MPU 1331
PENDIDIKAN ISLAM 2
(2.0 TANGGUNGJAWAB SUAMI
ISTERI)
DISEDIAKAN OLEH:
Bil.1 Nama Pelajar No.Matrik
AINA AMIRA BINTI ABDUL LATIF A02SVK21F001
TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Antara Tanggungjawab Suami Yang Wajib Dalam Perkahwinan Adalah:
a) Memberi nafkah zahir dan batin.
- Nafkah yang diwajibkan ke atas suami merangkumi nafkah zahir dan batin.
- Nafkah zahir ialah keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan,
perubatan dan pakaian.
- Nafkah batin pula ialah suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak.
b) Memberi didikan.
- Suami wajib memberi asuhan dan didikan agama secukupnya kepada isteri agar dapat
membentuk isteri menjadi solehah serta mewujudkan rumahtangga yang bahagia.
-Pendidikan yang diberi meliputi ilmu fardhu ain seperti solat, bersuci, puasa dan sebagainya.
- Bagi suami yang tidak mampu mengajar isterinya, dia hendaklah membenarkan isterinya
keluar untuk belajar dengan pengawasannya.
- Suami juga berkewajipan untuk melengkapkan isterinya dengan pengetahuan-pengetahuan
yang berkaitan dengan urusan kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
c) Memberi layanan yang baik.
- Suami mesti bersikap lemah lembut, pengasih dan ramah mesra terhadap isteri
TANGGUNGJAWAB ISTERI
Selain dari suami, isteri juga mempunyai tanggungjawabnya dalam sesebuah keluarga.
Antara Tanggungjawab Isteri Dalam Perkahwinan Adalah:
a) Mentaati suami.
- Isteri wajib mentaati suami dalam semua perkara kecuali yang berlawanan dengan syariat.
b) Memelihara kehormatan diri.
- Maruah dan kehormatan hendaklah sentiasa dijaga dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan fitnah.
- Isteri dilarang membenarkan orang lain memasuki rumah semasa ketiadaan suaminya dan tanpa
keizinannya.
- Isteri wajib menjaga akhlak, aurat dan berhias hanya untuk suami.
- Haram menceritakan aib suami dan rahsia rumahtangga kepada orang lain.
c) Menjaga harta suami.
- Mereka hendaklah bijaksana dalam perbelanjaan rumahtangga, tidak boros dan mendapat
keizinan suami terlebih dahulu untuk membelanjakan harta suami.
d) Memberi layanan yang baik kepada suami.
- Isteri wajib memberi layanan baik dan mesra kepada suaminya agar kehidupan
rumahtangga menjadi aman dan tenteram.
-Isteri hendaklah bijak mengambil hati suami dalam melaksanakan kehidupan
berumahtangga.
e) Tinggal di rumah suami.
- Isteri dilarang tinggal berasingan daripada suaminya.
- Isteri juga dilarang keluar dari rumah tanpa keizinan suami walaupun untuk menunaikan fardhu haji atau
umrah.
TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Selain itu, suami, isteri juga mempunyai tanggungjawabnya Bersama dalam sesebuah keluarga.
Antara Tanggungjawab Bersama Dalam Perkhawinan Adalah:
1. Memelihara dan mendidik anak-anak.
2. Menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua pihak.
3. Memenuhi keperluan masing-masing menurut kehendak syarak seperti keperluan kasih
sayang.
4. Saling menghormati dan menjadi keaiban.
5. Saling menasihati dengan lembut dan berhemah.
Dua tanggungjawab ini wajib dilaksanakan dengan sempurna supaya rumahtangga yang
dibina berkekalan dan aman bahagian.
KESAN PENGABAIAN TANGGANGJAWAB
TERHADAP KELUARGA
1. Persefahaman antara suami dan isteri akan hilang dan boleh mencetuskan
pertelingkahan.
2. Berlaku perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah.
3. Anak-anak menjadi mangsa keruntuhan rumahtangga dan menyebabkan mereka
hidup dalam keadaan terbiar tanpa penjagaan dan didikan yang sewajarnya.
KESAN KERUKUNAN RUMAH TANGGA
TERHADAP PEMBANGUNAN UMMAH
1. Para pemimpin dan ilmuan yang berjaya kebiasaannya datang daripada latar
belakang kekeluargaan yang baik dan didikan yang sempurna.
2. Kanak-kanak yang terdidik dalam keluarga yang harmoni dan bahagia akan
melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang.
3. Generasi inilah yang akan menjadi pemimpin tonggak pembangunan umat yang
menjadi harapan agama, bangsa dan tanahair pada masa hadapan.