
Pusat Tafaqquh Fi Al-Din Tok Syeikh Duyung Antara Senarai Pondok Di Terengganu Pusat Pengajian Pondok AlMadini Pondok Darussalam
Pondok Atttaqwa Jerteh Antara Senarai Pondok Di Terengganu Pondok Raudhatul Muhammadi Sk Pondok Ta’alim Wattarbiah
Pondok Tahfiz Orang Kurang Upaya (Penglihatan) Besut Antara Senarai Pondok Di Terengganu Pusat Pengajian Islam Ribat Al Asyraf Pondok Manazil Siddiqin
Pondok Taqwa Paman Antara Senarai Pondok Di Terengganu Pusat Pengajian Islam Sheikh Daud Al Fatoni Pondok Darul Iman Banat (Yit)
Pondok Darul Iman Antara Senarai Pondok Di Terengganu Jamiah Raudhah Al Ilm Pusat Pendidikan Al-abrar Pondok Menerong
Fasiliti-Fasiliti Yang Terdapat Di Pondok
Kemudahan Keselamatan : Alat Pemadam Api Kemudahan Kesihatan : Pemeriksaan Kesihatan
Fasiliti -Fasiliti Lain : Surau Fasiliti -Fasiliti Lain: Kelas (Bagi Pondok Yang Tertentu )
Fasiliti -Fasiliti Lain: Asrama Fasiliti -Fasiliti Lain: Tempat Makan / Kantin
1) Bantuan Pengurusan Mengikut Per Kapita : bagi sekolah pondok yang berdaftar bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). 1) Skim Al-Ghazali : bagi institusi (pondok) yang berdaftar dan layak memohon dan menggunakan kurikulum kebangsaan. Kerajaan Persekutuan 1) Peruntukan Selenggara & Naik Taraf (SNT) : bagi institusi pondok yang berdaftar dan cukup syarat memohon. 2) Bantuan Awal Persekolahan : bagi semua institusi pondok yang layak memohon di Terengganu. 3) Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : bagi institusi pondok yang berdaftar dan layak memohon di Terengganu. Kerajaan Negeri Manfaat Yang Diperolehi Institusi Pondok
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik. Kesimpulan Secara konklusinya, institusi pondok yang ada di Terengganu ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam meningkatkan tahap kefahaman masyarakat terhadap hukum-hukum Islam. Kesan dari penubuhan institusi pondok ini telah membuka mata ramai pihak terutamanya kerajaan dalam usaha untuk memartabatkan lagi sistem pengajian yang ada di pondok. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan melihat institusi pondok ini berpotensi untuk dijadikan medan pelancongan ilmu sama ada masyarakat tempatan atau luar.
Rujukan Abdul Hafiz bin Adis Zamzuri, A. H., & Muhammad Fadhil bin Jusri, M. F. (2019). Sistem Pendidikan Pondok dan Sistem Pendidikan Vernakular. Retrieved from https://anyflip.com/lpkzj/eayi/basic Masyurah Mohamad Rawi, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis dan Siti Aisyah Romli, (2015). Institusi Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam Di Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Khusyairi bin Mat Zaid, M. K., Wan Muhd Nazarul Amin bin Ramli, W. M., Muhammad Aqil Muqri bin Mohd Ferdawas, M. A., Muhammmad Syazwan Syafiq bin Rudaini, M. S., Muhammad Shukrie bin Saifullah Ravi, M. S., & Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik, M. Y. (2019, November 23). Institusi Pondok Di Negeri Terengganu dan Peranannya Dalam Pelancongan Ilmu. Sabri Haji Said, S. S. (1983). Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terima kasih atas pembacaan anda ! Semoga bermanfaat