The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI 2022 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainshuib4, 2023-02-08 21:07:23

GARIS PANDUAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI 2022 (1)

GARIS PANDUAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI 2022 (1)

GARIS PANDUAN MAJLIS ANUGERAH PRESTASI BAGI SESI TAHUN 2022 DISEDIAKAN OLEH : SEKTOR PEMBANGUNAN AKADEMIK, JABATAN PASTI MALAYSIA 1. PENDAHULUAN PASTI Malaysia telah melaksanakan Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) mulai tahun 2020. Konsep SPPM ialah memberi galakan dan peluang kepada anak-anak PASTI membina keyakinan dan potensi diri sepanjang pembelajaran di PASTI.Pelbagai strategi dan kaedah pembelajaran telah disusun untuk mencapai objektif tersebut. Bagi meraikan potensi diri yang telah terbina,maka PASTI Malaysia mencadangkan satu majlis diadakan oleh pihak PASTI cawangan , PASTI Kawasan dan PASTI Negeri yang dinamakan MAJLIS ANUGERAH PRESTASI. 2. NAMA PROGRAM “MAJLIS ANUGERAH PRESTASI” Contoh : Peringkat Cawangan : Majlis Anugerah Prestasi PASTI Al-Falah 2022 Peringkat Kawasan : Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Tambun 2022 Peringkat Negeri : Majlis Anugerah Prestasi PASTI Negeri Perak 2022 Peringkat Pusat : Majlis Anugerah Prestasi PASTI Malaysia 2022 3. PERINGKAT PERLAKSANAAN Majlis ini wajib diadakan di peringkat PASTI Cawangan, Kawasan dan Negeri. 4. TARIKH PERLAKSANAAN Peringkat Cadangan Tarikh PASTI Cawangan & Kawasan 21 Jan – 12 Feb 2023 PASTI Negeri 18 Feb – 5 Mac 2023 PASTI Malaysia 11 Mac 2023 5. TEMPAT PENGANJURAN Tempat yang dipilih mestilah bersesuaian dengan jumlah anggaran kehadiran. 6. UCAPAN JEMPUTAN DAN PERASMIAN Dicadangkan maksimum 3 orang sahaja menyampaikan ucapan termasuk perasmi bagi memastikan kelancaran program.


7. MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PASTI PERINGKAT CAWANGAN 7.1 Kaedah pelaksanaan Digalakkan supaya semua murid 4,5 dan 6 tahun diberi anugerah berdasarkan bakat dan potensi masing-masing seperti yang digariskan dalam kriteria anugerah (7.2). Setiap murid seharusnya menerima minimum 1 anugerah dan mereka juga layak menerima lebih daripada satu anugerah. Murid yang menerima 3 anugerah dan ke atas layak menerima Anugerah Mumtaz Peringkat Cawangan. 7.2 Kriteria Anugerah Nama Anugerah Kriteria Anugerah Celik Al-Quran Murid mempunyai prestasi paling menyerlah menguasai Al-Quran melalui Nurul Quran dan PraTahfiz Celik Bahasa Murid mempunyai prestasi memberangsangkan dalam bahasa samada komunikasi atau bacaan (Buku Adikku Pandai Baca) Celik Sahsiah Murid sangat berakhlak mulia, berhemah sesama rakan dan guru, menyerlah dalam amali solat dan hafalan doa Celik Minda Murid memperoleh keputusan paling cemerlang dalam Ujian Celik Minda Celik Cerdas Murid yang terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran, Projek Aulad dan aktiviti bakat pelbagai peringkat. Anugerah Mumtaz Murid yang paling menyerlah dalam 3 elemen Celik atau lebih. 7.3 Ujian Mumtaz Peringkat Cawangan Murid 5 tahun dan 6 tahun yang menerima Anugerah Mumtaz sahaja diwajibkan mengikuti Ujian Mumtaz. Tujuan Ujian Mumtaz ialah untuk memilih seorang pelajar terbaik 5 tahun dan seorang pelajar terbaik 6 tahun di cawangan masing-masing. Murid yang mendapat markah tertinggi akan diberi Anugerah Mumtaz di peringkat PASTI Kawasan. Ujian Mumtaz adalah seperti berikut;


No Perkara Markah penuh Catatan 1 1 soalan hafazan bacaan dalam solat 10 Akan disediakan oleh BPPM PASTI Malaysia 2 1 soalan hafazan Juzuk Amma / AlMulk 10 3 1 soalan bacaan Bahasa Melayu 10 4 Pencapaian Ujian Celik Minda Markah ujian x 10 Cth : (80/100) x 10 = 8 markah 10 Markah Ujian Celik Minda 2022 5 Pencapaian Celik Cerdas (Bakat) Antarabangsa = 15 Kebangsaan = 10 Negeri = 8 Kawasan = 6 Cawangan = 4 60 Berdasarkan Buku Rekod SPPM JUMLAH 100 ** BPPM = Bahagian Penilaian dan Perkembangan Murid 8. MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PERINGKAT PASTI KAWASAN Agenda Majlis Anugerah Prestasi peringkat PASTI Kawasan adalah seperti berikut : 1. Anugerah Mumtaz 5 tahun (1 murid setiap cawangan) 2. Anugerah Mumtaz 6 tahun (1 murid setiap cawangan) 3. Tokoh Murid PASTI Kawasan - Panel pemilihan akan memilih seorang tokoh murid daripada senarai penerima Anugerah Mumtaz 6 tahun. - Kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada keputusan Ujian Mumtaz dan prestasi bakat murid serta tahap tertinggi pencapaiannya. - Pihak PASTI Kawasan hanya boleh mencalonkan satu nama sahaja sebagai Tokoh Murid di peringkat PASTI Negeri. 4. Penyampaian Sijil Tamat PASTI kepada semua murid 6 tahun


9. MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PERINGKAT PASTI NEGERI Dicadangkan agenda Majlis Anugerah Prestasi Peringkat PASTI Negeri adalah seperti berikut: 1. Penghargaan kepada Murid PASTI yg telah mewakili/memenangi pertandingan di peringkat PASTI Malaysia Cth: Alam Ria/Sukan Bola Sepak Bola Jaring 2. Murid PASTI dan alumni PASTI yang telah mengharumkan nama PASTI di persada kebangsaan atau antarabangsa 3. Tokoh Murid PASTI Negeri (setiap kawasan diminta mencalonkan satu nama sahaja dan akan dinilai oleh panel pemilihan PASTI Negeri) 4. Anugerah Khas untuk PASTI seperti : - Anugerah Pengurus Cawangan Terbaik - Anugerah 3K Terbaik - Anugerah PASTI Kawasan Terbaik - Anugerah MGP Kawasan Terbaik - Anugerah lain yang difikirkan sesuai oleh PASTI Negeri 10.MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PERINGKAT PASTI MALAYSIA Dicadangkan agenda Majlis Anugerah Prestasi Peringkat PASTI Malaysia adalah seperti berikut: 1. Tokoh Murid PASTI Peringkat Kebangsaan (setiap negeri diminta untuk mencadangkan seorang calon sahaja) . Bilangan penerima dan nama penerima akan ditentukan oleh panel pemilihan. Pencalonan kepada PASTI Malaysia mestilah menggunakan borang pencalonan yang telah disertakan sebelum atau pada 5 Mac 2023 dengan cara diemelkan borang dalam pdf kepada [email protected] 2. Anugerah Khas PASTI seperti : - Anugerah 3K Terbaik - Anugerah PASTI Kawasan Terbaik - Anugerah Pengurusan PASTI Negeri Terbaik - Anugerah MGP Negeri Terbaik - Anugerah lain yang difikirkan sesuai oleh PASTI Malaysia


11.CADANGAN ATURCARA MAJLIS ANUGERAH PRESTASI 9.00 pagi : Ketibaan jemputan / murid / ibubapa 9.15 pagi : Aluan pengerusi majlis 9.20 pagi : Asmaul Husna / Lagu PASTI 9.30 pagi : Bacaan Doa 9.35 pagi : Bacaan Al-Quran anak PASTI 9.45 pagi : Ucapan 1 9.55 pagi : Ucapan 2 10.10 pagi : Ucapan 3 : Perasmian 10.30 pagi : Persembahan Prestasi Bakat Murid PASTI 10.40 pagi : Penyampaian Anugerah-anugerah dan Sijil Tamat PASTI 11.40 pagi : Bersurai. ** Penganjur boleh meminda aturcara yang dikira munasabah dan sesuai.


Click to View FlipBook Version