FENOMENA cuaca angkasa merujuk kepada kejadian penghantaran tenaga dari matahari
kepada bumi menerusi zarah radiasi dan elektromagnet.
Secara asasnya, keadaan tersebut bakal memberi beberapa kesan perubahan terhadap
atmosfera dan persekitaran permukaan bumi.
Perubahan-perubahan berkenaan meliputi tindakbalas magnetik, plasma ambien
dan radiasi yang secara tidak langsung akan mempengaruhi aktiviti manusia.
Peringkat awal penemuan cuaca angkasa, ia dikategorikan dalam penyelidikan ilmu saintifik.
Kini, ia telah diambil kira sebagai sebahagian daripada aktiviti kajian fizik dan penerokaan
angkasa lepas.
Di Malaysia, pendedahan terhadap ilmu cuaca angkasa masih berada di peringkat
awal. Namun, masyarakat hari ini semakin mengambil pendekatan memahami kejadian dan
kesan cuaca angkasa kepada penduduk bumi.
Justeru, banyak pihak telah melakukan perbincangan secara maya di Internet berkaitan
aktiviti kajian dan penyelidikan cuaca angkasa.
Antara organisasi yang giat menganjurkan aktiviti seumpama itu adalah seperti
institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga agensi-agensi kerajaan berkaitan.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fenomena itu, Planetarium
Negara baru-baru ini menganjurkan ceramah bertajuk Pengenalan Kepada Cuaca Angkasa :
Impak kepada Masyarakat dan Penerokaan Angkasa.
Ia telah disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat (AS), Prof.
Dr. Mark Moldwin.
Menurut Dr. Moldwin, fenomena cuaca angkasa mempunyai kaitan yang sangat rapat
dengan dunia eksplorasi teknologi angkasa. ''Kajian mengenai cuaca angkasa ini sebenarnya telah
bermula sejak tahun 1859 selepas berlakunya kejadian 'nyalaan solar' pada matahari diikuti
gangguan magnetik di sebuah bandar di London ketika itu.
''Melalui pemerhatian satelit pula, selepas kejadian berkenaan, kelihatan imej berwarna
putih mengelilingi matahari dipercayai gas pemanas.
''Bermula daripada kejadian itu, manusia semakin mengambil inisiatif memahami sistem planet dan
juga solar demi menjaga keselamatan dan peradaban penduduk bumi,'' jelasnya ketika
menyampaikan ceramah di Planetarium Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Melihat kesan terhadap masyarakat dan aktiviti di bumi, Dr. Moldwin memberitahu, cuaca angkasa
memberi pelbagai implikasi.
Antaranya gangguan siaran televisyen dan radio, rangkaian telefon bimbit, perjalanan
penerbangan kapal terbang, aktiviti ramalan kaji cuaca dan bekalan elektrik ke rumah serta pejabat.
''Lebih teruk lagi, jika terdapat gegaran pada kesan cuaca ribut angkasa pula, ia boleh menyebabkan
kemusnahan pada harta benda,'' jelasnya.
Daripada segi kesan kepada manusia pula, kejadian cuaca angkasa boleh menyebabkan
radiasi kepada kulit dan juga mata untuk jangka masa panjang. Dalam usaha menyediakan penduduk
bumi untuk berhadapan dengan fenomena ini, organisasi angkasa seperti Pentadbiran Aeronautik
dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ada banyak mengadakan misi penghantaran manusia
meneroka angkasa.
Tujuannya adalah untuk membolehkan manusia menjalankan kajian dan penyelidikan secara
terperinci bagaimana kitaran solar dan cuaca angkasa berlaku. Menerusi cara itu, manusia akan
dapat memahami secara lebih mendalam tentang fenomena tersebut dan bersedia mengaplikasikan
teknologi komunikasi moden untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan kelak
ANGIN SURIA
SEMARAK SURIA
AURORA
KESIMPULAN
Aktiviti permukaan matahari memang berhubung kait dengan cuaca angkasa. Malah, ia akan memberi
kesan yang besar kepada seluruh kehidupan di muka Bumi terutamanya manusia. Keaktifan aktiviti
pada permukaan matahari akan selalu diperhati oleh para saintis bagi membolehkan mereka bersiap
sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Di Malaysia, kajian
mengenai aktiviti matahari ini hanya dijalankan baru-baru sahaja berbanding Negara lain. Namun
begitu, kebanyakan Negara berkongsi maklumat untuk membolehkan melakukan persediaan.