IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN MPU3141 NUR AINA NABILAH BINTI SHAHBUDIN PPIM BUKU LOG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA 2024
BIODATA NAMA: NUR AINA NABILAH BINTI SHAHBUDIN ANGKA GILIRAN: 2021102340243 KURSUS: BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN: PISMP JUN 2022 IPGM : KAMPUS SULTAN MIZAN
FALSAFAH Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.
TUJUAN& MATLAMAT Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti.
TUJUAN& MATLAMAT Meningkatkan isiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.
PPIM OBJEKTIF Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak mulia, dan berbakti kepada masyarakat. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat. Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
VISI Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI Memperlihatkan kepada puteri kebenaran AlQuran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
PENGERTIAN LOGO : Dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis : “PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA” Di tengah logo ada suatu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi ( Akronim daripada perkataan PERGERAKAN PUTERI ISLAM ejaan jawi( Pa Pa Alif Mim) LOGO MERAH SAMAR : Melambangkan keharmonian dan kelembutan HIJAU : Agama PUTIH : Kesucian KUNING : Kesetiaan dan ketaatan
LOGO Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PEMIMPIN PUTERI” bagi pemimpinpemimpin. Di bawah logo ini tertulis perkataan :- “PUTERI” bagi ahli-ahli puteri LOGOAHLI PPIM LOGOPEMIMPINPPIM
BENDERA BENDERA PPIM berbentuk : SEGIEMPAT, BERWARNA MERAH JAMBU, dan ditengah-tengah terdapat LENCANA PERGERAKAN. Ukuran LENCANA adalah SEPERTIGA daripada ukuran BENDERA. Penggunaan : Setiap upacara rasmi & Tatacara Perjumpaan
COGAN KATA BERILMU BERIMAN BERAMAL
LAGU Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Berkorban Untuk Agama Dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagi Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat Kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan (Ulang rangkap pertama)
IKRAR Bahawa kami,ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan : Taat kepada Allah,Rasul,Pemerintah,guru dan ibu bapa. Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara.
SULUHKATA “PUTERI”
SULUHKATA “ISLAM”
SEJARAH Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T
SEJARAHPENUBUHANDiilhamkan penubuhannya oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diasaskan oleh Yang Amat Mulia Ttunku Besar Kursiah Raja Permaisuri Agung Malaysia yang pertama. Penubuhan Jawatankuasa Khas, diwujudkan untuk menggerakkan PPIM yang dikenali sebagai’Puteri Lembaga’ .J/k ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norashikin Ismail, Isteri Timbalan Perdana Menteri Kedua, S/Usaha kehormat ialah Yang Berbahagia Dato’ Lily Majeed Diterima sebagai Pasukan Beruniform di peringkat sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Dilancarkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung ke 6, Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimallah. Sambutan Hari Puteri Pertama di perringkat Kebangsaan dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Anugerah Tokoh Puteri pertama diberi kepada Saudari Annie binti Nordin dari Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur. 60AN 1969 6MEI 1981 17 JUN1981 20JUN1987 1988
Diiktiraf sebagai dan didaftar sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan sendiri. Puteri Islam diwujudkan di peringkat sekolah rendah BPG membenarkan PPIM bergerak sebagai pertubuhan beruniform di dalam GERKO di semua maktab perguruan Pelantikan Yang Amat Berbahagian Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Yang DiPertua PPIM yang kedua BPG diberi taraf sebagai sebuah negeri dengan status Perhubungan Negeri , manakala maktab pula berstatus daerah. Pemberian Watikah penubuhan kepada BPG dan maktab perguruan. Mula beroperasi di Ibu Pejabat di No. 77, JKR 2811 Lingkungan U-Thant, Jalan UThant, 55000 Kuala Lumpur Pelantikan eksekutif Khas yang pertama iaitu Cik Hjh. Aizar binti Md. Jaman Pelancaran Skuad Puteri oleh Yang Amat Berbahagian Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Majlis Doa Selamat sempena upacara pecah tanah pembinaan Kompleks PPIM darul Puteri SEJARAHPENUBUHAN8DIS. 1988 11SEPT. 1993 18MAC 1995 23DIS. 1994 1MAC 1996 23NOV. 1996 1 JULAI 1996 16OKT. 1997
PPIM ditubuhkan bertujuan membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara meyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara. TUJUAN PENUBUHAN
PERLEMBAGAAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN PIHAK PENTADBIR (I) PERINGKAT PERSEDIAAN KEBANGSAAN PERTUBUHAN NEGERI SEKOLAH
Pentadbir di peringkat sekolah perlu mengenalpasti guru-guru untuk lantikan Guru Pemimpin PPIM dan melantik beberapa orang guru pemimpin yang lain mengikut keperluan dan bilangan ahli/ kumpulan pasukan di sekolah berkenaan. PERINGKAT SEKOLAH Menyediakan keperluan dengan keadaan optima bagi menjalankan aktiviti PPIM seperti kemudahan tempat dan perlatan. Memberi pendedahan tentang PPIM termasuk konsep, falsafah, objektif, matlamat dan aktiviti kepada pihak sekolah dan PIBG. Menghubungi PPIM Negeri untuk mengemukakan nama-nama guru yang masih belum mengikuti Kursus Asas (Tahap I) atau tidak memperolehi Sijil dan Tauliah Pemimpin bagi mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti PPIM di sekolah PERLEMBAGAAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
PERLEMBAGAAN PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN CONTOH SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KEGIATAN PPIM DI SEKOLAH