The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Anugerah Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024
25 Jun 2024
SJKC Kung Ming Tawau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rdjet2008, 2024-06-23 00:48:12

Majlis Anugerah Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024

Majlis Anugerah Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2024
25 Jun 2024
SJKC Kung Ming Tawau

: Lagu MAPenS Aturcara MAJLIS APRESIASI PENGURUSAN SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH 7.30 pagi Ketibaan Warga Pendidik dan AJK Pengelola 7.40 pagi Pendaftaran & Ketibaan DifDif Jemputan 8.00 pagi Perkongsian Go Green Encik Lee Ken Voon Pengetua Cemerlang SM St Patrick Tawau 9.00 pagi Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Haji Raisin Bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 9.15 pagi Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Guru Malaysia Persembahan Tarian Selamat Datang Bacaan Ikrar Rukun Negara Persembahan Bacaan Doa Lagu MAPenS 9.45 pagi Ucapan AluAluan Yang Berbahagia Datuk Haji Raisin Bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ucapan Perasmian Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah Gimik Perasmian dan Penyerahan Cendera Kenangan Persembahan Penyampaian Anugerah • Tokoh Guru • Tokoh Kepimpinan Persembahan Jamuan Makan 12.00 tengah hari Majlis dijangka selesai


Latar Belakang Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPens) diwujudkan bagi menghargai perjuangan dan pengorbanan guru dalam memberikan Pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa. Penganjuran majlis ini juga mampu memberikan ruang untuk Jawatankuasa Hari Guru Negeri Sabah untuk memilih calon yang berkelayakan untuk dibawa ke Hari Guru peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada setiap tahun. Objektif • Meningkatkan nilai dan jati diri untuk menghayati dan mencintai profesion keguruan • Membudayakan kebersamaan guru dalam penyampaian Pendidikan berkualiti • Memupuk semangat perpaduan untuk keharmonian dan kemakmuran negara • Membugarkan nilai etika, integrity dan amalan mulia dalam kalangan guru


Sekapur Sirih Ketua Menteri Sabah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya Alhamdulillah, saya mula dengan merafakkan segala puji dan kesyukuran kehadrat Allah SWT, atas kurnia serta keizinanNya jua, memberikan kesempatan untuk kita dapat berhimpun dalam Majlis Anugerah Pengurusan Sekolah atau MAPenS Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2024. Tahniah dan syabas atas penganjuran majlis yang sungguh berprestij ini dengan kehadiran warga pendidik daripada seluruh negeri Sabah. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Tokoh Guru, Tokoh Kepimpinan dan kesemua 28 penerima anugerah pelbagai kategori yang lain. Ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga pendidik di atas perkhidmatan yang cemerlang dan komitmen yang tinggi, sumbangan serta pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik khasnya pendidikan di negeri Sabah. Komitmen dan usaha murni para penerima anugerah dalam menyampaikan amanah dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan sewajarnya dikagumi dan boleh dijadikan teladan kepada semua. Kerajaan negeri Sabah memperuntukan bajet yang besar untuk meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini. Pelbagai program dan memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak di negeri ini mempunyai akses kepada pendidikan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini termasuklah memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekan kepentingan modal insan. Terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, keikhlasan, dedikasi dan prestasi tinggi dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik kepada generasi murid di seluruh pelusuk negeri Sabah. Saya doakan moga semua warga pendidik akan terus beristiqamah, beriltizam mendidikan, dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk terus menabur benih-benih ilmu dan membugar keluhuran akhlak insan serta jasa kepada nusa dan bangsa. Adalah menjadi harapan saya agar segala usaha murni kita untuk memartabatkan pendidikan mendapat keberkatan-Nya dan mencapai matlamat dengan jayanya. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah


Sekapur Sirih Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya Segala puji dan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan hidayah dan rahmat-Nya, kita dapat bertemu dan berhimpun dalam Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2024 di bumi peladang, Tawau. Pada kesempatan ini, saya dengan penuh takzimnya ingin merakamkan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah kerana sudi menerima jemputan untuk hadir dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis Apreasiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) diwujudkan di peringkat negeri Sabah adalah sebagai tanda penghargaan kepada perjuangan dan pengorbanan guru yang telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada anak-anak bangsa. Anugerah yang ditampilkan dalam MAPenS bagi tahun 2024 adalah melibatkan lima kluster anugerah iaitu Anugerah Utama, Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Guru Berwibawa dan Anugerah Guru Ikon yang melibatkan seramai 30 orang penerima. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima dan didoakan semoga kejayaan ini tetap berterusan. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 9 orang warga pendidik Sabah yang telah menerima anugerah dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 pada 15 & 16 Mei 2024 yang diadakan di Kuantan, Pahang baru-baru ini. Akhirul kalam, semoga tekad kita dalam membentuk Landskap Baharu Pendidikan di negeri Sabah dapat dijelmakan bagi melahirkan murid-murid mahir dan berdaya saing tinggi bagi memenuhi keperluan generasi Alfa, selaras dengan hasrat reformasi pendidikan negara yang sedang diusahakan bersama. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahiwabaraktuh. YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Ditaja oleh: Turut menyumbang: YAB Kolonel Kehormat (Pa) Datuk Haji Nizam Bin Dsp Abu Bakar Haji Titingan (ADUN Apas) YAB Tuan Hamild Bin Awang (ADUN Balung) YBhg Tan Sri Liew Yun Fah (Prediden PHRS) YBhg Tn Haji Ariffin Bin Haji Kassim (Ketua Bahagian PBRS) YBhg Datuk Hj Naim Bin Hj Ahmat (Ketua Bahagian PGRS Sri Tanjong) YB Tn Sarifuddin Hatta (ADUN Merotai) YBhg Tn Ainul Bin Ibrahim (Pengarah IKRAR Jabatan Ketua Menteri Sabah) Sabah Softwood Berhad Benta Wawasan Sawit Kinabalu Tawau Hapseng Properties Raspand Najib Jaya


Click to View FlipBook Version