The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosdinawati82, 2021-01-15 05:30:17

Buku Pengurusan Sekolah SKKJ 2021

Buku Pengurusan Sekolah SKKJ 2021

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Aluan Guru Besar 1
2 PPIM – Transformasi Melangkah Ke Hadapan
3 Profil Sekolah 2-22
4 Standard Operating Procedure (SOP) 23-37
5 Guru Bertugas 38-69
6 Pengurusan dan Pentadbiran 70-72
7 Kurikulum 73-83
8 Pemantauan Kurikulum Berkualiti 83-89
9 Hal Ehwal Murid 90-96
10 Kokurikulum 97-104
11 Pendidikan Khas Integrasi 105-126
127-160



PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

ALUAN GURU BESAR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Besyukur kita kehadrat Allah SWT kerana denga limpah kurnia serta izinNya, sekali lagi Buku
Pengurusan Sekolah Kebangsaan Khir Johari Sungai Petani bagi tahun 2021 dapat dihasilkan dengan
kerjasama dan rasa ketanggungjawaban semua ‘Senior Leader Team dan Middle Leader Team’. Buku ini
dihasilkan untuk dijadikan panduan dan rujukkan kepada guru-guru dan staf sokongan sekolah dalam
melaksanakan tugas dengan lebih baik dan berkesan bagi menjadikan setiap kerja buat kita di sekolah ini
sebagai satu ibadah.

Semua warga sekolah khususnya para guru dan staf sokongan perlu meneliti dan memahami isi
kandungannya agar dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Tahun 2020 adalah tahun yang sangat
mencabar bagi semua sekolah di Malaysia dengan penularan COVID-19, tidak terkecuali SK Khir Johari.

Keadaan masa kini merupakan situasi yang sukar kepada kita semua dan perlu kita harungi bersama.
Semua sekolah menggunakan pendekatan yang berbeza dari kebiasaan dalam melaksanakan PdPc. Takwim
persekolahan tahun 2020 dan 2021 juga turut disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Dengan arahan penutupan sekolah, “Home-based Learning” diberi keutamaan dengan menggunakan
pelbagai cara dan aplikasi supaya murid-murid terus kekal belajar. Penularan COVID-19 ini masih tidak
menentu. Oleh itu fokus SK Khir Johari pada tahun 2021 adalah mendalami kemahiran pengajaran secara atas
talian. Proses pendigitilan dengan menggunakan platform dalam talian akan terus diperkasakan.

Tahniah kepada semua warga sekolah atas kejayaan dan kecermelangan yang diraih sepanjang
tahun 2020. Semoga kecemerlangan ini dapat dijadikan penandaaras untuk kita tingkatkan lagi
kecemerlangan sekolah khususnya murid bagi tahun 2021. Kita perlu tingkatkan lagi usaha untuk membentuk
kemenjadian murid yang berkualiti dan seimbang sejajar dengan kehendak revolusi industri 4.0. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut, sudah pasti ianya memerlukan pengorbanan dan perubahan yang besar
dimana para guru perlu membawa pelbagai transformasi dalam PdPc dan perlu berusaha menjadi guru yang
lebih kreatif dan inovatif.

Saya ingin mengambil kata-kata dari seorang pakar motivasi iaitu Andrew Horton. “It is time to Evolve
or Dissolve – Changes is Inevitable” IF YOU DON’T INNOVATE, YOU WILL EVENTUALLY EVAPORATE.

Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua warga SKKJ sentiasa diberi kesihatan yang baik supaya
kita berupaya menghadapi segala cabaran untuk kita meralisasikan impian SKKJ kearah transformasi
sekolah dan dapat melonjakkan nama sekolah di peringkat zon, daerah, negeri mahu pun kebangsaan.

Sekian, wasalam

MOHD KHAIRI BIN MUSA
Guru Besar

115

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

GELOMBANG PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

125

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI
11 ANJAKAN PENDIDIKAN

• Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
1 antarabangsa
2 • Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
3 • Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4 • Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5 • Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

• Mengupaya JPN, PPD & sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
6 • keperluan
7 • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8 • Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian
9 • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti & sektor swasta secara meluas
10 • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11 • Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

135

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

5 ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID

154

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

25 INISIATIF UTAMA

155

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

165

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan pelan yang telah dibuat selepas Kementerian
Pendidikan Malaysia membuat kajian semula secara menyeluruh mengenai sistem pendidikan di Malaysia pada
Oktober 2011. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan
negara.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA ASPIRASI SISTEM

157

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

ASPIRASI MURID

11 ANJAKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN
185

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

HASRAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN LOGO PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

195

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan
aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia.
Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggulmelalui:
o Persekitaran Pembelajaran Yang Menyeronokkan
o Kepimpinan Ynag Berkualiti Dan Berwawasan
o Guru Kompetan Dan Beraspirasi Tinggi
o Komitmen Komuniti Yang Padu

Objektif Program TS25
o Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
o MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
o Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan
mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat Program TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat
utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;

o Memantapkan kepimpinan sekolah.
o Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan

Pemudahcaraan (PdPc).
o Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Konsep Program TS25

1510

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

Tugas Dan Tanggungjawab Guru Besar (Senior Leader)

➢ Merancang Pelan Strategik Sekolah jangka pendek (1 tahun) dan jangka panjang (3 tahun)
➢ Menetapkan matlamat dan hala tuju sekolah mengikut struktur TS25
➢ Merancang pemantauan dan penilaian pelaksanaan program.
➢ Merancang Pembangunan Profesionalisme berterusan
➢ Melaksanakan bimbingan pemantauan menggunakan system pengesanan dan penilaian.
➢ Melaporkan kepada PPDKMY dalam urusan harian sekolah:

o Perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Trasformasi Sekolah (PinTas)
o Status perbelanjaan kewangan sekolah.

▪ Perkembangan prestasi guru dan staf.

Tugas Dan Tanggungjawab Guru Penolong Kanan (Senior Leader)

Melaksanakan peningkatan pedagogi guru bersama GB dan rakan ELIT seperti berikut:

o Merancang pembangunan Profesionalisme berterusan (latihan) guru.
o Merancang dan menyelaras Pelan Strategik sekolah jangka pendek dan jangka panjang.
o Penyelaras pelaksanaan penerapan, pemantauan dan penilaian pelaksanaan program sekolah.
o Melaksanakan bimbingan dan peningkatan pedagogi guru.
o Melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum, HEM, Kokurikulum dan PPKI.
o Membantu penyediaan bahan pelaporan yang berkaitan kepada PPDKMY

➢ Pemimpin Pertengahan (Middle Leader)

o Bertindak sebagai pengantara di antara pihak pengurusan dan ahli-ahli kumpulan.
o Perlu bijak mengurus kendiri dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan.
o Berupaya mengurus tugas utama yang diamanahkan dengan efektif dan berfokus.
o Bijak mengurus pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli panitia atau ahli-ahli bidang mereka

yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada dari segi sikap, kemahiran dan
pengetahuan.
o berupaya menggalakkan rakan sepasukan untuk mencuba pelbagai idea/kaedah baru dalam
melaksanakan tugasan.
o Berupaya membantu rakan sepasukan dalam memastikan strategi organisasi tercapai.
o Berupaya menggunakan data, menyatukan maklumat dan menyalurkan maklumat kepada pihak
pengurusan
o Berupaya menyampaikan maklumat daripda pihak pengurusan kepada ahli-ahli dengan
berkesan dan sebaliknya.

1115

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KHIR JOHARI

SKPMg2 - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah merupakan penggubalan semula SKPM
2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat. Penambahbaikan kepada

SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan
perkembangan pendidikan semasa.

SKPM adalah instrument penilaian yang digunakan untuk menilai kualiti pendidikan secara berterusan kea rah
pencapaian bertahap tinggi. Pihak sekolah menggunakan SKP< sebagai panduan pengoperasian mengikut keperluan
dan kepentingan bagi meningkatkan prestasi.

Instrumen SKPMg2 terdiri daripada lima standard seperti berikut:

STANDARD ASPEK

1.1 PGB sebagai peneraju

Standard 1: KEPIMPINAN 1.2 PGB sebagai pembimbing

1.3 PGB sebagai pendorong
2.1 Pengurusan Sumber Manusia

2.2 Pengurusan Aset

2.3 Pengurusan Kewangan

Standard 2: PENGURUSAN ORGANISASI 2.4 Pengurusan Sumber Pendidikan

2.5 Iklim
2.6 Pengurusan Perpaduan

2.7 Pemuafakatan Strategik

Standard 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID

3.1: Pengurusan Kurikulum 3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum
3.1.2 Pengurusan Matapelajaran
3.2: Pengurusan Kokurikulum 3.1.3 Pengurusan Instruksional
3.1.4 Pengurusan Penilaian Murid
3.3: Pengurusan Hal Ehwal Murid 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
3.2.2 Pengurusan Kelab/Persatuan
Standard 4: Pembelajaran dan 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform
Pemudahcaraan (PdPc) 3.2.4 Pengurusan Sukan/Permainan
3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
Standard 5: Kemenjadian Murid 3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua
3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum
3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid
3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid
3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid
3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid
3.3.5 Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid
3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Guru Sebagai Perancang
4.1 Guru Sebagai Pengawal
4.2 Guru Sebagai Pembimbing
4.3 Guru Sebagai Pendorong
4.4 Guru Sebagai Penilai
4.5 Murid Sebagai Pembelajar Aktif
4.6 Kemenjadian Murid Dalam Akademik
5.1 Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum
5.2 Kemenjadian Sahsiah Murid
5.3

1152

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

Standard 1 : Kepimpinan

Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp.

Standard 2 : Pengurusan Organisasi

Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan
sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.

Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah.

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan

Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

Standard 5 : Kemenjadian Murid

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang
sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

1135

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Guru-guru seharusnya mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21 dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Guru perlu memaksimakan penglibatan murid-murid dalam pengajarannya. Oleh itu, elemen 4K dan 1N dalam
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 sekaligus dapat memaksimakan penglibatan murid di dalam kelas.

Pembelajaran Abad Ke 21
Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu
kolaboratif,celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Pembelajaran abad 21 adalah suatu bentuk
pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis
(penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber dengan memahami
dan menghormati budaya yang berbeza. Murid diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital
selain mempunyai tanggungjawab sivik.

Kemahiran Pembelajaran Abad Ke 21

1145

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
‘Outcome” Pembelajaran Abad Ke 21 SK KHIR JOHARI

Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Dahulu dan Abad Ke 21

DAHULU ABAD KE 21
Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid

Individu Kolaboratif
Memberatkan Pengetahuan Memberatkan Kemahiran

Secara Teori Praktikal & Amali
Pembelajaran Dalam Bilik Darjah Pembelajaran di Mana-Mana Sahaja

Ciri Pembelajaran Abad

15

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
1. Ciri-ciri Guru Abad 21 SK KHIR JOHARI

Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat
kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di
samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran
untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:

➢ Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.

➢ Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajarandan pembelajaran.

➢ Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.

➢ Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.

➢ Memiliki kemahiran kaunseling.

➢ Menggunakan teknologi terkini semasa sesi pengajaran danpembelajaran

1. Pedagogi Abad 21

Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu
ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang
resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

16

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

17

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

NORMA BAHARU PENGOPERASIAN SEKOLAH PENDEMIK COVID-19

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020. Seterusnya tempoh
PKP telah dilanjutkan kepada beberapa fasa. Sehubungan itu, KPM telah mengeluarkan Surat Siaran KPM
Bil3/2020 (GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PdP SEMASA PKP) bagi memastikan pembelajaran murid tidak
terjejas.

1. PANDUAN UMUM

1.1. Peranan dan Tanggungjawab

Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan fizikal adalah amat penting dalam pengurusan sekolah
bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. Oleh
itu, peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1.1.1. Pentadbir Sekolah
a. memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi;
b. memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan

selamat;
c. memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru, warga sekolah dan ibu

bapa/penjaga mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan
kesihatan seperti mencuci tangan, mengguna pensanitasi tangan, memakai pelitup separuh muka
apabila perlu dan mengamal penjarakan fizikal;
d. memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan;
e. memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan;
f. memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru;
g. melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga;
h. membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang
dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD).

1.1.2. Guru
a. menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang digariskan dalam Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran;
b. melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa;
c. melaksanakan aktiviti amali yang bersesuaian dengan menyediakan peralatan yang lengkap

dan mencukupi untuk setiap murid;
d. mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan

fizikal;
e. memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

1.1.3. Ibu Bapa/Penjaga
a. memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak

menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
b. membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga;
c. memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

18

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
a. SEKOLAH KERAJAAN SK KHIR JOHARI

2.1 Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan
dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu bagi memastikan pengurusan sekolah dan proses pdp
boleh beroperasi dengan lancar. Panduan ini mengandungi lima (5) aspek iaitu pengurusan sekolah,

pengurusan prasarana, keselamatan murid, guru dan warga sekolah, pdp dan pelibatan ibu bapa/penjaga.

2.2. Pengurusan Sekolah
2.2.1. Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti yang berikut:
a. Kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke semasa;
b. Kehadiran murid adalah berdasarkan model pengoperasian sekolah.
2.2.2. Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat

kelulusan pendaftar negeri.
2.2.3. Perhimpunan sekolah yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul

secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
2.2.4. Aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkaitan berkumpul secara

beramai-ramai bagi tujuan pdp dibenarkan. Walau bagaimanapun, bilangan murid dan guru
yang terlibat bergantung pada kapasiti kawasan atau ruang di sekolah dengan mengambil
kira penjarakan fizikal dan keselamatan.

2.3. Pengurusan Prasarana Pentadbir bertanggungjawab:
2.3.1. Memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik pdp dibersihkan sebelum
sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan;
2.3.2. Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan
pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu,
singki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan di
laluan pergerakan murid bagi sekolah yang mempunyai Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan
lain-lain;
2.3.3. Menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik pdp dengan mengoptimumkan

penggunaanbilik-bilik khas dan lokasi lain yang bersesuaian serta boleh berfungsi dengan
baik untuk pdp;
2.3.4. Memastikan susun atur di bilik pdp mengambil kira penjarakan fizikal;
2.3.5. Memastikan bilangan maksimum murid di dalam bilik pdp bergantung pada kapasiti bilik
dengan mengambil kira penjarakan fizikal;
2.3.6. Memastikan pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik pdp, bilik
guru dan pejabat;
2.3.7. Memastikan permaidani, tikar dan skirting meja tidak digunakan di bilik pdp prasekolah;
2.3.8. Memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan

kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan;
2.3.9. Memastikan guru dan warga sekolah tidak makan di kantin;
2.3.10. Memastikan murid makan di dalam bilik pdp di bawah seliaan guru pada waktu rehat;
2.3.11. Memastikan bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid

yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup
separuh muka serta sabun/pensanitasi tangan;
2.3.12. Menyediakan pelan lokasi untuk diletakkan tanda penjarakan fizikal di lokasi yang
bersesuaian seperti yang berikut:

a. Bilik pdp - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan

baris tepi pertama untuk rujukan;
b. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang makan, ruang berbaris untuk

pembelian dan pengambilan makanan serta laluan ke singki;
c. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter

dan tempat mengimbas kehadiran;
2.3.13. Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala. Tanda penjarakan diletakkan

untuk memandu arah pergerakan murid di dalam kawasan sekolah;

19

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KHIR JOHARI

2.3.14. Menyediakan tong sampah bertutup dan dipastikan sentiasa ditutup;
2.3.15. Menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau,

manakala pensanitasi tangan boleh disediakan di lokasi seperti bilik pdp, pejabat dan
bilik guru;
2.3.16. Mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan keselamatan di lokasi

strategik seperti laluan murid, kantin, bilik pdp, pejabat, bilik guru dan ruang menunggu
sebelum sesi persekolahan bermula. Pentadbir hendaklah memuat turun bahan bercetak
terbitan KKM daripada laman sesawang KKM;
2.3.17. Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama
sekolah;
2.3.18. Memastikan premis dan kemudahan di sekolah seperti dewan, surau dan kemudahan lain
hanya untuk kegunaan murid, guru dan warga sekolah sahaja.

2.4. Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah Pentadbir bertanggungjawab:
2.4.1. Merujuk Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dikeluarkan oleh KPM pada 13 Mac 2020;
2.4.2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah berada dalam keadaan sihat untuk
hadir ke sekolah;
2.4.3. Memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas
dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah
sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau

bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Pentadbir sekolah
dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah berhampiran
dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan
jalan utama. Hal ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan pada
penjarakan fizikal;
2.4.4. Memastikan masa senggang diperuntukkan bagi mengambil suhu badan murid yang
berjalan kaki/berbasikal ke sekolah;
2.4.5. Melantik guru bertugas untuk:

a. Mengawal pergerakan murid di pintu masuk utama sekolah semasa tiba dan

pulang;
b. Mengimbas suhu badan murid;
c. Mengawal pergerakan murid semasa rehat.
2.4.6. Memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi penjarakan fizikal pada
setiap masa;
2.4.7. Memastikan hebahan mengenai langkah kebersihan dan keselamatan dibuat melalui siar
raya pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
Peringatan secara berterusan dilaksanakan semasa pdp;
2.4.8. Memastikan murid, guru dan warga sekolah kerap mencuci tangan dengan menggunakan

air dan sabun. Sekiranya tiada air dan sabun, pensanitasi tangan boleh digunakan;
2.4.9. Memastikan guru atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membantu MBK yang perlu

memegang bahan bantu belajar (guna sama) seperti gambar rajah timbul dan peralatan
khas mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan;
2.4.10. Mengingatkan murid untuk mematuhi dan menggunakan laluan pergerakan yang disediakan;
2.4.11. Membekalkan pelitup separuh muka kepada murid yang bergejala dan mereka diasingkan
di bilik kesihatan/sakit sementara menunggu ibu bapa/penjaga membawa mereka pulang;
2.4.12. Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan dengan imuniti badan yang
rendah sentiasa memakai pelitup separuh muka;

2.4.13. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan Saringan Minda Sihat secara
berkala dalam norma baharu di sekolah dan mengambil tindakan berikut;
a. Menyediakan profil murid yang dikenal pasti melalui Saringan Minda Sihat
bagi menyokong perkembangan emosi murid secara berterusan;

20

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KHIR JOHARI

b. Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti dan
sesi kaunseling secara berterusan serta berfokus bagi meningkatkan
kemahiran daya tindak murid;

c. Mengadakan konsultasi bersama-sama ibu bapa bagi membantu
menyokong perkembangan emosi murid;

d. Merujuk kepada PKD untuk penilaian klinikal serta fasiliti kesihatan
berkenaan rawatan/intervensi segera bagi kes krisis murid

2.4.14. Memastikan pihak luar yang bukan warga KPM termasuk orang kenamaan tidak
dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali bagi tujuan pengoperasian sekolah;

2.4.15. Memberikan taklimat keselamatan kepada kontraktor pembersihan, pengusaha kantin
dan pembekal perkhidmatan makanan bermasak di asrama serta membuat
penegasan supaya sentiasa mengingatkan pekerja mereka mengenai perkara berikut:
a. Mengimbas suhu badan mereka setiap hari sebelum mulakan tugas;
b. tidak memasuki kawasan sekolah jika bergejala;

c. mematuhi arahan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan
prosedur keselamatan yang lain;

d. mengamalkan hand hygiene (memadai mencuci tangan dengan air bersih dan
sabun).

2.4.16. memastikan tindakan berikut diambil sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dalam
kalangan murid, guru dan warga sekolah yang disahkan oleh PKD:
a. mengenal pasti dan menyediakan senarai kontak rapat bagi membantu PKD;
b. memberikan kerjasama kepada anggota PKD;
c. mendapatkan nasihat daripada PKD mengenai keperluan melaksanakan

pembasmian kuman di lokasi yang dikenal pasti.
2.5. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PdP akan berlaku dalam dua kaedah iaitu PdP di sekolah dan

PdP di rumah. Pihak sekolah perlu memastikan PdP yang dilaksanakan mengambil kira penjarakan
fizikal, kebersihan dan keselamatan.

2.5.1. Pentadbir perlu mengambil tindakan berikut bagi melancarkan pelaksanaan PdP:
2.5.2. a. mengadakan mesyuarat penyelarasan;
b. menyusun semula jadual PdP dengan mengambil kira bilangan kelas yang

beroperasi dan kesediaan guru serta murid;
c. menyemak semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT);
d. melaksanakan pemantauan PdP;
e. memberikan bimbingan secara berfokus kepada guru untuk memastikan

pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan.

Guru yang melaksanakan PdP di sekolah hendaklah:
a. merancang pelbagai kaedah penyampaian PdP yang bersesuaian. Kaedah
PdP yang boleh diterokai adalah seperti pembelajaran teradun (Blended
Learning) iaitu gabungan pengajaran bersemuka dan penggunaan teknologi

secara dalam talian;
b. merancang dan melaksanakan aktiviti PdP termasuk PdP di luar bilik darjah

dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan.
Aktiviti PdP di luar sekolah seperti lawatan sambil belajar, kem kecemerlangan
akademik dan seumpamanya tidak dibenarkan;
c. memastikan semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
dilaksanakan dengan mematuhi penjarakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan.

21

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KHIR JOHARI

2.5.3. Guru yang melaksanakan PdP di rumah hendaklah:
a. mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP mengikut kreativiti masing-
masing berdasarkan kesesuaian setempat;
b. menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian seperti pembelajaran dalam
talian, TV pendidikan, radio atau media sosial bagi murid yang bersedia untuk

mengikuti kaedah pembelajaran tersebut;
c. mengambil kira capaian internet, pemilikan serta keupayaan penggunaan alat

peranti dan kesediaan murid untuk melaksanakan PdP secara dalam talian;
d. memberikan latihan dalam buku teks, buku kerja atau disediakan sendiri oleh

guru bagi murid yang tidak mempunyai akses internet;
e. melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan menggunakan

sumber yang mudah didapati oleh murid sekiranya bersesuaian;
f. menggunakan kaedah serahan bahan PdP di sekolah. Bahan tersebut

dimasukkan di dalam kotak serahan yang diletakkan di pondok keselamatan

untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa/penjaga
mengikut jadual yang ditetapkan;
g. melaksanakan pentaksiran bilik darjah berdasarkan hasil kerja murid seperti
latihan, kuiz dan lain-lain yang boleh dikemukakan secara dalam talian atau
serahan tangan;
h. melaksanakan pentaksiran bilik darjah apabila sesi persekolahan bermula
bagi murid yang tidak dapat menyerahkan tugasan mereka secara dalam
talian atau serahan tangan.

2.6. Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah:

2.6.1. meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan dengan penularan jangkitan COVID-19;
a. memberikan kesedaran kepada anak/anak jagaan tentang penjarakan fizikal
2.6.2. sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;
2.6.3. b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau
bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakanrakan atau orang

sekeliling;
c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan

sebelum dan selepas makan;
d. menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil

anak/anak jagaan;
e. menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari

rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan
di kantin;
f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir

ke sekolah;
g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman

dengan murid lain
h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas

pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan fizikal dan mengawal pergerakan
murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah; dan
membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan dan alat pengimbas suhu badan
untuk kegunaan pihak sekolah (jika mampu dan berkeperluan

22

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

23

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

24

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

25

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

LATAR BELAKANG
26

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

Sekolah Kebangsaan Khir Johari (SKKJ) adalah sebuah sekolah yang berada di dalam Daerah Kuala
Muda Yan dan terletak di bandar Sungai Petani. Sekolah ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 10.30 ekar atau
4.17 hektar.

Sekolah ini mempunyai tiga blok utama iaitu Blok A, B dan C. Blok A dikenali juga sebagai Blok
Pentadbiran di mana aras bawah blok ini menempatkan Pejabat Pentadbiran, Bilik Kesihatan, Bilik SPBT, Bilik
Guru, Koperasi Sekolah dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Aras satu terdapat Bilik Kaunseling, Bilik PIBG, Kelas
3A dan 3B, Bilik Pemulihan dan Bilik Bahasa Cina. Aras dua pula menempatkan Bilik PBS, Bilik Mesyuarat, Bilik
PPDa dan Galeri Bahasa..

Blok B ialah Blok Tahap 2 yang menempatkan kelas 6A, 6B, 5A, 5B dan 4A. Di aras bawah blok ini
terdapat Bilik Sains, Bilik Gerakan UPSR, tandas guru lelaki dan perempuan serta tandas murid lelaki dan
perempuan. Di bangunan ini juga terdapat 2 bilik stor di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah serta sebuah bilik
yang akan diubahsuai menjadikan Bilik PAK 21 di aras dua.

Blok C pula ialah Blok Tahap 1 di mana di blok ini ditempatkan kelas Tahun 1, Tahun 2, Kelas Pra, Bilik
SAL serta Bilik Guru PPKI. Di bangunan ini juga terdapat tandas guru lelaki dan perempuan serta tandas murid.

Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan bilik khas seperti Makmal Komputer, Pusat Sumber, Bilik
Bimbingan & Kaunseling, Bilik Seni Visual, Bilik RBT dan sebuah surau.

Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Guru Besar dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan PPKI serta disokong oleh seorang juruteknik
komputer, dua orang Pembantu Tadbir, empat orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu tiga orang
pembantu pengurusan PPKI dan seorang pembantu pengurusan prasekolah serta seorang Pembantu Operasi
N11.

27

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

SEJARAH SEKOLAH

• Sekolah Kebangsaan Khir Johari telah diasaskan oleh Encik Abdul Daim B. Mohd Jiwa yang didatangkan
dari Pulau Pinang. Memang ‘trend’ pada masa itu ‘peneroka’ sekolah di Kedah ialah orang Pulau Pinang.
Contohnya, Encik Mohd Iskandar, pengasas Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar juga dari Pulau
Pinang.

• Encik Abdul Daim bin Mohd Jiwa dikatakan berkelulusan Maktab Perguruan Melaka. Tarikh beliau
memulakan tugas di sini adalah pada tahun Hijrah 1332 bersamaan dengan 1920 Tahun Masehi.
Bangunan sekolah pada masa itu terletak di tapak Pejabat Pos Sungai Petani sekarang dan sekolah
pada masa itu dinamakan Sekolah Melayu Sungai Petani.

• Pada tahun 1927 sekolah ini berpindah ke 3 blok bangunan baru yang lebih kukuh dan elok diperbuat
daripada kayu yang terletak di tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani
sekarang ini. Encik Abdul Daim bertugas di sekolah ini sehingga tahun hijrah 1348 bersamaan 1930 tahun
masehi dengan jayanya dan diberi tugas baru meneroka Sekolah Kebangsaan Bujang yang kini
dinamakan Sekolah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Bujang.

• Sejak itu sekolah diterajui oleh ramai Guru Besar yang silih berganti dari tahun ke tahun dan mengalami
penukaran nama ; Sekolah Umum Sungai Petani Lelaki, Sekolah Kebangsaan Pusat Sungai Petani dan
sejak 17 Julai 1972 berpindah ke tapak sekarang dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Khir Johari
sempena perasmiannya oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Bin Johari selaku Menteri Perdagangan
dan Perusahaan Malaysia.

• Fakta ini diceritakan oleh Tuan Haji Zainal Rashid bin Ahmad iaitu pesara Pembantu Perubatan Hospital
Daerah Sungai Petani yakni cucu kepada Encik Abdul Daim Bin Mohd Jiwa pengasas sekolah ini.

28

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK KHIR JOHARI
SENARAI GURU BESAR

1. Encik Abdul Daim bin Mohd Jiwa 1914 - 1929

2. Encik Ismail bin Mahmud 1929 - 1931

3. Encik Che Din bin Md Saman 1931 - 1934

4. Encik Md Isa bin Yunus 1934 - 1935

5. Encik Ariffin bin Hassan 1935 - 1938

6. Encik Ariffin bin Abdullah 1938 - 1941

7. Encik Omar bin Md Akib 1941 - 1945

8. Encik Ariffin bin Abdullah 1945 - 1947

9. Encik Che Din bin Yib 1947 - 1953

10. Encik Md Isa bin Haji Kassim 1953 - 1955

11. Encik Shariff bin Ahmad 1955 - 1959

12. Tuan Haji Hanafiah bin Shafie 1959 - 1960

13. Encik Ahmad bin Yahya 1960 - 1961

14. Encik Abdul bin Haji Yasin 1961 - 1967

15. Encik Ahmad bin Ismail 1967 - 1972

16. Encik Othman bin Khamis 1972 - 1976

17. Encik Abdul Rahim bin Ahmad 1976 - 1979

18. Encik Abdul Hamid bin Yahaya 1980 - 1986

19. Encik Hamzah bin Haji Yahaya 1986 - 1989

20. Tuan Haji Mohd Desa bin Ismail 1989 - 1991

21. Encik Hassan bin Haji Ahmad 1991 - 1996

22. Encik Wan Mohamad bin Wan Muda 1996 - 1998

23. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Saad 1998 - 1999

24. Tuan Haji Rajiae bin Mohd Zin 1999 - 2005

25. Tuan Haji Shaari bin Awang 2005 - 2007

26. Tuan Haji Rohizad bin Shariff 2007 - 2012

27. Tuan Haji Mohd Kanafi bin Sakidin 2012 - 2014

28. Encik Helmi bin Mohamad 2014 - 2016

29. Puan Sharifah Shahrena binti Syed Yusof 2017 – 2018

30. Mohd Khairi bin Musa 2018 - KINI

29

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

LENCANA SEKOLAH

WARNA DAN TAKRIF

Merah : Berani menghadapi cabaran dan tidak kecewa dengan
kegagalan.

Kuning : Sentiasa berdisiplin dan berakhlak mulia disamping
bersikap liberal terhadap sebarang perubahan dunia
pendidikan.

STRUKTUR KOMPOSISI DAN TAKRIF

Buku terbuka : Sikap suka membaca dan sentiasa dahagakan
ilmu pengetahuan.

Keris : Berani dan patriotik
Lilin : Sanggup berkorban demi ilmu pengetahuan

30

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

LAGU SEKOLAH

KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI
BERDISIPLIN DAN BERPENDIDIKAN TINGGI

SEKOLAH KHIR JOHARI
DISANJUNGI

NAMAMU KUABADI

ILMU DAN AMALAN
TANGGA KEJAYAAN
BACALAH SELALU
TANPA RASA JEMU

KAMI BERIKRAR DAN BERJANJI
BERDISIPLIN DAN BERPENDIDIKAN TINGGI

SEKOLAH KHIR JOHARI
DISANJUNGI

NAMAMU KUABADI
SEKOLAH KEBANGGAAN KAMI

31

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

BBEENNDDEERRAASSEEKKOLOALHAH

WARNA DAN TAKRIF
Merah : Berani menghadapi cabaran dan dapat menjalinkan hubungan sesame manusia.
Kuning : Menjadikan setiap kerja yang dibuat ialah ibadat kepada Allah sebagai pencipta.

LAMBANG PADA BENDERA

Buku terbuka : sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan, menanam sikap suka membaca
dan cintakan ilmu pengetahuan.

Keris : Berani dan sanggup mempertahankan hak bangsa Melayu
Dian : Sanggup berkorban demi ilmu pengetahuan

32

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersatu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera

Pendidikan ● Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik. Perihal atau perbuatan mendidik.

Berkualiti ● Baik kualitinya, tinggi nilainya.

Insan ● Manusia . Insan di sini terdiri daripada murid.

Terdidik ● Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna, terlatih.

Negara ● Wilayah politik yang merdeka dan berdaulat – Negara Malaysia

Sejahtera ● Bebas daripada segala macam kesusahan dll, aman sentosa dan makmur, selamat.

33

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Khir Johari
• Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, tekun, amanah dan bekerjasama
untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama
dan keturunan untuk mendapat pendidikan.
• Mewujudkan sistem pendidikan dan pengurusan yang cekap
• Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang
membina dari semua pihak bagi menghala “zero defect”.

COGAN KATA

SKKJ
Sederap Memacu Transformasi

Pendidikan

34

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

MATLAMAT SEKOLAH 2021

√ Sekolah Kebangsaan Khir Johari melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran berkonsepkan Abad
ke 21

√ Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT ), Kreatis,Inovasi,
Beriman, Berakhlak , Bersahsiah Mulia, Berbudi Pekerti Dan Luhur

√ Memastikan kejayaan dan kemenjadian murid secara menyeluruh di dalam aktiviti sekolah,
inovasi, Pembelajaran i-think, Abad 21, program program kerohanian, , & LiNUS.

√ Mewujudkan Budaya Kerja Kelas Pertama dan Profesional di kalangan warga guru dan anggota
kakitangan sokongan.

√ Memantap dan meningkatkan hubungan, jalinan dan penandaarasan di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa

√ Memantap dan meningkatkan hubungan profesionalisme dan mesra Bersama semua ibu bapa,
PIBG , Komuniti setempat, agensi-agensi kerajaan dan swasta melalui Sarana Sekolah dan PIBK.

√ Mewujudkan persekitaran sekolah yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan kondusif untuk proses
PdPc yang berkesan.

√ Menyegerakan setiap tindakan, urusan, tugasan dan perkhidmatan yang cekap serta layanan mesra
kepada semua stakeholder.

35

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

MANUAL PENGURUSAN
STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI

1. PENGENALAN

Standard Operating Procedure (SOP) adalah dokumen bertulis yang memperincikan semua langkah-
langkah yang diambil di dalam sesuatu aktiviti, proses atau prosedur di dalam sebuah jabatan/organisasi.

Penggunaan SOP khususnya di dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan yang berisiko dan
memerlukan aspek keselamatan yang tinggi amat penting lebih-lebih lagi kepada organisasi yang terlibat di
dalam bidang keselamatan, klinikal, kecemasan, farmasi dan pengeluaran janakuasa. Setiap prosedur perlu
diikuti dengan tepat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Bagi organisasi seperti Sekolah Kebangsaan Khir Johari, ianya juga penting dalam memastikan prosedur
dibuat mengikut peraturan dan tidak menyalahi daripada dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Pembangunan dan penggunaan SOP adalah sebahagian daripada sistem kualiti yang berjaya kerana ia
menyediakan seseorang individu di dalam jabatan atau organisasi itu dengan maklumat yang tepat untuk
melaksanakan sesuatu tugas dengan betul dan konsisten dalam aspek kualiti dan intergriti atau penghasilan
produk akhir. SOP menghuraikan kedua-dua elemen teknikal dan pentadbiran operasi sebuah
organisasi/jabatan yang diuruskan di bawah pelan kerja yang sistematik.

2. KEPERLUAN
SOP memperincikan proses kerja yang dijalankan atau diikuti dalam sesebuah organisasi.
Pendokumentasian aktiviti dilakukan adalah untuk memudahkan pematuhan yang konsisten kepada
keperluan system teknikal dan untuk menyokong kualiti data.

SOP bertujuan menjadikan pengurusan organisasi lebih teratur dan membantu organisasi itu untuk
mengekalkan kawalan kualiti dan proses jaminan kualiti dan memastikan pematuhan dengan
peraturan dan dasar kerajaan yang ditetapkan. Pengurusan yang berkualiti ini sudah tentu akan
memberi impak kepada kepuasan pelanggan sesebuah jabatan.

SOP jika tidak ditulis dengan betul, ianya akan mempunyai nilai yang terhad. Manakala SOP yanf
ditulis dengan baik akan gagal jika tidak diikuti dengan betul. Oleh itu dalam tempoh tertentu,
penggunaan SOP perlu dikaji dan dinilai semula oleh pihak pengurusan untuk mempastikan
keberkesanannya. Dokumen SOP perlu mudah diakses untuk rujukan oleh individu di dalam
organisasi sama ada dalam bentuk Salinan keras atau format digital, jika tidak ianya tidak memberi
apa-apa fungsi.

36

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

3. FAEDAH

Pembangunan dan penggunaan SOP akan meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran melalui
pelaksanaan proses atau prosedur yang konsisten dalam organisasi, walaupun terdapat perubahan
kepada individu di dalam jabatan/organisasi, samada secara sementara atau kekal.

SOP boleh juga digunakan sebagai sebahagian daripada program latihan kakitangan. Ini adalah kerana
mereka harus menyediakan arahan-arahan kerja secara terperinci. Dengan ini ia dapat mengurangkan
kesilapan dan salah dan salah faham antara anggota di dalam sesuatu jabatan/organisasi.

Bagi pengurusan atasan, tugas penyeliaan staf bawahan dapat dibuat dengan lebih mudah. Semakan
terhadap Key Performance Indeks (KPI) yang disenaraikan di dalam SOP boleh dijadikan aras untuk
melihat pencapaian dan prestasi staf di dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Melalui semakan semula KPI-KPI ini pula, prestasi dan pencapaian keseluruhan organisasi dapat dibuat
dengan mudah dan tepat. Staf-staf yang baru menyertai jabatan/organisasi mungkin akan menghadapi
masalah berkaitan sesuatu tugas atau pengurusan. Mereka boleh menyelesaikannya melalui penelitian
dokumen SOP yang ada berkaitan bagaimana sesuatu aktiviti atau langkah-langkah yang perlu dilakukan
diambil tanpa perlu menganggu penyelia/pegawai.

Akhirnya, manfaat daripada, SOP yang baik ialah ianya dapat mengurangkan kesilapan di dalam kerja,
dapat menghasilkan data-data berkualiti untuk perbandingan dengan lebih baik, bekredibiliti dan
menepati undang-undang bagi sesuatu pelan tindakan yang akan dirancangkan.

37

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

KEHADIRAN BERTUGAS

PERSONEL PROSEDUR STANDARD

➢ Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81
yang bertarikh 12 Sept 1981 menyebut bahawa
semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,

kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki
berasa di sekolah sekurang-kurangnya lima minit
sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, Guru

Bertugas Harian & Guru Penyayang perlu hadir
atau berada di sekolah jam 7.00 pagi.

➢ Kehadiran guru pada hari Ahad, hari Perhimpunan

Rasmi Mingguan Sekolah, semua guru perlu berada

SEMUA GURU, PPM PRA di sekolah tidak lewat daripada jam 7.20 pagi.

SEKOLAH, PPM ➢ Perhimpunan Rasmi akan bermula jam 7.30 pagi
PENDIDIKAN KHAS dan berakhir jam 8.05 pagi

& ➢ Semua guru, Juru Teknik Komputer, Staf PPM Pra
JURUTEKNIK
KOMPUTER Sekolah dan Pendidikan Khas, wajib berada di
Tapak Perhimpunan Rasmi pada setiap minggu.

➢ Semua PPM Pra Sekolah dan Pendidikan Khas
perlu berada di sekolah pada atau sebelum jam

7.00 pagi setiap hari (Ahad – Khamis)

➢ Semua Guru dan Staf sekolah wajib Mengetip Kad

Perakam Waktu kehadiran pada setiap kali hadir
bertugas dan semua guru wajib mencatat di dalam
Buku Log Kehadiran MMI di dalam kelas.

38

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

DATA KEHADIRAN MURID SECARA ONLINE:
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

PERSONEL PROSEDUR STANDARD

PENOLONG KANAN ➢ Bertanggunjawab memberi taklimat berkaitan system
HEM
kutipan data kehadiran murid pada setiap hari secara
online kepada semua guru dan Pembantu Tadbir (PT)

➢ Mematuhi segala dasar dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh KPM dalam Sistem Pengurusan
Sekolah (SPS)

Prosedur Standard berikut perlu dipatuhi.

GURU KELAS & GURU ➢ Semua Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran
MATA PELAJARAN Pertama WAJIB & BERTANGGUNGJAWAB
PERTAMA memaklumkan kehadiran murid untuk direkodkan
oleh guru kelas/penyelaras aliran pada setiap hari
persekolahan dan guru kelas perlu mengemaskini
pada hari berikutnya sebab / alasan ketidakhadiran
pada hari sebelumnya.

PEMBANTU TADBIR ➢ Pembantu Operasi (PO) akan bertanggungjawab
PEJABAT mengisi data kehadiran murid secara online melalui
sistem pengurusan sekolah pada setiap pagi mulai
jam 8.15 pagi sehingga semua kehadiran murid
didaftarkan ke dalam sistem sebelum jam 9.00 pagi.

➢ Sekiranya Pembantu Operasi bercuti sakit atau cuti
rehat, berkursus, bermesyuarat dan lain-lain, maka
tugas pengisian data diambilalih mengikut kronologi
berikut:
- Pembantu Tadbir
- Juruteknik Komputer

39

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

PENYEDIAAN JADUAL WAKTU

PERSONEL PROSEDUR STANDARD

PK PENTADBIRAN & ➢ Mengenalpasti mata pelajaran & bilangan jam waktu
KURIKULUM mengajar, bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen
& guru.

PENYELARAS JADUAL ➢ Menetapkan guru mata pelajaran dan agihan jumlah
WAKTU jam guru mengajar.

➢ Senarai nama guru, opsyen, subjek mengajar,
bilangan kelas, waktu mengajar dan lain-lain

➢ Menyusun Jadual Waktu Guru dan Kelas.

➢ Penyediaan Jadual Waktu secara:
- Manual
- Perisian

➢ Menyemak dan mengesahkan Jadual Waktu Guru
dan Kelas.

➢ Menyerahkan Jadual Waktu kepada Guru Besar
untuk Pengesahan / Verifikasi dan Tandatangan
Autoriti Pelaksanaan & Penggunaan Rasmi.

➢ Mengedarkan Jadual Waktu Guru dan Kelas

• Jadual Waktu Yang Pertama (draf – 1) mesti disiapkan dalam tempoh 10 hari sebelum sesi
persekolahan bermula

40

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

PENYEDIAAN JADUAL GURU GANTI

PERSONEL PROSEDUR STANDARD

PK PENTADBIRAN & ➢ Mengenalpasti guru yang tidak hadir melalui surat
KURIKULUM panggilan mesyuarat/kursus/bengkel/ taklimat dari
Buku Keberadaan Guru di bawah Amalan Melindungi
Masa Instruksional (Kawalan Sekolah), panggilan
telefon, wasapp serta sms

➢ Menyediakan jadual guru ganti sehari lebih awal
kepada guru yang menerima surat panggilan untuk
menghadiri mesyuarat/kursus/ bengkel/taklimat dan
Cuti Rehat Khas (CRK)

➢ Menyediakan jadual guru ganti bagi yang cuti sakit /
kecemasan melalui panggilan telefon, wasapp atau
sma pada waktu pagi sebelum jam 7.30 pagi.

➢ Mengedarkan Jadual Guru Ganti sebelum bermula
waktu pertama PdPc atau sebelum jam 7.45 pagi.

41

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Gaya Pengajaran & Pembelajaran KBAT ABAD 21

(Style Of Learning)

Melaksanakan PdPc menggunakan pelbagai gaya pembelajaran seperti
berikut:

➢ KBAT : Pembelajaran Berfikrah (Pembelajaran Berfikir) – Thoughtful Learning
➢ Melibatkan Pengetahuan, Kemahiran, Sikap & Nilai dan Inkuri
➢ Berpusatkan Murid ( Student Base)
➢ Berbantukan Teknologi: Laman Web 21st Century Blended Learning :

The Flipped Classroom.
➢ Kemahiran Pemudahcara / Fasilitator
➢ Pembelajaran Koperatif
➢ Kaedah Kumpulan / Berpasangan
➢ Demonstrasi / Tunjuk Ajar
➢ Kuiz
➢ Simulasi
➢ Video
➢ Pembelajaran Luar Bilik Darjah / Kajian Lapangan / i-think / Penggunaan Arena KBAT

42

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

Pengajaran & Pembelajaran KBAT Abad Ke 21

Kriteria untuk aktiviti PdPc KBAT Abad Ke 21

➢ Melibatkan murid secara aktif secara individu, berpasangan & berkumpulan
➢ Berteraskan kemahiran berfikir, strategi berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir aras

tinggi iaitu “Hidher Order Thinking Skills (HOTS)
➢ Melibatkan 4K dan 1N dalam PdPc iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Kritis, Kreatif dan Nilai.
➢ Dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid.
➢ Murid sedar secara eksplisit kemahiran yang digunakan.
➢ Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanya atau disoal.
➢ Murid dilibatkan dalam aktiviti penyelesaian masalah, membuat keputusan atau

mengkonsepsikan secara berkumpulan.
➢ Penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah secara terancang
➢ Mengunakan medium atau tools untuk PdPc KBAT Abad Ke 21.
➢ Amalkan Strategi Pembelajaran secara berkumpulan melibatkan Pembelajaran Koperatif.

43

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Yang Cemerlang

➢ Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP)
➢ Rancangan Pelajaran Tahunan
➢ Rancangan Pelajaran Harian
➢ Pengurusan Bilik Darjah
➢ Motivasi
➢ Set Induksi
➢ Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM)/ Bahan Bantu Belajar (BBB)
➢ Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran
➢ Teknik Penyoalan KBAT
➢ Penglibatan Aktif Murid
➢ Peneguhan / Pengukuhan / Pengayaan / Pemulihan
➢ Pengiktirafan
➢ Latihan dan Tugasan
➢ Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid
➢ Penutup / Refleksi – penilaian terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan.

44

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

PENGURUSAN PdPc CEMERLANG

KOMPONEN PROSEDUR STANDARD

RANCANGAN PELAJARAN ➢ Berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran
TAHUNAN terkini

➢ Berdasarkan takwim sekolah

➢ Agihkan kepada mingguan (catat modul yang akan
digunakan.

RANCANGAN PELAJARAN ➢ Siap sebelum PdPc bermula

HARIAN ➢ Rancangan Pelajaran Harian Guru mengandungi (3

Part Lesson) Objektif, Aktiviti dan Refleksi

➢ Objektif atau hasil pembelajaran dinyatakan dalam
bentuk perlakuan boleh diukur, merangkumi
pengetahuan & kemahiran yang perlu dikuasai dengan
mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan
murid.

➢ Aktiviti dibahagikan kepada bahagian
(Permulaan, Perkembangan & Penutup)

➢ Cara hendak mencapai objektif bersesuaian dengan
keupayaan murid dan masa diperuntukkan.

➢ Penilaian kendiri secara bertulis : Impak & Refleksi

➢ Objektif PdPc tercapai atau tidak.

➢ Kenalpasti kelemahan dan kekuatan murid.

➢ Rancang & lakukan penambahbaikan

➢ Sebelum PdPc bermula, objektif pembelajaran ditulis di
papan putih

45

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

KOMPONEN PROSEDUR STANDARD
PENGURUSAN BILIK
DARJAH & MOTIVASI ➢ Suasana pembelajaran kondusif, informative &
pengurusan kelas yang baik.
SET INDUKSI
➢ Suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
(bilik darjah selamat, bersih, ceria, kemas dan
susunan perabot yang bersesuaian dengan aktiviti)

➢ Berinformatif, ada ruang motivasi, berkarya dan lain-
lain.

➢ Kehadiran & kesediaan murid untuk belajar.

➢ Mewujudkan dan memanfaatkan sudut mata pelajaran

➢ Ada peraturan kelas & dipatuhi

➢ Mengenali kekuatan dan kelemahan murid

➢ Kawalan murid dengan menggunakan teknik mata,
nada suara, mimik muka dan Bahasa badan.

➢ Menarik perhatian dan merangsang minat murid.

➢ Menjurus kea rah kesediaan minda murid (dikaitkan
dengan pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran)

➢ Mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan
murid.

46

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
SK KHIR JOHARI

KOMPONEN PROSEDUR STANDARD

➢ Mengamalkan budaya menggunakan ABM dan BBM
secara berkesan

➢ BBM / BBB disediakan secara secukupnya

ALAT BANTU MENGAJAR ➢ Penggunaan buku teks secara maksimum dan berkesan
(ABM)
➢ Penggunaa ICT / VLE 1 Bestarinet
BAHAN BANTU MENGAJAR
(BBM) ➢ Penggunaan Peta Pemikiran (i-think)

BAHAN BANTU BELAJAR ➢ Laman Web 21st Century Blended Learning: The Flipped
(BBM) Classroom

➢ Penggunaan akhbar dan majalah dalam bilik darjah

➢ Mengamalkan prinsip asas (mudah kepada kompleks,
konkrit kepada abstrak)

➢ Hubungkait dengan kehidupan harian murid

➢ Menggunakan bahasa (laras / istilah) yang mudah dan
tepat
PENYAMPAIAN Aktiviti – memperlihatkan pemeringkatan dan
PERKEMBANGAN PELAJARAN ➢ perkembangan pengajaran.

(LESSON DELIVERY)

➢ MENGGUNAKAN masa dengan optimum

➢ Bahan yang relevan dan sesuai

➢ Mengamalkan penggunaan BBM / i-think / ICT / VLE

➢ Pendekatan berkumpulan dan kaedah berpusatkan murid

➢ Aktiviti mengikut tahap keupayaan murid

➢ Aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-
linguistik, muzik, logik-matemati

47


Click to View FlipBook Version