The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK TAALIM Siri 1 TAZKIRAH RAMADHAN Edisi 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Whatsittooya, 2020-05-04 10:49:49

E-BOOK TAALIM Siri 1 TAZKIRAH RAMADHAN Edisi 2020

E-BOOK TAALIM Siri 1 TAZKIRAH RAMADHAN Edisi 2020

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

perjalanan ke masjid pada pagi hari raya itu juga amat digalakkan diiringi
langkah dengan takbir.

Malangnya, ada juga segelintir umat Islam yang langsung tidak
menghormati ajaran-ajaran Islam dengan melebih-lebihkan perbuatan-
perbuatan maksiat dan berdosa pada malam raya tersebut iaitu dengan
melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam. Ada juga yang
menganggap bahawa mereka telah merdeka dari berpuasa dan bebas
untuk melakukan apa-apa yang diingini oleh nafsu mereka.

Ada juga kedapatan orang yang lebih mengutamakan persiapan untuk
menyambut hari raya dengan meriah tanpa mengambil peluang untuk
bertakbir atau melakukan amalan-amalan sunat yang lain. Mereka lebih
sibuk mengurus diri, rumah, juadah dan keperluan fizikal tanpa menguruskan
amal ibadat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Dalam sebuah hadis daripada Ubadah bin Somit, bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha
(dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah), maka tidak akan mati
hatinya pada hari semua hati-hati akan mati (hari kiamat)."

Membersih Diri & Mandi Sunat Hari Raya

Diriwayatkan dalam kitab Muwatta’ karya Imam Malik daripada Nafi’
bahawasanya Ibnu Umar RA mandi hari raya sebelum ia keluar untuk
menunaikan solat hari raya.

Hukum mandi pada pagi hari raya sebelum keluar ke masjid atau ke tempat
menunaikan solat sunat hari raya adalah sunat muakkad berdasarkan
perbuatan Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab RA yang merupakan seorang
sahabat yang amat menitik beratkan sunnah Rasulullah SAW. Hukum
tersebut meliputi semua umat Islam tanpa mengira status, jantina, umur dan
kepentingan peribadi. Ianya berbeza dengan hukum mandi sunat Jumaat
yang hanya dikhususkan kepada orang-orang lelaki yang difardhukan
menunaikan solat Jumaat.

Mandi yang dimaksudkan adalah mandi pada waktu pagi hari raya dengan
niat kerana Allah SWT. Ini berdasarkan kepada sunnah Rasulullah SAW
bahawa ia dilakukan sebelum keluar menunaikan solat hari raya yang
dilakukan pada waktu Dhuha. Hikmad disebalik mandi sunat hari raya ini
ialah supaya umat Islam membersihkan diri dan menyediakan diri dengan
cara yang baik termasuklah memotong kuku, bersugi (memberus gigi),
mendandan misaim dan janggut dan perkara-perkara yang berkaitan

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 51

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

dengan keperibadian agar pada hari raya ia merayakannya dalam
keadaan yang lebih baik berbanding hari-hari biasa.

Memakai pakaian baru/ terbaik & Memakai Haruman.

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi bahawa Ibnu Umar RA memakai pakaian
yang terbaik pada kedua-dua hari raya. Selain dari itu ada juga riwayat lain
seperti Riwayat Imam as-Syafie dan Al-Baghawi bahawa Rasulullah SAW
memakai burdah (kain seperti selendang) pada setiap kali hari raya. Ada
juga riwayat lain yang menyatakan pakaian yang terbaik itu adalah pakaian
yang baru namun tidaklah dibebankan supaya membelanjakan wang untuk
semata-mata membeli pakaian yang baru. Namun, jika berkemampuan
cukup dengan kadar yang berpatutan dan tidak melakukan pembaziran
dan melampaui batas.

Di samping itu disunatkan juga memakai harum-haruman dan
menghilangkan segala bau-bauan yang tidak elok. Tidak kira sama ada
orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari
raya ataupun tidak, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias
dan berelok-elok kerana merayakan kemenangan.

Umat Islam baik lelaki mahupun perempuan mestilah mengikut peraturan
berpakaian menurut Islam. Umat Islam diharamkan memakai pakaian yang
menyerupai cara berpakaian orang-orang kafir dan musyrikin. Orang-orang
Islam juga hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
Meskipun ianya adalah hari raya, tidaklah bermakna bebas untuk memakai
apa jua pakaian menurut kemahuan dan kehendak nafsu semata-mata.
Haram hukumnya apabila memakai pakaian yang melambangkan cara
berpakaian orang-orang kafir dan musyrik walaupun tarikh hari raya itu jatuh
pada hari perayaan mereka.

Memakan Tamar Sebelum Menunaikan Solat Sunat Hari Raya

Turut disunatkan ialah makan tamar (buah kurma) terlebih dahulu sebelum
keluar ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Ini berdasarkan
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Anas Bin
Malik RA bahawa Rasulullah SAW tidak keluar untuk menunaikan solat hari
raya sehinggalah Baginda menjamah terlebih dahulu tamar secara witir
(bilangan yang ganjil). Umpamanya memakan 3 biji buah tamar seperti
bilangan solat sunat Witir.

Hikmah disebalik memakan tamar pada pagi hari raya ialah kerana hari
tersebut diharamkan berpuasa. Justeru dengan memakan tamar
menunjukkan seseorang itu memahami tuntutan agama.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 52

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

Mengeluarkan Zakat Fitrah Sebelum Menunaikan Solat Sunat Hari Raya

Mengeluarkan zakat fitrah adalah kewajipan ke atas setiap umat Islam yang
berkemampuan dari sudut kewangan dan perbelanjaan. Bahkan ia amat
digalakkan supaya membersihkan diri sebagai kesinambungan ibadat
puasa. Zakat fitrah dikeluarkan baik semasa sepanjang bulan Ramadhan
atau pun pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat sunat hari raya.
Jika ditunaikan selepas solat sunat hari raya maka ia hanyalah menjadi
sedekah sahaja. Oleh itu sebagai orang Islam wajib ke atas kita supaya
berhati-hati dan peka dalam menunaikan zakat fitrah sekiranya mempunyai
kemampuan untuk berbuat demikian. Janganlah ditangguh-tangguh
dengan alas an sibuk atau belum sampai masanya lagi kerana dikhuatiri
akan terlupa.

Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan Mendengar Khutbah Raya

Solat sunat hari raya hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang amat
dituntut dilakukan. Umat Islam yang tiada keuzuran adalah amat digalakkan
keluar menunaikan solat sunat hari raya dan mendengar khutbah hari raya
sama ada di masjid, surau mahupun kawasan lapang seperti di padang
bola asalkan ianya bersih. Bagi melaksanakan tuntutan ini, hal-hal sunat
yang telah disebutkan seperti mandi, membersihkan diri, memakai pakaian
yang baru atau terbaik dan memakai haruman ‘atar adalah untuk
menceriakan suasana menyambut hari raya apabila umat Islam telah
berkumpul untuk sama-sama menunaikan solat sunat hari raya dalam
keadaan yang terbaik. Bahkan inilah kemuncak kepada perayaan umat
Islam kerana mereka berkumpul untuk sama-sama melakukan ketaatan dan
ketaqwaan.

Solat Sunat hari raya seeloknya ditunaikan secara berjemaah iaitu solat sunat
dua rakaat dengan rakaat pertama tujuh kali bertakbir dan 6 kali bertasbih.
Manakala rakaat kedua ialah 5 kali bertakbir dan 4 kali bertasbih. Selepas itu
hendaklah mendengar pesanan-pesanan yang disampaikan menerusi
khutbah hari raya.

Bersalaman Dan Saling Mengucapkan Tahniah Dan Mendoakan Orang Islam
Lain

Termasuk juga di antara adab-adab berhari raya ialah saling mengucapkan
ucapan-ucapan yang baik seperti mengucapkan tahniah di atas kejayaan
melalui Madrasah Ramadhan dan Qiyam Ramadhan dengan beberapa
ucapan yang bersesuaian di samping mendoakan penerimaan di sisi Allah
SWT. Orang-orang yang suka mendoakan orang lain akan diberikan oleh

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 53

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

Allah SWT kemuliaan akhlak yang terpuji. Di samping berdoa dan
mengucapkan tahniah, syiar seperti bersalaman dan bergaul dengan cara
yang baik akan menambah ukhuwah dan mahabbah.

Mengeratkan Silaturrahim Dengan Ziarah Menziarah dan Bersedekah

Perintah menghubungkan dan mengeratkan silaturrahim adalah wajib.
Justeru, hari raya adalah peluang yang terbaik untuk mengeratkan
silaturrahim dan menghubungkan mana-mana hubungan yang renggang
dan mengembalikan kesegaran kepada persaudaraan yang retak. Dengan
amalan ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan akan bertambahlah
keberkatan merayakan hari raya kerana Allah SWT menjanjikan
pengampunan ke atas hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal
soleh.

Nabi SAW diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi
Muhammad SAW semasa hari raya baginda akan pergi ke masjid dan
pulang pada jalan yang berbeza. Hikmah di sebalik sunnah Baginda ini
adalah memberikan peluang yang lebih untuk bertemu dan menziarahi
kenalan, rakan-rakan, saudara-mara dan lebih terutama ialah ibu bapa.

Amalan-amalan sampingan seperti bersedekah atau memberi duit raya
semasa hari raya juga digalakkan supaya orang yang menerima dan
memberi mendapat manfaat yang besar. Orang yang memberi sudah tentu
diberikan ganjaran berlipat kali ganda manakala orang yang menerima
sedekah itu pula merasa keseronokan menyambut hari raya. Lebih-lebih lagi
kanak-kanak yang baru belajar berpuasa apabila menerima pemberian
daripada orang yang lebih tua daripadanya akan menjadi dorongan dan
motivasi untuk istiqamah berpuasa pada masa-masa akan datang.

Banyak dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis tentang
kelebihan bersedekah. Namun, perlu diingatkan janganlah pula ia menjadi
bebanan kepada seseorang untuk menyediakan duit raya sehingga
terpaksa berhutang dan bergadai pula. Islam adalah agama yang
memudahkan bukan menyusahkan.

Konsep berhari raya adalah ibadah. Justeru perlulah diingatkan kepada diri
masing-masing agar janganlah melampaui batas-batas syara’. Berbelanja
untuk segala keperluan menyambut hari raya biarlah sederhana dan tidak
membazir kerana sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang
yang melampaui batas dan melakukan pembaziran.

Wa Allau a’lam.

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 54

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

APA KATA PEMBACA?

“Inisiatif kreatif penghasilan buku Tazkirah Ramadhan ini dapat dimanfaatkan
melalui program penyampaian tazkirah kepada pelajar dalam perhimpunan harian
sepanjang bulan Ramadhan. Secara tidak langsung dapat mentarbiah ketrampilan
pelajar menyampaikan ucapan di hadapan khalayak.”

(Ustaz Mohd Rodzi Bin Mahmud, GPI GBK SK Mohd Shah, Pulau Pinang)

“Buku Tazkirah Ramadhan ini membawa kita untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT khususnya dalam ibadah puasa. Ianya sangat sesuai untuk kegunaan seisi
rumah, masjid, surau dan sekolah.”

(Ustaz Mohd Nasrul Bin Karim, GBA SK Kuala Teriang, Langkawi)

“Buku Tazkirah Ramadhan ini memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja
yang ingin menjalinkan hubungan perhambaan dengan Allah SWT khususnya dalam
ibadat puasa. Ringkas, padat tetapi sarat dengan panduan dan ilmu pengetahuan.
Buku Tarkirah Ramadhan ini amat sesuai untuk semua golongan.”

(Ustazah Norziran Binti Muda, GPI SK Taman Damansara Aliff, Johor)

“Buku Tazkirah Ramadhan ini membantu para pembaca memahami ilmu puasa yang
datang sekali dalam setahun. Ianya juga boleh menjadi panduan dan membantu
sesiapa saja untuk menyampaikan tazkirah ringkas sama ada di sekolah, pejabat,
surau atau masjid.”

(Ustazah Siti Mastura, GPI SK Toh Sajak, Batu Kurau, Perak)
“Setiap tinta ilmu di dalam buku Tazkirah Ramadhan ini amat besar manfaatnya
kepada pembaca. Semoga menjadi satu cara untuk mentarbiahkan diri kita
memahami dan melaksanakan ibadah puasa dengan penuh makna serta menjadi
hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.”

(Ustaz Muhamad Nasri Bin Md Nayan, Guru SK Lubuk Chempedak)

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 55

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

DEDIKASI

“Ya Allah, terimalah segala
amalan yang kami

laksanakan. Ampunkanlah
segala dosa-dosa kami, ibu
bapa kami, guru-guru kami,

ahli keluarga kami dan
sekalian Muslimin dan
Muslimat. Tiada daya upaya
bagi kami melainkan dengan

kehendakMu jua.”

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 56

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

Saya dedikasikan buku Tazkirah Ramadhan ini khususnya buat insan-insan
yang teristimewa dalam hidup saya dan seluruh para pembaca. Semoga

diberkati oleh Allah SWT.

AUTOGRAF

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 57

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 58

E-BOOK TAALIM SIRI 1: TAZKIRAH RAMADHAN RADIO LANGKAWI FM 104.8

Ustaz Akhi Mizi Al-Masrawi 59


Click to View FlipBook Version