The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisurayashkr, 2021-08-30 00:27:44

ANIS SURAYA BINTI ABD. SHUKOR - G1

EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021, SEMESTER 1, TAHUN 1)

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
(EDUP3013)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA ANIS SURAYA BINTI ABD. SHUKOR
ANGKA GILIRAN 2021192340003

NOMBOR KAD 020202-02-0260
PENGENALAN
PISMP G1
KUMPULAN EDUP3013
KOD DAN FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
PUAN NOORIZAN BINTI BABA
NAMA KURSUS PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH 30 OGOS 2021
TAJUK TUGASAN
TARIKH SERAHAN
TARIKH MENERIMA

MAKLUM BALAS

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kesempatan masa dan tenaga yang
dikurniakan oleh-Nya, saya berjaya menyelesaikan penulisan akademik bagi kursus
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan
Noorizan binti Baba selaku pensyarah kursus kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dan
bimbingan sepanjang tempoh penyediaan tugasan ini. Jutaan penghargaan turut saya
ucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya kekal
berusaha memberikan yang terbaik dalam penghasilan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga
responden guru yang sudi membantu saya dengan memberi input-input tambahan untuk
penulisan ini. Turut ditujukan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sentiasa
menyumbang idea dalam sesi perbincangan demi menghasikan kerja kursus yang berkualiti
pada semester ini.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah
membantu saya sepanjang proses penyediaan penulisan esei ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian. Sekian, terima
kasih.

SENARAI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
KANDUNGAN 1
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1
2
2.1 Kemerosotan Kehadiran Murid 2
2.2 Peminggiran Kegiatan Kokurikulum 2
3.0 LANGKAH MENGATASI ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 3
3.1 Kepelbagaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 3
3.2 Galakan Menyertai Aktiviti Kokurikulum 5
4.0 KESIMPULAN 6
RUJUKAN
LAMPIRAN

i

1.0 PENDAHULUAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk membentuk sistem pendidikan
kebangsaan buat Malaysia. Matlamatnya untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
dan menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi negara. Rentetan itu, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru digubal bagi merealisasikan
hasrat DPK. Penggubalan FPK adalah berdasarkan laporan-laporan pendidikan selepas
merdeka seperti Penyata Razak 1956 dan Akta Pelajaran 1961. Matlamat utama FPK adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Falsafah Pendidikan Guru digubal sebagai panduan guru menjadi pendidik berkualiti.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama-sama warga pendidik sentiasa
menggembleng tenaga untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan Malaysia. Namun,
pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia
memerlukan lebih tumpuan. Isu-isu pendidikan semasa pandemik semakin hari semakin
bertambah. Justeru, penulisan ini akan membincangkan isu-isu pendidikan di Malaysia dan
langkah-langkah yang seharusnya diambil bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan
negara sekali gus mencetus kreativiti guru sebagai pembina negara bangsa.

2.0 ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sektor pendidikan antara sektor yang terjejas semenjak COVID-19. Sejak 18 Mac 2020,
segala urusan pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Menurut laporan Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2020) dalam
tulisan Mahdzir Khalid (2021), seramai 203 juta pelajar di seluruh dunia terkesan akibat
penutupan institusi pendidikan. Justeru, terdapat dua isu penting dalam pendidikan Malaysia
yang harus ditangani segera supaya kualiti sistem pendidikan negara tidak terjejas.

2.1 Kemerosotan Kehadiran Murid
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, semua pelajar dan guru mengikuti
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Menurut Nafisah Hamidon (2021),
peratusan kehadiran pelajar semasa PdPR tidak mencapai 80% dan keadaan ini
merisaukan banyak pihak. Menurut Puan Intan, guru kaunseling Sekolah Menengah
Sultan Abdul Halim, faktor utama hal ini adalah tahap disiplin pelajar yang rendah
disebabkan pembelajaran yang membosankan. Hal ini mendorong kemerosotan fokus
dan semangat pelajar. Pelajar semakin letih mengikuti PdPR dan mengambil langkah
untuk tidak menghadiri kelas kerana kekurangan motivasi. Menurutnya Puan Intan
lagi, sikap pelajar yang leka berjaga sehingga larut malam menjadi asbab
ketidakhadiran mereka semasa PdPR. Ibu bapa yang kurang memainkan peranan
juga menyebabkan pelajar bertindak sambil lewa berkaitan kehadiran PdPR. Tugas

1

memastikan pelajar hadir PdPR ialah tugas guru kaunseling dan penolong kanan
ehwal murid sekolah. Sekiranya isu ini tidak ditangani, prestasi akademik pelajar pasti
terjejas sekali gus menyebabkan kualiti pendidikan negara semakin rendah. Justeru,
guru-guru hendaklah kreatif menangani masalah ini agar tiada murid yang tercicir
dalam pembelajaran.

2.2 Peminggiran Kegiatan Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum penting dalam proses kemenjadian pelajar yang seimbang. Hal ini
selaras dengan FPK yang ingin melahirkan insan seimbang daripada pelbagai aspek.
Sejak PdPR berlangsung, aktiviti kokurikulum seakan-akan terpinggir dan semakin
sepi. Kokurikulum adalah sebahagian daripada elemen PdP yang wajib diikuti oleh
semua pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Pelajar harus bergiat aktif dalam aktiviti
sukan, kelab, dan unit beruniform meskipun secara maya. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor (Fadillah Ismail et al., 2021). Berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan KPM
bertarikh 25 Jun 2021, pelaksanaan kokurikulum dihadkan kepada 15 perjumpaan
sepanjang sesi persekolahan berbanding 36 perjumpaan sebelum ini. Jumlah ini
menyebabkan kesukaran mencapai objektif kokurikulum untuk menyahut aspirasi
Rukun Negara dan FPK (Nurhidaya Jan, 2021). Tambahan lagi, pembentukan insan
berilmu dan berakal budi adalah berdasarkan kombinasi kecemerlangan akademik
dan kokurikulum. Justeru, isu peminggiran kokurikulum dalam kalangan pelajar harus
ditangani segera agar anak bangsa yang seimbang dari segi mental, rohani, dan
jasmani dapat dibentuk.

3.0 LANGKAH MENGATASI ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru perlu berpandangan progresif dan
saintifik bagi membentuk masyarakat bersatu padu dan berdisiplin. Guru berkualiti sentiasa
berpandukan FPG dan menghayati nilai-nilai keguruan yang unggul. Guru haruslah
profesional dan kreatif mendepani situasi PdPR yang semakin mencabar. Justeru, langkah
demi langkah perlu diambil bagi menyelesaikan isu pendidikan negara.

3.1 Kepelbagaian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Antara prinsip asas yang terkandung dalam Manual Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah Versi 2 (2021) adalah tiada pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Prinsip ini
berkait rapat dengan isu kehadiran pelajar semasa PdPR. Ketidakhadiran pelajar
akibat pengajaran guru yang membosankan dapat diatasi apabila guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru haruslah mahir dalam bidang teknologi
agar bahan-bahan pengajaran yang menarik dapat dihasilkan. Contohnya, guru

2

menyediakan rakaman video dan memuat naik video tersebut di Youtube. Murid lebih
mudah mengakses video dan menjimatkan penggunaan Internet mereka. Penggunaan
e-permainan juga meningkatkan keberkesanan pembelajaran di rumah kerana ianya
berkonsepkan bermain sambil belajar (Jenal, 2017). Contohnya, perisian kolaboratif
seperti Quizizz, Padlet, dan Kahoot. Guru juga boleh berkolaboratif dengan ibu bapa
untuk meningkatkan peratusan kehadiran pelajar (Shanti Ramalingam et al., 2019).
Dengan mewujudkan kumpulan Whatsapp atau Telegram bersama ibu bapa, guru
dapat menyampaikan maklumat penting berkaitan pembelajaran anak-anak dengan
pantas. Pemantauan ibu bapa dapat meningkatkan disiplin murid untuk menghadiri
PdPR. Langkah-langkah ini sekali gus merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu memanfaatkan ICT dalam pendidikan dan
menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam sistem pembelajaran. Implikasinya, tiada
pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Justeru, amat penting buat guru berfikiran kreatif
menangani masalah kehadiran pelajar agar prestasi akademik mereka tidak terjejas.

3.2 Galakan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Kokurikulum semasa PdPR diibaratkan sebagai penyembuh rohani. Tubuh badan
yang cergas meningkatkan fokus pelajar semasa PdPR (Khairul Anwar Johari et al.,
2019). Guru perlulah kreatif merangka kandungan kokurikulum agar pelajar
bersemangat mengikuti aktiviti meskipun secara maya. Contohnya, guru berkongsikan
video kemahiran asas sukan dan permainan kepada murid melalui pautan Youtube.
Guru juga boleh mengasah kreativiti pelajar dalam penyediakan bahan-bahan yang
diperlukan semasa aktiviti kokurikulum. Misalnya, pelajar menggumpal kertas untuk
menghasilkan bola dan menjadikan botol air sebagai kon. Aktiviti fizikal sebegini dapat
memupuk semangat kepimpinan dan pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar dan
juga guru (Sheila Michael & Abdul Said Ambotang, 2020). Bakat dan potensi pelajar
juga harus dititikberatkan. Guru haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
mengadakan pelbagai pertandingan secara dalam talian bagi menggalakkan pelajar
bergiat aktif dalam kokurikulum. Murid yang aktif dalam kokurikulum akan memperoleh
markah cemerlang dalam pentaksiran kokurikulum, iaitu Pelaporan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Justeru, kokurikulum semasa PdPR masih
relevan dalam pembangunan potensi pelajar sekali gus memenuhi aspirasi negara.

4.0 KESIMPULAN
Kualiti sistem pendidikan Malaysia bergantung kepada semangat dan kreativiti guru
menangani sesuatu isu pendidikan. Guru ialah tulang belakang sistem pendidikan negara.
Guru hebat ialah guru yang berpengetahuan dan berkemahiran sama ada dari aspek mental
mahupun fizikal. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2021, iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina

3

Generasi Baharu.” Situasi semasa bukanlah asbab kepada ketidakmampuan guru untuk
menyelesaikan masalah pendidikan. Namun, ianya menjadi pembakar semangat agar guru
memberikan hasil terbaik demi meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, guru
haruslah profesional, komited dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab demi
melahirkan generasi berguna pada masa hadapan.

(1048 patah perkataan)

4

RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Dasar Pendidikan

Kebangsaan (Edisi Keempat). Kementerian Pendidikan Malaysia.
https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/BUKU_DPK_JILID_KEEM
PAT.pdf

Fadillah Ismail, Radin Hamimah Mohamad, & Nur Raihan Dayana Khamis. (2021).
Penguasaan kemahiran insaniah melalui penglibatan dalam kokurikulum Pasukan
Bomba Bantuan Institusi. Research in Management of Technology and Business, 2, 1,
437-445.

Jenal, M. Z. (2017). Persepsi pelajar terhadap penggunaan sistem rangkaian media sosial
telegram sebagai alat pembelajaran modul matematik: Satu tinjauan kes di Kolej
Komuniti Kuala Langat. In eProceedings iCompEx17 Academic Paper.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah
versi 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. file (moe.gov.my)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. file (moe.gov.my)

Khairul Anwar Johari, Nor Azida Mansor, & Noorashikin Saari. (2019). Keberkesanan aktiviti
kokurikulum (sukan) dalam membina personaliti pelajar kolej komuniti Ledang. 3rd
National Conference in Sports & Co-Curriculum.

Mahdzir Khalid. (Jun, 2021). PdPR: Di mana muridnya? Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/06/pdpr-di-mana-muridnya/

Mazuki Mohd Yasim. (2021). Aktiviti kokurikulum masih relevan seiring PdPR. Berita
Harian.http://api.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/08/846454/aktiviti-
kokurikulum-masih-relevan-seiring-pdpr

Nafisah Hamidon. (2021). Kajian kes: Cabaran dan solusi pembelajaran dalam talian semasa
pandemik COVID-19 bagi pelajar menengah rendah. Universiti Teknologi Mara.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurhidaya Jan. (2021). Kegiatan kokurikulum sekolah sepi dan terpinggir. Kolej GENIUS
Insan.

Shanti Ramalingam, Mahendran Maniam, & Gunasegaran Karuppanan. (2019). Penglibatan
ibu bapa dalam pencapaian akademik pelajar sekolah di Selangor. Muallim Journal of
Social Science and Humanities, 3, 3, 308-323.

Sheila Michael & Abdul Said Ambatong. (2020). Pengaruh teknologi digital terhadap
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities, 5, 6, 25-32.

Temu Bual
Intan Syahirah Md Yusoff. Jitra, Kedah. [2021, Ogos]

5

LAMPIRAN
Temu bual bersama Puan Intan Syahirah binti Md Yusoff, guru kaunseling Sekolah Menengah
Sultan Abdul Halim, Kedah. Temu bual berlangsung melalui aplikasi sembang Whatsapp.

6

7

8

9


Click to View FlipBook Version