02DKA22F1056 NNuurul Danisyah rul Danisyah 02DKA22F1072 ZZaallikha Aisha P ikha Aisha Puutri Aizatul tri Aizatul AAlliissyyaa 02DKA22F1044 NNuurr Batrisyia Batrisyia BBaallqqiiss 02DKA22F1003
SEJARAH ASAL MINYAK WANGI
Perfume (minyak wangi) berasal dari Mesir. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk. Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza, iaitu EDP, EDC, EDT dan Perfume.
PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM MINYAK WANGI
Minyak wangi adalah campuran minyak esensial, senyawa aroma, fiksatif, dan pelarut yang digunakan sebagai pewangi pada tubuh manusia, objek, atau ruangan. Ramai orang memakainya terutama kaum hawa agar mereka dapat berpenampilan dengan lebih bergaya, dan agar terlihat lebih percaya diri. Jenis minyak wangi pun banyak, dan yang selalu kita dengar adalah minyak wangi beralkohol dan non-alkohol. Untuk minyak wangi beralkohol, banyak yang masih waswas dan bertanya-tanya tentang hukum menggunakan parfum beralkohol. Bahkan ada yang tidak berani menggunakannya saat Solat kerana ketidak tahuan mereka tentang hukum menggunakan parfum beralkohol. Mereka takut memakai parfum beralkohol didalam sholat. Ketika Sholat, mereka hanya menggunakan parfum non-alkohol. Permasalahan sebenar disini adalah bagaimanakah hukum menggunakan parfum beralkohol? Adakah pemakaian berakohol dilarang dalam Islam? Isu ini sering menjadi topik yang popular dari dulu hinggalah ke sekarang.
Alkohol yang digunakan di dalam perfume adalah ethanol tetapi bukan jenis yang sama yang terdapat di dalam minuman arak. Ia menggunakan 'Absolute Ethanol' atau 'Denatured Alcohol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain yang menyebabkan ia tidak boleh diminum.
JENIS-JENIS MINYAK WANGI
Jenis ini boleh bertahan lebih lama sehingga 4-6 jam. Kadar alkohol sangat sedikit dan campuran pewanginya adalah dalam 15% hingga 22%. Aromanya cukup kuat dan tahan lama. Pewangi jenis ini sesuai dipakai ke majlis rasmi di malam hari. Eau de Perfume (EDP) Eau de Cologne (EDC) Eau de Toilette (EDT) Merupakan jenis wangian yang paling ringan. Kandungan alkohol yang terdapat dalam wangian ini adalah yang tertinggi. Hanya terdapat di dalam 5% campuran pewangi. Wangianjenis ini cepat hilang, lebih sesuai digunakan selepas mandi. Jenis ini lebih tinggitahannya dari EDC. Walaupunkandungan alkoholnya masih ditahap yang tinggi,tetapi tidak setinggi EDC. Terdapat dalam 12% campuran pewangi. Jenis ini memberi kesegaran lebih lama dan merupakan wangian paling ideal kerana aromanya ringan dan kurang menusuk. Tahan lama sekitar 3 hingga 4 jam.
HUKUM PEMAKAIAN MINYAK WANGI
1. Memakai wangian bagi lelaki dan perempuan diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallahu'anhu, Nabi SAW bersabda; Maksudnya; "Wangian lelaki adalah apa yang nyata baunya dan tersembunyi warnanya, manakala wangian perempuan itu pula adalah yang nyata warnanya dan tersembunyi baunya. "(Hadis riwayat at-Tirmitzi) Menurut hadis di atas, 'ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan memakai wangian yang tersembunyi baunya itu adalah bagi perempuan yang hendak keluar rumah. Sekiranya mereka tidak berhajat untuk keluar rumah maka harus bagi mereka memakai wangian yang mereka mahu walaupun wangian itu yang nyata baunya. Adapun wangian yang nyata baunya dan tersembunyi warnanya itu adalah air mawar, misk(kesturi) dan ambar. Wangian yang nyata warnanya dan tersembunyi baunya adalah seperti za'faran, khaluq dan inai.
2. Memakai wangian ketika sembahyang; Memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi wangian ketika menunaikan sembahyang tidaklah dilarang tetapi hendaklah dipastikan bahawa ianya suci daripada najis, kerana antara syarat sah sembahyang ialah suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian mahupun tempat sembahyang. Tidak sah sembahyang seseorang jika salah satu daripada yang tersebut di atas terkena najis seperti minyak wangi yang bercampur dengan alkohol yang dihasilkan daripada arak. Ini kerana arak di sisi syara' adalah najis. Walau bagaimanapun, sah sembahyang seseorang jika dia memakai minyak wangi yang suci dan bebas daripada bahanbahan najis.
3. Sumber JAKIM: Minyak wangi beralkohol HARUS digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis. Sumber JAIS: SAH, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yang haram.
HUBUNGKAIT PENGGUNAAN MINYAK WANGI DENGAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK Syubhat ertinya ketidakjelasan atau kesamaran, sehingga tidak boleh diketahui halal haramnya secara jelas. Syubhat terhadap sesuatu boleh muncul baik karena ketidakjelasan status hukumnya, atau ketidakjelasan sifat atau faktanya. Selain itu, syubhat boleh juga muncul kerana ketidakjelasan fakta sesuatu itu sendiri. Meskipun status hukumnya sudah jelas. Sebagai contoh, MINYAK WANGI sendiri misalnya jelas status hukumnya halal. Tapi terkadang di kedai tertentu ditambahkan alkohol (khamr) untuk mengekalkan bauan minyak wangi itu supaya tahan lebih lama. Jadi, walaupun status MINYAK WANGI itu halal, tapi penambahan kandungan yang haram ini lalu menimbulkan syubhat, apakah MINYAK WANGI di kedai tertentu itu halal atau haram? Maka, sikap yang terbaik adalah meninggalkan perkara yang syubhat, sebagai suatu sikap wara’ yang sudah selayaknya dimiliki setiap muslim.
Ini berdasarkan hadith Nabi SAW : ”Barangsiapa meninggalkan yang syubhat, berarti ia telah menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya” (Muttafaqun ?alaihi, Lihat Subulus Salam, IV/171). Rasulullah SAW berkata pula, ”Tinggalkan apa yang meragukanmu [menuju] kepada apa yang tidak meragukanmu” . (HR At-Tirmidzi).
PRINSIP SYARIAH
PADA dasarnya lelaki memakai minyak wangi adalah sunat, tidak demikian halnya terhadap perempuan, bahkan adakalanya memakai minyak wangi itu haram. Persoalan inilah yang hendak kita huraikan. Hukum memakai minyak wangi : Adapun yang dimaksudkan dengan memakai wangian ialah mengenakan wangian seperti minyak wangi pada badan atau pakaian mengikut cara kebiasaannya sama ada dilakukan dengan sendiri ataupun dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang umatnya dari menolak pemberian yang berupa wangian. Sabda Baginda: - Hukum asal memakai wangian termasuklah minyak wangi adalah sunat (digalakkan). Ini berdasarkan beberapa hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya yang diriwayatkan dari ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata: Maksudnya: “Aku memberi (memakaikan) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebaik-baik wangian yang (Baginda) ada sehingga aku melihat wangian itu cerah/jernih (berkilau/berkilat) di kepala dan janggut Baginda. ” (Hadits riwayat al-Bukhari) Hadits di atas menunjukkan bahawa memakai wangian adalah sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maksudnya: “Barangsiapa yang ditawarkan wangian, maka janganlah dia menolaknya, kerana sesungguhnya ia adalah beban yang ringan (ringan dibawa) dan enak baunya. ” (Hadits riwayat Muslim)
Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati memakai minyak wangi kerana terdapat banyak minyak wangi yang mengandungi alkohol dijual di pasaran. - Memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol . - Haram memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak sama ada di luar sembahyang, apatah lagi di dalam sembahyang, kerana arak itu adalah najis. Ibnu Hajar Rahimahullah Ta‘ala berkata bahawa haram hukumnya berlumur dengan najis di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tidak ada sebarang keperluan (syar‘i). Sebaliknya harus memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol sintetik dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis. Bagaimanapun, haram jika wangian itu diminum kerana sifatnya yang memudharatkan seperti juga racun. Selain hukum haram memakai minyak wangi yang mengandungi bahan najis, hukum memakai minyak wangi atau wangian lain juga berbeza mengikut keadaan dan ketentuan yang digariskan syara' . Antaranya sebagaimana berikut:
KESIMPULAN
Kami berpendapat sebolehnya kita mengambil langkah warak untuk meninggalkan penggunaan alkohol dalam urusan harian kita. Ini untuk meninggalkan khilaf dalam kalangan ulama. Ini juga bagi mengelakkan syubhah, khususnya jika kita tidak pasti alkohol dalam bahan-bahan pewangi berasal daripada pembuatan arak atau bukan. Sabda Rasulullah SAW: ِريُبَك ِريُبَك ِإىَل َما اَل َي َدْع َما َي Maksudnya: "Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu ragui" Riwayat al-Tirmidzi (2442) Justeru, boleh pilih alternatif-alternatif yang diyakini suci dan halal. Namun jika terdapat keperluan, boleh menggunakannya mengikut garis panduan yang diletakkan dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang dinyatakan. Semoga Allah Taala memberkati hidup kita.
https://prezi.com/ttexzg5dmaxr/penggunaan https://anyflip.com/icpbl/lvyc/basic https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyadfatwa/irsyad-fatwa-umum/953-irsyad-al-fatwasiri-ke-185-menggunakan-alcohol-swab-danminyak-wangi-beralkohol https://oudperfumeoriginal.com/fatwa-majlisagama-islam-kebangsaan-tentang-perfumeberalkohol/?v=c21d0063dfb0 -alkohol-dalam-pembuatan-minyak-wangi /?fallback=1