KRITIKAN
SASTERA
BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU:
TUGASAN 2 (PERSEMBAHAN)
NOR HASBI BINTI RAMLI, AIDA AQILAH BINTI NORRIFIN
Isi Kandungan
Pengenalan Kritikan Sanjungan Kritikan Teguran
Kritikan Pendekatan Kritikan Saranan Penutup
Pengenalan
Apa itu kritikan Kritikan
sastera?
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kritikan
bermaksud analisis, penilaian dan ulasan
terhadap sesuatu karya sastera.
Sastera
Istilah sastera berasal daripada bahasa Sanskrit
yang bermaksud kitab suci.
Kritikan sastera
Memetik pendapat Ungku Maimunah Mohd
Tahir (2013) dalam Azman Rahmat et. al pada
tahun 2022, kritikan sastera didefinisikan
sebagai segala tulisan mengenai sastera yang
memberi kesan kepada perkembangan
kesusasteraan termasuk kepada pembacaan
dan penerbitan.
Cerpen Gerhana
Manusia
Karya Aminah Mokhtar
Sinopsis Cerpen Gerhana Manusia
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan
darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan
Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik. Sebenarnya Tuan Besar
bukanlah seorang yang baik kerana dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil
minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan
sebanyak itu jugalah yang keluar.
Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang
mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan
darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-
Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang
hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
Sinopsis Cerpen Gerhana Manusia
Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek
darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini
tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin
(seakan-akan darah).
Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa
tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan
sebanyak RM 100 ribu.
Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di
hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni
mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma
di Unit Rawatan Rapi.
Kritikan Sanjungan
Kritikan sanjungan
Sanjungan bermaksud memberi penghormatan, penghargaan atau pujian terhadap
sesuatu perkara. Asas kritikan sanjungan ini memuji karya dan pengarangnya yang
berupaya melahirkan pemikiran yang bernas serta dapat menampilkan elemen karya
yang menarik.
Mengapa Cerpen Gerhana Manusia boleh disanjung?
Cerpen ini menerapkan nilai kemanusiaan yang semakin pudar. Peredaran zaman
menyebabkan hilangnya nilai murni ini sehingga ada manusia yang sanggup
mengetepikan tanggungjawab sebagai manusia demi kepentingan peribadi. Justeru,
melalui cerpen ini, pengarang telah mengangkat tema hilangnya etika kerja seorang doktor
disebabkan ganjaran material sehingga terabainya nilai kemanusiaan. Persoalan yang
dibawakan dalam cerpen juga mampu mengubah pemikiran masyarakat misalnya
persoalan sikap pilih kasih dan ketidakadilan dalam melaksanakan tugas kerana status
sosial yang berbeza dan persoalan mengenai nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap
manusia.
Contoh analisis karya kritikan sanjungan
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar menarik untuk diperkatakan kerana persoalan
nilai kemanusiaan dalam cerpen ini lebih menonjol berbanding karya-karya lain yang menjadi
sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu yang mengemukakan tema kemanusiaan dalam
karya tersebut. Pada permulaan cerita, pengarang telah menyentuh tentang sikap orang
atasan yang mementingkan ganjaran sehingga sanggup melakukan pembaziran terhadap
bekalan darah sedangkan ramai lagi pesakit yang memerlukan darah serta pihak hospital yang
terlalu memandang ganjaran sehingga menjadikan perkhidmatan perubatan bagaikan
perniagaan. Perkara ini jelas terlihat dalam petikan dialog seorang doktor.
"Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbang
dana kepada kelab elit kita. Kita tidak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita
begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam kita yang beratus ribu itu ditaja olehnya."
(Halaman 71)
Contoh analisis karya kritikan sanjungan
Seterusnya, pada pertengahan cerpen, penulis membuka minda pembaca melalui frasa
diskriminasi kemanusiaan yang lebih zalim daripada aparteid. Harta, pangkat dan darjat
menyebabkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan untuk mendapatkan
perkhidmatan kesihatan terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Beberapa orang
pesakit dari golongan biasa yang hanya memerlukan satu hingga empat pek darah tidak
dihiraukan dan dibiarkan tanpa diberi keperluan mereka iaitu darah manakala disebabkan
harta dan wang ringgit, seorang doktor sanggup menghabiskan 100 pek darah untuk orang
yang sudah tidak boleh diselamatkan. Kepentingan tertentu menyebabkan hilangnya rasa
belas kasihan dan tanggungjawab sebagai seorang manusia.
Contoh analisis karya kritikan sanjungan
Berikutnya, pada peringkat akhir cerpen, pengarang berjaya menyentuh hati pembaca
tentang dengan adanya nilai kemanusiaan yang mendalam, kita mampu berkorban apa
sahaja walaupun terpaksa menerima cacian serta melepaskan jawatan. Watak jururawat
yang berani mengambl risiko demi menyelamatkan nyawa orang lain dan watak doktor
yang sanggup meletakkan jawatan kerana tidak mahu lagi berkhidmat dengan pihak
atasan yang mementingkan ganjaran berjaya menjelaskan tema dan persoalan yang
dibawa dalam cerpen ini. Penulis berjaya menghuraikan tema kemanusiaan sangat penting
dalam diri seorang manusia melalui jalan cerita cerpen yang cukup menarik. Selain itu,
pengakhiran cerpen yang menggambarkan bahawa dengan sekecil-kecil pengorbanan, kita
mampu menyelamatkan nyawa seseorang telah menjelaskan lagi tema yang dibawakan
dalam cerpen.
Kritikan Teguran
Apa itu kritikan Kritikan teguran bermaksud kritikan yang
teguran bersifat memberi teguran dan peringatan
secara ikhlas. Pengkritik dalam kritikan ini
memainkan peranan untuk mengkritik hasil
sesebuah karya dengan menyatakan
keistimewaan, kekuatan, dan kekurangannya.
Menurut Utusan Zaman (1949), tokoh terawal
yang terlibat dalam kritikan ini ialah
Aminuddin Baki dalam artikel yang berjudul
Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita
Tentang Sebuah Buku Melayu.
KEISTIMEWAAN
Berdasarkan cerpen yang kami kaji iaitu cerpen Gerhana Manusia yang ditulis oleh
Aminah Mokhtar, terdapat beberapa keistimewaannya yang boleh dikritik, pada
umumnya, cerpen ini mengisahkan tentang Nusia yang merupakan seorang jururawat
yang berkhidmat sebagai pembantu Dr Murni dalam memasukkan darah ke dalam
badan manusia. Jadi, disini jelas menunjukkan terdapat keistimewaannya iaitu cerpen ini
berkait dengan unsur sains dan biologi . Contohnya terdapat beberapa istilah yang
digunakan dalam cerpen ini iaitu gelafundin, ventilator, foraks, adrenaline, leukemia dan
sebagainya yang digunakan dalam perubatan
"Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa
leukemia yang semakin cair sel darah merah ditubuhnya itu, tidak perlukah mereka
itu diberi darah"? ujar Nusia (Halaman 71)
KEKURANGAN
Selain itu, dari segi kekurangan pula, cerpen ini banyak menggunakan emosi yang
marah dan tidak sopan dalam karyanya yang akan membuatkan para pembaca
merasakan ianya tidak sesuai dibaca oleh golongan remaja kerana mereka akan
mudah terikut dengan teks-teks yang ditulis dalam cerpen ini. Ketidaksopanan disini
merujuk kepada cara Nusia bermonolog dalaman iaitu bercakap dalam hati
mengenai keadaan Tuan Besar Musa yang sudah tenat dan tiada waris yang datang
tapi pada masa yang sama, dia juga kasihan melihatnya yang terlantar di atas katil
hospital dengan berlumurkan najis dan lendir darah.
"Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar
Musa itu mati: lebih bermanfaat kepada yang hidup. Dia sudah tidak dapat
diselamatkan. Dia diambang sakaratul maut. (Halaman 69)
Kritikan
Pendekatan
Kritikan pendekatan
Pendekatan ialah perbuatan mendekati atau mendekatkan (Pusat Rujukan Persuratan
Melayu). Kritikan pendekatan merupakan satu usaha untuk mencapai pengertian
terhadap sesuatu penelitian. Terdapat beberapa kritikan pendekatan yang
berkembang di tanah air misalnya pendekatan moral.
Kritikan pendekatan moral
Pendekatan moral berkaitan dengan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama
yang terkandung dalam karya sastera. Kajian ini lebih memfokuskan perilaku watak
yang ditampilkan oleh pengarang. Ketinggian moral yang diungkapkan dalam karya
menunjukkan ketinggian mutu karya berkenaan.
Contoh analisis karya kritikan pendekatan moral
Pendekatan nilai-nilai moral Pendekatan nilai-nilai agama
Aspek moral yang diungkapkan dalam cerpen Pengarang cerpen juga menerapkan nilai
agama dalam karyanya. Karya yang baik dan
Gerhana Manusia terdiri daripada boleh disanjung ialah karya yang banyak
menerapkan unsur agama untuk membuka
bertanggungjawab, belas kasihan dan baik hati. fikiran pembaca.
"Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah "Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia
daripada awak, dua pek darah daripada saya, diambang sakaratulmaut. Syahadah, Yassin
mampu menghidupkan semua yang koma lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang
dalam Unit Rawatan Rapi kecuali Prosefor datang menjenguknya??"
Doktor Juaidi."
(Halaman 69)
(Halaman 75)
Kritikan Saranan
Apa itu kritikan Kritikan saranan adalah kritikan yang
saranan? menganjurkan sesuatu untuk memperbaiki
kekurangan serta memantapkan unsur-unsur
yang membina dalam sesebuah karya
Oleh itu, kritikan saranan adalah berfungsi
sebagai penambah baik kekurangan yang
mengalirkan nilai positif dan amat signifikan
kepada khalayak pembaca, pengarang dan
ujana kritikan sastera.
Contoh analisis daripada cerpen Gerhana Manusia
Pada umumya, seperti yang kita tahu, tema cerpen Gerhana Manusia ini
adalah bertemakan sikap mementingkan ganjaran material ketika merawat
pesakit sehingga membatasi nilai kemanusiaan yang ada. Jadi, dalam
sesebuah karya, ianya tidak seharusnya hanya dituju kepada tema sahaja
tetapi perlu dipelbagaikan dari segi nilai-nilai lain yang ada kerana ia akan
menampakkan sesebuah karya tersebut kelihatan mewah dan memberi
pengajaran kepada pembaca . Misalnya, pengarang haruslah memberikan
banyak situasi yang dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada
pembaca. Hal ini kerana, para pembaca selalunya tidak gemar membaca
sesebuah karya jika ianya tidak memberikan faedah dan berilmiah kerana
ianya akan dianggap tidak bermoral dan kurang memberi pendekatan
terutamanya kepada golongan remaja
Contoh analisis daripada cerpen Gerhana Manusia
Seterusnya, kritikan saranan yang boleh dikaitkan dengan cerpen ini
adalah dari segi pemantapan bahasa. Hal ini kerana bahasa yang
digunakan dalam cerpen ini adalah agak kasar dan tidak berlapik atau
berkias. Ini membuatkan karya tersebut kelihatan tidak sesuai disampaikan
kepada golongan remaja kerana mereka didedahkan dengan kata-kata
yang kasar serta secara tidak langsung dapat merendahkan nilai karya ini
dimata pembaca disebabkan faktor bahasa yang kurang sopan tersebut.
"Mata bulat berkening lebat doktor tua itu terjegil"
(Halaman 71)
Penutup
Apa yang dapat Jelaslah bahawa kritikan sastera ini banyak memainkan
dirumuskan? peranan dalam pembangunan sesebuah karya. Hal ini
kerana, ia dapat dilihat apabila sesuatu kritikan itu
memberikan penambahbaikan terhadap penulisan
seseorang serta sedikit sebanyak dapat memberikan idea
kepada penulis yang sekaligus memberi kesan kepada
pembaca hasil karya sastera.
Selain itu, dengan adanya kritikan sastera ini ia juga
dapat meneliti sesebuah karya dengan kritis, jitu dan
memberi pertimbangan yang adil terhadap baik buruk
seseuatu karya sastera dengan memanfaatkan
pendekatan ataupun tidak serta sekaligus dapat
memberi manfaat kepada pembaca, pengkaji atau
pengarang karya itu sendiri.