TERMA DAN SYARAT VIDEO PENDEK SEMPENA MINI KARNIVAL HOSPITAL DUNGUN A. Maklumat Pertandingan 1. Pertandingan Video ini adalah bersempena Mini Karnival Cakna Kesihatan, Hospital Dungun. 2. Tempoh pertandingan ini bermula dari 7 Mei 2023 sehingga 25 Mei 2023. 3. Penghantaran video hendaklah dihantar pada jam 12.00 tengahari pada 25 Mei 2023. 4. Tema pertandingan adalah “Appreciating The Similarities, Respecting The Differences”. 5. Pilihan elemen yang boleh digunakan di dalam video: Budaya petugas kesihatan KKM yang aktif, cergas dan professional dalam pekerjaan seharian dan ketika menyantuni pesakit. 6. Genre video pertandingan: Bebas. B. Kelayakan Pertandingan Pertandingan ini WAJIB disertai oleh setiap unit di dalam Hospital Dungun. C. Terma dan Syarat Pertandingan 1. Penyertaan adalah percuma. 2. Penyertaan adalah terbuka kepada individu atau berkumpulan. Setiap unit hendaklah menyediakan satu (1) video. 3. Penyertaan boleh dihantar lebih daripada satu (1) atau seberapa banyak tetapi hanya satu (1) penyertaan yang terbaik akan dipilih sebagai pemenang. 4. Durasi setiap video hendaklah tidak melebihi tiga (3) minit. Tempoh ini hendaklah termasuk montaj dan kredit. 5. Penggunaan bahasa di dalam video: Boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. 6. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah MP4. 7. Resolusi minimum video yang diterima adalah Video HD 720p (1280 x 720 pixel resolution). 8. Peserta perlu menghantar video dalam bentuk ‘soft copy’ kepada En Mohd Rizwan Bin Othman dari Unit Rehabilitasi (019-9235414) sebelum tarikh tutup penyertaan. 9. Sebarang penyertaan berkaitan dengan penyertaan video kreatif boleh berhubung dengan Pn Ku Hartini Binti Ku Ibrahim (014-8290006). 10.Semua penyertaan perlu mengisi borang penyertaan seperti dibawah.