The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL SHAFIQA BINTI MOHD DAWUD PPISMP BM SK 3 BMMB 1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shafiqa.d03, 2022-04-22 21:51:58

Tugasan 1 BMMB 1104 Nurul Shafiqa Mohd Dawud Bm sk3

NURUL SHAFIQA BINTI MOHD DAWUD PPISMP BM SK 3 BMMB 1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYAKOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

[BM SEKOLAH RENDAH]

(AMBIL AN JUN 2021) KERJA KURSUS SEMESTER 2,
TAHUN 1 SESI JAN - JUN 2022

NAMA PELAJAR : NURUL SHAFIQA BINTI MOHD DAWUD

NO KAD PENGENALAN : 030309120172

ANGKA GILIRAN : 2021072310074

KUMPULAN/UNIT : PPISMP BM SK 3

KOD/NAMA KURSUS :BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
TUGASAN 1
TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK

(30%)

TARIKH MULA 28/2/2022

TARIKH HANTAR 20/3/2022

NAMA PENSYARAH : ENCIK AG AHMAD
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya Shafiqa 20/3/2022
telah merujuk dan memahaminya.

1

KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN ...................................................................................................................3
1.1Takrif Kesusasteraan Melayu ...........................................................................................3

2 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU...............................................3
2.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional .............................................................................3
2.1.1 Prosa Tradisional.....................................................................................................3
2.1.2 Prosa Moden ...........................................................................................................3

3 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU .............................................................................5
3.1 Aspek Hiburan .............................................................................................................5
3.2 Aspek Pendidikan........................................................................................................5
3.3 Aspek Dakwah.............................................................................................................5
3.4 Aspek Kritikan Sosial...................................................................................................5

4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH PANTUN, SYAIR, SEKOLA DAN
GURINDAM................................................................................................................................6

4.1 Pantun .........................................................................................................................6
4.2 Syair.............................................................................................................................6
4.3 Seloka ..........................................................................................................................7
4.4 Gurindam .....................................................................................................................7
5 KESIMPULAN.....................................................................................................................8
6 RUJUKAN ...........................................................................................................................9

2

1 PENGENALAN
1.1Takrif Kesusasteraan Melayu
Perkataan sastera yang berasal daripada bahasa sanskirt iaitu “castra”. “Su” dalam
kesusasteraan bermaksud indah, baik dan juga lebih berfaedah. Seterusnya sastera
membawa maksud huruf dan buku manakala kesusasteraan bermaksud golongan dan
lingkuangan buku-buku yang mempunyai bahasa dan isi yang indah. Ali Ahmad (1994) telah
menyatakan bahawa kesusasteraan ialah kehalusan penciptanya serta keinginan pembaca
untuk mencari kehalusan tersebut. Selain itu, keindahan bahasa yang terhasil dari proses
penciptaanya juga dikategorikan sebagai kesusasteraan. Oleh sebab itu, Ali Ahmad
beranggapan pengguanan bahasa merupakan asas wujudnya hasil kesusasteraan itu.

2 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu kesusasteraan Melayu tradisional,
dan kesusasteraan Melayu moden. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini mempunyai pecahan
kecil mereka tersendiri.

Kesusasteraan Melayu Tradisional ini terbahagi kepada dua jenis kecil iaitu prosa
tradisional dan puisi tradisional. Sebagai contoh prosa lebih cenderung kepada drama, filem,
cerpen dan novel manakala puisi pula merujuk kepada sajak.

Seterusnya, kesusasteraan Melayu Tradisional juga dibahagi kepada puisi dan
prosa. Pantun, syair dan seloka merupakan contoh bagi puisi moden manakala prosa
moden terbahagi kepada dua bahagian iaitu naratif dan bukan naratif.

2.1 Kesusasteraan Melayu Tradisional
2.1.1 Prosa Tradisional
Siti Hajar Abdul Aziz (2011), menyatakan bahawa tradisional bermaksud serius dan nilainya
kekal, bermutu tinggi, mengandungi standard dan tidak boleh diubah begitu sahaja. Prosa
tradisional ini masih wujud sehingga kini. Terdapat beberapa jenis prosa tradisional seperti
epik, jenaka, mitos, lagenda, panji dan juga lipur lara. Prosa tradisional ini disebarkan
melalui lisan sama ada secara formal ataupun tidak formal. Namun, perkembangan prosa ini
adalah secara statis dan juga perlahan kerana terbatas kepada kelompok tertentu. Hal ini
demikian kerana kebiasaanya pengarang prosa tersebut tidak diketahui. Prosa ini juga
bersifat tradisional, dongeng dan juga khayalan semata-mata.

2.1.2 Prosa Moden
Antara salah satu karya sastera Bahasa Melayu yang bebas ialah prosa moden. Perkara ini
disebabkan ciptaannya menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi dalam betuk tulisan
karya untuk menyampaikan mesej tersirat. Antara jenis prosa moden ialah cerpen, drama

3

dan novel. Prosa moden ini merupakan karya yang telah dipengaruhi oleh kesusasteraan
dan budaya barat serta prosa ini tertulis iaitu bertentangan dengan prosa tradisional.
Dengan ini pengarang prosa tersebut dapat diketahui oleh pembaca. Prosa ini bersifat
moden, dinamis iaitu terus berubah dan berkembang secara aktif serta rasional.

2.1.3 Puisi Tradisional
Puisi tradidisional ini merujuk kepada beberapa baris kalimat, berangkap atau tidak
berangkap dan jumlah perkataan dalam suku kata sebaris. Puisi tradisional ini merupakan
satu karya kesusasteraan yang memenuhi ciri ciri karya sastera. Antara jenis puisi
tradisional ialah pantun, syair, gurindam dan juga seloka. Puisi tradisional ini menggunakan
bahsa yang baik untuk mengungkapkan kata dan bahasa yang dipegaruhi oleh muzik. Baris,
rima dan irama puisi tradisional ini disusun membentuk pola atau ikatan tertentu. Puisi ini
juga bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui lisan. Dengan ini puisi ini sering
digunakna sebagai pengajaran, hiburan dan juga untuk kegunaan keagamaan.

2.1.4 Puisi Moden
Maksud puisi moden ialah sebuah seni penulisan kontemporari yang mengarang kata
dengan susunan yang baik untuk menyampaikan sesuatu maksud tertentu. Sebagao contoh
puisi moden pada masa kini ialah sajak. Puisi moden ini disebarkan melalui tulisan dan
berbentuk bebas. Puisi ini juga menggunakan bahasa yang baik serta tidak mengikut
sesuatu pola tertentu yang berbeza dengan puisi tradisional. Puisi moden ini juga digunakan
dalam kehidupan seharian yang bertujuan untuk menyampai sesuatu dan melahirkan
perasaan tertentu.

4

3 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesemua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang mempunyai fungsi dan
tujuan tertentu. Terdapat banyak fungsi kesusasteraan melayu dari pelbagai jenis aspek
seperti hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.

3.1 Aspek Hiburan
Kesusasteraan Melayu ini bertujuan untuk menghibur para pembaca dan pendengar. Hal ini
kerana pada zaman dahulu kekurangan sumber hiburan iaitu berbeza dengan masa kini.
Oleh sebab itu unsur hiburan ini dimasukkan dalam karya kesusasteraan seperti pantun.
Pantun mempunyai irama dan rentak yang menarik minat pembaca dan pendengar. Dengan
hiburan ini, dapat mencetuskan idea kepada penulis lain untuk menulis lebih banyak pantun.
Dalam masa yang sama, kesusasteraan melayu dapat dikekalkan seiring dengan
menghasilkan karya-karya baru.

3.2 Aspek Pendidikan
Selain itu, sastera ini juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mendidik masyarakat. Perkara
ini terjadi kerana banyak karya kesusasteraan dijadikan sebagai nota komsas, cepren dan
juga novel. Karya-karya tersebut mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat
mendidik masyarakat untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Oleh sebab itu,
sastera ini memainkan peranan yang penting untuk aspek pendidikan demi membina
insaniah kepada manusia.

3.3 Aspek Dakwah
Seterusnya, sastera ini juga berfungsi dalam aspek dakwah untuk mengeratkan lagi

silaturrahim antara masyarakat dan juga tuhan sendiri. Sebagai contoh, karya yang memberi
impak positif kepada kita akan mendorong kepada menjadi insan yang lebih baik. Bukan itu
sahaja, dengan memahami inti pati sastera yang dihasilkan, kita dapat menyedari
kesalahan-kesalahan lalu serta mendekatkan diri dengan tuhan agar tidak mengulanginya
semula.

3.4 Aspek Kritikan Sosial
Kritikan sosial merupakan fungsi terakhir dalam kesusasteraan Melayu kerana setiap

karya mempunyai penceritaan tersendiri yang memberi pengajaran kepada pembaca dan
pendengar tidak kira dari segi kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan sebagainya.
Sebagai contoh, kisah si Tanggang telah membuka banyak mata masyarakat untuk tidak

5

menderhakai ibu bapa tidak kira dalam situasi apa pun. Hal ini demikian kerana
pengorbanan ibu bapa tidak dapat dibalas walaupun menggunakan harta. Oleh sebab itu
karya sastera ini memberi pengajaran kepada masyarakat dan dapat mengubah diri untuk
menjadi lebih baik.

4 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM SEBUAH PANTUN, SYAIR, SEKOLA DAN
GURINDAM

4.1 Pantun

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,

Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.

Petikan 1: Pantun Empat Kerat (Budi)

Berdasarkan pantun diatas, manifestasi yang ditonjolkan adalah berkaitan dengan
setiap perbuatan yang dilakukan akan meninggalkan nama. Oleh sebab itu, pengarang
berharap masyarakat akan sering melakukan kebaikan kerana nama akan disebut-sebut
oleh masyarakat lain tentang kebaikan yang telah dilakukan

4.2 Syair

Dengarkan tuan suatu Riwayat,
Raya di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Petikan 2: Syair Bidasari

6

Manifestasi akal budi berdasarkan rangkap pertama yang ditonjolkan dalam syair di
atas ialah pengenalan sebuah kisah tentang seorang raya yang memerintah Negeri
Kembayat. Pengarang syair tersebut tidak mahu dikenal sebagai orang lain malah hanya
ingin dikenali sebagai fakir iaitu tanda merendah diri. Tujuan pengarang berkelakuan seperti
itu supaya mejadi contoh kepada pembaca.

4.3 Seloka

Banyak orang yang meminta bantu,
Memohon pertolongan di sana situ,
Atau berdoa sebulang waktu,
Atau menyusahi ayah dan ibu jadi kutu,
Sebagai anak kecil yang masih menyusu.

Petikan 3: Seloka Tak Berikhtiar Sendiri

Berdasarkan seloka tak berikhtiar di atas, manifestasi akal budi yang ingin
disampaikan ialah mengkritik anggota masyarakat yang mempunyai keinginan namun tidak
berusaha untuk mendapatkannya. Bukan itu sahaja, mereka juga suka meminta-minta
keinginan mereka dengan orang lain tanpa berusaha untuk mendapatkannya terlebih
dahulu.

4.4 Gurindam

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang Jahar tiadalah damping,

Petkan 4: Gurindam Dua Belas

7

Berdasarkan rangkap dua dan tiga gurindam dua belas di atas, manifestasi akal budi
menberitahu tentang dengan menjaga penglihatan sendiri, keinginan terhadap perkara-
perkara yang negative dapat dikurangkan dan dielakkan. Selain itu, dengan menjaga
pendengaran tentang sesuatu dapat menghindarkan diri dari mendengar bertita yang tidak
baik.
5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu,
kita mestilah memartabatkan bahasa Melayu dalam diri masing-masing. Hal ini
demikian kerana masyarakat akan datang dapat menggunakan dan mengenali sejarah-
sejarah bahasa Melayu yang diturunkan dari generasi-generasi lalu. Bukan itu sahaja,
kita janganlah menjadikan sesuatu karya sastera itu sebagai satu karya yang
ketinggalan zaman kerana, masyarakat dahulu bertungkus lumus menghasilkan sastera
tersebut yang mempunyai banyak tujuan mereka tersendiri.

8

6 RUJUKAN

Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. PENDETA, 2,
99-117.
Ali, A. H., & Ismail, K. (2013). Asas Pembinaan Teori Sastera oleh Sarjana Sastera Di
Malaysia. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 1(1), 1-20.
BENTUK,JENIS SASTERA. (2018). https://pdfslide.net/documents/bentukjenis-sastera.html
BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. (2019).
https://doku.pub/download/konsep-danfungsi-
kesusasteraan-melayu-zg0r7xg246lk
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Carian Umum (ed.4 ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pantun
Kesusasteraan Melayu: Moden. (t.t). https://pdfcoffee.com/sejarah-perkembangan-
kesusasteraanmelayupdf-
pdf-free.html
MANA SIKANA. (2020). Islam memartabatkan sastera. SINAR HARIAN.
https://www.sinarharian.com.my/article/103791/KHAS/Pendapat/Islam-
memartabatkansastera
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
https://pdfcoffee.com/qdownload/sejarahperkembangan-
kesusasteraan-melayupdf-pdf-free.html

9


Click to View FlipBook Version